Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, November 21, 2013

Ulasan: YNGWIE J MALMSTEEN'S RISING FORCE Marching Out


Saya diperkenalkan kepada Malmsteen begitu awal, sebelum akil baligh lagi. Maka ada ikatan istimewa antara beliau dengan saya. Saya akan katakan, haters can go to h**l, kepada pembenci, penyindir dan shred-wannabe-tapi-main-dalam-biliktidur-saja-sampai-reput. Malmsteen pada saya istimewa bukan saja kerana beliau adalah antara gitaris rock yang mempelopori shred neo-klasikal tetapi kekal dengannya sampai sekarang, tanpa terkesan dengan apa-jenis-monyet shred yang ada sekarang.

Album ini terpilih kerana jika dibandingkan dengan album pertama, ia lebih ada telur. Hatta, lagu dengan lirik setan yang menyebabkan band Black Metal jadi segan pun ada, iaitu Disciples of Hell. Bukan, sebenarnya album ini adalah album pertama beliau yang saya miliki, maka sudah tentulah yang pertama paling dikenang-kenang. Jika anda sebaya dengan saya, anda pasti ingat video live yang keluar pada zaman itu yang mana kebanyakan lagu dalam album ini yang dimainkan. Ingat?

Maka, lagu-lagu seperti I'll See The Light Tonight, Don't Let It End, I Am A Viking, On The Run Again dan Soldier Without Faith hanya perlu dimainkan intro 5 saat je, terus di fikiran kita termain secara automatik keseluruhan lagu tersebut. Semua lagu tersebut adalah sangat cathcy, sangat ballsy dan sangat shred. Inilah sebabnya mungkin, apa-jenis-monyet shredder di luar sana berasa sangat dukacita dan putus asa untuk menyainginya.

Walaupun apa-jenis-monyet shredder di luar sana cepat untuk membandingkan album ini dengan album-album Malmsteen terbaru yang dikatakan sebagai duduk di takuk lama tapi hello? Bukankah anda sudah menerima hakikat diri anda sebagai apa-jenis-monyet shredder? Tiada relevan lagi untuk berdebat.

Malmsteen adalah untuk selama-lamanya (dan Jeff Scott Soto). Habis cerita.

Tuesday, November 19, 2013

Ulasan: NEFTARAKA The Blissful Deliverance


Neftaraka bolehlah dikatakan sebagai veteran Black Metal tempatan. Lebih dari itu, mereka masih aktif meriliskan CD baru walaupun jarang muncul di pentas-pentas gig tempatan. Sesuai dengan sifat misanthropic mereka yang saya suka. Pakaian dan imej bukanlah kekuatan mereka bahkan saya merasakan itu adalah sesuatu yang mereka cuba hindari. Yang mereka mahu ketengahkan adalah muzik misanthropic mereka dan ikut kata mereka - f**k the rest.

Ini adalah rilisan ke n-kali, yang hanya dapat diketahui n-nya apabila kita menjengah kepada laman metal-archives. Dan terbukti lagi dan lagi, sebagaimana anda mengenali Neftaraka dahulu, begitulah Neftaraka itu sekarang. Tiada apa-apa perubahan. Ini saya nyatakan dengan nada yang baik. Atas sebab itu mungkin, Neftaraka berada pada satu martabat istimewa pada penggemar muzik Black Metal tempatan dan antarabangsa. Tiada kompromi atas apa yang mereka perjuangkan selama ini.

EP ini menawarkan lima track termasuk satu intro. Black Metal primitif (atau Black Metal Hutan - seperti kata mereka sendiri) yang disajikan berada dalam radius yang sepatutnya. Minimalis tanpa mengurangkan kualiti rakaman dari yang sepatutnya. Skil permainan muziknya juga bukanlah seperti pemuzik yang tak reti berlagak tak reti. Dan yang menarik, vokal Xxxull yang kejam, kekal kejam seadanya. Cover Silent Death zaman Black Metal dulu, Devouring Judas, diolah kembali mengikut acuan Neftaraka - dan ini mungkin highlight kepada EP ini kerana ia mengekalkan ciri-ciri lagu asal. Ini meremangkan bulu roma apabila mengenangkan anggota asal Silent Death sudah tiada lagi di dunia ini.

Jika saya mengatakan Neftaraka sebagai sebuah band Black Metal terunggul, mungkin anda akan menuduh saya itu dan ini. Tetapi jika adanya satu band Black Metal tempatan yang saya terlalu ingin melihat mereka mengcover lagu The Pagan Winter (Darkthrone) - tiada band lain yang saya lihat lebih layak. Neftaraka.

EASTERN MYTH RECORDS
http://www.facebook.com/easternmythrecs
http://easternmythrecs.blogspot.com

Monday, November 18, 2013

Ulasan: NEKRAD Nekradvaganza


Tak payahlah kita berdiskusi tentang betapa kuatnya pengaruh Cradle Of Filth dalam Nekrad kerana ia sudah diketahui umum. Dan itu tidaklah menjadi masalah apa-apa bagi pendengar berpengalaman. Ia menjadi masalah kepada pendengar seasonal kerana balik-balik yang mereka mahukan adalah originaliti. Originaliti sudah mati, jika anda tidak tahu lagi. Yang tinggal hanyalah bagaimana muzik yang seasoned ini diolah untuk kedengaran lebih menarik, atau sekurang-kurangnya menyebabkan anda berulangkali mendengarnya.

