Thursday, April 17, 2008

Tom G Warrior quits CELTIC FROST!

Seperti yang telah dikhabarkan oleh blabbermouth.net, Tom Gabriel Fischer, telah mengundur diri dari band lagenda, CELTIC FROST. Dalam komennya, Tom mengatakan bahawa CELTIC FROST adalah terdiri dari 3 individu! Huhuhu... aku ingatkan Tom = CELTIC FROST? Kalau Tom dah takde dalam CELTIC FROST apa ke halnya pulak? Bukan patut CELTIC FROST dibubarkan ke apa?

Akhir kata Tom, "There is no way back!" menggambarkan nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... aaa, paham-paham la.

Fortunately, Tom kata dia tengah pikir options camana nak rilis lagu yang telah dia bikin untuk album CELTIC FROST yang tak menjadi (lanjutan Monotheist iaitu Monotheist Companion).

p/s: jangan jadi glam balik udah le Tom oi... anyway, sebelum ni pun Tom dah bagitau yang hubungan antara individu dalam CELTIC FROST ni pun memang fragile. Nampak memang fragile... sempat satu album je lepas reunion, at least yang mana Tom ada sekali.



Video A Dying God Coming into Human Flesh.

No comments:

Post a Comment