Sunday, March 08, 2009

Inspirasi dari nasyid bersama Halim BROTHERS

Halim BROTHERS, kompem glamer sekarang. Semalam punya show untuk program Langkah Bermula untuk freshies, untuk dia (bukan gua), berjaya tahap gaban. Beliau memang excellent dengan crowd. Dapat tepukan gemuruh.

(Gua banyak terkolap main gitar... lupa chord huhuhu... Harap-harap ramai yang jahil muzik masa tu...)

Kalau Ustaz Zuhri (pegawai MSD) yang dulupun ada pengalaman bernasyid di Morocco tu terpikat dengan persembahan Halim BROTHERS, memang sempoi le. Mana la tau kot kena buat show kat Sydney, Canberra, Perth, Melbourne ke... Gua janji gua praktis betul-betul lepas ni hahaha... Ustaz Zuhri tetamu kehormat semalam along 2 other VVIP; MSD guy and PETRONAS education punya orang.

Video? Malas ah gua nak upload hehehe...

Anyway, bercakap dengan projek yang dah lepas ni, gua inspired. Menggitarkan lagu nasyid. Dari lagu BROTHERS tu yang gua alih-muzikkan; keyboard-based kepada gitar-based. Lebih-lebih lagi, Halim BROTHERS pun ada depan mata. Boleh la gua realisasikan nasyid versi gitar ni (gua nak kasi label Metal nanti, dapat banyak surat bantahan pulak).

Dalam masa beberapa jam, gua berjaya menyiapkan track asas untuk projek ni. Gua namakan lagu tu sebagai GAZA. Ada dua part yang nyata dalam lagu tu. Part Halim BROTHERS kena masuk vokal ialah part gitar 'clean'. Part gitar distortion dibiarkan as it is. So lu orang boleh la berangan melodi vokal tu nak letak camana. Bebas untuk dipikirkan. Bebas untuk dikaraokekan, dengan melodi sendiri, dengan lirik sendiri.

Tokey swinging bowl, muka ensem je tak boleh jalan. Suara kena ensem dulu. Sila audisi dengan Halim BROTHERS. (Jangan lupa CD gantung kat leher, ikut style 4U2C)

Dengarkan... GAZA! http://www.soundclick.com/bands/default.cfm?bandID=727810

6 comments:

  1. Aku ingat nak buat satu lirik lagu. Azamku Nak Kahwin Lagi - nanti hang buat lagu. Special dan boleh buat lagu tema SB

    ReplyDelete
  2. ini bukan maju setapak lagi, tapi maju bbrp tapak lagi.. huhuhu
    Bro... dah slalu perform gig pun ada nerves lupa chord ke.. he he biasa la tu. org tak prasan kot.

    ReplyDelete
  3. brader halim punya showmanship dan interaksi sama crowd memang boleh dibanggakan.kalau jadi band boleh jadi cam Bruce Dickinson!ngehhh

    ReplyDelete
  4. hehehe.. thanks bro.. tanpa muzik goreng from Bro Ben, tak de nak tarik sangat pun.. Cam nasyid2 ala2 duk statik pegang tangan lagi.. So, dengan kesegaran muzik semalam n crowd yg sporting lisbon, membuatkan aku seperti artis band yg sopan2 gitu..
    Ape2 pun congrats for you to Bro Ben!! InsyaAllah ada rejeki kita jelajah OZ.. Heheh.. yela tu..

    ReplyDelete
  5. Aku tak payah audition suara la bro. Aku jadi tukang joget seret2 kaki kat belakang jer, macam lam fiona tu la. Buat ape pakai suara betul. Kita miming la baru kacak.
    Woi lirik mane? Masukkan lah vokal. Aku nak dengar lagu ngan vokal sekali.
    Kalau dengar instrumental baik aku dengar kaset kenny G ke veneessa may ker. Layan gak

    ReplyDelete
  6. org tgk gitar ko pon org dh cuak nk komen...

    nnt aku uplod clip korg, ble2 aku rajin

    ReplyDelete