Monday, May 25, 2009

IRON MAIDEN Flight 666 CD

CD sudah sampai di Adelaide! Sebelum ni, DVD dah sampai.

Memang tujuan kali ni ke kedai, nak membeli versi CD. Nampak on display terus grab dan bayar. No question asked (sindrom die-hard fan).

Apa nak kata? 17 tracks (termasuk satu intro Churchill's Speech) yang dikutip dari 16 buah bandar. Cuma orang komplen, habis setiap lagu ada cut. Berbeza dengan rakaman live normal, ia berterusan. Namun, aku setuju kenapa perlu ada cut kerana setiap rakaman adalah berbeza tempat. Ianya lebih logik dan munasabah. Andainya berterusan, nampak menipu. Got it?

Bookletnya biasa je beberapa pages gambar dan informasi termasuk kata-kata aluan oleh Steve Harris. Untuk booklet yang menarik, sudah tentunya kena dapatkan dari DVD Special Edition. Buat duit betullah diorang ni. Tapi sebelum nak mengumpat, bukankah semua orang buat macam tu. Ada edisi biasa, special edition, re-release etc.

DVD Special Edition dan CD dah ada. Lagi satu yang perlu ada ialah vinyl. Untung ada sorang kawan di UK sekarang ni. Boleh kirim. Bukan satu, bahkan dua (sindrom die-hard fan). Buat apa beli dua? Ah... korang bukan faham (korang tak die-hard!). Ada la, maybe untuk buat trade dengan fellow collectors in the future andaikata beliau ada something yang kita nak.

Mixing album? Fantastic Mr Bombastic! Yang bernasib baik tengok IRON MAIDEN live masa ni (Mr deaf4ever di Perth) mesti nak berair mata la dengar balik audio ni. Nak-nak bila dengar crowd sing-a-long. Mungkin dalam ribu-ribu orang dok nyanyi, suara dia paling jelas, mana tau? Sudah tentu tidak sebab show Perth takde dalam CD ni. Aku faham emosi beliau ni. Super die-hard fan.

Kevin Shirley diberi tugas untuk mix album ni. Mesti pening kepala punya sebab kena buat 16 mix berbeza dan bagi level semua supaya fit dalam 2 CD tu. Kalau satu venue mungkin mudah sikit sebab adjust pun sikit-sikit punya.

Makin tua, makin adventurous IRON MAIDEN ni. Mungkin dah buang tabiat? Fly kapalterbang sendiri untuk tour ni. Mungkin juga sebab ikut kata Bruce Dickinson, tahun 2013 merupakan tour terakhir mereka sebab masing-masing dah over 50. Beliau sendiri 55. Nicko dah 60 tahun. Mana larat ye tak?

Aku pun sanggup pi New Zealand nak tengok IRON MAIDEN live pun kira last kopek la tu kot? Atau 2013? Ada sapa-sapa nak buat rombongan? deaf4ever?

1 - ACES HIGH
Bandra Kurla Complex/Mumbai, India
February 1, 2008

2 - 2 MINUTES TO MIDNIGHT
Rod Laver Arena/Melbourne, Australia
February 7, 2008

3 - REVELATIONS
Acer Arena/Sydney, Australia
February 9, 2008

4 - THE TROOPER
Makuhari Messe/Tokyo, Japan
February 16, 2008

5 - WASTED YEARS
Arena Monterrey/Monterrey, Mexico
February 22, 2008

6 - THE NUMBER OF THE BEAST
The Forum/Los Angeles, USA
February 19, 2008

7 - CAN I PLAY WITH MADNESS
Foro Sol/Mexico City, Mexico
February 24, 2008

8 - RIME OF THE ANCIENT MARINER
Izod Center/New Jersey, USA
March 14, 2008

9 - POWERSLAVE
Saprissa Stadium/San Jose, Costa Rica
February 26, 2008

10 - HEAVEN CAN WAIT
Palmeiras Stadium/Sao Paulo, Brazil
March 2, 2008

11 - RUN TO THE HILLS
Simon Bolivar Park/Bogota, Colombia
February 28, 2008

12 - FEAR OF THE DARK
Ferrocarril Oeste Stadium/Buenos Aires, Argentina
March 7, 2008

13 - IRON MAIDEN
Pista Atletica/Santiago, Chile
March 9, 2008

14 - MOONCHILD
Coliseo de Puerto Rico/San Juan, Puerto Rico
March 12, 2008

15 - THE CLAIRVOYANT
Pedreira Paulo Leminski/Curitiba, Brazil
March 4, 2008

16 - HALLOWED BE THY NAME
Air Canada Centre/Toronto, Canada
March 16, 2008

4 comments:

  1. insyallah yg versi cd ni masuk m'sia somewhere in june >:)

    ReplyDelete
  2. adoi...meleleh lagi...
    june pun june la...janji masuk m'sia..

    ReplyDelete
  3. berdarah hidung gua tgk...huhuhu

    ReplyDelete
  4. mm, kat youtube semua dah ada dah haha. Untuk peminat2 yang dah tak sabar.

    nanti buku foto dia pun kameraman tu nak keluarkan. Semua 4 legs of the tour. hah, ko standby gambo kat dalam kot haha

    ReplyDelete