Monday, May 11, 2009

Geng motor dan AC/DC


(Sila klik gambar kalau nak baca)

Gangster kat sini bukan macam Along kat Malaysia. Sini ada kelas sikit. Geng motor. Harley Davidson dan sewaktu dengannya.

Tapi bukan senang nak tengok depa ni. Bukan jenis mat lepak tepi tembok maupun di shopping complex. Aku pun tak tau mana depa ni. Aku rasa sepanjang aku kat sini, mungkin 2 kali je nampak diorang in groups. Sekali tu ramai-ramai lepak kat bar, bersusun la motor Harley Davidson.

Aku tak tau time bila diorang ni keluar di khalayak ramai.

Mungkin bila ada certain functions je kot. Other than that, depa jadi normal? Entah.

Namun begitu, depa ni ganas boleh tahan. Jenis tembak rival bikers tepi jalan je. Sekali masuk paper, tembak sorang rival kat luar airport di khalayak ramai. Dasat tu. So jangan main-main.

Sebab itulah gomen Australia ni buat tough law kat geng bikers ni. Aku pun tak tau detail. Bikers ni pun protest la sekali siap berkumpul depan parlimen lagi.

Semalam sudah masuk paper. Tough law ni akan digunapakai untuk pertama kalinya terhadap geng THE FINKS.

Lain-lain nama geng yang biasa kita dengar HELL'S ANGELS, OUTLAWS dan BANDIDOS. Depa ni kira rivals la. Bisnes depa? Dadah.

(Sila klik gambar kalau nak baca)

On another news, AC/DC will tour Australia! Yeaaaaa... (jerit rakyat Australia). Walaupun AC/DC ni asal dari Australia tapi depa dah tak duduk Australia dah. Tak tau dok kat mana. Last sekali diorang main kat Australia ni tahun 1991 (huhuhu...). Punya la lama wehhh... Patutnya negara tumpah darah main la at least 3 tahun sekali. Ni dah 18 tahun!

Yang tak yeaaa nya pulak, AC/DC punya tour Februari 2010. Aku dah balik masa tu... aduh... Melepas!

Sekian, berita Krenmaut melaporkan dari Australia!

7 comments:

  1. betul tu bro...macam tak complete la duk ostolia tapi tak nengok ACDC...hehe

    ReplyDelete
  2. aku ada baca jugak pasal geng motorcycle kat Australia..
    memang big scale ler dorang..

    ACDC tu tadi aku baca kat internet, boleh sumbang 10 juta kat ekonomi New Zealand bila show tu sampai sana nanti.
    Memang big scale ACDC ni.

    ReplyDelete
  3. kat dublin aku baca thin lizzy support 3 dates in uk/ireland! damn... classic giler lineup

    aritu time aku kat sydney ada pasal org kena tumbuk & mati kat aiport sbb geng bikers ni.

    dasat, tapi depa mkn low profile sket, x obvious, kat sini biggest group - mongrel mob..

    ReplyDelete
  4. kat malaysia..mat rempit / road bully ;)

    ReplyDelete
  5. Along? At first I thought you were talking about me..terkujat jap.

    Kat Malaysia motor harley mahal sangat, samseng jalanan tak mampu nak beli. Tapi ada juga group harley bebudak muda di Malaysia (yg aku kenal) tapi depa tak penyangak la, cuma muda dan gila2 je.

    AC/DC...bila pulak turn aku nak nengok. Klik kat ofis dah beli tiket nak tgk di UK..hmmm

    ReplyDelete
  6. Angus Young nak bertumbuk dengan crowd time konsert. Tu pun boleh dikira sebagai samseng lama. Orang lama, jiwa muda ala-ala budak sekolah.

    ReplyDelete
  7. gua suka tengok geng motor ni dengan personaliti dan gaya yang hebat/kuat dan paling teruja - chooper!
    phew! tak bleh tahan!

    ReplyDelete