Saturday, September 06, 2008

Buku baru sampai (order dari Malaysia)

Buku-buku yang diorder dari Malaysia baru je sampai. Sampai in 7 days. Tak tau bila nak khatam. Slow-slow kata orang. Yang ni order dari sini http://galeriniaga.blogspot.com. Ada lagi satu pakej dari penjual yang berbeza tapi tak sampai-sampai lagi. Actually, belum diposkan pun sebab buku yang diorder telah kehabisan stok dan menunggu stok baru sampai.

Masa kat Malaysia dulu ada sekali aku demam beli buku agama ni. Dapat gaji je beli yang jilid-jilid. Antara lain, Sahih Bukhari, Al-Umm, Tafsir Ibnu Kathir, Hayatus Sahabah etc. Demam tu datang balik sekarang ni hehehe...

Nanti aku review la buku-buku ni bila dah khatam. Sekali sekala ulas buku apa salahnya ye tak? Asyik ulas CD je... ubah angin sikit time Ramadan ni.

WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE
Penulis: Abu Ruwais asy-Syubrawi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM19.90

Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)
Penulis: Sheikh al-Alamah al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani
Terbitan: Media Hidayah
Harga: RM15.00

Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Penulis: Sheikh Dr. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Terbitan: Darus Sunnah
Harga: RM45

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Pemerintah
Penulis: Ustaz Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM12.00

BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT
Penulis:Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM9.50

SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT
Penulis: Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan: Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.
Harga: RM8.90

5 comments:

  1. Aku pun tgh demam gak nak baca buku-buku pasal agama nie tapi hangat-hangat si tahi ayam jer lah..pastu buku tu jadi perhiasan kat dalam rak..Aku tak sabar nak tunggu lu abis kan pembacaan lu tu..Pastu bleh lah citer sikit pasal intipati buku tu..Tapi lepas dah baca tu kita kena refer balik kat ustaz-ustaz..

    ReplyDelete
  2. dah baca kang kasi review eh..

    ReplyDelete
  3. salam

    incik bentara, buku tulisan rasul dahri tu saya ada was-was sikit..sebab dia ni dikenali sebagai menolak tradisi aliran pengajian pondok alam melayu yang bersandarkan kepada aliran sufi.tapi x kisah je..baca je semua buku..baru dapat worldview..btul x?

    besala..malaysia...tradisi pondok yang diasaskan oleh ulamak2 melayu yang kebanyakannya belajar di Mekah,Patani(ayuthia) dan ponorogo (jawa)nampaknya semacam hendak digantikan dengan gaya timur tengah yang langsung kurang memahami pendekatan alam melayu.

    wasalam

    ReplyDelete
  4. huzaifah,

    antara mujahadah mencari ilmu ialah membaca buku yang berilmu. Baca suratkhabar ataupun novel dan komik, memang mudah sebab nafsu sangatlah suka.

    Doakan aku.

    ***************
    matakucing,

    insyaAllah.

    ***************
    usratika,

    katalah aku tidak mengetahui apakah konflik disebalik tradisionalis dan tajdid; apakah sandaranku?

    Sudah tentu Al-Quran dan hadith dengan intrepretasi dari ulama muktabar ie atsar sahabat, tabi'en yang masuk sekali imam mujtahid yang 4.

    Aku mahu yakini apa yang aku buat itu seperti yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Aku tidak mahu sekadar mengikut orang-orang di masjid.

    Aku meletakkan diriku sebegini.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing mm
    aku pun suka baca buku2 gini

    ReplyDelete