Saturday, January 05, 2008

IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST - Satu Sejarah

Rajah 1: Muka depan kompilasi IMM

IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST. Siapa tu?

Slogan Ipoh’s Metal Militant Supremacist (IMM) ini sebenarnya datang dari kompilasi Metal yang disusun oleh Ajak Dethkren melalui label beliau, Ultra Hingax Production (UHP) pada tahun 1998 yang menampilkan dua buah lagu dari dari band NECROTIC CHAOS, LANGSUYR, PROFANE CREATION, ATHOTORGH dan HAYAGRIVA. Kompilasi tersebut sudah tentu habis dijual lama dahulu dan sekarang ia menjadi antara salah satu kompilasi yang paling dicari oleh peminat Metal ekstrim tempatan. Selamat mencari! Pada masa tu aku masih menuntut di UTM, Skudai. Ketika dipanggil untuk mengadakan sesi rakaman, kami terus bersetuju. Nak pulak selepas EP The Eastern Cruelty (Nebiula Production), kami telah ada beberapa lagu sedia untuk dirakam.

Rajah 2: Muka belakang kompilasi IMM

Slogan yang tercatat dari kompilasi tersebut sebenarnya merupakan satu istilah untuk mengkategorikan kelompok pemuzik ekstrim Metal di Ipoh yang bermula akhir 80an. Nama yang gah ketika itu sudah tentu GLOTTIS (now NECROTIC CHAOS) yang dianggotai oleh Adik – bass/vox, Daie - gitar, Jadam - drum (yang kemudiannya bermain gitar di dalam NECROTIC CHAOS) dan Is. Yang kemudiannya menerbitkan beberapa band “budak-budak” sekolah seperti SCUM, WARHEAD, ANATOR, VULGA dan sebagainya yang rata-rata bersekolah di ACS, St Michael, Labroy dan sebagainya. Pada masa itu, aku berumur 14 tahun (1990) dan aku adalah pengikut setia SCUM. Habis saja sesi sekolah (St Michael) aku akan pergi ke SYJ Studio (Bazaar Bulat) untuk duduk di belakang drummer sambil menganga menonton mereka memainkan lagu-lagu dari Sepultura, Slayer, Kreator, Destruction dan sebagainya. Dan kami yang berada di dalam studio itu, berbaju sekolah!

Rajah 3: CD kompilasi IMM

Hari minggu adalah hari yang paling dinanti-nantikan dimana ketika inilah ‘gergasi-gergasi’ Metal ekstrim Ipoh berkumpul di SYJ Studio untuk jamming. Biasanya sesi berturutan dari awal petang hingga ke malam. Selalunya sesi jamming tersebut menjadi mini gig. Ketika itu peluh sejuk biasanya akan terbit dari dahi Pak Syed (SYJ) melihatkan keadaan studio yang penuh (dengan penonton).

Rajah 4: Booklet kompilasi IMM, Muka #1

Tempat melepak utama ketika itu ialah di underground floor, Kompleks Yik Foong, berhadapan eskalator. Dahulunya di situ adanya kerusi bulat (sekarang tiada). Di situlah aktiviti Metal terkumpul kesemuanya. Perbincangan mengenai rilisan terbaru, sesi menayang fesyen dan juga ‘tawaf’ ke keseluruhan tingkat kompleks tersebut tatkala punggung dah letih duduk. Untung kedai videogame di depan tempat kami melepak itu disebabkan banyak juga duit syiling kami habiskan untuk bermain videogame disitu. Ketika sesi tawaf tersebut, kami menjadi perhatian ramai (malah menjadi idola mereka yang memerhatikan dari jauh). Maklumlah, a group of 20 people, all dressed in black jalan ramai-ramai among the crowds.

Rajah 5: Booklet kompilasi IMM, Muka #2

Pada masa itu, memperagakan fesyen Metal diberi nick name sebagai pakaian TERRORIST.

Itu zaman ketika kebanyakan dari kami, bersekolah dan tidak bekerja. Apabila masing-masing telah ada komitmen sendiri, underground Yik Foong telah diambil alih oleh generasi seterurnya. Dan mereka itu bukanlah antara kami.

Sebaliknya, kelompok asal IMM mula bertukar tempat berkumpul. Kali ini mereka berkumpul di hadapan rumah Wira (Necrotic Chaos, Profane Creation dan puluh-puluh band lain hahahah…) tatkala malam menjelma. Ini adalah masa yang sesuai setelah menyelesaikan segala komitmen di siang hari. Dan di sinilah sebenarnya IMM bermula. Antara band yang dikategorikan sebagai IMM ialah semua band yang appear dalam kompilasi IMM bersama VOCIFERATION ETERNITY, LUNATIK KADOZZ dan beberapa band yang tak cukup nyawa seperti MASS GRAVE dan sebagainya.

