Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, April 30, 2015

Bootleg

Isu mat metal sekarang ialah bootleg (cetak rompak). Macam-macam alasan diberi untuk membenarkannya (jual beli). Antaranya yang paling popular, band tu dah kaya. Cuma yang tak pernah ditanya ialah kepada band yang dibootleg samada mereka rela atau tidak.

Alasan kedua popular ialah merchandise band tersebut mahal tahap tak mampu beli. Carilah yang mampu beli sebab ada 36,761 band kat dunia ni. Kalau tak memiliki pun merchandise tu, tak mati, kan?

Alasan seterusnya ialah nak support band tersebut. Tapi beli bootleg (cetak rompak)? Ada suis tak on kot kalau camtu punya alasan.

Rip off semua orang dah faham. Isu bootleg mungkin 10 tahun lagi 20 tahun lagi atau generasi selepas ini baru akan faham. Masalah ini biasa bagi penduduk negara 3rd world country macam kita.
BTW istilah bootleg ni kena faham definisi asalnya. Yang dimaksudkan dengan bootleg disini ialah cetak rompak (pirated). Cuba google maksud bootleg yang sebenarnya.

Tuesday, April 28, 2015

Jual buku teks



Masa grad bachelor dulu, takde sebiji buku teks pun saya jual balik. Semua simpan. Siap nota-nota yang hilang tu, fotostat balik dari kawan untuk simpanan. Nota2 tu sampai sekarang ada simpan kat ofis. Banyak menolong sebenarnya masa awal2 kerja tak ingat, terus refer dengan pantas pada nota/buku teks.

Tapi saya tak tau le graduate sekarang ni. Bila grad je, terus jual buku teks. Tak tau le depa ni nak jadi engineer ke nak meniaga takaful bila keje nanti.

Harap depa tau yang sekarang komplen dari industri ialah fresh engineers tak tau nak buat keje. Banyak terpinga2. Abih camno, nak bertanya segan (al-maklum graduan dari UTP universiti ada kelas gitu), nak refer buku/nota, semua dah buang/jual.

Monday, April 27, 2015

Rungutan pemain piring hitam



Kadang-kadang kesian kat diri sendiri yang terjebak dengan piring hitam ni.

Konon nak dengar sound hebat dari piring hitam seperti kata kebanyakan orang.

Modal ciput maka sound system pun harap beli bajet dan 2nd hand pulak tu. Ruang nak dengar pun sempit. Nak pasang kuat-kuat supaya semua sound keluar pun tak boleh sebab takut ganggu ketenteraman awam (dan ahli keluarga yang lain). Piring hitam yang betul2 nak dengar, mahal pulak sampai berpeluh di dahi nak membelinya.

Penyudahnya jadi whiner je. Pressing tak bagus la, leceh la, malas nak cuci la, bungkusan datang piring hitam bengkok la.

Dah sebulan pasang cd je. Tiba-tiba jadi aman, tenteram boleh baring terlentang lama depan stereo dan dunia ni nampak ceria sikit dari dulu hahaha.

Friday, April 24, 2015

Saintis muda

Ismail (12 tahun) relaks baca buku Awesome Space sambil melayan The Cardigans - Life CD selepas selesai kelas agama waktu malam.
 
All the great scientists minat dengan sains sejak dari kecil lagi. Semuanya tergerak atas perasaan "ingin tahu" dan "kagum" dengan alam (ciptaan Tuhan). They "wander" dan "wonder" menggunakan pengetahuan yang sedia ada ditambah dengan imaginasi sendiri.

Cuma yang Ismail takde buat masa ni ialah kecenderungan pada Matematik. Kecenderungan pada matematik adalah sebab kenapa saintis itu jadi hebat. Mungkin sebab tak nampak kaitannya lagi kot?
Sebab takde kecenderungan pada Matematik le juga yang menyebabkan Bapak Ismail tak bergerak kemana-mana. Saya harap kesilapan ini tidak berulang pada Ismail :)

Nasib baik juga Ismail (dan adik beradik) agak fasih berbahasa Inggeris. Boleh la faham buku English. Dan kalau perlu untuk baca buku yang lebih advanced, ianya sudah tersedia boleh dibeli di kedai buku. Ada banyak.

