Monday, July 20, 2009

Ulasan: CYNIC Traced In Air boxset

CYNIC mengejutkan arena muzik Death Metal pada tahun 1993 dengan album Focus yang menyadurkan elemen jazz ke dalam muzik ekstrim Death Metal. Walaupun mungkin antara kamu yang berdolak-dalik dengan band ATHEIST yang ketika itu juga dikatakan mempunyai saduran yang sama, CYNIC lebih menyerlah. Ketika itu ramai yang terpinga-pinga dengan CYNIC. Diorang ni APA?

Mungkin disebabkan terkejut dengan album tersebut, CYNIC terus tenggelam. Focus adalah satu-satunya album CYNIC dan ia terpahat di dalam sejarah Death Metal sebagai sebuah album yang modern, brilliant dan out-of-this-world. Nak tau kemana band members asal buat selepas Focus? Paul Masvidal (gitar/vokal), dan Sean Reinert (drum) bermain dengan DEATH untuk album Human (juga sebuah album yang outstanding), dan menyaksikan Masvidal meneruskan minat beliau yang jazzy ke dalam band Æon Spoke bersama Reinert. Malone pula lebih berjaya, menjadi sessionist studio (50 album setakat ini), bermain dengan pelbagai jenis band dengan pelbagai genre, melanjutkan pelajaran muzik hingga ke PhD dan sekarang menjadi lecturer muzik di universiti.

Awal tahun 2007, aku telah diberitahu tentang reunion CYNIC. Dan kemudiannya rakaman telah dibuat. Sebuah lagu telah bocor dari simpanan mereka bertajuk Adam's Murmur. Sebelumnya dua tanggapan telah dibuat oleh peminat. CYNIC meneruskan elemen Focus dengan leaning yang lebih kepada elemen progresif atau elemen Focus tetapi lebih ekstrim seperti album DEATH 'Human'. Namun bila lagu yang bocor itu didengar, ternyata CYNIC memilih yang pertama. Nak buat camana? Lihat je biografi pemuziknya dan kita telah nampak leaning mereka ke mana.

Kritik menjadi dua ekstrim. Satu sangat puashati sedangkan yang satu lagi kecewa. Tiada yang kata so-so. Aku puashati. CYNIC masih original dan masih lagi ke hadapan. Walaupun muzik Metal itu sudah berkembang pesat namun CYNIC masih dapat mencari gap untuk menjadi band yang menonjol dengan originaliti. Dua vokal, bersih dan growl masih dikekalkan. Odd time signature dan riffs gitar pelik bermelodi juga masih menjadi teras utama. Namun kesamaan itu makin menguatkan lagi base CYNIC yang tak mungkin band lain dapat menirunya tanpa merujuk kepada CYNIC secara langsung.

Boxset yang di tangan aku tidak dibeli tetapi berlaku pertukaran barter. Aku mengorbankan 3 CD untuk boxset ini. Dan aku sangat berpuashati. Setakat ni, boxset ni paling cantik pernah aku tengok. Gambar kat bawah sila klik untuk imej yang lebih besar.
Strictly limited edition to 1000 copies worldwide. Including the album in acrylic DVD case, compressed t-shirt (Size L only), USB flash drive, guitar pick, exclusive book and stickers! Also contains a one of a kind translucent 20 page journal booklet (magnifying glass included), with personal notes, lyric sketches, rare photos, thoughts and dreams taken directly from Cynic's universe, mostly consisting of Paul Masvidal's personal journals.

Semua barang dalam kotak biru cun. Semua ada kecuali poster yang kata mamat trade dengan aku ni dia dah tampal kat bilik dia. Takpe la bukan aku nak tampal pun.

Casing CD paling elegan pernah aku tengok. Macam frame gambar. Kat tepi-tepi tu ada magnet so bila kita telangkupkan kaca tu, ia akan tertutup rapat. Cun!

Stickers, postcard, booklets yang disertakan sekali.


T shirt. Label XXL tapi kecut semacam je macam saiz S. Tak mungkin dapat ku pakai. Size problem.

Saja nak tayang, 1st press album Focus.
  1. "Nunc Fluens" – 2:56
  2. "The Space for This" – 5:46
  3. "Evolutionary Sleeper" – 3:35
  4. "Integral Birth" – 3:53
  5. "The Unknown Guest" – 4:13
  6. "Adam's Murmur" – 3:29
  7. "King of Those Who Know" – 6:09
  8. "Nunc Stans" – 4:13


5 comments:

  1. Alamak..best le boxset ni...macam2 ada....

    ReplyDelete
  2. Death album Human yg Paul dan Sean main tu mmg best sgt. Cynic aku tak follow. Tapi packaging dia ni menggiurkan la.huhu

    ReplyDelete
  3. aku follow gak cynic ni zaman kaset.. gara2 tengok video thrash n burn... mmg mula2 susahnak hadam tapi kena dgr balik2 dan betul baru tau apa specialnya....

    ReplyDelete
  4. giler puas hati packaging cam ni...

    ReplyDelete
  5. kalau semua band lawan2 buat boxset cun kan ke best... yang tak bestnya kita le, duit tarak!

    ReplyDelete