Sunday, September 14, 2008

METALLICA Death Magnetic CD digipak

Tanpa ragu-ragu lagi, Metallica adalah Metal biggest band. Not Iron Maiden, not Megadeth... no no...

Oh, Trivium IS DEFINITELY not Metal biggest band. Thank you.

Kepada mat Metal, sekali dua pasti pernah disentuh oleh Metallica, at least one of the albums. Baik yang mengharap, skeptik mahupun pembenci tersohor, mereka tak habis-habis berspekulasi dengan album terbaru ini. Yang membenci, tidak dapat melawan, keinginan senyap-senyap berita tentang rilisan ini tetap diikuti dari blabbermouth.net. Di mana-mana forum, pelbagai bahasa malah pelbagai genre, pastinya ada satu thread khas yang membicarakan tentang rilisan ini. Dan pastinya thread itu menjadi antara topik paling hangat di mana-mana forum. Yang defensive, yang constructive, yang offensive; cakap saja apa jenis perbincangan, pastinya berkerumun, berebut-rebut memberi pendapat tentang rilisan ini.

Rilisan ini - DEATH MAGNETIC.

Aku juga tak terkecuali. Pada hari pertama Metallica menghebahkan tentang rakaman album ini, aku telah menjejak setiap berita terkini tentangnya. Namun begitu aku tak ambil peduli pun tentang beberapa album sebelumnya, St. Anger. Mungkin apabila Metallica sendiri berikrar untuk rectify problem yang timbul semasa St. Anger; antara lain menjustifikasi album tersebut dengan hubungan sesama band yang renggang, aku agak excited. Nak-nak lagi, produser Rick Rubin menggantikan produser lama, Bob Rock.

Nah, sekarang CDnya di depan mata. Lagunya di dalam telinga. What is the verdict?

Definitely Death Magnetic > St Anger (simbol ">" bermaksud lebih bagus dari). Problem besar St Anger, antara lainnya produksi sound yang ntah apa-apa telah diperbetulkan 10 kali lebih baik dalam album ini. Solo Kirk Hammett juga kembali. Dan lagu-lagunya, lebih mirip Metallica di zaman mudanya.

Kepada yang mengharap, good news. They are back on track. Walaupun tetap ada cebisan Load/Reload dan sedikit snare drum St Anger, tetapi ke'agresif'an mereka kembali; at least lebih banyak cebisan di zaman ...And Justice For All (AJFA) dan The Black album. Produksi sound yang updated (oh, aku sungguh teruja dengan sound gitar yang raw dan serak itu! Bunyi 'twang' kedengaran pabila tali halus diseret). Trujillo banyak memberi manfaat apabila bass dikehadapankan, beliau memberikan line bass yang agak berbisa (maknanya tak rugi menggantikan beliau dengan Newsted).

Untuk yang sceptical dan offensive, well, kamu boleh katakan apa sahaja, but Metallica is really back on track! To expect Metallica kembali dengan album seperti Master of Puppets atau Kill 'Em All adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ianya tak akan terjadi. Selagi itu yang kamu impikan, maka teruskan impian tersebut kerana ia tak akan berlaku. Mungkin yang patut dikritik ialah, apsal lagu-lagunya semua panjang sangat yang juga merupakan komplen utama aku.

Kesimpulannya, Metallica telah kembali di atas landasannya. Ianya bukan album terbaik mereka tetapi sekurang-kurangnya aku boleh melupakan Load/Reload/St Anger seolah-olah itu album Metallica yang tak pernah terjadi. Dari Black Album terus lompat kepada Death Magnetic.

1. "That Was Just Your Life" 7:08 - Lagu permulaan yang baik. A riff fest! Lagu ini pastinya, yang mengharap dan yang skeptikal akan setuju; lagu ini Metallica at it's highest form. Thrashy, raw and attacking sepertimana mould Metallica yang asalnya. Definitely the highlight of the album. Hetfield rules! 10/10

2. "The End of the Line" 7:52 - Ada rupa lagu-lagu dalam AJFA. Kombinasi lagu AJFA dan Harvester Of Sorrow rasanya. Main riffnya, yang melodi walaupun ada cebisan Load/Reload tetapi it was well-mingled with the rest menjadikan lagunya agak interesting. 8/10

3. "Broken, Beat & Scarred" 6:25 - Pattern lagu ni ada iras-iras seperti lagu sebelumnya. Keagresifan medium denagn main riffsnya agak Load/Reload (country) tetapi cepat-cepat dicelahi dengan riffs yang lebih 'Metallica'. Line bass Trujillo, walaupun agak di belakang tetapi apabila kedengaran memberikan kekuatan kepada lagu ini. 8/10

