Seperti juga dengan album SEARCH yang terbaru, album ini juga ku tunggu dengan penuh debaran. Manakan tidak, antara banyak-banyak band, kedua-dua inilah yang selalu ku ekori. Walaupun ada ketikanya album mereka tidak seperti yang ku harapkan tetapi ia tidak menjejaskan harapanku kepada mereka. Setelah kembalinya Bruce Dickinson dan Adrian Smith di dalam dua album sebelumnya, Brave New World (BNW) dan Dance Of Death (DoD) (juga dengan album live Rock In Rio), kadang-kadang aku merasakan, inikah masanya mereka kembali jatuh? Dua album yang kuat dan kukuh, bagaimana mahu melepasinya dengan album yang seterusnya.
Ternyata debaran aku menipu diriku. Album ini terus meletakkan IRON MAIDEN sebagai band tersohor di lubuk kalbuku. Semenjak aku mengenali mereka dari album Powerslave pada tahun 1984 hinggalah sekarang, mereka tak pernah luput dari hatiku.
Bahkan yang memeranjatkan, aku berpendapat yang album ini melepasi album BNW dan DoD! Sekejap biar ku periksa kembali kenyataan ini samada ianya tiba-tiba keluar atau sesuatu yang aku yakini. Ya! Sangat ku yakin. Album ini lebih baik dari dua album sebelumnya.
Berbeza dengan kedua album tersebut, album ini lebih gloomy dan depressive. Kurang agresif. Lebih spiritual! Ah… nampaknya usia mula mengorak langkah di dalam Iron Maiden. Walaupun ianya mula terbibit semasa album The X-Factor bersama Blaze Bayley, konsep seperti ini seperti natijah kemunduran mereka (aku menulis dengan berhati-hati kerana pada diriku, zaman Blaze juga agak strong dan meyakinkan – mungkin pendapat majority tidak menyebelahiku). Elemen agresif mula timbul kembali setelah kembalinya Bruce dan Adrian.
Satu perkara yang agak mengejutkan, album ini, lantaran disebabkan elemen gloomy dan depressive yang nyata, seolah-olah membayangkan Blaze dengan bertopengkan Bruce! Ah… rasanya aku seperti mengigau tapi itulah yang aku rasa begitu kuat sekali setelah berulang-ulang mendengar album ini. Lagu The Reincarnation of Benjamin Breeg seolah-olah bertajuk The Reincarnation of Blaze Bayley. Mungkin itu perasanku sahaja. Adakah anda pun merasa begitu? Mungkin aku perlu minum kopi dulu sebelum meneruskan tulisan ini…
Ku ulangi, album ini padaku adalah antara album yang paling spiritual dalam sejarah Iron Maiden. Beberapa lagu yang berkisar tentang pengharapan spiritual terdapat dalam lagu The Pilgrims, Lord Of Light dan For The Greater Good Of God begitu kuat elemen spiritualnya. Steve Harris pun di dalam video The Early Days ditanya mengenai pegangannya, beliau mengaku beliau adalah Kristian. Namun tidaklah mahuku kaji lirik-lirik tersebut samada ianya menyoal dalam intonasi negative atau positive, yang pentingnya ia berkisar tentang spiritual. Ku rasa, pada satu tahap, banyak persoalan-persoalan yang sebelum ini dianggap remeh menjadi semakin penting apabila badan dimakan usia.
Trademark twin gitar (atau triple) yang menjadi asset paling berharga dalam setiap album mereka telah digunakan dengan baiknya. Aku senantiasa menunggu-nunggu sampainya di bahagian yang mana twin-gitar melodi ini dimainkan. Yang aku pasti dalam album ini, elemen tersebut paling baik dimainkan dalam lagu For The Greater Of God, disulami dengan korus Bruce. Teranyam dengan sempurna sekali. Maka, tidaklah menjadi satu yang menghairankan jika lagu ini juga menjadi lagu paling kusuka di dalam album ini.
Dengan album sebegini baik, tidak boleh ku jangka sampai bila IRON MAIDEN akan berterusan. Album mereka, paling tidak pun OK. Tiada album yang buruk. Untuk berada di atas ketinggian sebegini bukannya mudah (ah sekejap… gitar melodi twin yang sedap dah datang balik – aku sedang mendengarnya… fuh sedap sungguh!).
