Wednesday, January 14, 2009

Iklan: Research on Work Stress

Menolong seorang sahabat yang sedang stress buat survey PhD hehehe...

-------------------------

Anda berminat untuk terlibat dalam kajian berkaitan 'Stress di Tempat Kerja'?. Satu kajian dalam bentuk perbincangan dalam kumpulan (Focus Group) akan diadakan di Desa Pandan, Kuala Lumpur pada Sabtu (17 Jan 2009). Perbincangan ini akan mengambil masa di antara 1 jam 30 minit ke 3 jam (bergantung kepada jumlah penyertaan dan perbincangan).

Kelayakan:
a) Anda warganegara Malaysia.
b) Sedang bekerja di mana-mana jabatan kerajaan atau swasta (pengesahan mengenainya akan dibuat).
c) Umur 18 tahun dan ke atas.
d) Sanggup untuk berbincang dan mengemukakan pandangan.
e) Penyertaan dari kaum bukan Melayu adalah sangat dialu-alukan.

Untuk makluman, ini adalah kajian psikologi. Oleh itu, pihak kami tidak berminat untuk mengetahui sebarang kerahsiaan atau data syarikat anda. Pihak kami hanya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan stress pekerjaan di kalangan pekerja Malaysia dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan simptom tersebut.

Anda akan dibayar tunai di atas penyertaan anda di antara RM70-RM100 berdasarkan tahap kerjaya anda. Sekiranya berminat, sila email ke fakirfikir@hotmail.com dengan menyatakan nama, jantina, jawatan, nama agensi (swasta atau awam) dan no telefon anda sebelum Jumaat, jam 10 pagi. Pihak kami akan menghubungi anda melalui telefon sekiranya layak.

Terima kasih.
Fakirfikir.blogspot.com

4 comments:

  1. Thanx Bro Ben,
    Mungkin nanti boleh kita melihat kelibat metal dalam kajian akademik - bercakap hal-hal psikologi pula!

    ReplyDelete
  2. Wei aku layak join aper..wargenegara, pekerje swasta..takd e kate kene keje kat msia...tiket balik Msia leh sponsor dak?
    Budak2 dari blog ni bukan tahap stress dah...dah tahap sewel dah. Layan metal sampai mental dah ni!

    ReplyDelete
  3. Sdr Ben,
    Terima kasih atas bantuan. Iklan dah boleh ditutup. Dah cukup korum.

    Sdr Azam,
    Nanti aku buat research kat kedai hang. Nak tengok darjah stress budak-budak yang kerja kat kedai. Kalau depa stress, nanti kita report Work Cover. Penyelidik pula boleh makan free.

    ReplyDelete
  4. Adoi.. kalau aku duduk dalam perbincangan 1½ hingga 3 jam tu boleh stress tuh.

    Boleh bukak tajuk baru "stress di tempat perbincangan."

    ReplyDelete