Saturday, June 06, 2009

Ulasan: HEAVEN AND HELL The Devil You Know CD

Apa jadi apabila Riff-Master dan Voice-Master bertemu dalam satu album? Nampak mudah soalannya tapi agak sukar untuk dijawab sebenarnya.

Kita disajikan dua artis tersohor yang telah terbukti kecemerlangan masing-masing. Tony Iommi sebagai gitaris yang mengasaskan muzik Heavy Metal dan Ronnie James Dio sebagai vokalis yang tiada tolok bandingnya di dalam arena muzik Heavy Metal. Satu benda yang pastinya mereka akan dapat tanpa khilaf; total respect from the Heavy Metal community.

Untuk mengkritik, memerlukan alasan yang sangat kukuh. SANGAT KUKUH.

Setelah berjayanya reunion tour mereka pada tahun 2007 (yang mana aku terlepas tengok, tiket mahu dibeli selepas 2 hari jualan - habis! dan aku tepuk dahi, kerana melengah-lengahkan masa nak membeli), apa lagi tindakan yang lebih baik selain dari meriliskan sebuah album. Semua orang tahu ianya adalah Black Sabbath dari awal lagi.

Apa yang dikatakan mengenai dua entiti di dalam HEAVEN AND HELL adalah benar. Namun, penilaian akhir aku ialah album ini sedikit lebih dari menjadi album average. Tidak sampai untuk menggemparkan. Juga tidaklah terlalu murah.

Masalah utamanya ialah mungkin kerana kita telah disajikan dengan Ronnie James Dio secara berleluasa dengan album solonya. Sementara Tony Iommi terlalu dibayangi dengan album mega-klassik The Mob Rules dan Heaven And Hell. Maka begitu sukar untuk album ini menyerlah dan bersinar dengan sendiri.

Namun begitu, apa yang diharapkan dari mereka berdua tetap menjadi iaitu sebuah album yang berkualiti. Baik dari segi produksi mahupun sumbangan artistik mereka. Ini bukan album tangkap muat. Ini album high-priority. Ini album yang dirancang dengan baik.

Cuma yang tinggal, lagu yang boleh melekat di kepala sepertimana lagu Children Of The Sea, Heaven And Hell, The Sign of the Southern Cross etc. Mungkin ini satu perbandingan yang tidak adil tetapi ianya perlu. Sekurang-kurangnya, klasik untuk zaman ini.

Mungkin juga keserasian ataupun sentuhan Midas Touch mereka akan kembali pada album seterusnya, siapa tahu?

All songs written by Geezer Butler, Ronnie James Dio and Tony Iommi.

1. "Atom and Evil" – 5:15
2. "Fear"– 4:48
3. "Bible Black"– 6:29
4. "Double the Pain"– 5:25
5. "Rock and Roll Angel"– 6:25
6. "The Turn of the Screw"– 5:02
7. "Eating the Cannibals"– 3:37
8. "Follow the Tears"– 6:12
9. "Neverwhere"– 4:35
10. "Breaking Into Heaven"– 6:53

5 comments:

  1. awat album depa ni mahai drp biasa noo?

    ReplyDelete
  2. gua dok kat semporna,sabah ni terlepas banyak benda bro..serba serbi ketinggalan.bayangkan la nak cari cd artis yg kita minat pun susah tahap gaban.lebih2 lagi sekarang ni zaman hip hop,rap etc,nak cari iron maiden pun lenguh berjalan.kedai jual cd melambak,tp jual cd yg macam sial.tension gua.

    ReplyDelete
  3. yg tu mesti kes kedai cd byk jual vcd karaoke, xpun byk jual lagu2 indon @ local kan? sabar2 la... mmg trend borneo camtu, dr sabah smpi srwk, apa blh buat... mcm kitorg koman2 cari kat speedy xpun order online

    ReplyDelete
  4. mm, 2 hari tiket jual dah sold out?
    takpe tunggu next tour.

    ReplyDelete
  5. gua masih blum bekesempatan untuk mendengar killer riff mr. tony dan tekak emas mr. dio dalam album ni.

    "The world is full of Kings and Queens
    Who blind your eyes and steal your dreams
    It's Heaven and Hell, oh well"

    ReplyDelete