Wednesday, December 12, 2007

TORCH Ayuh musnahkan semua khinzir dari muka bumi ini!

Sejarah Jorn dalam arena Metal underground seingat aku dah menjangkau 20 tahun. Bermula dengan band CATARRH, mengeluarkan beberapa demo dan EP yang mana akhirnya Jorn menarik diri dengan terhormat dan menubuhkan TORCH yang mengekalkan imej Metal lebih dari CATARRH yang berkonsepkan Thrash + Core. Malahan sejarah Jorn dengan aku sendiri mempunyai cerita sendiri. Ketika aku menuntut di UTM di tahun pertama (1993), Jorn sudah pun berada di tahun akhir. Di UTM, kami bersama beberapa rakan Metal yang lain menubuhkan band ala-Burzum bernama INFERNAL FLAMES. Kenangan yang tak boleh dilupakan bersama INFERNAL FLAMES ialah dimana aku dan Jorn menjadi lead guitarist, menyolo ala rock dalam kumpulan Black Metal! Hahaha....

Keunikan dalam mana-mana band yang diketuai oleh Jorn ialah liriknya! Ya liriknya! Dengan CATARRH, ianya dipenuhi dengan adegan seksi lagak seorang teruna yang nak kawin cepat hahaha... Dengan TORCH, beliau menggunakan kreativitinya merungkai pelbagai persoalan dunia antaranya, The Raging Bull yang mengisahkan tentang lembu yang mengamuk ketika ia mahu disembelih (berlaku di dalam sebuah kampung) dan Scapegoat yang mengisahkan tentang 'anu' si suami dipotong disebabkan kecurangan si suami (semuanya dalam EP "The State of Unconciousness").

Yang terbaru, Iron Curtain, keseluruhan album ditulis mengenai tragedi hitam Jorn ditahan polis ketika mengadakan gig di Seremban. KESELURUHAN 21 buah lagu dalam album tersebut! Bagaimana seseorang boleh fokus dengan satu perkara dengan jumlah lagu sebegitu is totally beyond my imagination tetapi ia menunjukkan sesuatu yang istimewa di dalam persembahan TORCH.

Namun walaupun album Iron Curtain ini nampak seakan album pertama mereka selepas The State of Unconciousness, tetapi sebenarnya album mereka yang pertama sebenar-benarnya ialah Nuclear Doom yang sehingga kini tersimpan dalam simpanan Muzik Box yang sudah lebih 2 tahun tidak merilisnya. Sebab? Itu akan dijawab sendiri oleh Jorn sendiri.

Album Iron Curtain ini adalah satu produk DIY. Walaupun kalah dari segi produksi tetapi dari segi kreativiti ia menang. Harapan besar untuk aku dan TORCH sendiri supaya ianya dapat direkod semula dalam studio yang lebih sesuai kerana sesuatu yang bagus, baik disebarkan keseluruhannya. Gabungan melodi twin guitar oleh Jorn dan Din sangat infectious ditambah dengan liriknya yang penuh bermakna!

1. Apa cerita album yang sepatutnya dirilis oleh Muzik Box tu? Tajuk album pun dah lupa...

[ album Nuclear Doom tu?? .. wallahu alam la sam, aku pon x tahu bila nak rilis, maybe padil still kumpul capital kot .. maklum la ekonomi skang lom stabil lagi]

2. Apakah tindakan selanjutnya untuk meriliskan ia?
[ apa nak buat sam .. still tunggu dan lihat je lahhh ... maybe setahun dua lagi rilis la kot!]

