KING DIAMOND dengan album Conspiracy aku letakkan sebagai album KING DIAMOND yang paling heavy. Baik dari segi muzik mahupun produksinya. Mungkin sentuhan dari produsernya Roberto Falcao ataupun penangan studio di US yang mereka gunakan. Sebelum ini, semua rakaman album KING DIAMOND dibuat di Denmark.
Selepas kejayaan album "Them" yang terjual sebanyak 200,000 keping di US saja, memberi inspirasi kepada KING DIAMOND untuk meneruskan penceritaan dalam "Them". Dengan lain perkataan, ini adalah "Them" Part 2.
(KING DIAMOND adalah nama kepada penyanyinya. KING DIAMOND juga adalah sebuah band, jadi kadang-kadang boleh jadi confuse sikit bila nak refer kepada band dan penyanyinya)
Aku pun tak tahu dah berapa kali aku beli, jual, beli, jual CD ni. In the end mesti ada beli balik (jangan ditanya kenapa dijual).
Rilis ni special disebabkan ianya termasuk dalam rilisan Roadrunner remastered dengan bonus tracks. Untuk pressing yang awal, semua CDnya adalah gold CD (kemudiannya jadi CD biasa).
Konsep album sebegini telah mula dibuat sepenuhnya sejak album kedua Abigail (album pertamanya, Fatal Potrait cuma mini series; 4 lagu berkaitan selainnya lagu bebas). Dan ianya nampak berjaya. Bukan saja berjaya malah unik. Gaya penceritaan genre horror yang diceritakan benar-benar seperti sebuah filem.
Dalam sequel ini, watak King (beliau sendiri?) sudah dewasa. Dan rumah kepunyaan neneknya menjadi rebutan. Ibunya pula menjadi dadu pertaruhan oleh kaunselor jahat. Sementara King, yang telah membunuh neneknya yang jahat telah dikaunseling oleh kaunselor jahat. King yang memusuhi hantu yang bersekongkol dengan neneknya pada album "Them" kini mula berganding dengan hantu tersebut untuk 'menyelamatkan' ibunya yang berkonspiracy dengan kaunselor jahat untuk mendapatkan rumah tersebut dari King.
Hantu yang dimaksudkan ialah "Them".
Kompleks jalan ceritanya. Lagi kompleks nak masukkan lirik bercerita sebegini dalam
Aku pernah berharap kalau agar album "Them" dan Conspiracy ni difilemkan. Aku pernah terbaca yang KING DIAMOND sendiri berfikiran begitu tapi aku tak pasti kenapa ia tidak pernah menjadi realiti. Kalau jadi mesti cool punya. Ceritanya pun bukan sahaja seram tapi karektor jahat nenek dan emosi King begitu mencengkam.
Dari Rob Zombie bikin filem seram yang mengarut tu, baik dia jumpa KING DIAMOND dan diskas camana nak jadikan "Them" dan Conspiracy sebuah filem. Tak pun boleh suruh Bruce Dickinson.
Pada aku gandingan gitaris Andy La Rocque dan Pete Blakk adalah gandingan paling mantap. Dua-dua shredder dan solo gitar dua-duanya berdesing. Malangnya gandingan ini hanya kekal untuk album "Them" dan Conspiracy je. Juga ini adalah album terakhir drummer extraordinaire, Mikkey Dee (sekarang dengan MOTORHEAD) bersama dengan KING DIAMOND. Mereka bertiga bersama Hal Patino dan KING DIAMOND sendiri pada aku menjadi line up KING DIAMOND paling mantap!
Lyrics written by King Diamond. Music credits indicated as such.
1. "At the Graves" (Diamond) – 8:56
2. "Sleepless Nights" (LaRocque) – 5:05
3. "Lies" (Diamond) – 4:22
4. "A Visit from the Dead" (LaRocque) – 6:12
5. "The Wedding Dream" (Diamond) – 6:01
6. "“Amon” Belongs to “Them”" (LaRocque - Diamond) – 3:51
7. "Something Weird" (LaRocque) – 2:06
8. "Victimized" (LaRocque) – 5:21
9. "Let It Be Done" (Diamond) – 1:13
10. "Cremation" (Diamond) – 4:12
Reissue Bonus Tracks
11. "At the Graves" (alternate mix) – 7:20
12. "Cremation" (live show mix) – 4:12
Give Me Your Soul... Please!
ReplyDeletehehehe...
Tak berapa minat lagu ni :-)
ReplyDelete(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
aku tak pernah beli kaset/cd king diamond...tapi aku memang selalu dengar album Fatal Portrait sampai The Eye dulu2...roommate aku memang gila King Diamond...
ReplyDeleteTapi tak tau la...memang aku tak berapa masuk...tp zaman sekolah2 dulu aku minat Mercyful Fate..Melissa
gua memilih album "THEM" sebagai album terhebat mr. king di tahun 80an dulu. bemula dari cover yang lain dari cover album seblumnye - dilukis secara manual ( bukan photoshop ) dan MISTERI. sebuah konsep album yang menarik. lebih menarik kerana solo mr andy dan mr. pete yang sungguh berat dan tajam! riffs hebat begini hampir 'hilang' dalam conspiracy ( tetap album yang hebat ).
ReplyDeleteteringat satu kisah 20 tahun yang lalu. masa tu gua baru beli walkman cap ayam tepi jalan. dah beli walkman, kena la beli kaset. baru boleh belagak jalan2 kat bandar bahau dengan walkman. HEH! guapun trus tangkap album "them" ni. masa nak dengar kat walkman tu, sorang member gua sibuk nak cuba try test dengar gak. silap besar beliau dengar album "them".
"huih! lagu apo ekau pasang ni gayour, teperanjat den!" harharhar!
tutup lampu dan pasang lagu "phone call". boleh tecirit brader!
lawo eh inlay dia..cam komik
ReplyDeleteYEAH 'Them' album memang seram giler. Sayang sekali semua kaset King Diamond (KD) aku dah hancuss... Tengah membina koleksi CD pula. Takde KD di Dubai...dang
ReplyDeletebest ler packaging dia..aku suka tengok
ReplyDeletehahahaha akhir kuar juga review king diamond!!!!
ReplyDelete[korek entry2 lama abg ben]
ReplyDeletealbum conspiracy ni aku cuma ada versi kaset dubbed from cd (beli kat campbell's)
bg aku yg lambat layan king diamond ni, album febret aku tentunya house of god dan voodoo... klu yg 80's aku rasa aku minat abigail