4. "The Day That Never Comes" 7:56 - Sebagai meneruskan tradisi yang tidak meninggalkan lagu ala-balada, kita disajikan dengan lagu ini. Feel lagu ini seperti lagu One dan Fade To Black. Lagu yang menarik dan meremangkan bulu roma apabila gitar pluckingnya enter frame diikuti dengan melodi vokal Hetfield. Seperti kedua lagu tersebut, gradually ia menjadi heavy at the middle dan berterusan hingga akhirnya. Juga, gitar solo Hammett yang agak 'repetitive' dalam album ini lebih agak menyerlah dalam lagu ini. 10/10

5. "All Nightmare Long" 7:57 - Lagu tak memberansangkan pada mulanya tetapi main melody/chorusnya best. Kalau diubah riffs yang lainnya, pasti lagu ini lebih mencengkam. 5/10

Lagu filler? Mungkin lagu-lagu yang panjang mengeringkan idea Lars/Hetfield. 5/10

6. "Cyanide" 6:39 - Agak berbelah bahagi tentang lagu ini. Antara best atau tak best pada aku. Mungkin pace lagunya yang agak sederhana sedangkan riffs dan attacknya dah menarik. 6/10

7. "The Unforgiven III" 7:46 - hmmm... tajuk lagu tak menarik. Aku rasa cukuplah ada satu lagu ala-balada dalam album ini, iaitu lagu The Day That Never Come. Tapi perasaanku merasakan lagu ini boleh tahan. Membawa tradisi lagu original The Unforgiven dari The Black Album tetapi tetap kalah dengan lagu asalnya. Verdict? Probably more of a filler. 6/10

8. "The Judas Kiss" 8:00 - Apsal nak panjang sangat ah? Lagu panjang ni masalahnya nak bagi tumpuan lepas tu nak memastikan semua riffs yang ada kena best belaka. Walaupun ada lagu-lagu yang kena dengan durasinya tapi kali ni kalah. Riffs yang tak cukup interesting untuk diberi tumpuan. 6/10

9. "Suicide & Redemption" 9:57 - Lagu paling panjang. Aduh. Instrumental. Mungkin pada asalnya ia mahu mengambil spirit lagu Orion ataupun To Live Is To Die tapi susah tu. Instrumental dan interesting. They proved it before tapi tak bermakna they can prove it evertime. Mungkin lagu ni mengambil masa untuk dihadam atau mungkin saja lagu ini semata-mata lagu filler atau usaha yang tak menjadi. 5/10

10. "My Apocalypse" 5:01 - Setuju dengan somebody out there yang kata ini lagu ambil berkat lagu Dyer's Eve. Antara lagu paling agresif dalam album ini. Durasi lagu juga yang terpendek dan aku rasa durasi macam ni paling sesuai untuk lagu Metallica. Kalau terlampau panjang, orang cepat hilang tumpuan. 10/10

On final note, versi yang ada padaku ialah digipak (limited edisi)- US pressed. Di Australia, selain dari versi standard, ada versi ini juga. Harganya AUS$27 (standard AUS$17). Komen aku, yang berbeza cuma packaging. Takde extra tracks ataupun video tracks. Rasa macam rugi. Lagipun kalau tengok balik pada booklet tu, 'potongan' keranda tu memotong lirik. Seolah-olah memang sengaja memotong layout lirik. Patutnya lirik tu di print ikut sempadan potongan la! Better beli standard version aku rasa. Takpe, aku rela jadi scapegoat dengan beli limited edisi ni.

p/s: Abang Mus (Megadeth) sudah pasti kena kerja keras untuk album akan datang dengan kembalinya Metallica into form ini ;)

16 comments:

  1. Anonymous11:12 AM

    hah.amek kau.tebeliak biji mata layan album ni. baru puas hati aku(versi donlod,cd belom dapat :P).warghh,layan abess

    watch out tour diorg (maybe ada la kot,paling2 koman pun main BIG DAY OUT)heheh

    ReplyDelete
  2. digipak yg menarik. suke tgk cover pelik2 daripada jenih2 'lame' cd casing.

    apepun mcm aku ckp aritu, janji snare dah tak mcm hentak plat besi. tu pun dh cukup utk aku beli cd dia. nasib baik aku dapat st anger double cd dulu rm20 je kt melody music. jadi takla aku rase terkilan sgt.

    pasti beli!

