Rajah 1: Azmaniac dengan sesi gitar diawasi oleh Jadam dan Adam.
Rajah 2: Azlan chatting menghabiskan masa.
Rajah 3: Azmaniac tekun.
Rajah 4: Bentara sekadar berposing sebelum rakaman.
Rajah 5: Suasan di dalam studio.
Hari rakaman yang kedua bermula semalam agak lewat kerana orang tanggungjawab studio terpaksa menghadiri kenduri kahwin rakannya dan beliau hanya dapat membuka studio jam 5pm. Aku menggunakan masa yang panjang sebelumnya untuk meronda-ronda di Sunway Pyramid seorang diri yang kemudiannya aku ditemani oleh Azlan dan isterinya. Lama tidak berjumpa walaupun bersama di dalam satu band. Aku menghabiskan masa bersama mereka berbicara dan berbincang.
Apabila aku sampai ke studio, Adam (sound engineer) sudah siap bersedia dan aku sempat bertanyakan beberapa perkara kepada beliau sementara menunggu Jadam (produser) sampai. Antara lain aku bertanya kepada beliau menegenai pengalaman beliau sebagai sound engineer. It's a nice surprise to know that Adam pernah belajar dengan Gea (ex-Dreamwalk studio) mengenai hal-hal rakaman. Kenapa ianya satu surprise yang menarik ialah aku dan Azman merakamkan album VOCIFERATION ETERNITY yang pertama, Ocean Myth di bawah Gea. Nampak sungguk kecil KL ni. Adam juga menceritakan pengalaman beliau bekerja di bawah Roslan Aziz (tak kenal? ex- Sheila Majid tu). Walaupun Roslan Aziz terkenal dengan sifat pemarah tetapi Adam menegaskan ianya semata-mata kerana tanggungjawab beliau menjaga produksi yang besar. Beliau harus menjaga reputasi. Tak hairanlah beliau dapat menjaga produksi Puteri Gunung Ledang (teater besar-besaran) dengan jayanya.
Adam juga mengatakan beliau baru sahaja shift studio beliau yang sedia ada kepada tempat yang lebih besar. Seperti Utusan Studio, Adam juga menggunakan sistem Pro Tools di studionya walaupun model yang digunakan agak kecil sedikit (Pro Tools LE, di Utusan, Pro Tools HD). Namun, ianya sudah cukup untuk produksi biasa. Beliau mempunyai seorang residen engineer dan dua orang part timer di dalam studio beliau. It's another nice surprise to know that Adam hanya akan jadi sound engineer kepada projek-projek yang menarik hatinya sahaja. Jika tidak, beliau akan menyerahkan kepada pekerjanya. Walaupun tidak secara terus kenyataan itu, keputusan beliau untuk menjaga rekoding LANGSUYR menggambarkan beliau juga meminati projek rakaman ini. Eventually, mixing dan mastering album LANGSUYR kali ini akan dilakukan di studio Adam. Malang sekali aku tidak mengingati apa nama studio beliau. Nanti aku tanya.
Anyway, untuk sesi rakaman ini, seperti dinyatakan pada entry yang lepas; setakat ini 4 buah lagu telah siap drum tracknya dan tiga buah lagu dari 4 lagu tersebut sudah siap bass tracknya. Oleh itu, rakaman bass akan dimulakan dahulu untuk menyelesaikan lagu ke 4. Rakaman bass kali ini agak smooth kerana semua persediaan pre-rekoding telah tersedia.
Untuk rakaman gitar, pre-rekodingnya mengambil masa yang agak lama. Pertamanya, ini adalah kali pertama kami berhadapan dengan efek LINE6 Pod X3 Live. Namun disebabkan produser Jadam merupakan seorang geek dalam bab ini, kerja menjadi pantas. Kalau ianya diserahkan kepada kami (LANGSUYR) mungkin separuh hari pun tak siap. Hari-hari sebelumnya Jadam menyatakan bahawa secara teori X3 Live tersebut dapat menjadi penyebab 4 tracks dirakam secara serentak untuk satu sesi dan beliau membuktikan pada masa itu. 2 track adalah kapasiti yang dicanangkan oleh X3 Live dalam websitenya. 2 track lagi, Jadam menghubungkan melalui firewire dan aku tidak pasti apa lagi satu. Maksudnya, ini adalah relief besar bagi gitaris. Semasa rekoding album pertama, kami terpaksa memainkan 4 kali untuk mendapatkan 4 layer gitar. Sekarang tidak lagi. Kami cuma perlu memainkan sekali, dan pada track Pro Tools, 4 layers terakam secara otomatik. Yang menariknya, 4 track tersebut mendapat 4 sound yang berlainan!
Layering gitar telah diberi begini: Gitar Azman di sebelah kiri, dan gitar aku di sebelah kanan. Gitar Azman lebih bright sementara gitar aku lebih bassy. Decision dibuat kemungkinan disebabkan jenis gitar yang kami gunakan. Azman menggunakan gitar Washburn dan aku menggunakan GIBSON Explorer.
Disebabkan masa untuk ulang rekod gitar untuk menambah layer berkurangan, masa yang ada telah ditumpukan untuk mendapatkan riffs yang tepat dan bersih. Kepada kami, pemuzik amatur, ini bukanlah perkara yang mudah. Rakaman berjalan berulang-ulang di bawah pengawasan sound engineer dan produser supaya mendapat riffs yang dikehendaki. Riffs yang terakam perlu selari dan senada dengan layer drum dan bass. Pada beberapa tempat, produser masuk campur dalam paten riffs, dan diubah riffsnya supaya ia makin sedap diadun dengan overall music.
In the end, Azman telah siap merakamkan riffs gitar beliau untuk keempat-empat lagu sementara aku hanya sempat merakamkan 2 buah lagu sahaja untuk gitar. Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi dan suasana meriah di dalam studio menjadi suasana kubur. Tumpuan dan konsentrasi manusia di dalam studio menjadi lemah dan ini adalah cue untuk kami menghentikan sesi rakaman.
Bersambung...
wah!effort semakin menjadi...teruskan merakam!!!!
ReplyDelete