Rajah 6: Topi IMM, keluaran Kaz Production

Sebenarnya, IMM yang dilihat sebagai ‘pencetus’ gerakan Metal ekstrim di Ipoh (dan tidak mustahil di beberapa bandar-bandar di Malaysia) bukanlah ada apa-apa yang pelik. Sebaliknya ianya adalah gathering of friends yang telah mengenali diri masing-masing seawal umur mumayyiz lagi. Bezanya, rata-rata mereka adalah peminat Metal ekstrim yang kental. Dan kekentalan ini dibawa hingga ke hari ini. Lihat sahaja beberapa band yang tercetus dari group of friends ini seperti NECROTIC CHAOS, LANGSUYR dan HAYAGRIVA yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Rajah 6: Baju IMM, keluaran Kaz Production

IMM
seterusnya menyemarakkan kelompok kedua yang terdiri dari band seperti PYRON, PURNAMWULAN, NEFTARAKA dan sebagainya. Walaupun band-band seperti ini bukanlah IMM yang asal tetapi mereka juga telah sebati di dalam membawa ‘semangat’ IMM ke persada Metal ekstrim tempatan. IMM itu sendiri bukanlah satu persatuan atau fahaman tetapi cuma untuk mengkategorikan pendokong, band dan individual di sekitar bandar Ipoh yang meminati muzik Metal ekstrim secara keseluruhannya.

Sebagai mengakhiri artikel ringkas mengenai IMM ini, suka aku akhiri dengan ruangan di mana mereka sekarang, iaitu anggota band IMM yang merakamkan lagu-lagu mereka di dalam kompilasi UHP.

NECROTIC CHAOS (aktif):
ADIK (bass/vox) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS.
DAEI (gitar) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga bermain gitar untuk SIL KHANNAZ (aktif) dan VOCIFERATION ETERNITY (aktif). Mempunyai home studio sendiri, FINGERWORK STUDIO yang terlibat dalam pembikinan demo dan album Metal ekstrim.
JADAM (gitar) - bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Mempunya side-project MESMERIZED.
WIRA (drum) – bekerja di Langkawi. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga menjadi vokalis sebuah kumpulan reggae terkenal di sebelah utara. Beliau bermain drum untuk NECROTIC CHAOS, LANGSUYR, ATHOTORGH dan PROFANE CREATION di dalam kompilasi IMM!!!

LANGSUYR (aktif):
AZLANTHOR (vokal) – bekerja di KL. Masih aktif bersama LANGSUYR.
BATARA GURU (gitar) – menukar nama kepada Bentara. Masih aktif bersama LANGSUYR. Melanjutkan pelajaran di Australia.
AZMANIAC (gitar) – bekerja di Seremban. Masih aktif bersama LANGSUYR.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

ATHOTORGH (tidak aktif):
PROMASTER (bass/vox) – menetap di UK. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
GEA DREAMSTONE (gitar) – menetap di Jepun. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

PROFANE CREATION (tidak aktif):
KHAIRUL (vox) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik. Mempunyai syarikat printing, KAZ PRODUCTION yang mengeluarkan banyak t shirt Metal tempatan terutamanya LANGSUYR dan HAYAGRIVA.
JADAM (gitar/programming) – lihat NECROTIC CHAOS
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

HAYAGRIVA (aktif)
AAVIMARGA (vox) – tidak diketahui
MANTHERAVATHEE (gitar) – bekerja di Sarawak. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
DYORAKTHA (bass) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik.
VENKHATESWEHRA (keyboard) – bekerja di Ipoh. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
NHAJASAKTHEE (drum) – bekerja di KL. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.

---------------------------------

Pautan band IMM:
NECROTIC CHAOS http://www.myspace.com/necroticchaos
LANGSUYR http://www.myspace.com/langsuyrband
HAYAGRIVA http://www.myspace.com/hayagriva
PROFANE CREATION tiada
ATHOTORGH tiada

Pautan berkaitan:
IMM Museum + Fan Site http://www.myspace.com/ipohmetal
KAZ PRODUCTION http://www.myspace.com/kazproduction
VOCIFERATION ETERNITY http://www.myspace.com/vocieternity
MESMERIZED http://amp.channelv.com/mesmerized

5 comments:

  1. mau tak bepeluh dahi org tue tuh, kalau tak, takdela die letak banner kt studio pasar bulat

    "tidak boleh bermain music thrash disini"

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:37 PM

    Sayangnya bazaar bulat dah lame leboh. (skang dh ganti ngan tapak letak kete) Demm.. how i missed those days when we're started to run on the streets. SYJ Studio ade dibukak (or x sbb xbrape sure) di flat Sri kepayang, Jln. Sepital, (atopon dlunye Ashby Road).


    Many thanks dude for your post. It feels like having a mirror and seing myself as a child years before!

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:29 AM

    oo..
    baru aku tau bentara dan batara guru tu org yg sama...

    ReplyDelete
  4. tahun2 masa ni la dok dubbing kaset kat melody music yg lama(yang dekat chamberlain road tuh)..macam2 piring hitam ada,dub to kaset...best giler..

    lepak pak syed smpi ke mlm kalo xde drummer soh ajiz main..hahahah...

    kadang2 ujung minggu main kat skala,silibin,kalo maleh ke pak syed.sbb dekat ngan skolah aku, Bainun..heheh..teringat weh..
    thanks Sam,mengingatkan teman kenangan dedolu...
    gbone

    ReplyDelete