Monday, January 05, 2009

Saudara-saudara kita di Palestine

Andaikata kita dalam situasi mereka, bagaimana?

Tolaklah segala permainan politik dan sebagainya. Letakkan diri kita sebagai orang awam.

Sekarang ni kita marah tapi argument kita lebih kepada mengutuk orang Islam yang lain. Arab bodoh dan bacul kerana tak bantu. Negara kita bodoh dan bacul pasal tak bantu.

Kita pulak... berani dan betul? Sedangkan kita pun banyak 'interest' nak kena jaga. Setakat ketuk meja tu, aku rasa pak Arab dan mereka-mereka yang kita dok kutuk tu lama dah buat.

Kita membayangkan orang Islam ni gagah dan perkasa. Sedangkan zaman tu dah lama berakhir. Lama sungguh. Kenapa kita fikir yang kalau kita banyak duit/harta, maka kita boleh jadi gagah dan perkasa, aku pun tak tau dari mana. Sebagai contoh, kalau kau banyak duit, lihat diri sendiri, kau gagah dan perkasa ke? Makin lembik ada la. Maklumlah, kepentingan "perlu" dijaga.

Lihat diri sendiri pada cermin. Kita adalah refleksi kepada keadaan umat Islam sekarang ni. Kalau kita rasa Islam dalam diri kita lemah, hanyut, hampeh... Begitulah keadaan umat Islam sekarang. And for this, kita dibenarkan kutuk/maki orang Islam yang lain? Why not kutuk/maki diri sendiri?

Buatlah yang paling patut kita buat (tapi kita TAK buat). Doa. Doa. Doa... dan doa. Dan kalau antara kita tu yang jadi imam surau/masjid, buatlah QUNUT NAZILAH.

Dan selalu ingat dan kasihkan saudara-saudara kita di sana.

p/s: bab konspirasi/globalisasi whatever tu, ingatlah perancangan Allah s.w.t. lebih hebat.

7 comments:

  1. Umat Islam tak kan dapat bantuan Allah selagi tak capai maksud dihantar oleh Allah.

    Aku sedang belajar untuk tu..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:50 PM

    http://nikabduh.wordpress.com/2008/12/31/kita-dan-palestin/

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:18 PM

    1) sebab tula imam as-syafie suh bace qunut mase subuh..

    2) kamal sound aku, dia ckp sape yg keco sgt nk p jihad bgtau dia..dia nk sponser p palestin,afghan,checnya,iraq or turkistan..

    3) doa hidayat utk palestin bro!!!dan doa hidayat jugak utk kafir2 skali...

    ReplyDelete
  4. qunut nazilah..
    hah ni the right term.
    smayang jemaat lepas ada ni.. panjang imam baca... sayu je

    ReplyDelete
  5. sebagai orang Islam, gua benar2 kasihan dan simpati dengan nasib malang saudara2 kita di sana. gua hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka.

    ReplyDelete
  6. ini semua salah saya, sebab saya masih tak buat apa2 lagi. Baru nak cuba buat sesuatu tapi itu pun tak bersungguh2, semoga Allah terima saya dan ampunkan saya.

    ReplyDelete
  7. Pak Lah minta semua masjid satu Malaya adakan solat hajat lepas solat Jumaat hari ni...

    Menteri di JPM (Datuk Zahid) dah keluarkan pengumuman semalam...

    ReplyDelete