Saturday, October 25, 2008

DAMN DIRTY APES Valve State Dreams CD

Warning! Ini bukan Metal!

Tetapi a gem dari Penang. Asalnya aku jumpa dari sample mp3 beberapa tahun dahulu. In fact, bukan sample pun, a whole album download. Bila dengar terus hooked! Gila best.

Sampai la beberapa minggu lepas, seorang sahabat nak let go dia punya CD. Tanpa buang masa aku book dan beli. RM10 je, yeaaa...

Ye Damn Dirty Apes berasal dari Penang. Kalau tanya pakcik google, banyak listing band nama ni. Cumanya, ikut kata DDA ni, dioranglah yang first sekali pakai nama ni.

Valve State Dreams adalah album kedua dan probably terakhir DDA kerana sejak rilisnya album ni di tahun 2002, takde pun rilisan terkini. Probably still playing gig? Tak tau. Kalau korang ada info, sila inform ye.

Aku tak tau nak kategori muzik ni sebagai muzik apa. Maklumlah, peMetal tegar. Datang muzik yang lain sikit, gelabah le. Ada gitar heavy, ada drum dan bass. Tapi most of the time, lagunya seperti meleweh (in a good way actually). Selalunya bermula dengan mood yang rilek dan build up agresif pada akhirnya. Vokalnya mengingatkan aku stail Andrew Latimer (Camel). Berbisikan bermelodi. Psychedelic mungkin? Ada jejak Pink Floyd mungkin?

Unsur minimalis pada basic tracknya tetapi disulam dengan track gitar dan bass line yang begitu mengena dengan setiap mood lagunya. Produksi album yang minimal juga memberi kesan. Ia mengkhayalkan.

To sum it up, brilliant album! A true gem!

Interprestasi aku terhadap setiap lagu:

1 DEATH OF OPTIMUS PRIME - Yummy! Pastinya lagu tribute kepada The Transformers dan mood lagunya mengena. Seolah-olah berdiri menghormati Optimus Prime yang baru mati sambil mengenang jasa-jasanya menyelamatkan kaum manusia. 5/5

2 NANINONG - Lagu cinta geek? Seolah-olah menonton filem nerdy dan geek seperti Eternal Sunshine on The Spotless Mind dan Cashback. Naive dan innocent. 4/5

3 DRIFT AWAY (PT.1) - Ayuh kita baring di padang rumput yang tak bertepian. Dongakkan kepalamu ke langit dan perhatikan awan yang bergerak. Senyum dan pejamkan matamu. 4/5

4 CHARLIE - Probably lagu paling dikenali oleh peminatnya. Catchy, infectious dan what is the word? Tak jumpa. Kalau jumpa, sila inform kepadaku. Charlie mungkin seorang anak yang konfius dengan matlamat hidupnya? Mungkin tersesat di tengah jalan. Mungkin juga tidak aware dengan apa yang berlaku dipersekitarannya. Dunia sibuk. Tidak bagi Charlie. 5/5

5 HADO'KEN - Hado'ken adalah sebuah daerah di negara Jiru. Di dalamnya ada satu keluarga petani. Ayahnya walaupun seorang yang tempang tetapi setiap hari tanpa jemu, membanting tulang untuk rezeki keluarganya. Isterinya, walaupun kekurangan bahan untuk memasak tetapi setiap masakannya menjadi juadah syurga kepada si suami. Anak yang dikandung, bagaimanakah nasibnya? Adakah akan berubah? Itu adalah nightmare si suami. Apabila terkenangkan itu, semakin kuat si suami membanting tulang. Hinggalah lahirnya anak tersebut dan mereka...? 4/5

6 DRIFT AWAY (PT.2) - Celikkan matamu kembali. Concentratekan pandanganmu. Hatimu kembali penuh dengan kerisauan dan kepeningan. Jangan layani. Teruskan pembaringan. Letakkan kedua belah tanganmu di bawah kepalamu. Senyum dan pejamkan matamu, untuk selamanya. 4/5

Since ini adalah album kedua, aku masih mencari album yang pertama Ape Kill Ape. Sape boleh tolong?

http://www.myspace.com/ddapenang

12 comments:

  1. Anonymous10:37 AM

    Assalamualaikum,
    Thanks, nanti aku letakkan blog ko. Aku bekas lead gitaris, crytic malediction tapi sekarang dah gantung gitar sejak terjun dlm usaha iman amal. Ahli band sekarang dah berselerak, aku rasa ko pun tahu, zoy dan along dah main gambus, along pun dah ke dubai. Aku pun pernah nampak zoy dlm blog ko ni. Sekian, wassalam, terima kasih sekali lagi. Syukur Allah beri taufik dan hidayat kepada kita...
    Lagi satu, cantik pulak layout baru ko ni...mana dapat?

    by http://ziarah76.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:24 PM

    wahh dda, ade jugak orang dapat album die lagi ek..not much info la, tapi ade la bidio dorang main kat rock the world taun bile ntah..bawak lagu 'charlie'..

    penang lads, tapi muke omputeh..

    p/s alfatihah to Samad lefthanded

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:24 PM

    the nearest category utk DDA is post-rock.

    other examples - explosions in the sky atau mono, youtube lah derang utk mengenali dgn lebih lanjut.

    ReplyDelete
  4. adehhh ... tak reti nak komen sbb tak dengar bebudak nih ... thehehehe ...

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:50 PM

    ada orang kata depa main 'space rock'

    http://en.wikipedia.org/wiki/Space_rock

    ReplyDelete
  6. weiii mana ko sebat cd ni abg ben.. memang best muzik dorang ni.. DDA rock ambient paling best pada aku. aku still cari material dorang. melayang dengar lagu dorang. space rock/ambient rock/ shoegazing/ eksperimantal tu antara genre yg boleh di klasifikasikan. Tapi pada aku senang aje "muzik terbang2" hahaha. Tahniah Abg ben dpt album nie.

    ReplyDelete
  7. sukacili,

    Cryptic Malediction tu feveret tu... welkem bro!

    --------------------
    kawan achan and kudo and caspera,

    thanks for the info

    -------------------
    geng metal,

    takpe bukan semua benda kita tau

    --------------------
    matakucing,

    ada kawan jual CD dia. Tengok dalam list, cd ni pun ada RM10 pulak tu. Apa lagi. Sebat!

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:15 AM

    valve state dream tu first kot.ape kill ape paling latest.tapi ape kill ape lg lebih melewehnye.tapi musik dda yg baru ni lagi dashat kot.siap ade jerit2 lg.itu hari depa men rok de world ada maen lagu wau bulan (ewa bule?).dgn lighting yg mantap.rasa mcm nk menangis.ade kot kat utube

    ReplyDelete
  9. Anonymous12:39 AM

    x silap aku dda skang dah main reggae..
    ntah la,tp gitaris dia pedram tu asal iran kalo x silap,lg satu mamat org putih mana la..
    bassist ngan drummer je org sini,lg skali kalo x silap la....
    kalo salah btulkann yer?hehe...

    ReplyDelete
  10. ingatkan nak jual cd ni.
    adui..

    ReplyDelete
  11. ni album first bro. ape kill ape tu album kedua.

    ReplyDelete
  12. thanks 4 this bro
    I need to download this album help!!

    ReplyDelete