2. Ramadan dah dekat. Around the corner je. Masing-masing azam buat yang terbaik OK? Azam bagi this Ramadan better than the last. Patutnya, doa supaya habis Ramadan, kita jadi orang yang berbeza. At least, something good jadi amalan. Malang sekali, setiap kali habis Ramadan, takde perubahan berlaku pada diri. Nasihat untuk aku le ni... huhuhu rasa nak menangis. Tapi kehidupan itu struggle. Kata orang yang soleh, iman itu satu struggle, hari-hari kena struggle. Oh ye, aku baru je order beberapa buku agama dari Malaysia. Hopefully arrived during Ramadan. Guna duit dari jual CD yang tak dengar.
3. Dalam forum feveret aku selalu singgah dan participate, kawan-kawan dalam tu dah nak buat sub-forum baru pulak. Malang sekali, nak dibuat kena pulak nak dekat Ramadan. Malang kenapa? Sebab ianya banyak bawak keburukan.
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (Al-Maidah:2)
Kata seorang sahabat masa dok dengar tazkirah dia, katanya, "Makin umur kita dewasa, makin mahu kita kepada kehidupan di akhirat. Makin tua, makin nak, makin nak. Malang sekali kalau makin tua, makin jauh kita dengan akhirat, tapi makin nakkan dunia." Tersentuh gua dengar.
4. Aku minat muzik dan aku pasti majoriti yang membaca blog ni pun minat muzik. Apa nak dikata, tema blog ni pun muzik. Cuma peringatan dari aku untuk aku sendiri dan pada kalian, kita pada pandangan Allah s.w.t. takde apa beza pun. Takde something pun buat kita spesel kalau berdasarkan terer main gitar, banyak koleksi CD, famous etc... yang menyebabkan Allah s.w.t. angkat darjat kita semata-mata taqwa kita je. So, apa-apa amal agama yang kita dok tertinggal tu, sama-samalah kita tampal balik cacat celanya. Yang tak kita buat lagi, sama-samalah kita buat (especially yang wajib). Kadang kita marahkan orang dalam muzik kita, tapi tak sedar yang kita dah langgar perintah Allah s.w.t. dalam muzik kita tu. Yang tak sedar tu bahaya. Yang sedar, cepat-cepat taubat.
5. Anak no 2, Ismail punya besday hari ni. Umur 5 tahun. Moga jadi anak soleh dan doakan ibubapanya sentiasa. Amin.
6. Finally, have a lovely weekend. Ada masa sorang-sorang tu, dok sejenak dan pikir keadaan diri. Apa nilai diri aku di sisi Allah s.w.t.? Kalau aku mati sekarang, apa keadaan aku di sisi Allah s.w.t.? Pesan Ustaz Rasul Dahri, selalu minta ampun dari Allah s.w.t. no matter how big your sins are. Sebab, Allah s.w.t. sentiasa kasihkan hambaNya yang bertaubat. Wallahua'lam.
semoga si kecik tu diberi kekuatan menempuh dugaan ini, dan untuk si ayah, setiap ujian tu pasti ada hikmah, hanya yg terpilih akan diuji Yg Esa, Ramadhan sudah hampir,
ReplyDeletesemoga kita semua bisa menjalani ibadah2nya dgn penuh rasa syukur...
amin..
happy birthday to birthday-boy..
ReplyDeletesemoga yg kecil sembuh by now.
aku still ingat anak kedua aku, the only boy, tiap kali bawak klinik, doktor akan kata ada murmur (jantung is not well, suspected berlubang, etc), so aku punya gelabah dan berserah. alhamdulillah dah buat check semua n he is normal.
ramadhan.. "...mudah2an kamu bertakwa", ayat femes tentang berpuasa. harapan aku pd diri sendiri dan readers ialah mudah2an kita dapat menambah ketakwaan dr setahun ke setahun. have a nice ramadhan, control our nafs!
semoga anak sihat..dugaan Allah..byk2 bersabar..ermm muzik2 juga sama2 saling ingat mengingati.
ReplyDeleteAllah bagi sakit..
ReplyDeleteAllah bagi sembuh..
semoga apa yg aku cakap neh,masuk dalam diri aku dan tuan...
eddie,
ReplyDeletesama-sama kita struggle.
-----------------------
devourment,
pasal anak tu, bapak mana tak gelabah ye tak?
pasal ramadan, amin!
----------------------
matakucing,
bila nak ada anak? Jawabnya, kena nikah dulu ;)
-----------------------
rith89,
bertuah anta... muda2 dah jumpa usaha agama.
Kalau anak tak sihat, kadang-kadang membingungkan aku. Sabar aje la.. Biasanya wife aku yang lebih relaks.
ReplyDeleteSemoga Allah bagi family kau sihat dan jadi dae.