Nekrad faham akan itu maka penekanan juga diberikan kepada gaya album ini diterjemahkan. Twist yang tersirat, jika anda perasan, ialah tajuk-tajuk lagunya dipusing dari tajuk lagu-lagu tradisi kanak-kanak kepada yang menyeramkan. Old McDonald Had A Farm diolah kepada Old Lucifer Had a Farm. Twinkle Twinkle Littel Scar kepada Twinkle Twinkle Little Scar. Baba Black Sheep kepada Baba Black Goat. Ini memberikan sedikit ruang bernafas bagi mereka yang sudah tepu dengan Cradle of Filth. Malang sekali, lirik tidak disertakan sekali. Yang dicetak adalah ayat-ayat yang tiada kaitan dengan lagu-lagu tersebut. Saya suka untuk mengetahui cerita yang diolah kembali mengikut tajuk tadi.

Produksinya bermutu tinggi (dalam konteks Malaysia), sepertimana yang kita harapkan dari veteran, Dark-E (Sil Khannaz/Vociferation Eternity). 11 tracks yang dirakam, disaji dalam packaging yang berkualiti - sesuatu yang rare dari negara kita sekarang ini. Semuanya, dari CD hingga ke booklet 12 mukasurat adalah factory-printed dan dijual dengan harga berpatutan, RM20. Presentation sebegini memberi kesan kepada pembeli kerana disebaliknya, ribuan ringgit dikorbankan. Korban sebegini juga semakin hari semakin tiada dalam scene metal tempatan.

Namun, saya rasa sesuatu perlu dilakukan oleh Nekrad untuk keluar sikit dari pengaruh CoF yang terlampau nyata ini sebagai survival jangka masa panjang. Saya tidak pasti bagaimana tetapi bukanlah hak saya untuk menunjuk itu dan ini. Itu berkadar dengan daya kreativiti band.

01. When Master And Crow Arises
02. Old Lucifer Had A Farm
03. One Little Two Little Devil
04. Raging War And Despair
05. Twinkle Twinkle Little Scar
06. Itchy Bitchy Demon
07. Baba Black Goat
08. The Gothic Freak!
09. The Scarlet Umbrella
10. Absolute Gaban (bonus)
11. Tranquillity Beyond Disharmony (bonus)
HARGA:
RM20 melalui edaran tangan
RM28 melalui pesanan pos
 

Thursday, November 14, 2013

Iklan: Split CD DIED/Putrefied Remains


Saya berharap pembaca blog ini dapatlah membantu band penulis blog ini. Kami band kecil-kecilan.

DIED/Putrefied Remains Split CD 2013
2 lagu dari DIED
2 lagu dari Putrefied Remains

CD dan booklet semuanya factory printed, bukan fotostat atau CDR.

Harga RM10 (by hand sekitar Seri Iskandar/Tronoh dan Kuala Lumpur) atau RM16 (poslaju) atau RM13 (pos daftar). Bayaran online CIMB.

Support DIY music.

Wednesday, November 13, 2013

Ulasan: MEGADETH The World Needs A Hero


Unik album ini ialah kerana inilah satu-satunya album yang dianggotai oleh Al Pitrelli (gitar) dan Jimmy DeGrasso (drum). Kata Abang Mus dalam biografi dia, dia tak berapa minat dengan dua orang ni walaupun pikap cepat. Bagi je lagu apa, diorang pasti dapat pikap punya in the shortest time. Itu bagus. Tapi yang tak bagus mereka ni sentiasa mencari projek yang bagi duit. Itulah kehidupan sessionist. Di hati mereka tiada Megadeth. It was just another typical job.

Walaupun begitu, performance mereka berdua memang kelas. Solo-solo Pitrelli memang kelas pertama. Drum DeGrasso pun kelas pertama. Walaupun tuduhan tersebut dilempar kepada mereka tetapi dari segi output, mereka memberikan yang terbaik. Itu dibawa terus ke dalam video/album live Rude Awakening. Berapa kali bulu roma meremang apabila shot tunjuk kepada Pitrelli semasa gitar solo. Saya hampir meletak beliau satu level dengan Marty Friedman. Yang nyata, kalau tidak setanding, beliau adalah no 2 selepas Friedman.

Saya cadangkan untuk mereka yang mahu mengenali album ini supaya mendengar track Disconnect, 1000 Times Goodbye dan Dread and the Fugitive Mind dengan memberi perhatian khusus kepada gitar solo Pitrelli dan drum DeGrasso. Dan jangan lupa lagu sambungan kepada Hangar 18 bertajuk Return to Hangar yang dimainkan back-to-back dengan Hangar 18 semasa album live Rude Awakening dan That One Night: Live in Buenos Aires.

Jika anda membenci album ini, mungkin sekarang masanya untuk memberi lagi satu peluang untuk mendengarnya sekali lagi. Jika tidak pernah mendengarnya, apa lagi yang ditunggu. Tiada masalah mencari mp3nya tetapi ketahuilah, tiada mp3 yang boleh menggantikan the real thing, CD, kaset atau vinyl ;)

(Entry cut & paste tahun 2007 DI SINI)

Thursday, November 07, 2013

Pelawat terkenal

You can spot me if you can spot my sneakers ;)