Friday, June 26, 2009

Ulasan: THE CARDIGANS Super Extra Gravity CD

Warning! Not METAL!

Terus terang aku cakap, susah aku nak minat jenis muzik selain dari Rock (keras) dan Metal. Dah cuba tak boleh. Apa nak buat? Namun begitu ada juga beberapa antara yang bukan Rock (keras) dan Metal yang telah menambat hatiku. Menambat tu dari segi maksud, sanggup aku beli CD. Bukan setakat dengar mp3 je.

THE CARDIGANS adalah antara mereka tersebut. Penemuan band ini berlaku tanpa sengaja. Berlaku beberapa tahun dahulu ketika aku sibuk menggodek kaset-kaset longgok di sebuah kompleks membeli belah. Ternampak kaset band ini dengan album Gran Turismo (album terbaik mereka) dan terus dibeli. Bila dipasang terus terpikat! Dasat tu!

Apa yang memikat telinga aku ialah vokalisnya Nina Persson. Suara beliau merdu sungguh dengan serak yang seksi. Ah... syurga! Band pun pandai, muziknya diminimalkan untuk menyerlahkan suara Nina secara optimum.

Album ini adalah album terakhir mereka pada tahun 2005. Bukan mereka berpecah tapi inilah album paling baru. THE CARDIGANS meneruskan konsep alternative indie pop mereka dengan jayanya. Saduran dari pelbagai jenis rentak muzik pop merentasi zaman dengan lagu Losing Friend (vibe 50an), Godspell (alternative 80an) dan Overload (cabaret?) membuatkan album ini hidup sekali.

Selain dari itu, Nina mempunyai deria lirik yang tajam. Mungkin disebabkan kebanyakannya liriknya menggunakan kata ganti diri, I, we, you yang menggambarkan beliau menulis sesuatu yang pernah dialaminya. So connected. Seolah-olah kita bersama dengan emosi Nina yang menulis.

THE CARDIGANS memang tidak mengecewakan. Untuk mat Metal seasoned macam aku boleh jadi peminat, mungkin aku boleh panjangkan rekomendasi aku kepada korang yang juga Metal (konon). Kat bawah tu lagu Don't Blame Your Daughter, try dengar tengok boleh masuk ke tak (jangan lupa baca lirik sekali - memang best)? Kalau boleh masuk, welcome to the club!

# "Losing a Friend" (lyrics by Persson) – 3:44
# "Godspell" – 3:29
# "Drip Drop Teardrop" (lyrics by Persson) – 3:15
# "Overload" – 3:18
# "I Need Some Fine Wine and You, You Need to Be Nicer" – 3:33
# "Don't Blame Your Daughter (Diamonds)" – 3:37
# "Little Black Cloud" (lyrics by Persson) – 3:26
# "In the Round" – 4:17
# "Holy Love" – 4:07
# "Good Morning Joan" – 3:37
# "And Then You Kissed Me II" – 4:01



don't blame your daughter, that's just sentimental
and don't blame your mum for all that you've done wrong
your daddy's not guilty you came out a little faulty
and the factory closed so you can't hold them liable
you come from an island, you're cutting diamonds with a rubber knife

your autograph's worthless so don't send me letters
and don't mail me cash 'cause your money is no good
what's left in your mattress is holes that lack of love left
some hair from a horse and none of it is yours, man
you come from an island, you're cutting diamonds with a rubber knife

and the song you sing today wasn't always in your head
the words you try to say are the ones you should've said
they're glistening like diamonds, go out and find them, but don't blame your daughter

read me your tombstone, tell me you're sorry, fax me your will, you owe me something still
blood is like water, the bath that you poured me has drained and is gone
don't blame it on your son

and the song you sing today wasn't always in your head
the words you try to say are the ones you should've said
they're glistening like diamonds, go out and find them.

The world is full of diamonds, go out and find them, but don't blame your daughter.

9 comments:

  1. my favourite game dan lovefool antara yang terbaik bagi aku.

    ReplyDelete
  2. Baik aku layan ella!!Suara serak2 itik. Gedik pon mcam itik gak makcik tu. Phewittt!

    ReplyDelete
  3. tak pernah dengar lak ni Cardigan ni.

    last cd pop suara pompuan aku beli..
    Belinda Carlisle nye live bootleg kot haha

    ReplyDelete
  4. tak berapa masuk la...tapi kalau bukan metal asal dari sweden...Roxette la rules!!!

    ReplyDelete
  5. oh.. nina.. aku ade semua koleksi kaset album mereka. bg yg rase metal sgt, gitaris die dulu main band metal, tapi dah boring lalu diorg buat band indiepop nih.

    jadi tak salah pun kalo mat metal minat cardigans. bagus Sam!

    ReplyDelete
  6. hehe,ulasan yang bagus abg ben..anyway,saye mmg thanx bebyk kt abg ben coz wat ulasan mastodon arituh,walaupun mastodon mmg da lame kenal,tapi tak tergerak nk "appreciate",disebabkn ulasan abg ben,saye da bli pun Blood Mountain,Leviathan plak mahal sgt,15pounds,so nk kene tunggu duit kene transfer then trus bli,haha..

    ReplyDelete
  7. Ahhh. I lioke!

    Ada pernah dorang cover Ozzy's Mr. Crowley. Cara dorang re-arrange the song memang amazed.

    ReplyDelete
  8. cardigans mmg best bagi aku. suara nina mmg menusuk kalbu. album ni aku x dgr lagi.

    gran turismo la album depa yg paling laku & yg terbaik, tapi byk unsur electronica/synth bg aku.

    album pertama yg aku dgr dari depa - life, siap ada cover sabbath bloody sabbath! fuhhh mengancam sungguh. suara nina... cair hati aku...

    lagi 1 kalau hg minat female pop, aku cadangkan dido. lagi 1 suara yg merdu, sama mcm nina. semua album dido terbaik.

    ReplyDelete
  9. dulu masa love fool keluar aku ingat kyle"minok" yang nyanyi. tak brape follow sgt band ni.tp lagu dia mmg sedap2. rileks jer.

    ReplyDelete