Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, September 30, 2012

Filem: The Inbetweeners Movie (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1716772/

Deja-vu menonton filem ini bukan kerana ia asalnya sebuah TV-series tetapi plot tentang kejatuhan moral dan akhlak yang diselit dengan nasihat-nasihat preachy yang kadang-kadang membuatkan perasaan skeptik kita semakin skeptik. Tapi itulah majoriti filem komidi coming of age zaman ini.

 SKOR: 6/10

Saturday, September 29, 2012

Filem: Boyz n the Hood (1991)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt0101507/

Jalan ceritanya mudah dan agak preachy tetapi pada zaman ia dirilis ia membuka mata kepada komuniti kulit hitam di USA tentang cabaran dan harapan komuniti tersebut pada masa mendatang.

SKOR: 8/10

HIGH VOLTAGE at Universiti Teknologi PETRONAS!


29-30th September 2012, 830pm.

performing:

Dirty Deeds Done Dirt Cheap (AC/DC)
Children of the Grave (Black Sabbath)

at the 3rd extra turn during the Putera Sangkar Maut theater.

For tickets and info, CLICK HERE.


Friday, September 28, 2012

EPW for MSc Offshore Engineering

EPW stands for Expert Panel Workshop.

This is the standard procedure for an institution offering a new course as guided by MQA, the governing body for higher learning.

In this workshop, you need to invite the industrial experts from the relevant industries to discuss and comments on the courses offered in the program.

We had nine experts altogether from Petronas, Shell and so on. This is on track with the program going to be offered.

The two days event was conducted smoothly. We got all the comments needed on the first day. On the second day, it is time for the academics to consolidate whatever that have been commented.

Me, as the Program Manager is targetting that this program will be offered in May 2013. If anyone of you who are interested to know more about UTP's MSc in Offshore Engineering, may write to me and I will entertain as much as I could, as this is my baby.

 Repertoire.

 Group 1 with 10 courses to look into.

Group 2 with the other 10 courses.

Yes, Impiana KLCC room is cosy.

Thursday, September 27, 2012

Ulasan: AC/DC Dirty Deeds Done Dirt Cheap CD


Dengan jualan global sebanyak 6 juta unit, album ketiga AC/DC ini letaknya di tangga ketiga dalam tangga kelarisan selepas Highway to Hell dan Back In Black. Dan setelah lagu Back In Black, lagu Dirty Deeds Done Dirt Cheap adalah antara lagu AC/DC paling popular. Saya jamin anda akan menghentak tapak kaki (dalam sedar atau tidak) apabila mendengar lagu ini.

Kulit album ini agak pelik untuk dikaitkan dengan tajuk album. Ikut kata Angus Young sendiri, tajuk Dirty Deeds Done Dirt Cheap ini datangnya dari kartun Beany and Cecil. Mungkin yang dimaksudkan dengan orang yang ditutup mata itu adalah pelanggan si pembunuh upahan yang diceritakan di dalam lagu tersebut.

Seperti mana-mana album AC/DC, bunyinya untuk telinga yang kurang arif, sama saja. Tetapi bagi telinga terlatih, pasti akan memaklumi keunikan lagu Big Balls, Problem Child, Rocker dan Squeler; selain dari lagu tajuk album. Juga yang menarik lagu Ride On yang merupakan satu-satunya lagu balada AC/DC. Sila ambil perhatian lirik double entendre Big Balls yang kelakar itu.

Ini bukanlah album ultimatum AC/DC ketika bersama mendiang Bon Scott tetapi untuk mendengar variasi suara beliau yang lebih bluesy dari rock seperti dalam album Highway To Hell, ini sudah pasti menjadi album reference kerana dua album sebelum ini produksinya agak kureng.


Wednesday, September 26, 2012

Filem: God Bless America (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1912398/

Badassss punya filem. Scene paling menarik apabila watak utama komplen tentang hipokrasi manusia.

Frank: [On the air] My name is Frank. That's not important. The important question is: who are you? America has become a cruel and vicious place. We reward the shallowest, the dumbest, the meanest and the loudest. We no longer have any common sense of decency. No sense of shame. There is no right and wrong. The worst qualities in people are looked up to and celebrated. Lying and spreading fear is fine as long as you make money doing it. We've become a nation of slogan-saying, bile-spewing hatemongers. We've lost our kindness. We've lost our soul. What have we become? We take the weakest in our society, we hold them up to be ridiculed, laughed at for our sport and entertainment. Laughed at to the point, where they would literally rather kill themselves than live with us anymore.

