Sunday, September 21, 2008

Buku: Pelik Tapi Benar Dalam Solat (Telaga Biru)

(CLICK IMAGE untuk gambar lebih besar dan jelas)

Pelik Tapi Benar Dalam Solat


SINOPSIS: Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

----------------
Rasa bertuah jugak sebab dapat a copy of this book. Dengar cerita dah kena ban ini buku atas alasan 'mengelirukan'.

Setelah membaca keseluruhan buku ini, bukan semua perkara yang dibincangkan di dalam buku ini 'asing' bagi aku. Sejak-sejak aku merantau di Australia ini, macam-macam fesyen jenis solat yang aku lihat. Ada yang mengatakan mereka Syafie, Hanafi, Maliki, Hambali malah salafi. Di dalam satu saf pelbagai cara solat dilakukan. Apakah tindakanku apabila imamku bersolat secara yang agak berbeza dariku?

Berlapang dada.

Sebab aku tau aku tak berilmu.

Even kalau aku tau cara-caranya begini begitu, tapi siapakah aku hendak mengatakan yang beliau salah dan solatnya batal? Yang yakinnya, ilmu aku tak cukup pun nak tau apa perbahasan ulama-ulama muktabar mengenai sesuatu perkara. Yang boleh aku kompem, probably cuma apa yang aku lakukan untuk diriku sahaja. Cukuplah setakat ini.

Anyway, back to the book; buku ini; seperti yang aku katakan, ada beberapa perkara yang telah biasa kita lakukan ketika solat antaranya, menutup handphone, mengesat hingus/airmata dan bergerak memenuhi saf antara lainnya. Yang mungkin kita tak nampak kat tanahair ialah mendukung anak kecil masa solat. Dan akhirnya, yang paling 'pelik', membuka pintu rumah ketika solat. Namun semua yang dikemukakan diberi dalil hadith Nabi s.a.w. Cuma yang kurang (mengikut mereka-mereka yang membaca buku ini juga), tidak dijelaskan hadith-hadith yang dikemukakan (kritikan ke atas sanad dan matan hadith).

Pada aku, yang biasa aku lakukan dalam solat, telah memang aku lakukan sebelum ini. Yang pelik itu, telah diberi amaran oleh penulis HANYA BOLEH dilakukan apabila TERPAKSA; bukannya disaran boleh dilakukan sentiasa. Juga ada syarat-syaratnya untuk dilakukan pergerakan yang pelik itu. Jadi kemungkinan aku melakukannya JIKA terpaksa.

A good nice book kalau boleh cari. Otherwise, korang boleh la cari kat google entah-entah ada topik yang sama membincangkan perkara ini.

5 comments:

  1. yg blajor dulu ms kat sekolah ... solat askar dlm perang aje

    ReplyDelete
  2. patutnye semua perbuatan yang pelik2 dalam solat ni dibuat siri khas kat tv. bagi penerangan, bagi semua orang Islam tahu. yang ni boleh, ni dia hadithnya. yang ni perbuatan mengarut. tak boleh! tak la serabut.

    tq atas ulasan yang bagus.

    ReplyDelete
  3. Tuan, saya berminat nak beli Buku Pelik Tapi Benar dlm SOlat ni second hand dari Tuan boleh? sebab susah dah nak cari skrg ni...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mohon dptkan satu copy.. Terima kasih

    ReplyDelete