Saturday, October 04, 2008

KERRANG Maiden Heaven issue

Hahaha... dah dua bulan baru sampai ke Australia isu ni. Jenuh tunggu. Nasib baik jumpa. Dah nak lupa dah (putus harapan). Click gambar untuk kasi lagi jelas.

Berbungkus cantik. So tak leh belek-belek kat kedai. Kena beli dulu baru bukak packaging.

Takde la ekslusif Iron Maiden isu ni. Sekadar artikel 2 pages (tak baca lagi). Gambar live Iron Maiden tetap menjadi pujaan hatiku.

Inilah CD yang menjadi rebutan peminat Iron Maiden seantaro dunia. Bakal menjadi rare sebab rilis HANYA melalui majalah Kerrang. Peminat Iron Maiden yang tak berkesempatan beli isu Kerrang ni, pasti tepuk dahi. Anyway, artwork ni dari pertandingan. Pemenangnya dapat le jadikan artwork dia sebagai cover CD ni. Tak salah aku, pencipta artwork ni dah menang beberapa kali buat artwork CD ni. Maybe semi-pro artist.

Tracklisting. Antara band mega dalam ni sudah tentunya METALLICA dan DREAM THEATER. Kalau ada MEGADETH pun bagus jugak.

CD dan inner inlay. CD design simple je eh. Kalau kasi print picture disc pun gerek.

Kredit kepada band yang appeared.

Untuk ulasan terdahulu dari fellow blogger, deaf-angel, sila layari SINI.

1. BLACK TIDE - Prowler - Not bad. Tapi gitar bunyi terlampau emmm... berat. Macam tak berapa sesuai pulak bunyinya. Tapi solo gitar menarik. Layering gitar tak menarik.

2. METALLICA - Remember Tomorrow - lagu warm-up sebelum Death Magnetic. Bila Metallica main lagu ni baru perasaan ada iras-iras Fade To Black dengan One dari segi dynamic lagu. Start slow, progressively heavier sampai klimaks. Maybe subsconciously masa Metallica buat lagu tu, Remember Tomorrow dah buried deep into their mind. Alih-alih terbit lagu tu dengan influens Remember Tomorrow. Tambahan riffs pada awal dan akhir lagu ni seolah-olah nak hint yang Death Magnetic memang banyak style cenggini.

3. AVENGED SEVENFOLD - Flash Of The Blade - Ni band muda yang pakai subang merata-rata kat muka eh? Gua tak berkenan style cenggitu hehehe... Lagu amacam? OK tapi just average kot walaupun lagu ni antara lagu rare Iron Maiden (tak pernah main live?). Vokal lembik.

4. GLAMOUR OF THE KILL - 2 Minutes To Midnight - Cover yang diexecute oleh gitarisnya dengan penuh feel tetapi kureng di bahagian vokalnya.

5. COHEED AND CAMBRIA - The Trooper - Apsal suara vokalis dia macam tu eh? Tak tau yang menyanyi tu lelaki ke perempuan. Quite irritating sekadar mendengar vokalisnya namun cover yang boleh tahan. Sedikit atas average.

6. DEVILDRIVER - Wasted Years - Waste of time!

7. SIGN - Run To The Hills - Interpretasi yang penuh dengan imaginasi. Aku tak menyangka yang lagu ini yang cheesy boleh menjadi begitu atmospheric dan berjiwa! Tahniah kepada Sign yang menghidupkan kembali lagu yang overused ini. Sign mengubah 180 darjah hala dan tuju lagu ini. Interpretasi paling kreatif di dalam kompilasi ini.

8. DREAM THEATER - To Tame A Land - Kalau buat perbandingan bass lines paling bagus dalam kompilasi ni camana? Siapa menang? Yeap, anda betul, sudah tentulah John Myung. Dalam kebanyakan bands dalam kompilasi ini seakan mahu menyembunyikan bunyi bass mereka, Dream Theater seolah-olah nak highlightkan bass John. Sudah tentu kekuatan utama Iron Maiden adalah basslines, maka apa nak disegankan lagi. James LaBrie pun begitu menyerlah vokalnya dalam track ini. Solo gitar berganti antara gitaris John Petrucci dan keyboardist, Jordan Rudess. Outstanding piece!

