Sejauh mana anda meminati muzik tradisional Melayu? Atau dengan lain perkataan yang raceless, muzik tradisional “anda”. Rata-rata kita meminati muzik yang asing dan jarang sekali kita meminati muzik tradisional. Sebabnya? Sendiri boleh cari alasan masing-masing. Tetapi kemungkinan besar disebabkan suasana kita sendiri yang 24 jam disajikan dengan muzik asing. Yang popular di radio dan TV itulah menjadi popular.
Muzik tradisional “pernah” jadi popular. Iaitu ketika kita masih tidak dihumbankan dengan longgokan muzik dari Barat. Dan genre muzik tradisional ini begitu banyak cabangnya, yang sekarang hampir luput dari aliran muzik mainstream. Ianya sekadar menjadi tajuk ilmiah dan diskusi tahap tinggi, yang menyebabkan orang awam merasa takut untuk menghampiri.
Mungkin juga ada baiknya muzik tradisional ini di’elit’kan. Pertamanya, untuk mengelak ia menjadi muzik murahan seperti yang ada di kaca TV dan radio sekarang. Keduanya, mungkin dengan ini, akan menjamin ‘ketulenan’ muzik.
Dewangga Sakti, adalah sebuah kumpulan muzik tradisional. Kenapa ia mendapat tempat di ruangan ini; mungkin semata-mata kerana penggeraknya adalah bekas gitaris/vokalis Cryptic Malediction, yang pernah bergerak sekitar scene Metal ekstrim underground tempatan. Mungkin jika bukan kerana beliau, ruangan ini tidak akan sedar akan kewujudan Dewangga Sakti.
Dalam masa yang sama, Dewangga Sakti membuka mata dan minda. Apa itu muzik tradisional? Dan kenapa perlunya ia dipertahankan.
Selalunya apabila Mat Metal pencen dari scene, beliau akan jadi orang biasa, 9-5 punya orang. Tapi anda berbeza sikit, tetap musician tetapi hala yang berbeza. Kenapa jadi begitu? “Pertama sekali,terima kasih untuk Sam dan Krenmaut (sahabat lama) untuk temubual ini. Oh ya! Saya (masih) bukan pemuzik sepenuh masa. Hanya pemain violin yang menjadi pemuzik sepenuh masa. Berbalik kepada soalan tadi, sekitar tahun 99,ketika saya masih aktif bersama Cryptic malediction, jiwa saya tiba-tiba tersentak mendengar lagu-lagu gamelan.Itu melalui sebuah filem dari Indonesia. Tiba-tiba saya rasa begitu berminat mahu mengetahui tentang muzik sebegini dan banyak lagi bentuk muzik lain di dalam konteks muzik tradisional.Tetapi pada masa itu,saya masih naïf lagi dan tidak dapat membezakan jalur muzik ini, contohnya zapin, inang, masri, ghazal, keroncong dsbnya. Pada masa itu,secara tanpa sedar juga saya meminati muzik keroncong dan mula mengumpul CD lain dan bahan bacaan. CD pertama memberikan inspirasi kepada saya adalah ‘SERU’ iaitu CD menampilkan lagu-lagu daripada makyong, wayang kulit dan gendang silat dimainkan oleh master musician dari Kelantan. Maka bermulalah pengembaraan saya tanpa ada mentor atau pembimbing pada asalnya. Ibarat pengembara mencari arah. Sekitar tahun 2000,Mohsen (vokal sekarang) yang bermain gamelan di universiti ketika itu mengajak saya menubuhkan sebuah kumpulan yang menjadikan gamelan sebagai elemen utama. Pada ketika itu, saya masih bermain gitar (belum main gambus). Kami cuba-cuba membuat komposisi sendiri dan bermain lagu sedia ada. Kami juga pernah menyertai pertandingan akustika dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) hanya sekadar mahu lepas gian dan mencuba nasib.
Pada peringkat awal ini,kami bermain gamelan dengan instrumen moden seperti gitar akustik,bass dll. Kiranya masa tu,mahu fusionkan muzik.Tapi eksperimen dengan gamelan tak kekal lama sebab bila semua sudah habis pengajian di UIA,kami tiada akses kepada gamelan dan pihak berwajib tidak melihat ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan galakan. Ironinya ,beberapa tahun selepas itu eksperimen spt ini diberi pendedahan yang lebih meluas dan gitar (ya!gitar!) tidak lagi diharamkan di UIA.