IRON MAIDEN, yang tidak pernah menghampakan. Sabar dengan karenah peminat yang pelbagai fe’el dan harapan. Kadang-kadang dicaci dan dikeji tetapi sebagai satu band yang telah diuji dengan masa dan pengalaman, itu bukan factor untuk berundur. Sebaliknya, disaji dengan satu album yang akan melembutkan hati mereka yang skeptik dan tidak ingin percaya terhadap band ini. IRON MAIDEN, kerana inilah korang tetap menjadi pujaan hatiku!
p/s: semua imej diambil tanpa kebenaran dari www.ironmaiden.com
ermmm .. baru dapat satu parcel yang diposkan oleh saudara Deaf4ever dari Singapura, terima kasih bebanyak ... banyak jasa dia kat gua, tak terhingga betul dedikasi dier, gua salute lu bro!
ReplyDeletesekali dengar .. gua dapat rasakan album ni orientasinyer lebih kepada mood macam album X Factor dulu, yang rata-rata semua lagunyer cter pasal perang! sound memang tip top la album AMOLAD ni, masalah overcompressed masa album DOD dulu dah diatasi sepenuhnya, sound kali ni memang sedap didengar, tak sakit telinga .. kira setara la dengan sound album BNW dulu.
Different World memulakan bicara, ada bau-bau lagu New Frontier dalam album DOD dulu dengan elemen Thin Lizzy yang kental. Masa gua dengar kat official site dulu tak ler berapa menangkap sangat, tapi bila dengar kali ni, makin sedap dan sedap didengar! riff yang simple tapi catchy dengan gitar solo dimiliki sepenuhnya oleh Adrian Smith untuk album ni. These Colours Don't Run, track kedua macam Different World jugak, mula-mula dengar tak berapa best tapi it grows after few listens. Mulai lagu ni, tren intro/outro slow lagu2 mutakhir Iron Maiden mula menjelma .. gua dengar lagu ni macam ada elemen-elemen lagu Rainmaker & Wickerman sket, feelnya ke situ tapi part melayang kat tengah tu yang nyaman gyla. Tengah-tengah nyaman tu Dave menyolo dengan stail dia yang biasa tu (ntah apa istilah teknikal tu gua tak tau tapi mulai FOTD memang Dave cenderung untuk menyolo jenis jari-jari ligat kat fretboard ni hehehe .. pengaruh Janick kot!) pastu balik balik part nyaman dengan Adrian menyolo stail solo putus-putus (hehehehe!!!) tapi best sebelum part wooo-hooo-hooo tu. Rasenye lagu ni macam hampir komfom masuk dalam next setlist i dunno. Outro lagu slow macam biasa begitu juga intro lagu Brighter Than A Thousand Suns yang rasanya melodi sebegini tak pernah dibuat dalam album Iron Maiden sebelumnnyer siap dengan vokal timing ganjil tu .. masuk part distortion gua rasa semacam siap tegak bulu hehehe, memang obsessed sangat dengan riff lagu ni sampai miming air guitar sambil drive muahahahah, memang best tak terkira la lagu ni, mood part slow tu (out of the darkness .. brighter than a thousand suns!) teringat lak gua kat lagu Sea Of Madness zaman Somewhere In Time dulu. Solo Adrian dengan trick whammy bar tu belom dikira lagi hehehe, ada bau solo Audioslave erkkk tapi best! buat pertama kali lagu Iron Maiden yang hanya Adrian & Janick jer yang menyolo dalam lagu tu tanpa kehadiran Dave dalam slot menyolo! Janick macam biasa dengan trick tremolo a la idolanyer, Ritchie Blackmore, solo yang mengancam gak untuk lagu yang di-co-wrote oleh Adrian Smith ni. Secara kesimpulannyer, gua memang obsessed giler dengan lagu ni, one of the best track from this album!!! walaupun panjangnyer melebihi 8 minit tapi tak terasa boring pon dari mula sampai akhir!