SKOR: 8/10

Wordless Wednesday: Damn fine amp


This abused amp is Yustech's. Bloody fine amp! Don't judge the amp by its age and look.

Tuesday, September 25, 2012

Yustech loves electronic, music & tools


Who is Yus?

HiFi Tech since 1992
Guitars & Amplifiers Tech since 1999.
Started Teaching since Jan 2000,
Covering basic to modes understanding,
Rockschool tutor since 2006,
Loves Electronic, Music & Tools.

Dia ada blog sebenarnya http://yustech.blogspot.com/

One of the honest guitar-tech guy around.

Saya menghantar gitar GIBSON Explorer yang seingat saya, sudah lebih 3 tahun tidak digodek oleh guitar-tech. Kerana sudah terpikat dengan gaya kerja dan cerita-cerita beliau di dalam blog, saya mengambil keputusan untuk mencuba khidmat beliau.

Kedai (bengkel) beliau bersahaja, menumpang studio jamming yang dibawahnya ada bengkel kereta (atau motor?). Diwar-warkan oleh beliau akan kecil dan 'bersepahnya' ruang kerja beliau. Saya perhatikan sendiri, tidaklah begitu. Selain dari meja kerja yang bertaburan tools, lainnya OK. Gitar untuk dikerjakan beliau tersusun baik. Ini sudah cukup menunjukkan bahawa beliau 'menghormati' gitar yang dihantar, walaupun sekadar cap ayam.

Lebih kurang 3 minggu kemudian saya kembali untuk mengambil gitar tersebut. Oh ya, gitar saya tiada masalah besar cuma sekadar intonasi lari pada beberapa fret. Beliau membetulkannya, mengganti tali gitar dan polish body. Polish body itu adalah ekstra tanpa bayaran ekstra. Fizikal gitar memang agak terbiar dan saya membiarkannya begitu. Samada beliau melakukannnya untuk menghabiskan masa bosan berseorangan di dalam bengkel atau memang sifat prihatin suci yang hadir dari hati, itu bukanlah masalah. Saya berterima kasih atas kerja ekstra tersebut.

Saya menghabiskan masa hampir sejam bersembang gitar dengan beliau. Saya tiada soalan ujian untuk beliau kerana saya memang tidak mahir dalam hal gitar. Tetapi saya membawa borak kami ke arah menerbit idea-idea baru yang mungkin bermanfaat dalam industri penggitaran negara.

Pengalaman kerja beliau selama 7 tahun dalam bidang elektronik dan 11 tahun dalam bidang penggitaran sudah cukup membuktikan kredibiliti beliau. Cuma suka saya syorkan untuk ditambah dengan metod dan olahan yang lebih saintifik walaupun tidak memerlukan ijazah diploma atau sarjana muda. Saya memerhatikan sedikit masalah dalam menafsirkan ayat manusia untuk diterjemah ke dalam bentuk analog ataupun digital. Ia memerlukan olahan fizik dan matematik. Tetapi mungkin saya agak melampau, kerana kebanyakan pemain gitar peduli apa dengan semua itu hahaha...

Ditambah dengan humbleness dan frankness beliau dalam mengkomen, saya berasa beliau layak dengan kerja beliau. My certificate of approval goes to this cool dude. Hopefully he will not turn back to an asshole he was a few years ago hahaha...




Monday, September 24, 2012

Teater Putera Sangkar Maut di Multipurpose Hall, UTP 29 - 30 September 2012


Saya akan cuba memecahkan telinga penonton dengan persembahan band rock goyang kaki ketika intermission:

1. Dirty Deeds Done Dirt Cheap (AC/DC)
2. Children Of The Grave (Black Sabbath)

Dari kumpulan teater paling aktif di Perak, Tronoh Theater Shop.

Posting berkaitan = TEATER.

*Lagu telah disahkan dan dipersetujui oleh Tuan Direktor.

Ulasan: MORTUARY ANCESTOR Tribulation Ceremony DVD

Mortuary Ancestor tidaklah asing bagi peminat muzik Metal underground tempatan. Jika tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka pun sekurang-kurangnya pernah mendengar nama band dari Sarbah ini. Mungkin disebabkan itu, sudah tiba masanya untuk mereka meriliskan DVD live show mereka.