Pada tahun 2003, saya memperoleh ilmu yang cukup berharga bila dapat menuntut dengan Allahyarham Fadzil Ahmad,seorang maestro yang cukup terkenal dengan gambus dan mencipta banyak lagu-lagu tradisional sejak tahun 60an lagi. Saya mula belajar gambus hampir dua tahun dengan beliau dan banyak diberikan penerangan tentang bentuk lagu dan muzik tradisional Melayu.Saya rasa inilah titik tolak pengembaraan saya di dalam muzik ini dan terhasil di dalam CD kami yang pertama itu.”
Ada ke yang dinamakan ‘scene’ muzik traditional ni? Kalau ada, ceritakan sedikit aktiviti yang dilakukan dan bagaimana jalinan persahabatan itu berjalan? “Scene muzik tradisional? Kalau mahu dibandingkan dengan metal, saya rasa penggiat metal lebih aktif meluaskan ‘scene’ mereka dengan menghasilkan demo, EP, Cd dan lain-lain lagi. Kita tidak ketandusan bakat di dlm muzik tradisional tetapi mereka tidak menghasilkan produk, maksudnya spt CD lagu gubahan generasi baru. Mungkin yang ada kita banyak mempersembahkan lagu-lagu klasik. Banyak pemuzik yang aktif seperti di Istana Budaya, Petronas, DBKL, Yayasan Warisan Johor dan beberapa organisasi lain. KeKKWa dan Tourism juga banyak mengembangkan genre muzik sebegini.
Biasanya jalinan persahabatan berlaku dengan show. Nak kata ada forum yang aktif(spt MetalTerus),tidak pula saya ketahui.Rasanya tidak ada.Malah untuk kita mencari info tentang kumpulan muzik tradisional pun agak sukar di internet. Macam kami,tidak terikat dengan mana-mana organisasi dan bergerak sendiri untuk persembahan ,rakaman dan edaran CD.
Tetapi untuk persembahan di luar negara,kami perlu berterima kasih kepada pihak Tourism Malaysia yang telah menghantar kami ke beberapa negara setakat ini- Taiwan & Jepun(2006) dan China (2007). Jika tiada aral, bulan Ogos ini tiga orang daripada ahli kumpulan akan ke Fukuoka,Jepun.pula.
Dewangga Sakti ialah 100% muzik traditional Melayu tanpa ada sedikit pun sentuhan Metal. Adakah ini sesuatu kepelikan bagi anda sendiri (seorang Metaller) atau anda melihat ini sesuatu yang normal? “Bagi saya normal.Tapi mungkin jika teman-teman lama mengetahuinya,terasa kepelikan tersebut.”
Apa beza main gambus dengan main gitar elektrik? Dua-duanya masih dalam keluarga gitar. “Gambus (atau dalam bahasa Arabnya Oud) merupakan asas utama kepada instrument bertali dan telah wujud ribuan tahun yang lalu. Gambus (oud) menjadi pendorong kepada penciptaan instrumen spt balalaika,mandolin, lute, gitar dll lagi. Pendek kata, ia Mother of All Instruments. Cendekiawan Islam seperti Al Kindi, Al Farabi (Kitab Al Musiqa) juga banyak menulis tentang ilmu muzik dan gambus dan mengembangkan seni permainannnya. Malah gambus (oud) juga yang menjadi ilham kepada gitar flamenco, hasil daripada penguasaan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol selama 700 tahun. Banyak skala-skala (maqamat) Arab yang telah mewarnai irama flamenco. Flamenco juga dikatakan drpd bahasa Arab – fellah mengu - yang bermasuk pengembara desa. Skala-skala Arab ini dikembangkan oleh Ziryab yang berhijrah daripada istana Baghdad ke Cordoba dan mengasaskan sekolah muzik pertama di Eropah. Ada satu lagu daripada pemuzik Flamenco terkenal, Paco de Lucia yang bertajuk Ziryab. Sumbangan muzik Arab dan gambus(oud) agak besar kepada muzik moden sekarang. Semasa perang salib, tentera Salib juga membawa pulang alat muzik orang Islam dan diadaptasi menjadi instrument mereka – oud menjadi lute. Bezanya oud tiada fret tetapi lute ada fret.
