Oh... Wanwarlock bukanlah satu band, tapi seorang Medical Doctor, yang sekarang sedang membuat course specialist Oncology kat Hamilton, New Zealand. Seorang avid metaller, sebelum ini beliau menetap di Dublin, Ireland yang merupakan heaven bands yang tour the world namun tercampak ke ceruk New Zealand yang mana venue gig paling dekat pun perjalanannya sejam setengah.
Tapi kemetalan begitu tegar. Lihat saja gambarnya.
Sekitar masa beliau membuat PMR, beliau juga menyiapkan isu Thanatopsis zine. Pebende zine tu? Ishhh korang ni, masih pakai lampin kot masa tu. Baca sini.
Anyway, kebetulan beliau menghadiri conference untuk radiologists di Adelaide, maka adalah sangat penting untuk beliau menziarahi kawannya, seorang jaded metaller. Setelah mengadjust, beliau hadir ke rumah penulis beberapa minit sebelum maghrib dan penulis menghidangkan beliau Nasi Ayam Adelaide sebagai kenangan beliau paling berharga di Adelaide.
Beliau menceritakan pengalaman-pengalaman gig beliau di Dublin, mengumpul merchandise etc. Paling penulis jealous, beliau sempat menonton IRON MAIDEN semasa A Matter of Life and Death tour, yang mana IRON MAIDEN membawa lagu-lagu di dalam album AMOLAD in its entirety! Baju tour IRON MAIDEN yang didesripsikan oleh beliau malam itu, melelehkan air liur penulis tanpa disedari.
Oh, mat Death Metal memang begitu. Mukanya takde rupa langsung macam mat Death Metal. Muka mereka antara lain seperti muka seorang medical doctor dan pensyarah. Tu kadang-kadang menyebabkan mereka-mereka yang tau, terkejut besar sampai ada yang mati terkejut! Paling tak pun, mulut terlopong dan muka bertukar jadi hijau! Kepada mereka-mereka ini - hahahaha...
Setelah hampir 2 jam beramah mesra, Wanwarlock meminta izin untuk pulang. Ah sungguh bersopan santun mat Death Metal ni. Mungkin kerana beliau membawa isteri dan dua anaknya? Oh tidak, Death Metal itu sekadar muzik yang diminati, tidak mengubah selain dari halwa telinga.
Sebelum berpisah, berlaku pertukaran cenderamata. Penulis menghadiahkan beliau LANGSUYR Asyik CD dan LANGSUYR Live At Planet Hollywood VCD kepada beliau yang diterima dengan senyum lebar sampai ke telinga. Sebagai balasan, penulis pula menerima sebuah poster peta New Zealand.
Namun begitu, gambaran baju tour IRON MAIDEN Amolad di Dublin itu masih segar di ingatan. Bro, tak nak tolak ke baju tu kat gua?
Wanwarlock aka Toke tu junior aku kat sekolah dulu...Dia memang thrash dari dlm lampin lagi...
ReplyDeletetak semestinya metaller tu perlu mempunyai muka2 pecah rumah, senget sana sini seperti yg digambarkan dlm filem2 tu, macam the late Chuck Schuldiner tu, handsome boy tu..
ReplyDelete:)
metaller pon manusia biasa gak kannnnn
ReplyDeletei saw maiden kat sheffield baru ni. actually tak berapa happy psl derang main AMOLAD sampai habis! lagu old school boleh kira dgn jari satu tangan je.
ReplyDeletebayang kan kalo Hetfield tu lecturer, gila babi nak layan student dia sekor2-tnya soklan esemen satu hal.layan otograp satu hal.layan metal-talk satu hal.
ReplyDeletekalo corpsegrinder tuh medikal doktor,time gig kalo ada mamat injured moshing boleh treat on the spot kot.haha.
metal memg utk org2 y extreme je kot.kan best kalo student medic sini semua metalhead:P
Latzrkht,
ReplyDeleteToke? Toke rokok ke apa?
---------------
eddie,
apa jauh2 ambil contoh hensem tu... pandanglaaaah... lihatlaahhhh... ;)
---------------
matakucing,
tidak! Metalhead ni ganas, brutal dan kasar!
;)
---------------
kudo,
maybe bagi aku pun frust gak sebab tak pernah nengok. Kalau dah selalu tengok, sekali sekala main lain dari yang lain apa salahnya.
---------------
lutfie,
kalau dah kaya raya macam Hetfield apa ke jadahnya nak jadi lecturer bang?
rasa nyampah pon ada tatkala baca pandangla lihatla tu..hehe.pastu blog abg sam da ada bunga2.dalam hati ada bunga gitu..samala mcm ci, muka ala2 perempuan melayu terakhir gitu, tapi dlm hati ada hades dan aborym gitu..hehehe
ReplyDeleteKegiatan menziarah metalist satu-sama lain memang menarik. Bertambah menarik jika bawa anak dan isteri. Anak-anak pasti berlari terlompat sepuas hati. Kaum isteri asyik bersembang hal ehwal sekolah anak, makan minum di ruamng dapur. Si suami bertanya..ko pergi gig Iron Maiden hari tuh amacam? Tengkuk lu tak terkehel?
ReplyDeletep/s: Ben..muke lu sah-sah muka seorang tenaga pengajar berkaliber. Rambut paras pinggang mungkin bisa merubah pandangan gua. Tapi lu balik mengajar nanti pandai-pandai lu diskas ngan Dr. Fadhil..hehe
jelesnye aku..
ReplyDeletemamat ni dapat nengok AMOLAD live start sampai abis.
anyway kelakar ah cara ko tulis pasal sopan santun tu.
tq abg ben. dpt jugak aku masuk krenmaut. tq kerana dpt berjumpa famili hang & makan kat umah hg. kalau ikut aku nak lepak lg lama la, tapi anak2 kita dah mengantuk, kesian kat hg sama... so mintak diri dulu.
ReplyDeleteaku lupa nak amik gambaq kita dekat swinging bow(e)l la! lepas tu baru teringat. anyway, had a good time in adelaide.
nanti aku amik gambaq baju iron maiden aku tu. in mint condition lagi.
ni link thanatopsis zine:
http://www.geocities.com/wanwarlock
Latzrkht hg senior aku tahun bila? hg mat lat ka? tapi mat lat x dgr metal seingat aku.... heheh
ladychikiller,
ReplyDeleteitulah realitinya hehehe...
--------------------
achan,
macam tau2 je perbualan kami. Tapi lebih kurang macam tu le pun hehehe...
-------------------
deaf_angel,
dapat t shirt pun jadi.
--------------------
wanwarlock,
sila datang lagi! Nice to meet you and know your family.
nak tolak ke baju Maiden tu? Aku nak!
Nak restart balik ke zine T tu?