Agak malang buku sebegini dalam bahasa Melayu amat kurang. Yang banyaknya lebih kepada buku agama je dan novel bukan-bukan.

English adalah penting untuk pemahaman sains dan matematik zaman ini.

The imagination of nature is far, far greater than the imagination of man.
- Richard Phillips Feynman (May 11, 1918 – February 15, 1988) 


---------------

Dengan Ismail, agak mudah sembang berkenaan astrophysics. But he is not easily impressed with facts he already know.

Bapak: Did you know that if the earth is compressed into a size of a wedding ring, it can becomes a black hole? *nada semangat dan terkejut untuk menarik perhatian*

Ismail: OK... *nada dah tau*

Bapak: And if our body compressed into a size of an atom, we can also turned into a blackhole! *nada semangat dan terkejut untuk menarik perhatian*

Ismail: OK... *nada dah tau*

Bapak: *I got to read more*

--------------

Sembang dengan Isa (8 tahun) malam tadi masa beli barang kat Tesco.

Bapak: Isa, apa cita-cita kamu?

Isa: Saintis... and drawer.

Bapak: Drawer? Ohh... pelukis. Artist. *pening juga mikiornya pebende drawer*

Isa: And firefighter!

Bapak: OK

*tak tau camana saintis boleh sekali dengan firefighter... mungkin saintis berkenaan dengan api dan pada masa terluang hobinya adalah melukis? Nobel Prize winner in the making guys!*

"We are in the position of a little child entering a huge library filled with books in many languages. The child knows someone must have written those books. It does not know how. It does not understand the languages in which they are written. The child dimly suspects a mysterious order in the arrangement of the books but doesn't know what it is. That, it seems to me, is the attitude of even the most intelligent human being toward God. We see the universe marvelously arranged and obeying certain laws but only dimly understand these laws."
- Albert Einstein (March 14, 1879 - April 18, 1955)

Thursday, April 23, 2015

Ulasan: MANOWAR Kings Of Metal MMXIV CD


Sedikit ulangkaji. Album ini asalnya dirakam pada tahun 1988 dan album terakhir menampilkan gitaris Ross The Boss kerana mahu kembali kepada band punk-rock beliau, The Dictators. Beliau keluar tanpa masuk-masuk kembali. Ia juga adalah album terakhir drummer Scott Columbus (beliau kembali untuk album Louder Than Hell pada tahun 1996 dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 2011).

Ditanya kepada Joey DeMaio kenapa rakaman semula untuk album ini dibuat, beliau menjawab,

"Well, it’s the twenty-fifth anniversary of the release of the record, and it’s the record people all over the world love, and we love it, too. We played the songs over the last 25 years which have matured and changed, and we wanted to also give the current band members the chance to record the songs that they love so much." [SOURCE]

Ini adalah benar kerana pada rakaman terbaru ini, hanya beliau dan Eric Adams (vokal) saja yang original. Lagi dua, Karl Logan (gitar) dan Donnie Hamzik (drum) adalah muka baru dalam rakaman ini. Sebenarnya Karl Logan telah menyertai MANOWAR sejak album Louder Than Hell (1996) lagi sementara Donnie Hamzik adalah drummer album pertama, Battle Hymns (1982).

Secara amnya, ini adalah album kekeluargaan MANOWAR kerana setiap ahlinya adalah ahli MANOWAR juga.

Yang menjadi tandatanya dan juga masalah adalah, adakah album ini dapat menyaingi rakaman asal album tersebut? Soalan ini biasanya dikategorikan dalam soalan bodoh. Mana mungkin album rakaman semula boleh menyaingi album asal? Mungkin dari segi kualiti rakaman namun emosi, memori dan originaliti, memang tidak terlawan.