DVD ini menampilkan dua show pada tahun 2011 dan 2012 yang berlaku di Sabah. Kedua-duanya menampilkan 6 buah lagu yang tiada banyak beza kecuali satu lagu dan turutannya. 4 buah lagu sendiri dan 2 cover dari Morbid Angel (Days of Suffering) dan Trapped In A Corner (Death). Kelihatan mereka mahir dengan instrumen mereka bukan saja dalam membawa lagu sendiri dalam bentuk asal malah cover songs yang mencabar juga diolah dengan baik sekali. Saya memberi perhatian lebih kepada lagu Death yang dimainkan. Syabas.

Namun, rakaman secara amatur menghasilkan gambar yang kabur dan kurang jelas. Ini sepatutnya bukanlah rilisan official kerana kualiti rakaman dan audio adalah sama taraf dengan rakaman amatur youtube. Untuk peminat Mortuary Ancestor, ini adalah satu milikan wajib tetapi bagi pengekor keluar masuk, mungkin akan kecewa jika meletakkan harapan yang terlampau tinggi untuk DVD ini.

http://www.facebook.com/MortuaryAncestor

Sunday, September 23, 2012

Filem: A Tale of Two Sisters (2003)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt0365376/

Tak faham. Mungkin sebab konsentrasi hilang semasa menonton. Ada kaitan dengan cara filem ini diolah.

SKOR: 5/10

Filem: Project X (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1636826/

Walaupun subjek filem ini melampau tetapi ia memberi gambaran keseluruhan tentang kejatuhan moral remaja Barat. Yang pernah menetap di negara Barat tentu akan bersetuju. Sila jadikan pedoman.

SKOR: 7/10

Saturday, September 22, 2012

Filem: The Cabin in the Woods (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1259521/

Formula filem seram ini agak menyegarkan dan pada yang sama menyeramkan (40 minit pertama). Kemudian seramnya bertukar menjadi hybrid sains fiksyen dan mythology. Bukan selalu ada filem seram sebegini,

SKOR: 8/10

Thursday, September 20, 2012

UTP Hari Raya Gathering 14/9/12

Shake a  leg!

ORBITAL

1. Dendang Perantau (P Ramlee)
2. Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
3. Suasana Hari Raya (Anuar & Elina)
4. Flying Without Wings (Westlife)
5. Hard Day's Night (The Beatles)
6. I Want To Hold Your Hand (The Beatles)

Tuesday, September 18, 2012

Ulasan: THE CASKET Dead Is Alive

Agak menyenangkan hati apabila scene Sabah mula memancarkan tunas Metal kepada ranting muzik yang arahnya tidak tertumpu kepada teutonic Death Black Metal. Salah satu band tersebut ialah The Casket. Namanya agak asing, tidak pernah terdengar. Lahirnya juga dalam misteri kerana tiada maklumat yang dapat diperolehi bahkan dari facebook band ini. Ada kemungkinan anggotanya dari kelompok band teutonic Sabah juga.

Kecenderungannya kepada scene muzik Death Metal US lewat 90an yang berat dan mengasingkan diri dari pukulan drum blast-beat. Dan jika vokalnya didalamkan sedikit bunyinya, band kult Baphomet dari USA akan pasti menjadi perbandingan.

Beberapa blog tempatan memberi komen yang tidak memberansangkan tentang penggunaan drum programming yang monotonous dan satu dimensi. Dari sudut itu, boleh dipersetujui. Tetapi jika kita mengambil kira semangat band sebegini pada zaman lewat 90an, apa sangat yang boleh diharapkan dengan teknologi drum programming (tak lain dari menggunakan drum pad)?

4 lagu yang ditawarkan dalam CD cetak sendiri ini menggambarkan topik yang ada kaitan dengan filem-filem seram gred B yang sudah dikira outdated zaman ini (melainkan jika anda menonton filem The House Of The Devil). Ya, filem-filem seram yang komikal tetapi tidak begitu komik jika anda menontonnya berseorangan. Sekurang-kurangnya The Casket tahu letaknya band ini sendiri iaitu sekadar menghibur dengan watak pentas dan tidak cuba beria-ia untuk menunjuk lebih dari itu.

Kemunculan MCD ini tidaklah membuka ruang baru dalam kelompok brutal Death Metal yang menyebabkan semua mata dan telinga terpinga-pinga dalam kejutan. Namun ia sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang untuk bernafas bagi scene Sabah yang pada suatu ketika kelemasan dalam dimensi yang agak terkekang.


