Monday, July 13, 2009

Ulasan: GOJIRA The Way Of All Flesh CD

Secara kebetulan aku diperkenalkan kepada GOJIRA di dalam sebuah promo DVD Metal Hammer. GOJIRA menghidangkan sebuah video klip dari The Link Alive DVD dengan sebuah lagu Death of Me. Ia terus menarik perhatian aku. Ada sesuatu yang menarik tentang mereka yang agak menekan.

Selain dari itu, dari pembacaan, kebanyakan kritikan sangat positif. Hingga ada yang begitu menyanjung, meletakkan GOJIRA sebagai harapan Metal masa hadapan. Kritikan sebegitu perlukan pembuktiaan. Pembuktiaan hanya boleh dibuat apabila kita sendiri mendengarnya.

The Way Of All Flesh merupakan album keempat mereka dan agak mengejutkan selepas 3 album yang sangat kritikal dari segi idea mereka masih bersama dengan label yang relatifnya kecil, Listenable Records. Mungkin disebabkan mereka berasal dari Perancis. Andaikata seperti Mastodon yang lahir di USA, sudah pasti mereka akan disapu oleh syarikat gergasi antarabangsa (Mastodon sekarang bersama Reprise - sekutu Warner Bros).

Lagu pertama selalunya adalah lagu paling baik dalam sebuah album. GOJIRA pun menggunakan formula yang sama, dan memang menarik sungguh lagu pertamanya. Dimulakan dengan tapping gitar tali atas yang mudah tetapi tidak terpikir untuk dibuat, Oroborus seperti mengenalkan kita kepada GOJIRA, satu kuasa yang mendatang. Toxic Garbage Island meneruskan isu alam sekitar yang menjadi pegangan utama lirikal GOJIRA sejak dari dulu lagi. Siapa kata Metal sekadar membawa isu-isu khayalan?

Yama's Messenger menggunakan pengaruh Morbid Angel dalam riff gitar E nya. Perlahan tetapi memusnahkan. Cara gitar dipetik melalui pendengaran memang sungguh mengambil disiplin Trey Azagthoth yang menekan sehabis kuat pada tali-tali gitar untuk mendapatkan tone paling padu. Begitu juga dengan All The Tears, pinching gitar yang dipulas memang sungguh mirip tonasi Trey. Namun yang menyebabkan ianya berbeza ialah adanya elemen progresif, odd-time signature yang diselitkan sekali sekala dalam setiap lagu. Pattern dan stroke drums yang tidak statik juga memberi sumbangan yang besar dalam dinamik GOJIRA.

GOJIRA bijak dalam menggabungkan elemen tradisional Death Metal dengan elemen post-Metal. Samada yang mendengarnya kaum muda atau kaum muda, tiada argumen yang boleh memecahkan dinamik tersebut. Melainkan jika hati yang sudah tertutup. Ini membuatkan album ini sesuatu yang segar. Dalam pada kita mengenali apa yang sudah formulaik, kita juga dikejutkan dengan elemen-elemen yang tidak disangka-sangka.

Pernah dalam benakku, meletakkan Mastodon sebagai pintu masa hadapan untuk Metal namun sekarang benakku mula membantah. GOJIRA ialah pintu sebenarnya.

  1. "Oroborus" – 5:21
  2. "Toxic Garbage Island" – 4:06
  3. "A Sight to Behold" – 5:09
  4. "Yama's Messengers" – 4:03
  5. "The Silver Cord" – 2:31
  6. "All the Tears" – 3:41
  7. "Adoration for None" – 6:19
  8. "The Art of Dying" – 9:54
  9. "Esoteric Surgery" – 5:44
  10. "Vacuity" – 4:51
  11. "Wolf Down the Earth" – 6:25
  12. "The Way of All Flesh" – 17:03



4 comments:

  1. Kalau 10-15 tahun dulu aku dengo...mungkin sangkut...sekarang, emmm....buleh la jugak..thank for the review...

    ReplyDelete
  2. Nama dia ni mungkin sebutan GODZILLA dlm bahasa Jepun. Aku ada dgr gak dia punya lagu dlm cd kompilasi mag apa ntah, dah lupa, ok la gak.

    ReplyDelete
  3. uh.. takder kaitan ngan entry ni. Cuma geram dengan banner yang ada Flight 666 vinyl tu. \m/ \m/

    ReplyDelete
  4. elemen prog. yg kental , france mmg byk lahirkan band2 prog. metal . Cuba dgr Blut Aus Nord

    ReplyDelete