Awalnya, sukar juga belajar gambus ni tapi sebab ada asas main gitar, ia senang diaplikasikan. Bezanya gambus tak ada fret. Kita kena betul-betul tepat dengan note (mcm violin,cello dll) dan tuning dia kena jaga sebab lagi sensitif daripada gitar. Lagi satu ada satu not ada double-string kecuali tali atas satu sahaja. Semua sekali 11 tali. Jadi,pelarasan (tuning) ambil masa sedikit dan amat sensitive dengan cuaca terutama di dalam dewan yang ada penghawa dingin. Tapi yang menariknya adalah bentuknya yang anggun (he he) dan ringan!.
Jika ada masa dan wang (penaja),saya ingin sekali belajar gambus di Mesir."
Dilihat ada sedikit perbezaan muzik traditional Melayu dengan Metal. Dua-duanya boleh kata underground! Boleh bagi pendapat? “He he he.Aku setuju.Malah muzik tradisional ni kadang-kadang lagi underground sifatnya. Bagi aku muzik tradisional perlu mencontohi muzik metal atau independent yang lain –ada komuniti dan bertukar-tukar demo, rakam album dan anjur konsert sendiri. Sebabnya, banyak yang berpotensi tetapi kekal menjadi kumpulan kebudayaan sahaja. Mereka tidak dokumenkan muzik mereka. Bagi kami, dokumentasi amat penting dan gubahan muzik baru perlu sebagai jawapan kepada generasi hari ini. Kita tidak boleh selama-lamanya memainkan lagu klasik sahaja. Cuba bayangkan jika orang spt P Ramlee, Fadzil Ahmad tidak menghasilkan lagu dan muzik mereka tidak didokumentasikan.
Muzik traditional Melayu ini, Melayu sendiri tak minat. Yang minat ialah orang luar. Kenapa agaknya ini berlaku? “Kurang pendedahan. Lagi satu, mungkin mereka banyak lihat apa yang keluar dlm TV. Sebenarnya banyak lagi yang menarik di luar, contohnya di ASWARA, Petronas dan Istana Budaya tetapi ini tidak banyak ditonjolkan di tv. Organisasi ini juga perlu mengeluarkan CD hasil pementasan (atau gubahan baru) dan disebar luaskan kepada khalayak yang mungkin tertanya-tanya. Saya pasti jika ini berlaku,apresiasi khalayak akan lebih luas.
So saya rasa Dewangga Sakti ini ialah hala muzik anda seterusnya dan konsentrasi akan datang akan berlegar sekitar muzik traditional? “Ya, betul. Muzik tradisional dengan kepelbagaian rentak dan tema penulisan.”
CD pertama Mabok Kepayang telah pun rilis secara independent. Bagaimana dengan sambutan dan apa plan seterusnya untuk CD ini? “Sambutan setakat ini ok. Kami buat perlahan-lahan dan setakat ini promo baru mula diberikan kepada media dan organisasi terpilih. Kami juga bercadang ingin menghantar promo ke festival dan organisasi luar selepas ini.”
Tajuk lagu Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) dan Tertinggal Kapal Angkasa tu agak pelik. Sekali imbas seakan Dewangga Sakti cuba merelevankan ‘kemodenan’ dalam muzik traditional, walhal ia sebenarnya berbentuk sinis apabila kita mengetahui. Boleh elaborate? “Saudara dapat menangkap apa yang kami cuba sampaikan. Biasanya muzik tradisional , tajuknya mesti cliche dan dapat diagak. Bukan kami menafikan tajuk-tajuk dan tema sebegitu. Kelak kami pun pasti akan ada tajuk-tajuk yg dikaitkan dengan muzik tradisional. Kami cuma mahu merelevankan dengan keadaan dan suasana semasa. Kita banyak isu yang boleh diketengahkan.Banyak aspek sosial,politik dan budaya yang menarik yang dapat kita jadikan lagu.Kedua-dua lagu tu ada cerita di sebaliknya dan kami susun mengikut babak – contohnya Belayar Ke Pulau Jauh (Untuk mencipta rekod dunia) tu mengenai anak kapal yang ingin belayar ke pulau yang paling jauh kerana mahu mencipta rekod dunia. Di tengah-tengah laut, kapal diserang jerung. Kemudian, ada elemen magis bila pari-pari dari kayangan datang menyelamatkan mereka.Kemudian baru mereka sedar bahawasanya mereka telah menghabiskan banyak wang istana untuk mengejar cita-cita mereka ini.he he (Untuk lebih terperinci, rujuk entri di blog). Lagu-lagu ini mungkin saja kami masukkan unsur tarian ke dalamnya jika ada nanti koreografer yang berminat atau menjadikannya sebagai produk animasi.
