Thursday, June 05, 2008

Minyak naik!!!

Apa? Lu tak tau? Lu dok mana ni? Hutan rimba? Gua? Pulau Rocky?

So begitulah ceritanya. Harga minyak dah naik semalam. Gua pun terkejut. Terkejut bukan pasal naik tu. Tapi jumlah yang naik. RM0.78. Banyak tu!

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.

Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.

More here...
Takat ni gua takde affected sangat sebab belum berada kat tanahair. Tapi expectation boleh tahan la jugak. Ada dalam lebih kurang setahun sebelum gua balik tanahair. Apa akan jadi ek? Gua cuba firasat-firasat. Tak guna juga sebab gua mana ada ilmu firasat ni. Gua berserah je la. Rezeki, hidup mati ni semua di tangan Allah s.w.t.

Kat sini, harga minyak memang sentiasa turun naik. Sistem kat sini, semua petrol station akan display besar-besar harga. Harganya pula, berbeda-beda setiap jam. Tak tau la berapa kali depa tukar harga tu sehari.

Anyway, rasanya sistem kat sini ikut harga pasaran kot. Walaupun ada juga subsidi (kalau tak salah) tapi seolah-olah subsidi gomen ni tetap. So, excess dari subsidi tu la yang buat harga minyak turun naik setiap jam.

Masa first gua sampai sini tak salah gua harga seliter petrol dalam $1.20. Sekarang dah hampir dua tahun harga dalam $1.30-$1.40. Seminggu dua ni je baru naik $1.50-$1.60 seliter (Australian dollar OK?). So dalam masa dua tahun ni, naik dalam $0.40.

Dengan erti kata lain, harga minyak memang naik kat sini. Cuma mungkin tak berapa tinggal kesan sebab harga ikut pasaran. Cuma gua sebagai student, berhati-hati jugak le sekarang nak bawak station wagon gua yang 3800cc tu. Makan minyak macam Godzilla ah! (Note fesyen kereta kat sini semua enjin besar-besar, gua bukan nak eksen beli kereta enjin besar.)

Ada kawan komen, gua suka so gua quote sini

BTW, malam tadi gua amek 3 jam drive dari KL ke umah. On the way, gua lalu lebeh kurang 15 petrol pumps & smua full house. Smua jam terok depan petrol pump. Come to think about it, kita nye nation dah macam ikot perangai most Singaporean. Kiasu. Brapa ringgit sangat, ah buleh save untok 2-3 ari nih?
Lu termasuk dalam tuduhan kawan gua ni tak? Gua no komen tapi komen kawan gua ni boleh simpan dalam kepala dulu mana tau kot-kot nanti nak reflect balik.

Kepada sanak-sedara gua, kawan-kawan, sahabat-sahabat, collegues, cikgu-cikgu gua semua kat tanahair... nak buat camana ek? Try la adjust mana-mana yang patut. Bila dah terer nanti, gua balik, gua boleh belajar dari lu orang camana nak adjust.


No comments:

Post a Comment