Saturday, April 05, 2008

SYMPHONIA – Satria Naga CD


Aku kena berterus terang. Setelah beberapa lama mengekori Yngwie J Malmsteen (YJM), aku berfikir sendirian dan mengaku. Memang beliau gitaris yang hebat. Dan aku percaya rasional beliau mengekalkan konsep 'tanpa berubah' untuk setiap album beliau adalah kerana pertamanya, beliau yang 'mencipta' hard rock neo-klasikal dan keduanya, beliau memang terer dengan apa dia buat. Apabila mendengar setiap album beliau, kita akan disajikan dengan shred neo-klasikal yang berulang-ulang. Untuk yang meminatinya, pasti akan teruja. Kepada yang lain, sudah-sudah la tu.

Namun rasional untuk orang mengekor sebijik-sebijik dengan apa yang dilakukan oleh YJM, adalah sesuatu yang perlu dikomen juga. First impression sudah pasti, dari dengar yang meniru, baik dengar yang original.

SYMPHONIA adalah sebuah band neo-klasikal, yang mendapat pengaruh utamanya dari YJM. Itu jelas dan pasti. Album pertama ini dengan pakej digipak amat menyerlah; begitu professional. Sesuai dengan kredibiliti dan keupayaan pemuzik di dalamnya memainkan muzik Metal/HardRock dengan begitu tepat. Mempunyai vokal dengan range yang bisa membuatkan Awie dan Mus teruja. Gitarisnya pula memenangi pelbagai anugerah hasil dari pemainannya yang baik. Dengan lain perkataan, ini sesuatu yang membanggakan.

Tetapi, kenapa SYMPHONIA perlu duduk di bawah bayangan YJM secara melampau, sukar untuk aku terima. Mungkin band tribute? Tetapi mana cover songs YJMnya? Atau mungkin mengharap dapat menggantikan YJM? Yang pasti, mereka tidak menggunakan keupayaan mereka yang begitu baik untuk menghasilkan sesuatu yang refreshing. Aku pasti ramai yang tabik dengan keupayaan mereka tetapi tidak kurang juga yang akan tepuk dahi disebabkan ketidakupayaan mereka menghidangkan sesuatu yang sedikit berlainan.

Setiap band pasti ada idolanya. Itu tidak dinafikan. Tetapi mengorbankan keupayaan untuk menjadi 'bayangan' adalah sesuatu yang sukar diterima. Namun, harapan aku masih berpanjangan untuk album seterusnya. Semoga mereka menyedari komen ini dan melakukan sesuatu terhadap 'masalah' obsesi mereka.

http://www.myspace.com/symphoniamalaysia

5 comments:

  1. mereka perlu hasilkan music SYMPHONIA... tanpa bayangan JYM..

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:10 PM

    itu yg di namakan directions - subjective isu - byk local bands tiru artis luar negara tapi tak dihighlightkan mcm langsuyr pun sama.benda yg sukar(yjm) tak salah di adaptasikan - ianya akan byk membantu meningkatkan permainan individu..adakah segala2(composition, licks,phrases,middle/ending interlude)nya ditiru? adakah Bentara dapat mendefinasikan musik Symphonia dlm erti kata yg sebenarnya dari sudut Neoclassical.
    Abu..

    ReplyDelete
  3. there's nothing wrong untuk adaptasi cuma jangan jadikan ianya terlampau obvious. YJM terdapat merata2 di dalam album ini, it's hard for me to think otherwise.

    ReplyDelete
  4. ...and I thought I'm the only one who realized this...

    You are absolutely right!
    Its too obvious....
    Especially the solos...picked right off Malmsteen's song...

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:27 AM

    betul..
    aku dah dgr..
    mmg rip off malmsteen habis..

    ReplyDelete