Monday, September 17, 2012

Filem: Safe House (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1599348/

Kita sebenarnya sudah mual dengan teori konspirasi berkait dengan CIA tetapi pada masa yang sama kita ketagih dengannya. Tambahan pula ada Denzel Washington. Oleh itu, sediakan kuaci dan teh panas dan selamat menonton.

SKOR: 8/10

Sunday, September 16, 2012

Filem: Diner (1982)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt0083833/

Pelakon utama kebanyakannya sudah menjadi superstar zaman ini. Mungkin itu tarikan sebenar untuk menonton mula karier mereka dalam filem ini. Yang sebenarnya ia bikin mata mengantuk.

SKOR: 5/10

Filem: Hesher (2010)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1403177/

Selain dari poster menyerupai Metallica dan soundtrack dari Metallica, filem ini memang badass! Ada potensi untuk naik takhta jadi tahap kult.

SKOR: 8/10

Friday, September 14, 2012

Filem: We Need to Talk About Kevin (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1242460/

Ia mengingatkan saya kepada filem seram The Omen walaupun tiada kaitan dengan kelahiran anak syaitan. Tetapi watak si anak memang tak tumpah dengan jelmaan syaitan. Filem ini akan meninggalkan kesan ke dalam kepala otak anda, maka tonton atas risiko sendiri.

SKOR: 9/10

Thursday, September 13, 2012

Filem: The Dictator (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1645170/

Mengecewakan.

SKOR: 4/10

Wednesday, September 12, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Ulasan: BOSTON s/t CD


BOSTON selain dari nama sebuah negeri di USA, ia merupakan nama sebuah band hard rock yang popular di pertengahan 70an dahulu. Tidak menghairankan juga band ini dari negeri yang sama. Apa lagi nama negeri yang dijadikan nama band? Kansas, New York Dolls dan lain-lain. Bagaimana pula dengan band Malaysia? Perak? Pahang?

Album ini adalah album pertama yang terjual lebih 17 juta unit sejak dirilis pada tahun 1976, lantas meletakkan album ini antara album terlaris yang dijual di USA. Adakah ini disebabkan nama band yang patriotik? Ada kemungkinan. Tetapi yang paling sahih adalah album ini album hard rock yang sangat baik. Sekali dengar dengan lagu pertamanya, More Than A Feeling, sudah pasti terus jatuh cinta.

Lebih dari itu, album ini membawa trivia yang lebih menarik. Kualiti album ini sangat mengkagumkan tetapi pasti anda tidak akan percaya bahawa ia dirakam di dalam garaj pemain gitarnya, Tom Scholz. Mungkin untuk zaman ini, tidak ada apa-apa tetapi kita bercakap pada tahun 1976!

Sebenarnya ia banyak berkait dengan Tom sendiri yang merupakan seorang graduan MIT. Menggunakan kepakaran beliau dari MIT serta kerja beliau sebagai product designer Polaroid, maka terhasillah produksi album yang berkualiti ini  setanding dengan studio rakaman terkemuka di dunia walaupun dihasilkan di dalam garaj beliau saja.

Bukan setakat itu saja, beliau mengembangkan minat dan kepakaran beliau untuk menghasilkan amplifier Rockman. Yang menarik tentang Rockman ialah saiznya yang kecil, sebelum ia menjadi trend sekarang ini.

Tom Scholz memang genius! Tetapi stage presence beliau hampir 0. Tom adalah nerd rocker.

Trivia di atas memang menarik tetapi ia tidak menenggelamkan kehebatan album ini. Selain dari produksi yang berkualiti, terlebih penting ialah komposisi lagu yang melodik dan tangkap telinga. Banyak terima kasih kepada vokalisnya, Brad Delp yang mempunyai nada dan pitch yang tinggi tetapi tidak menyakitkan jiwa yang agak kurang pada ketika itu mungkin.

BOSTON juga menampilkan susunan bunyi gitar melodi bertindih-tindih yang hanya dapat disaingi oleh kumpulan QUEEN pada ketika itu. Bak kata liner notes di dalam CD ini, dengarkan album ini!



yang paling nerd dalam video ini, dialah Tom.

Monday, September 10, 2012

Gambar-gambar Eid Fitri 2012

Eid Fitri bagi masyarakat Melayu adalah selama sebulan kerana Ramadan adalah sebulan?




 Dr Airil yang datang beraya bersama Gibson Explorer dan Spector 6-string bass.

 Kaum kerabat dari Sabak Bernam berBBQ.

 One big kerabat.

 BBQ adalah tradisi Melayu (20 tahun akan datang)

Rehearsal lagu Dendang Perantau dan Suasana Hari Raya untuk show Hari Raya di UTP Jumaat ini bersama staff UTP yang lain.

