Sapa tak kenal CROMOK eh? Gua kenal sejak dari album Image of Purity lagi. Masa tu kat MRSM Muar lagi. 1991.
Diorang punya hype masa tu, student kat Australia buat album thrash. Gua dah thrash dah masa tu even sebelum masuk MRSM lagi. Itu sebab nick gua kat MRSM ialah Thrash @ Thrasher. Tapi sebab kejahilan budak-budak masa tu, selalu tulis nick gua as Trash. Ada beza tu woooo... Gua selalu betulkan ejaan mereka.
Bestnya CROMOK rilis album masa tu disebabkan elemen kemelayuan mereka, paling menyerlah bila intro Ulik Mayang. Dah la masa tu Thrash Metal kiranya masih asing pada kalangan peminat muzik, tiba-tiba CROMOK masukkan elemen kemelayuan pulak. Tangkap habis. Kalau tak minat lagu keseluruhannya pun, intro pun jadi. Jadi playlist budak-budak main gitar kapok kat dalam dorm.
Cuma bila gua selidik dengan senior thrasher @ mat underground kat KL, CROMOK ni kira asing. Sebab? CROMOK tak pernah join mat underground kat sana. Nak join camana, depa kat Australia ye dak?
Disalahkan juga, apabila CROMOK balik Malaysia pun, mereka tak join mat underground kat KL. Ikut kata seorang sahabat yang sekarang otai le dah... sekali tu CROMOK buat show alongside band Thrash Metal tempatan kat KL, mat underground boo kat CROMOK.
Macam-macam la diorang kata pasal CROMOK ni. Gua tak korek dalam-dalam. Tapi sure best punya dengar real story masa tu. Apsal mat underground tak suka CROMOK dan kenapa CROMOK jadi lone ranger?
Aku ingat-ingat lupa tapi Karl CROMOK pernah jadi produser album SIL KHANNAZ Conception Of Madness tapi sekerat je. Kenapa? Aku tak tau. Maybe korang lebih arif tentang cerita ni (betul ke atau myth) boleh la komen.
Aku pun lepas keluar MRSM upgrade jadi mat Death Metal. Dengar Metal yang lebih keras, kental dan ganas. Oleh itu CROMOK terkeluar dari senarai pendengaran. Namun album pertama Image Of Purity tetap jadi favourite. Keklasikannnya menyerlah disebabkan elemen kemelayuan album tu.
Mungkin tanpa sedar ia memberi inspirasi dan idea kepada gua untuk meng'timur'kan band gua masa tu, LANGSUYR. Ye lah, zaman tu (awal 90an), Metal underground tempatan banyak copy dari Barat. Bunyi kasar sikit ye tak? Tapi begitulah realiti masa tu. Cuma gua push sikit boundary tu dengan lirik Melayu dalam lagu Tangisan Embun Pagi. At the same time, SIL KHANNAZ pun keluarkan Pendita Gila yang berbahasa Melayu. As Sahar pulak merilis album berkonsepkan mistik Melayu.
So suka atau tidak, CROMOK memang mencetuskan elemen nusantara dalam pergerakan Metal underground tempatan dengan album Image of Purity. Ironinya masa idea itu direalisasikan tatkala mereka masih berada di Wollonggong, New South Wales, Australia.
Ya mereka merilis sebuah demotape dengan tajuk yang sama. Demotape inilah yang memikat syarikat rakaman VSP untuk merilis album mereka di Malaysia.
Menuju kepada maksud artikel ini. Gua memiliki demotape Image Of Purity. Bukan dari rakyat Malaysia tapi rakyat Australia. Ditanya kepada penjual samada beliau mengenali CROMOK secara personal atau tidak, beliau menjawab tidak. Tetapi beliau mengingati CROMOK sebagai sebuah band yang sangat bagus persembahan live mereka di sekitar litar-litar persembahan di Sydney ketika itu.
Paling best, demotape ini dijaga dengan baik sekali. Kelihatan hampir baru. Gua bertuah kerana memilikinya. Tapi gua sangsi la sikit bab menjaga ni. Ikut sejarah gua, kaset-kaset gua semua berkulat. Ya tak ya jugak, kat Australia udara kering, kaset susah sikit nak berkulat.
Namun begitu, malang juga bagi gua. Gua takde kaset player hahaha... So gua tak boleh nak dengar demotape ni. Sound macamana? Produksi macamana? Ada beza tak lagu dalam demotape ni dengan lagu dalam album (senarai lagu sama je)? Macam-macam persoalan yang tak terjawab.