9. MADINA LAKE - Caught Somewhere In Time - Juga antara beberapa band dalam kompilasi yang menukar rupa bentuk lagu asal. Hilang terus mula gitar lagu asal dan diganti dengan riffs yang totally different. Yang dikekalkan hanya melodi vokal. Namun begitu, ia memberi satu alternative view terhadap lagu ini. Menarik untuk dikaji terus.

10. GALLOWS - Wrathchild - A TRIUMPH! Ini adalah track terbaik dalam kompilasi ni. Gallows menambahkan elemen agresif dan raw ke dalam original track dengan muzik punk/crusty mereka. Riffs asal walaupun sedikit berubah tetapi feelnya tetap sama. Seolah-olah kita kembali mendengar Wrathchild untuk kali pertama!

11. FIGHTSTAR - Fear Of The Dark - Cuba untuk mengekalkan kebanyakan riffs dan feel dan agak berjaya. Solo gitar yang menarik walaupun serupa tetapi ditambah dengan lebihan skill gitarisnya.

12. MACHINE HEAD - Hallowed Be Thy Name - Muzik dah best tapi vokal hancur. Memang tak sesuai ah lagu ni buat growl. Serupa macam versi Cradle Of Filth. Peliknya ada orang lagi suka versi CoF dari versi Iron Maiden sendiri. Memang pelik orang zaman sekarang ni.

13. TRIVIUM - Iron Maiden - Malang sekali vokal Matt yang meneran thrashy tak masuk dengan lagu ni. Menambahkan lagi keyakinan bahawa Trivium ni memang produk MTV.

14. YEAR LONG DISASTER - Running Free - agak punkish tetapi agak kureng sikit.

15. GHOSTLINES - Brave New World - Sesuai dengan lagu yang dipilih, Ghostlines mengubah lagu asal menjadi lagu ala prog rock 70an dengan bunyi moden. Juga antara outstanding track dalam kompilasi ini.

7 comments:

  1. setuju cover dari gallows terbaik! punyerla byk band metal yg main cover, last2 band hardcore gak cover terbaik. oh? aku suke coheed n cambria. memang agak follow jugak 2-3 album dia. die laki bro ben, badan beso, rambot kembang mcm napalm death. *iras2 mcm aku mase rambut panjang dulu* hahah!

    ReplyDelete
  2. gua adalah antara penggemar irama Hallowed Be Thy Name yg ori, dan CoF tu sendiri tapi bila diorang cover lagu ni, mcm tak stim gitu...

    kalau la Megadeth dapat cover
    Can I Play With Madness...!!

    :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:15 PM

    Cover remember tomorrow by Metallica is the only lagu of this album gua simpan dlm folder[altho donlod je.lain2 baik layan y ori je.]

    ps: Thanks for the open house.kalo bleh nk lepak lama tpi keje skolah belambak.sigh

    ReplyDelete
  4. kelakar ah yang ko tulis Waste Of Time tu.

    ReplyDelete
  5. black tide?..ni band budak2 tu kan..dgr2 pelapis trash metal era awal metallica & megadeth eh..

    ReplyDelete
  6. Hallowed by the name...gua pun suke CoF nye version gak..hehe..gua pernah cover lagu ni time gig kat Ipoh. Tapi bawak IM nye version.. drummer gua ala2 vintage gitu..Avenged Sevenfold..gua tak tau apa yang best kat band ni..gua usha macam Westlife jek..jambu jek sume..hehehe

    Tapi cover album ni agak gempak track list nye..

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:20 AM

    byk band yg genre selain metal dlm album ni,byk jgk yg post-hardcore...
    tp ok jgk band2 tu sumer...

    ReplyDelete