Monday, November 12, 2007

GIGANTOUR 12th Nov 2007 - Adelaide - Thebarton Theatre

MEGADETH
DEVIL DRIVER
STATIC X

LACUNA COIL

Adapun tiket show ni aku beli pada hari pertama ianya dijual. Excited gila. Aku tak excited pada semua band cuma pada Megadeth saja. Kalau dapat tengok Megadeth saja pun OK.

Nampak gaya itulah yang aku dapat. Show start pukul 7pm. Disebabkan maghrib pun 8pm maka aku buat keputusan hanya akan masuk venue selesai maghrib.

Aku sampai di venue hampir 830pm. Tanpa melengahkan masa, aku masuk. DEVIL DRIVER telah pun memulakan persembahan. Aku terus masuk ke moshpit. Tak masuk habis pun sekadar di tepian je. Moshpit ganas nak mampos. Aku yang tua ni kalau masuk mau tak keluar balik. Anyway, aku tak tau apa pun pasal band ni tapi maybe ini adalah antara band New Wave of American Metal kot? Tapi gaya nampak Metal habis. Rambut panjang semuanya (tolak gitaris botak).Time last song, si vokalis suruh crowd buat ruang kosong kat tengah... "Bigger bigger", kata dia. Ahh... apa pulak dah ni. Rupa-rupanya inilah yang menjadi kegilaan remaja zaman ini. Nak sebut apa benda pun aku tak tau tapi tengok le gambar tu. Ganas! Ganas!



Tapi satu hapah pun aku tak paham depa ni. Tapi lagu dia henjut-henjut juga so aku pun goyang-goyang la sikit. Dalam fikiranku, tak pasti ni band no berapa ni. Ikutkan start 7pm. Tapi tak kisahlah, band yang lain tu tak penting. Aku nak tengok MEGADETH je...

Tak berapa lama, DEVIL DRIVER pun minta diri. Aku pun dari tadi tengah dok fikir, nak beli ke t shirt. Harga $45. Mahal tu. Separuh harga tiket. Tapi takpelah... dah banyak show aku pergi, satu t shirt pun tak beli. So hari ni aku belilah!

Lepas beli, terus aku simpan masuk dalam kereta. Jauh la pulak tapi takkan la nak pegang je baju tu ye tak? So menapak le aku pergi dan balik. Aku masuk balik ke dalam dewan dan nampaknya band yang seterusnya belum memulakan persembahan. Aku pun tak tau siapa yang nak main lepas ni... Ada ke lagi Lacuna Coil ataupun Static X. Oleh kerana aku menyangkakan yang dua band itu akan meneruskan persembahan, maka aku pun pi dok kat atas (ada kerusi) konon nak bersantai.

Tengok-tengok... MEGADETH rupanya. Terus aku melompat dari kerusi dan turun bawah dan tolak diri sendiri ke depan. Nak tengok batang hidung Abang Mus dengan jelas hehehe..

Image Hosted by ImageShack.us

Masa aku kat Malaysia dulu ada collegue aku kata Dave Mustaine ni badan besar tinggi lampai masa dia tengok show Megadeth kat UK. Tapi aku tengok dari bawah, takde la besar sangat. Rasa macam dia sama level ke dengan bandmates yang lain. Anyway... alahai... syoknya dapat nengok Megadeth. Walaupun showmanship takde la energetik macam DEVIL DRIVER tapi stage presence depa memang kuat. Tak perlu la nak lompat-lompat atau buat windmill. Lagipun lagu-lagu depa dah cukup established untuk mendapatkan reaksi penonton. Umur pun bukan makin muda (macam aku). Nak banging sangat pun, esok naya je sakit tengkuk hahahah...

Setlist yang aku ingat la, kurang sikit kuantiti dari show kat Singapore seperti yang dilaporkan oleh sedara kira en deaforever (MEGADETH in Singapore). Yang aku dok ingat la camnih...

Sleepwalker
Take No Prisoners
In My Darkest Hour
Gears Of War
Wake Up Dead
A Tout Le Monde (with Scabia!!!)
Washington Is Next
Hangar 18
Tornado of Souls
Ashes In Your Mouth
Symphony Of Destruction
Peace Sells
Holy Wars..The Punishment Due/Mechanix
Burnt Ice


errr ada yang missing kot...