3. Apa peranan album Iron Curtain? Adakah ianya album selepas album yang tak dirilis oleh Muzik Box atau bagaimana?
[ maybe nak dipanggil album ntah layak ke idak .. tapi sebetulnya kehidupan kena diteruskan, kreativiti tetap berjalan .. rase tak berbaloi pulak kalu kepala makin berat dengan fail2 ide baru jadi tu la kaedahnye .. sepatutnya jadi follow up kepada Nuclear Doom tapi takdirnye dah jadi "1st album", kitorang redho je lahh .. at least dapat gak kasi member2 dengan stuff2 baru torch. buatnye nanti rilis Nuclear Doom tu maybe ada risiko ahhh, iyelah stail dah totally berbeza walaupun elemen torch tu ada tapi tu la sam .. kehidupan mesti diteruskan]4. Iron Curtain boleh dikatakan sebagai konsep album kerana ia berkisar tentang tragedi hitam di Seremban?
[ sebetulnye aku sendiri x pasti samada nak dipanggil konsep album ke theme album ke iron curtain ni .. tapi tu la, dek kerana kemarahan dan kesedihan yang tak dapat dibendung akibat teraniaya sampai ke tahap gitu, so ide wordings tu datang sendiri sampai tahap sume lagu cter benda yang sama .. maybe buleh dipanggil biografi audio tentang peristiwa yang tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup tu isk isk isk .. sedih sam! ]

5. Adakah rakaman low bajet seperti Iron Curtain akan diteruskan untuk album seterusnya?
[ depends ahh ... kalu duit & deal ada buleh la try kat studio betul pasni kan .. cuma keadaannya aritu masa rekoding ni memang trauma ya amat la sam, kuarga kitorang sampai tak bagi kitorang masok studio rekoding pon takut2 kena raid, memang sampai ke tahap itu nye trauma la akibat peristiwa itam tu .. skang onwards maybe back to normal la dari segi rekoding ni tapi gigs??? lom sampai keyakinan lagi]

6. Teknologi yang berkembang memudahkan band untuk meriliskan sendiri albumnya. Apakah implikasi ini kepada muzik underground secara keseluruhannya?
[ elok la tu, suma kalu ada ikhtiar leh afford studio sendirik maybe kat bilik tido sendirik pon .. tapi tu la, jangan ikot la stail kitorang .. qualiti memang hampeh abisss, kalu nak buat, pastikan la qualiti nye setara dengan hasil rekoding studio betul. tu aje .. dari segi implikasi ni tak tau la aku nak jawab sam ..

7. Gig kini menjadi seolah-olah taboo kepada Torch. Bagaimana untuk menghadapi phobia ini?
[ tak tau la sampai bila sam .. sebab impak dia bukan setakat kat kitorang aje tapi seluruh kuarga sampai mak ayah suma risau tau! memang bebanan dia tak tertanggung kekadang .. so kalu gian pon, kitorang decide guna medium yang agak "terang" sket ahhh misainye show kenduri kawin ke atau betel of the band ke .. kira yang authority-friendly la gitu .. harap2 benda ni tak berpanjangan atau kalau dah takdirnya keyakinan kuarga dalam hal ni tak dapat2 sampai bebila, kitorang redho aje, dah qada & qadar, kitorang terima jer ]

8. Torch dikenali sebagai band yang sangat berinspirasi dari Iron Maiden terutamanya di bahagian gitar. Adakah Torch mengakuinya atau cuba menafikannya?
[ memang pun hehehe .. tapi progression chord yang synonim dengan Iron Maiden cam E-C-D dan harmony part yang sedap madap tu kitorang x pakai sangat ahhh, kitorang try create melodi harmoni yang merepek sket .. as for overall lagu, we still utilise death/thrash riff yang kitorang familiar sekian lama }

9. Bagaimana membahagi minat muzik bersama band dengan karier dan keluarga?
[ buat sekali harung la sam .. sambil rehat2 dengan kuarga mase tu la gentel gitar hahaha .. tapi nak jam tu tak lama sangat laaa, setakat sejam dua gitu .. lain2 masa family diutamakan hehe ]

10. Akhir kata?
[ terima kasih la sam sebab sudi gak interview kitorang .. harap2 satu hari nanti dapat gak keyakinan balik untuk beraksi di gig tanpa risau kena raid hahaha tapi bila??? ]


http://www.myspace.com/kugirantorch


Album IRON CURTAIN boleh didapati dari NECROPAPIC RECORDS di http://www.myspace.com/kugirantorch

No comments:

Post a Comment