Soalan seterusnya ialah, soalan apa yang nak ditanya? Tiada soalan yang perlu ditanya. Anggaplah ia sebagai album yang dipenuhi dengan tandatanya. Namun banding-membanding tidak boleh dielakkan.

Paling nyata dalam album ini ialah nyanyian Eric Adams nampak usianya. Banyak tempat yang mana nyanyian pitch tinggi dalam album asal terpaksa dijeritkan dengan garau dalam album ini.

Dan sudah tentunya gitaris Karl Logan menyuntik sentuhan solo gitar beliau walaupun selalunya melodi asal dikekalkan. Sound gitar beliau adalah unik Karl Logan. Ini memberikan keunikan khusus untuk album ini.

Paling menonjol, dalam track A Warrior’s Prayer MMXIV di mana naratif asal dibuat oleh Arthur Pendragon Wilshire sedangkan untuk album ini oleh Brian Blessed. Saya agak selesa dengan naratif asal. Saya rasakan Brian Blessed agak over dalam naratif beliau.

Dalam bass solo Sting Of The Bumblebee, Jeoy DeMaio cuba untuk menonjolkan kembali kenapa ianya istimewa selain dari beat-per-minute yang mencapai nilai 300. Untuk itu bunyi metronome sengaja diperdengarkan sekali dengan solo bass. Tetapi mengapa track ini dipendekkan, tidak dinyatakan sebabnya.

Soalan paling patut dijawab ialah adakah album ini perlu dimiliki. Sudah tentulah! Terutamanya jika anda adalah peminat MANOWAR atau sekurang-kurangnya peminat kepada album Kings Of Metal.

Ditambah pula album ini datang dengan fatbox jewel case, dua booklet, dua CD dan gambar-gambar menarik. MANOWAR memang tidak pernah menghampakan peminatnya.

HAIL AND KILL!

Tracks 10 and 11 on disk 1 are listed as bonus tracks.
CD 1
No. Title Writer(s) Length
1. "Hail and Kill MMXIV"     06:13
2. "Kings of Metal MMXIV"     03:42
3. "The Heart of Steel MMXIV" (Acoustic Intro)   05:09
4. "A Warrior’s Prayer MMXIV"     05:44
5. "The Blood of the Kings MMXIV"     08:01
6. "Thy Kingdom Come MMXIV"     04:06
7. "The Sting of the Bumblebee MMXIV"     01:16
8. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version)   04:57
9. "On Wheels of Fire MMXIV"     04:14
10. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Metal Version)   04:57
11. "The Heart of Steel MMXIV" (Guitar Instrumental)   04:50
Total length:
53:09
CD 2
No. Title Writer(s) Length
1. "Hail and Kill MMXIV" (Instrumental)   06:13
2. "Kings of Metal MMXIV" (Instrumental)   03:42
3. "The Heart of Steel MMXIV" (Orchestral Intro Version – Instrumental)   04:50
4. "The Blood of the Kings MMXIV" (Instrumental)   08:01
5. "Thy Kingdom Come MMXIV" (Instrumental)   04:07
6. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version – Instrumental)   04:57
7. "On Wheels of Fire MMXIV" (Instrumental)   04:14
Total length:
36:04

Joey DeMaio 1988. Sila perhatikan tiada penimbulan bicep dan tricep.


Penyataan Joey kenapa Kings Of Metal MMXIV perlu dirakam.

Dah tua memang menyebabkan memori silam makin menggamit.

Eric Adams 1988.

Montaj gambar rakaman 1988.

Testimoni mixer.

Tidak ketinggalan, testimoni  dari krew.

Scott Columbus, you will be missed!!!
Dua booklet, yeay!

Karl Logan.