Ini khazanah negara ni. Demotape ni dicetak tahun 1990, bermaksud dah umur 19 tahun tape ni. Kalau baby, dah jadi teruna/anak dara. Kalau Muzium Negara nak, gua boleh bagi.
oh dpt kt bdak AM ke?ingat dapat dr Malaysia.
ReplyDeleteAbg Ben, kalau aku tak silap sound dia sama mcm yg VSP riliskan. Aku dgr lagu metallurgical sblm VSP rilis album tu dr kaset dubbing pakcik aku yg study kat USM masa tu.
ReplyDeleteantara keset awal aku dengar,
ReplyDeleteblood brother aku yang beli,
dia ada walkman.
kedai jamming kat teluk intan,
lagu cromok antara yang paling banyak budak main.
hahaha.....
aku orang telok intan.
kantol.
tip top lagi tu...rare ni
ReplyDeleteSerius gua tak tau scene metal secara mendalam dan penerimaan metal Malaysia dulu-dulu terhadap Cromok. Tapi gua memang sokong, Cromok memberi sound unik dalam arena metal..nusantara trash kot..memang layak dihantar ke Arkib Negara..
ReplyDeleteEmmm .. timbul balik keset ni ya, masa ni gua tgh matriks, pelik gak dengar lagu2 thrash metal yang intro Ulik Mayang ni tapi itulah hakikatnya. Walaupun gua tak berapa minat kumpulan ni tapi mmg zaman gua tu, kira happening lah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....
ReplyDeletememang masa tu peminat dan pemuzik keras tahahair sangat belagak dan menolak muzik bawaan cromok. semua memuja band thrash/death/grind dari eropah dan u.s.
ReplyDeletegua sangat suka dengan 'kemelayuan' yang disuntik oleh cromok. tetap layan dan boleh banging. sakit tengkuk gak! so... apa salah diorang. tak cukup keras, tak cukup metal?
'la crosse 'dan 'journey ' menjadi feveret sepanjang zaman gua. tahun 1992, gua pegi tengok live diorang ( yang happening ) besama band undangan suffercation yang sungguh membosankan!
kerana lagak, sombong dan ego... cromok yang membawa/mempekenalkan pengaruh muzik/irama melayu dalam muzik keras ke seluruh dunia dinafi dan ditolak! malang sungguh. sad but true reality!
itu la risiko dan harga yang perlu mereka bayar kerana cuba menjadi 'lain'di tanahair sendiri.
wow
ReplyDeleteada jumpa arkib nyer item ni
nanti tolong dub bleh
hehe, back to root
cromok dan klik nuffnang tak dapatdipisahkan
hehe
dulu masa gua kat ITM...yang tak rock pun sibuk nak dengar kaset ni...tapi yg part ulik mayang la..masuk part berdentum dorang blah..hehe..
ReplyDeleteberapa harga lu beli bro?..ikut flyer dia yg gua masih simpan dulu reganya $A8
bro trash , bukan lu dah tobat ke dulu, aku dgn kerapok pernah pi wollonggong tempat budak2 kromok ni diwujudkan. Ok wasalam...
ReplyDeletehttp://zuraidin.blogspot.com
mm
ReplyDeleterasa2 aku la, post ko pasal Cromok nye demo ni ialah ' ROCK ARTICLE OF THE YEAR ' untuk muzik tempatan. Very informatif dan meaningful.
Kalo muzium negara ambik kaset ni, tulisan ko ni tampal sekali kat tepi kaset tu.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
ReplyDeleteSalam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Wahh ori demo tape tu. Ini barang rare ni bro. Aku pernah beli kaset yg VSP rilis dulu. Tapi dah hancus sekrg. Nyesal...
ReplyDeleteLagu ulik mayang tu memang lagu jam wajib utk bebudak yg belajar gitar dulu (termasuk aku)
ha!ha! kita sama zaman laa bro...aku MRSM KB masa taun yang sama gak. Adik miji skali dok sini masa tu..dia yang bawakkan demo tu..abis bdk2 dok copy..namapun demo, sound memang out.
ReplyDeleteNostalgia yang hebat!
1990 Aussie metalheads headbangers and malaysian students who studied in australia during that time got the earlier chance to listen to that demo tape Image of Purity
ReplyDeleteDemo tape Image of Purity tahun1990..dh brlalu 30 tahun lps... malaysian students yg belajar kat australia waktu tu semua dh brusia lbh 50 tahun skrg ni..dah ada yg bercucu pangkat atok
ReplyDelete