Masa lagu Sleepwalker tu ada intro macam dalam CD lepas tu Abang Mus melompat sorang-sorang memulakan riff Sleepwalker sebelum dijoin oleh bandmates yang lain. Masa ni la aku yang dok kat stand atas terus melompat ke bawah. Tak sangka pulak lepas Devil Driver, Megadeth main. Aku ingatkan ada la Static X ke atau Lacuna Coil. Baru aku teringat, aku sejam setengah lewat sampai. So this is it. The ultimate show this year.

Abang Mus mulanya pakai gitar Dean signature dia warna kehitaman.

Aku mula menolak diriku ke depan tapi memang tak boleh nak ke depan sangat sebab blocked. Maklumlah badan kecik compare dengan mat-mat saleh ni badan bagak-bagak. Terpaksa la aku berpuashati dengan posisi yang ada. Harapan nak tengok batang hidung Abang Mus dengan jelas tak kesampaian. Dapat tengok sipi-sipi je. Jadilah...

Abang Mus tak cakap banyak. At least pada 3-4 lagu awal. Habis satu lagu, sambung lagu seterusnya. Bila nak habis lagu, aku on cepat-cepat kamera nak rakam "that moment" he speaks. Nasibku baik, sebelum lagu Gears of War, Abang Mus muncul berseorangan di atas stage dan mula membuka mulut, aku on kamera dan resultnya seperti di bawah. Berdasarkan jeritan membingitkan telinga crowd, aku rasa bukan aku je yang menunggu suara sengau Abang Mus:


Solo Glen Drover memang seperti yang ramai melaporkan sebijik macam dalam CD, tak kira zaman siapa la. Malah solo Friedman pun hampir sama walaupun skil sudah tentu Friedman lebih. Mungkin ada teknik tertentu yang digunakan oleh beliau untuk mendapatkan pattern yang sama, tapi two thumbs up kerana dapat execute that solos! Cuma satu komplen untuk beliau ialah type of guitar yang dia pakai, Ibanez shaped Dean tu. Hmmm... macam tak sesuai la. Dulu Friedman pakai Jackson Kelly dan Pitrelli pakai Gibson Explorer so better look onstage kalau beliau tukar bentuk gitar tu. Takde masalah nak dapat shape yang ganas lagi pelik sebab Dean yang sponsor tu... macam-macam dok ada dalam archive.

Backing vokal, aku rasa Abang Mus takde masalah. Sebab semua boleh jadi backing vokal. Termasuk la drummer! Cakap pasal drummer, gaya atas pentas ada kurang sikit tak berapa agresif. Mungkin disebabkan pattern drum Megadeth yang asal pun memang basic, sesuai dengan lagu. Tapi drumset memang cun... pakai cage system. Bass player pulak excellent performance. Ada showmanship.

Cuma bila perhati balik, lineup semua dah ada kerut di muka menampakkan umur yang makin lanjut. Terus teringat pada diriku yang juga nak lanjut usia. Tapi disebalik umur yang lanjut itu nampak kematangan dan pengalaman yang banyak *sniff*. Errr... meh tengok gambar lagi hahaha... Lighting system memang cun!





Abang Mus dalam show ni at least pakai 3 gitar yang sama tetapi berlainan warna. Mula dengan kehitaman, kemudian keperangan dan kembali kehitaman. Gitar signature dia yang dengan Dean tu la. Malang sekali. How I wish dia endorse GIBSON Flying V. Tambah macho kalau dia pakai gitar tu.



At the end of the day, aku rasa everyone's happy! Aku yang dah penat berdiri ni pun puas! The whole of Megadeth salute kepada crowd untuk beberapa lama sebelum meninggalkan pentas. Apabila kesemua telah hilang, Abang Mus muncul kembali untuk melafazkan kata-kata hikmat beliau...

"You've been great, we've been MEGADETH!"


M E G A D E T H

2 comments:

  1. Anonymous9:27 AM

    time davil dare tuh suh buat bulat tgh2 tuh org kata WALL OF DEAD la aji!!!!...ewah...pakai baju langsuyr beb!!!!!!!.......promote bro!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:09 PM

    bentara...ko pun pegi gak megadeth. Aku pun ada review kat blog aku. tiket Maiden dah beli blum? camna kalu aku nak pegi?

    ReplyDelete