Kings Of Metal MMXIV

Wednesday, April 22, 2015

Wordless Wednesday: Hitam Hitam Supremacist 6/6/2015

Look out for my special appearance with one of the cult Malaysian Death Metal band :)

Monday, April 20, 2015

Record Store Day 18 April 2015

Poster lukisan Man Assault

Kepada yang tak tau, hari ni (Sabtu lepas 18 April 2015) adalah hari Record Store Day (RSD). Saya ingin mengucapkan selamat RSD kepada fellow enthusiasts dengan harapan duit gaji bajet la betul2. Beli rekod, cd, kaset dulu baru beli yang lain. Kelak ianya boleh dibuat makan kalau terdesak. BTW, gambar yang anda lihat adalah koleksi muzik, bukan simpanan mp3 dalam pc, mp3 player, henset anda. Merry RSD!!!

--------------

Saya tidak dapat menyambutnya. Bagaimana menyambut budaya hedonis ini (sarkastik). Caranya agak kapitalis. 

1. Syarikat rakaman/muzik akan announce beberapa bulan sebelum tarikh ini bahawa mereka akan merilis piring hitam/cd/kaset khusus pada hari sambutan dalam kuantiti terhad. Untuk list penuh, anda boleh ke sini http://recordstoreday.com/SpecialReleases

2. Anda merangka apa yang mahu dibeli. Apa yang mahu dibeli belum tentu dapat dibeli kerana ia terhad dan ramai yang mahu memilikinya. Anda boleh order dari kedai rekod fizikal yang terdekat.

3. Kedai rekod fizikal akan mengiklan rilisan RSD yang ada di kedai. Samada mereka mahu menjual sebelum tarikh RSD atau sebelumnya, tidak diketahui. Mungkin boleh dibodek apatah lagi bila anda pelanggan tetap.

4. Hari RSD anda akan serbu kedai rekod fizikal kegemaran anda. Di Kuala Lumpur dan sekitarnya, kedai rekod fizikal ini turut menjemput peniaga rekod tidak fizikal untuk buka booth. Ini menambahkan kemeriahan.

Beberapa gambar event RSD dibawah.







---------------

Saya tidak menyambutnya secara zahir disebabkan di sini tiada kedai rekod yang buat event khusus RSD. Maka saya menyambutnya secara batin saja di rumah.




Semoga bertemu kembali di RSD 2016. Saya berharap dapat menyambutnya dengan zahir dan batin tahun hadapan!

Thursday, April 02, 2015

Parti mendengar dan bedah muzik underground Ipoh anjuran Projek Rabak 31 Jan 2015


Saya dijemput sebagai ahli panel untuk sesi ini.

Selain dari sesi ini, the whole event berlangsung selama seminggu. Ini adalah event subculture (sub-budaya) yang baik. Ia memberi peluang kepada penggiat dan peminat untuk berinteraksi. Juga peluang kepada mereka yang skeptikal tentang subculture ini untuk mendekati dan didekati. Kata orang Bota, you fear what you don't know. Balas kata orang Australia pula, tidak kenal maka tidak cinta.

Pada sesi ini saya telah memberi beberapa pendapat mengenai sejarah muzik (metal) underground Ipoh dengan menjawab soalan kenapa, mengapa, apa, bila dan pelbagai lagi. Diakhiri dengan pandangan tentang apakah survival untuk muzik ini di Ipoh secara khusus.

Terima kasih kepada penganjur yang telah sudi menjemput saya walaupun saya bukanlah layak nak memberi pendapat tentang ini. Saya menyokong penuh event sebegini untuk diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Siapa kata scene underground telah mati, diharap buka mata dan telinga. Dan minda.

Ahli panel dari kiri ke kanan: Kujoy (MUCK), saya dan Bob Pyron.

Wednesday, April 01, 2015

Wordless Wednesday: Mug shots

From top left  to right clockwise : The Bapak, Iman, Isa, Ismail.