    ReplyDelete
  3. Aku bersetuju dgn ang Ben.. Metallica is the bigest metal band. Trivium.. aku hampir lupa dengan nama band tuh, walhal pernah jek aku perform cover lagu dorg time gig kat medan gopeng dlu (bersama dlm list lagu Hallowed Be Thy Name by IM)..hehe

    Aku dah bace review ni, dan membuatkan lagi nafsu serakah aku membuak-buak nak sebat DM.. Agree with Elly, aku jelak dengan St. Anger, snare drum macam bunyi ketuk besi..

    Dah layan The Day That Never Comes versi live kat youtube.. memang perase fade To Black..tp feel die xsehebat F2B lagi..aarrghh

    ReplyDelete
  4. akhirnya...
    the earth gets louder!!



    **deaf, lu takyah tunggu gua, tgk aje kat tempat bentara ni...

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:16 PM

    aku tak kisah dia potong lirik kat inlay - that's the intended effect, most likely!

    aku order yg keranda punya. nnt sampai, aku post kat blog.

    ReplyDelete
  6. fuyooo lawa nye...

    mm, banyak nye 10/10? hahaha

    nak kena dengar lagi sekali la hahaha..

    ReplyDelete
  7. stuju ngan bentara,
    sound2 garage ala2 ..AJFA terserlah. pakcik Kirk Hammet is back!

    ReplyDelete
  8. lutfie,

    yea sebelum aku balik malaya. Tapi prepare untuk jatuh miskin harga tiketnya.

    ****************
    elly,

    rasa rugi pulak tak sapu kat Melody masa tu.

    ****************
    achan,

    cakap je tak guna. Kena beli sekarang jugak!

    ***************
    eddie,

    man-man... bulan posa ;)

    ***************
    kudo,

    PASTIKAN KO POS KAT BLOG. BERAPA HARGA KO BELI?

    ***************
    deaf,

    tak stabil lagu2nya. Takde mediocre. Samada best atau tak best.

    ***************
    matakucing,

    tapi malang Hammett punya solo tak best.

    ReplyDelete
  9. i thought it wuz rumours at 1st...metallica really back huh..xleh jadi..kne beli gak aa cd ni..
    haha..bln ni bnyk order cd weyh..hihi

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:04 AM

    keranda dah sampai, bro. sila ke laman blog!

    ReplyDelete
  11. ni nak kena beli.. ko tu jadi kambing itam terpaksa dalam rela ker?

    ReplyDelete
  12. tak sangka gua pun dah kembali membeli album metallica..huhuhu..
    nyesal gua kutuk2 diorang dulu..
    gua hipokrit!!!
    gua hipokrit!!
    gua dah janji gua benci metallica.
    tapi gua tak berdaya nak menipu telinga gua nihh..
    gua dah kembali memuji mereka!!!!!
    arghhhhhhh....

    ReplyDelete
  13. Anonymous10:15 PM

    wa dah terbeli hasil dr hasutan tokey kedai cd komplek pkns siap bg free t-shirt tak leh tahan...

    ReplyDelete
  14. Anonymous2:59 AM

    tapi tu la..
    solo kirk kali ni x melekat langsung..
    kalo album lama2 dia sampai solo diorang aku boleh humming sorang2...

    ReplyDelete
  15. so camne?? endgame megadeth pon dah release ni..
    abg ben, tolong buat review skit.. aku tolong dgr boleh laa , tp klu tolong komen tak dpt laa..
    okay thanks :D

    ReplyDelete
  16. album classic dia jugak yang melekat di hati. Tambah lagi lagu lagu yang ditulis oleh Mustaine.

    Death Magnetic bagi aku satu album comeback yang cukup bagus dan memang dinantikan. Metallica pun mungkin dah sedar kenapa orang minat dia lantas kembali main thrash yang laju laju.

    cuma yang agak kecewa adalah sound kualiti dia yang masih kureng bagi aku.. Ni semua gara gara Rick Rubin. Kalau perasan, album baru Slayer, world painted blood pun lebih kurang sama bunyi dia. Semua rick rubin punya pasal. Tapi atleast ok sket lah dari si Bob Rock walaupun kerja dia untuk album Black tu memang tabik spring.

    Hopefully, Metallica boleh terus lagi dengan kesinambungan DM cuma sound tu kasi cantik la sket. Ini macam rekod dalam almari je bunyi..

    tapi maaf cakap Megadeth punya EndGame adalah jauh lebih bagus dan kemas hasil dia dari DM.. jangan marah ye peminat tegar Metallica. Metallica rocks.!

    ReplyDelete