Sembang sikit mengenai Cryptic Malediction. Last news aku dengar anda telah incorporate muzik gamelan ke dalam rakaman album? Aku tak pasti ianya telah dirilis atau tidak? “Oh! Itu cerita lama tahun 2002. itu waktu senggang Dewangga Sakti dan kerana mahu memenuhi idea yang datang ketika itu. Sudah diterbitkan oleh Nebiula Production pada tahun 2003 di dlm bentuk kaset. Hakikatnya, Cryptic Malediction sudah lama tidak aktif –mungkin kali terakhir pada tahun 2000.”
Ramai orang bertanya tentang Cryptic Malediction. Ada berita menarik untuk mereka? “Tiada berita menarik buat masa ini. he he. Ada juga cadangan daripada ahli untuk membuka kunci semula supaya dapat membuat rakaman.Mungkin jadi studio band sahaja. Ahli-ahli masih berhubung- bassist bermain untuk Dewangga Sakti. Vokal sudah menetap dan bekerja di Johor. Drummer pula sibuk dengan kerja-kerja production –video dsbnya dan menghasilkan Rockumentari Silkhannaz tu.”
Kalau ada band Metal tempatan yang nak invite Dewangga Sakti sebagai guest dalam album, amacam? Ada idea bagus? “Boleh dikemukakan kepada kami. Kami bersedia memberikan khidmat jika sesuai. Idea? Boleh dibincangkan.”
Kalau cover lagu Metal camana pulak? Macam Apocalyptica cover Metallica guna cello. Maybe Dewangga Sakti boleh cover lagu Sil Khannaz? Cromok? Atau *cough - cough* Langsuyr? “Silkhannaz? Oh! Boleh sahaja jika ada keperluan. Lagu Purnamarjuna boleh dimasukkan elemen tradisional. Atau kami tukar menjadi piece yang experimental spt Dead Can Dance.he he
Langsuyr? Boleh juga! Ok,Langsuyr campur gambus, violin, percussion spt rebana,darbuka,kompang dan akordian.”
Akhir kata?
Terima kasih kepada Sam dan Krenmaut.Jika pembaca berminat membeli CD kami yang berharga RM15.00, boleh layari http://dewanggasakti.blogspot.com atau emel kpd dewanggasakti@yahoo.com
Zulkifli Ramli 25 Jun 2008

ada kesempatan aku nak gi nengok ni group..
ReplyDeletetu hari dorang ada perform kat spore, kat expo..
Sam,
ReplyDeleteterima kasih.
Inilah blog pertama menemubual Dewangga Sakti.
Festival di Australia? InsyaAllah,jika ada kesempatan dan penajaan kami akan cuba pergi ke sana.
en. bentara,
ReplyDeleteutk makluman, antara penggerak dewangga sakti adalah gitaris dan BASSIST cryptic malediction sahaja, vokalisnye dah lama bertapa kat jb ni koje gomen....
harapan masih ada sekiranya zoy aka philosopher of death(nama ganas dolu-dolu heheheh) sudi membuka kunci utk rakaman new material cryptic, allah menentukan segala........
teruja gak nak main muzik tradisional ni. Maybe balik Malaysia nanti join kelab muzik tradisional UTP kot.
ReplyDeleteAku rasa tak yah buat CM pun takpe. Dewangga Sakti ni pun perlukan banyak effort. Nanti tak terkejar pulak.