Sunday, August 10, 2008

Ahad 10 Ogos

1. Aku tak berapa sihat since yesterday. Perut berangin. Selera makan pun terus hilang. Moga-moga hari ni bertambah baik kesihatan. Semalam cuaca pun agak sejuk, even dalam rumah bakar firewood pun masih sejuk lagi. Itupun belum salji turun (jangan harap sebab Adelaide iklimnya mediterranean, so takde salji).

2. Sejak membeli iPod baru menggantikan iPod yang dah kong tempohari, aku download kuliah Ustaz Rasul Dahri. Bagus jugak kuliah dia sebab pentingkan bab akidah. Boleh refresh balik bab yang teramat penting ini. Apakah gunanya Islam kalau akidah menyeleweng, betul tak?

errr... wife masak bubur nasi untuk lunch ni sempena perut yang meragam. Yummy!

5 comments:

  1. Anonymous12:53 PM

    huiyooo,dah bli ipod baru

    xjd ke bli discsman?heheh

    ReplyDelete
  2. utk pengetahuan ko. rasul dahri tu bapok fahaman jabariyah(menyamakan allah dengan makhluk-tengok perbuatan dia)lagi laa terpesong akidah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:35 AM

    sepu 6ixthstone,
    ni cuma salah faham golongan yg anti dia jer.
    ana dh dgr ceramah dia. ok jer.
    apa yg dia bgtau menepati AQ dan sunnah.
    Ana pn ada beberapa perkara yg tak berapa setuju dgn Rasul Dahri. Ni semua cuma pertikaian antara golongan As'ariah dan Salafi jer.Puncanya kita berbeza dari pemahaman AQ dan Hadis.

    ReplyDelete
  4. lutfie,

    heheheh... terbeli.

    -----------
    sepu dan hellilyntax,

    seorang sahabat di al-fikrah memberikan jawapan yang baik mengenai hal ini. Marilah kita berbaik sangka.

    "metod sifat 20 itu tidak salah yg fatal, begitu juga kenyataan mereka bahawa Allah berada di mana-mana. Kerana ia adalah metod ilmu Kalam atau falsafah. Ia tercetus ketika era kegemilangan falsafah, tareqat dan ilmu kalam di abad ke 3 dan 4 dulu lantaran kemunculan pelbagai aliran ilmu kalam (teologi) antaranya golongan jahmiah dan musyabihat. Metod sifat 20 ialah takwil. Tujuan akhir metod takwil ialah sama juga dgn metod salaf iaitu tanzih (membersihkan) Allah dari golongan sesat dari aliran teologi. Kenyataan aliran sifat20 mengatakan Allah berada di mana-mana ialah utk menolak fitnah aliran Musyabihat yg mengatakan Allah berjisim, bertempat dan bersemayam spt Raja dan Dewa.

    Tapi aliran salaf lebih tepat kerana mereka menggunakan zahir nas tanpa takwil. Bila Allah SWT memberitahu diri-Nya berada di atas, maka salaf beriman Allah berada di atas di atas arash, di mana arasy dan bagaimana ia bersemayam, tidak boleh ditakwil. Inilah akidah yg perlu anda beritahu pada anak anda kerana ia lebih logik, Allah berada di atas sedangkan bila dia menadah do'a, dia menadah tangan menunggu sesuatu yg datangnya dari atas. Bila dia solat, dia turun sujud ke lantai, ini kerana ia sedang sujud kepada sesuatu yg berada di atas bukan di bawah...sekian"

    ReplyDelete
  5. yang aku maksudkan menyeleweng ialah tilik nasib, pergi dukun etc...

    ReplyDelete