Tuesday, February 23, 2016
F.T.G. dan NECROTIC CHAOS Hard Rock Cafe Melaka 27 Feb 2016
FTG adalah akronim kepada Freedom Thats Gone yang membawa irama thrash sudah tidak perlu di perkenalkan. Mereka umpama peledak kepada industri muzik berat tempatan kerana berjaya membolosi persada muzik mainstream setelah muncul dengan EP yang berjudul “Freedom Thats Gone” pada tahun 1991 di bawah label Karun Seni. Pada tahun yang sama FTG telah mempertaruhkan 2 buah lagu, Behind This Wall dan Kill Exxl dalam rancangan Muzik-Muzik.
Seterusnya mereka tampil dengan album sulung, After The Promise yang telah diriliskan pada tahun 1992 di bawah label Valentine Sound Production. Sehingga kini FTG mempunyai 10 buah album studio antaranya ialah Spirit To Rebel (1994),To The Front (1996), Aku Tak Peduli (1998),Made In Malaysia (1999), FTG (2000), Made In Malaysia Vol.2 (2001), Reborn (2002),Stop This Madness (2004) dan Kuasa (2006).
Kejayaan demi kejayaan mereka telah lakarkan, kini setelah lebih 25 tahun berada di dalam industri muzik Malaysia FTG telah diberi penghormatan untuk beraksi di Hard Rock Cafe Melaka. Persembahan eksklusif ini hanya akan memperdengarkan rangkaian lagu-lagu daripada EP “Freedom Thats Gone” dan album pertama “After The Promise”. Pastinya penyatuan semula line-up asal FTG iaitu Tajul, Jac, Nizam dan Mie bakal memberi impak yang besar buat peminat pada hari persembahan itu nanti.
Asas NECROTIC CHAOS bermula dengan Adik (bass/vocal), Is (gitar), Dark-E (gitar) dan Jadam (drum) pada tahun 1992 di Ipoh, Perak setelah berkuburnya band Glottis. Tidak lama kemudian, Jadam mengambil posisi gitar ketika Is mengundur diri dan posisi drum diambil oleh Wira. Kelahiran Langsuyr tidak mungkin menjadi baik jika tidak kerana Is menjadi produser kepada rakaman demo mereka yang bertajuk Occultus Mysticism pada tahun 1993. Tatkala Dark-E Adik menolong Langsuyr dalam gig pertama mereka di Garfunkel Pub ketika Batara Guru sibuk dengan peperiksaan universiti beliau, Adik pula kemudiannya menolong Langsuyr di dalam beberapa siri gig termasuklah gig seminal mereka, The Nocturn Feast pada tahun 1996.
Kemudian, Dark-E menjemput Batara Guru untuk menjadi pemain bass dalam dua album Vociferation Eternity. Jadam pula terlibat sebagai produser album kedua Langsuyr bertajuk Bullet (yang tergendala), di mana Adik menyumbang track backing vocal. Kemahiran Wira bersama drum pula, digunakan sepenuhnya bukan saja oleh NECROTIC CHAOS, bahkan Vociferation Eternity dan Langsuyr juga dalam sesi rakaman dan gig kedua-dua band tersebut.
Apa yang kita dapat dari cerita ini selain dari; balik-balik muka yang sama ini? Moralnya ialah NECROTIC CHAOS bukan sekadar sebuah band Death Metal dari Ipoh, Perak; bahkan jalinan persahabatan kukuh terbukti di antara anggotanya merentas beberapa band sejak dari tahun 1992 lagi.
Pada 27hb Februari ini, saksikan aksi brutal mereka; Adik (bass/vocal), Dark-E (gitar), Bentara (gitar) dan Wira (drum) beraksi di Hard Rock CafĂ© Melaka – kolektif pemuzik Death Metal terulung negara.