Friday, July 24, 2009

Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad mp3 untuk download

Masa baru-baru kawin dulu tahun 1999, otak aku dah berubah. Ye la, masa bujang-bujang, hidup sorang-sorang. Tonggang terbalik pun efek pada aku sorang je. Dah berbini, dan soon ada anak-anak, kepala dok risau gak. Aku tau tanggungjawab suami ni. Cuma aku tak tau macamana nak execute. Especially bab agama. Benda yang paling aku risau ialah semua yang berada dalam tanggungan aku is accountable.

So masa tengah rounder kat sebuah kompleks membeli belah di JB tu, aku dan wife masuk le dalam satu kedai jual barangan agama tu. Belek sana belek sini, aku decide beli kaset kuliah agama. Nota; sebelum tu memang aku beli kaset, tapi kaset ceramah politik la. Aku rasa takde beza iman aku masa tu, sebab dalam ceramah politik ni takde apa pun selain belasah parti lawan.

Tak salah aku, Ustaz Shamsuri dan Ustaz Ismail Kamus yang aku beli. Aku tertarik dengan kuliah Ustaz Shamsuri sebab dia bukak kitab. Dan beliau baca kitab tu secara berterusan, bukan one off. So ada la kesinambungannya. Tidak mati begitu sahaja. Kitab yang selalu dia buka:

1. Bahrul Mazi
2. Nurul Ihsan
3. Muhimmah

Yang mana kitab-kitab ni adalah susunan dan karangan ulama nusantara. Yang bagusnya, kitab-kitab ni kuranglah bab bidaah ni. Ustaz Shamsuri secara berlembut (stail orang melayu) kritik kat kita yang dok selalu buat majlis tahlil time orang meninggal yang banyak menyusahkan keluarga si mati contohnya.

Selain dari itu, oleh kerana beliau banyak bergaul dengan orang ramai, banyak contoh masyarakat yang beliau paparkan berkaitan dengan tajuk yang beliau bawa. Contoh-contoh tersebut boleh datang dari sembang-sembang beliau dengan masyarakat, orang yang telefon beliau untuk tolong selesaikan masalah dan sebagainya. Jadi, nampak sungguh relevan isu-isu yang ditimbulkan yang berkaitan dengan setiap tajuk beliau. Tidaklah berteori sangat.

So aku rekemen sangatlah kat pembaca blog ni try la dengar kuliah-kuliah beliau. Masa dulu, aku beli kaset pasang dalam kereta masa pergi/balik kerja (akhir sekali kaset dia dijual 3 keping =RM10 kat pasar malam dan dikeluarkan 2 kali sebulan). Sekarang ni, ada laman web yang coding ke dalam mp3 so aku download dan masuk dalam iPod untuk dengar masa naik bas nak ke Uni.

Oh ya, beliau orang Penang so loghat dia Penang la. Tapi tak le pekat.

Boleh download kuliah dia --- >
KOLEKSI MP3 USTAZ SHAMSURI AHMAD


9 comments:

  1. ustat Shamsuri ni femes dlm majalah Ujang,byk kali nama beliau disebut 2,selepas tahun 1997 kut, byk make-over yg dpt dilihat kat majalah Ujang, bukan lawak kosong la, byk selit unsur nasihat dan agama.

    time kat UTM dulu, wa sempat ikut gerombolan parti kelab fotografi ke markas Ujang nih, sampai2..ujang dah skinhead, pakai ketayap, gayour rambut sudah pendek. huhu

    tapi sayang, gamba2 sumer hilang mana ntah.

    eh lupa, bro gayour ada kat sini kan,..hehehe

    ReplyDelete
  2. aku dulu ada gak beli kaset ceramah ismail kamus...

    ReplyDelete
  3. betul..zaman tu kaset2 Ustaz Shamsuri dan Ismail Kamus memang popular..ada jugak la aku kolek dulu buat dengar masa gi & balik keje..btw..thanks for the link.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:56 PM

    dah lama tak dengar pasal ust shamsuri. waktu aku matrik dulu pernah ikuti kuliah mingguan dia di alor setar, tapi sekali dua je. tak dapat tiap2 bulan sebab pusat matrik jauh.

    tapi seingat aku memang takde cerita dikaitkan dengan politik. memang ceramah agama dengan current issues. tak tau la waktu tu tahun 1995, memang takde la cerita pasal politik kot.

    rasa dlm torrent boleh download koleksi ceramah dia dalam mp3.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing mm.

    tadi smayang jemaat kutbah imam cakap suami kena terima teguran isteri, doesnt mean jadi ketua keluarga so tak boleh nak terima teguran.

    wa rasa manyak guilty.
    muahahaha.

    ReplyDelete
  6. tq atas perkongsian ilmu ni..yang baik patut diwar2kan..bak kata nabi..sampaikan la wlu sepotong ayat,,,

    ReplyDelete
  7. salam,
    trm kaseh kat bro .
    Amalan yg bermanfaat adalah perkongsian ilmu .

    ReplyDelete
  8. SYUKHRAN JAZILAN YA AHI BEN

    ReplyDelete
  9. salam..sy penah di ajar ustaz shamsuri - kelas syariah.dlm kelas mmg kelakar..orgnya tegas, ketaq kepala lutut bila dia masuk kelas, specially time hafazan tp trtunggu2 sbb seronok.

    ReplyDelete