Thursday, June 12, 2008

DREAM THEATER The Number Of The Beast CD


DREAM THEATER ialah satu band yang tidak malu untuk mengaku yang mereka mendapat inspirasi dari band-band yang terdahulu. They don't pretend that they are totally 'original'. Ia sangat obvious; apabila mengulas setiap album sendiri, pastinya mereka akan mengaku, "Oh, kami dapat idea dari album sekian-sekian dari RUSH dan RADIOHEAD".


Ini menjadi titik tolak kepada Mike Portnoy (drummer) untuk merilis album-album live berbentuk full cover songs in its entirety melalui YtseJam Records. YtseJam Records setakat ini telah merilis beberapa album official bootleg yang biasanya tidak kedapatan di pasaran biasa.

The Number of The Beast (TNOTB) merupakan satu pengaruh besar Dream Theater di masa awal penubuhan mereka. Dalam nota album ini, diceritakan bagaimana mereka jamming lagu Iron Maiden secara spontan; seolah-olah mereka sendiri Iron Maiden! Apabila salah seorang throw in riff Iron Maiden, yang lainnya akan menuruti tanpa perlu diajar. Menunjukkan betapa ketika itu, Iron Maiden merupakan satu band yang sangat mempengaruhi formasi awal Dream Theater.
Jadi tak pelik untuk Dream Theater meluangkan 3 sesi show live mereka untuk memainkan album TNOTB secara keluruhan pada tahun 2002. Malah, turutan lagu pun sama dengan turutan lagu di dalam album TNOTB.

1. "Invaders" (Steve Harris)
2. "Children of the Damned" (Harris)
3. "The Prisoner" (Adrian Smith, Harris)
4. "22 Acacia Avenue" (Smith, Harris)
5. "The Number of the Beast" (Harris)
6. "Run to the Hills" (Harris)
7. "Gangland" (Smith, Clive Burr)
8. "Hallowed Be Thy Name" (Harris)


So, how they do it? John Petrucci nak cover dua gitar Smith/Murray? Mudah, dengan pertolongan Jordan Rudess. Agak janggal juga mendengar melodi Smith/Murray diganti dengan gitar/keyboard. Tapi at the same time, sounded really fresh! Even solo Smith/Murray pun diganti-ganti antara gitar Petrucci dan keyboard Rudess.

Keseluruhan lagu cuba diadaptasi secara tulen kecuali lagu Gangland yang diolah menjadi lagu kabaret pub. Ya, itulah yang aku dengar. Olahan yang menarik dan surprisingly, menjadi. Kena dengar untuk percaya!

An essential collection to Dream Theater's fans!

Juga diulas oleh Deaf 4 Ever.



Dream Theater ketika soundcheck memainkan lagu Children Of The Damned.

4 comments:

  1. tunggu To Tame A Land nye release.

    Lepas tu aku harap next tour, 2nd gig of the same place, dorang akan main full Piece Of Mind lak.. haha.

    ReplyDelete
  2. bentara,
    mana nak dpt cd nie..aku teringin sgt nak dgr versi DT

    ReplyDelete
  3. deaf, rasanya takde la DT nak cover Piece Of Mind tu, dari linernote tu pun dia kata dia terpaksa memilih, so dia pilih TNOTB.

    matakucing, mana lagi bang... ebay le.

    ReplyDelete
  4. haha..takpelah dapat to tame a land satu pun jadi la.

    coming very soon...tapi kerrang ni kadang2 takde lah.

    ReplyDelete