Sapa boleh gerenti dia ahli syurga, angkat tangan!
Mungkin ada la kot kat luar sana yang boleh mengaku macam tu. Tapi gua... tidak sekali. (Mana ada orang gerenti ahli syurga woi!)
You see, hidup kat dunia ni semua mau ada struggle. Dari baby lagi. Nak susu, kena struggle (nangis), nak tukar lampin, kena struggle (nangis).
Nak score periksa, kena struggle (study). Nak beli kaset IRON MAIDEN, kena struggle (kumpul duit).
Nak kawin, kena struggle (cari duit). Nak naik pangkat, kena struggle (keje sungguh-sungguh).
Senang cerita, semua benda nak kena struggle baru dapat. Lagi banyak struggle, dengan izin Allah s.w.t., hasilnya lebih banyak.
Tapi malang, bab agama kita tak struggle langsung. Rasa bahagia dan rilek. InsyaAllah masuk syurga.
Dah Islam belum tentu masuk syurga weh... peringatan untuk aku.
Dengan keadaan agama dalam diri ni yang lemah ini, aku ambil keputusan untuk melapangkan masa, untuk islahkan diri dengan menempatkan diriku dalam suasana agama (dalam masjid). Aku infakkan 3 hari dari hidupku untuk islah diriku. Berat tapi terpaksa. Bukan untuk orang lain, tapi untuk aku. Aku yang nak selamat, aku yang nak masuk syurga, jadi aku yang kena struggle.
Lokasi masjid, Murray Bridge (70km dari Adelaide). In a few hours, kami akan bertolak. Aku bersama-sama beberapa brothers berbilang bangsa dan bahasa tetapi meyakini satu kalimah tauhid, yang like-minded dan sedar bahawa perlunya struggle atas agama.
Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.
Wajib baca...
Bayan Jemaah Australia
salam
ReplyDeletemoga inchik bentara mendapat apa yang dihajati...
dari : fan sunan kalijaga & syeikh siti jenar
mm mesjid paling dekat ngan tempat tinggal ko jauh 70km ke or saje je gi mesjid jauh sikit tu?
ReplyDeletecelengging betul ah tapi tu yang bagus.
salam... sam... islah atau uzlah bro?? suluk kot???
ReplyDelete"manunggaling kawla gusti"...
jauh gak MB tuh. Make sure bawak cd asyik leh pasang on the road trip!!
ReplyDeletekem slm kat membe aku ahli kitab kat sane
ReplyDeleteAt Taubah:111.
ReplyDeleteSesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.
(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
jihad atas agama Tuhan Yang Satu...
ReplyDeletesemoga diberkati perjalanan & pengorbanan itu.
Alhamdulillah, untuk zaman ini orang berada di jalan Allah adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Bukan semua orang terpilih beb! Tahniah anda bertuah, lagi beruntung. Setiap amalan digandakan ketika berada di jalan Allah, bagi yang sudah berkahwin lagi digandakan hingga ke tidak terhitung banyaknya, bil ghairilhisab.
ReplyDeleteSemoga Allah pilih saya khuruj fisabilillah 1 Disember ini. Amin
Keluar 3 hari eh?...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Semoga perjalanan dan niat kita mendapat keberkatan Allah SWT.
ReplyDeleteGua dah lama tak berislah ni..last sekali dgn Dr. Kamil dan beberapa lecturer lain dan beberapa ahli JIM lain..tu pun sekitar Ipoh je..