Intro stail lagu The Prisoner masuk pastu kuar pulak melodi gitar a la lagu Mother Russia, ni pon gua syiokk jugak dengar .. The Pilgrim menjengah!!! Part nyaman dengan gitar berharmoni serta part berkhayal antara highlight lagu ni dengan melodic-interplay antara 3 gitar + synth yang odd sket masa memula dengar tuh! gitar solo lagu ni pun ada bau-bau ke-Araban sket dimainkan sepenuhnya oleh Janick Gers. Terlupa pulak .. gua perasan, ada part lagu ni macam lagu Back In The Village laaa tapi tak obvious laaa, mungkin running bass tu yang menimbulkan mood sebegitu. Lepas lagu ni abis, intro slow menjengah kembali tapi tetap best & mengancam terutamanya bila galloping-riff berflanger tu masuk (dengan stail palm yang kental, gua suspect riff tu Adrian punyer!), gua rasa cam bunyi keretapi la pulak, merawang betol dengan intro ni, mood slow-slow masuk sampai pre-chorus "sliiiiiiiiiiiiiiding we goo!!" .. chorus lagu ni payah gak nak absorb pada mulanya, tapi overall still catchy. Siap ada part ala-ala mid section lagu Sign Of The Cross pulak sebelum ada riff pening yang ada solo Adrian tuh. Dave dalam lagu ni menyolo dengan dibacking riff berharmoni Adrian & Janick, memang nyaman! bagi gua, aset utama lagu ni ialah part intro + verse lagu ni la tapi pre-chorus tu rasenyer memang nak menangkap semaksima mungkin audience bila dimainkan di konsert!Muncul pulak lagu Out Of The Shadows, rase macam lagu Tears Of The Dragon jer hehehe .. lebih kepada ballads dengan intro yang suspen, masa memula gua dengar ingatkan lagu ganaz ker ngeh ngeh ngeh!! Lagu ni menyaksikan lead-fills Dave yang bermaharaja lela di keseluruhan lagu walaupun main-solo kat tengah tu Adrian punyer!! tak berapa faveret lagu ni!
Lagu approach tradisional Steve Harris, FTGGOG menjelma dengan bau-bau yang dah menjadi kebiasaan tapi tetap mengancam & bagi gua selain lagu Brighter Than A Thousand Suns & Longest Day, lagu ni la yang menjadi feveret gua dalam album ni. Secebis pattern dalam soft-intro lagu ni ada bau-bau macam lagu Ella & The Boys (muahahahahahahhaha) terus mood mengarah ke mood macam lagu Judgement Of Heaven baik dari segi intro dan verse dier dan pre-chorus! part chorus pulak mengingatkan gua ke lagu Blood On The World's Hands tapi ada jugak part Sign Of The Cross tuh hehehe sebelum Janick menyolo. Dalam lagu ni, Adrian punyer solo kat tengah tu panjang sket dengan dimulai dengan sedikit perisa wah-wah sebelum kembali normal Adrian hehehe! Dave menyusul kemudian sebelum kembali ke mood a la Sign Of The Cross + Blood On The World's Hands and pastu masuk balik ke verse. Overall lagu ni walaupun ide tu predictable tapi kesedapan dan kenyamanan lagu adalah segala-galanya bagi gua!!!
Let me tell u about my life ... intro lagu Reincarnation Of Dato' Benjamin Breeg yang menjadi single untuk album AMOLAD nih!! macam lagu Different World jugak, dengar kat official site tak berapa menangkap sehingga la gua dengar lagu ni dalam kereta .. quite extraordinary bagi lagu-lagu yang mendapat input kreativiti Dave Murray, riff dier kedengaran bagi gua un-Maiden laaa pada mulanyer! Faveret part gua untuk lagu ni selain verse-riff tu ialah part 3 way-harmony hat sebelum riff ala ala Slayer muncul dan sebelum solo tunggal oleh Dave .. Let me tell u about my life ... gua suspek lagu ni kalu dimainkan dalam konsert Maiden, mesti tempo dier akan di-drag cepat sket heheheh!! Masuk pulak soft intro untuk lagu yang distorted-intronyer ala lagu Blackout (hehehe!!!), lagu Lord Of Light dengan kesan permainan bass dengan jari oleh Steve yang ketara. Lagu ni dengar rase cam nak berjoget jer hehehe. Lagi sekali Adrian mendominasi segmen gitar solo dengan solo yang panjang dengan diakhiri part solo menjerit sebelum solo stail biasa Dave muncul!!!
Penutup album ni, The Legacy lagu kedua dalam album AMOLAD yang dico-wrote oleh Janick Gers. Mood medieval pada intro lagu ni seakan lagu Jerusalem dalam album solo Bruce .. masuk part verse dengar cam lagu Heaven & Hell (Black Sabbath) tapi banyak bau-bau Deep Purple & Led Zeppelin dalam lagu ni tapi gua tak dapat detect secara tepat. Kesan besar lagu ni ialah pada intro tadi dan segmen gitar solo lagu ni adalah kepunyaan Janick Gers sepenuhnya.
Secara keseluruhan album ni pada gua memang killer laaa .. lebih best dari 5 album terkemudian Iron Maiden .. dan peranan Adrian Smith banyak mendominasi gitar work dalam album ni walaupun bukan lagu yang di-co-wrote oleh dier tapi banyak pattern trademark dier boleh didengar berbanding dengan approach low-profile dia masa album BNW dulu!! Kalau diaorang nak main the entire album dalam upcoming konsert nanti pon tak de hal hehehehe!!
Ranking gua untuk album AMOLAD nih .. K K K K K AMOLAD nie .. K K K K K.