Friday, September 07, 2012

Filem: Naked Lunch (1991)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!
**********************


http://www.imdb.com/title/tt0102511/

Bagi sesiapa yang dah biasa dengan karya Cronenberg, maka animatronik pelik yang jelek sudah pasti akan diharapkan dan memang ada pun. Kali ini dalam bentuk mesin taip. Cuma jalan ceritanya memang tak faham. Kena baca dalam forum barulah boleh menghargai karya beliau. Bayangkan,  Peter Weller sanggup menolak tawaran berlakon dalam filem Robocop 3 untuk berlakon dalam filem yang pelik ini.


SKOR: 7/10

Thursday, September 06, 2012

Filem: Nokas (2010)


Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1337366/

Berdasarkan rompakan terbesar yang dilakukan di Norway, ia mengingatkan kita kepada jalan cerita kronologi Bukit Kepong. Atas dasar dramatiknya filem ini, saya syorkan anda juga menontonnya sama seperti filem Troll Hunter.

SKOR: 8/10

Filem: The House of the Devil (2009)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

 http://www.imdb.com/title/tt1172994/

Megambil hala tuju retro, filem tahun 2009 ini dibuat supaya dilayarkan dengan bentuk tahun 80an, siap dengan gambar yang kabur. Bermula agak slow tetapi klimaksnya memang mencemaskan. Hooray kepada filem horror tradisional sebegini!

SKOR: 8/10

Wednesday, September 05, 2012

Filem: The Lorax (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1482459/

Mesej filem ini sangat baik. Berhenti dari menggodam alam sekitar dan ianya begitu jelas sekali sehingga kanak-kanak 3 tahun pun akan mengerti. Namun dari jalan ceritanya, cuma sekadar OK saja. Sebab itulah ianya hanya diadaptasi setelah 3 kisah Dr Seuss diadaptasi ke layar perak. Yang pasti, kanak-kanak pasti akan menyukai watak-watak yang cute dalam filem ini.

SKOR: 6/10

Tuesday, September 04, 2012

Filem: The Raid: Redemption (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1899353/

Mungkinkah perlu membayar tuan direktor mat salleh untk menjadikan filem aksi jadi hebat? Mungkin juga dan filem ini adalah buktinya.

SKOR: 8/10

Gig: KL THRASHED Annex Gallery, Central Market KL (2 Sept 2012)


This is a speed review. No editing. Short of time.

Sampai hampir 7pm dengan jangkaan gig start lewat. Ternyata salah. Gig start on time. Ini adalah generasi baru organizer yang belajar dari pengalaman dari Jepun. Akibatnya saya tertinggal dengan band yang nak ditengok iaitu Central Disposal dan Catarrh.

Band 4 terakhir semua sama stail. Kalau tak thrash German pasti Brazil. Oleh itu kami disajikan dengan pakaian berspike, conteng muka calit-calit sikit dan lambang salib terbalik. Saya dah muak dengan semua ini. Dah le band black metal sepesen macam tu, ni band thrash pun sama. Aiyaaa. Saya mahu menonton thrash metal seangkatan Metallica, Megadeth, Anthrax, Testament etc yang sebenarnya rare breed kat kawasan sekitar kita ini.

Paling sakai sebuah band dari Singapore dengan jeritan nak kongkek pompuan kat gig ni. Nada memang gurau tapi WTF??? Mungkin dia belum berkahwin, takde anak perempuan, takde adik pempuan/kakak etc. Ada la jugak gadis-gadis dan wanita-wanita yang menonton, perasaan mereka saya tak pasti. Tapi yang tukang sahut ada la 2-3 orang. Nyata band tersebut syok sendiri.

Band Thailand pun ada yang main. Main bagus tapi not that I've not seen before. Seperti kata saya, muak dengan spikes, salib terbalik etc. Overdone. Too much.

Dan brader-brader tonggang arak tu, please la. Orang nak enjoy, tak jadi nak enjoy. Kalau terpecik kan dah payah. Nak solat pun payah. Bau lagi. Kot takde yang tonggang tu, mungkin ramai lagi yang boleh sekali enjoy banging depan stage. Saya cadangkan, anda tonggang dulu sampai habis sampai weng lepas tu baru le masuk venue. Nak tertonggeng apa lepas tu pun tak kisah. Tapi nak tayang depan orang ramai yang anda penonggang yang hebat, tak payah le. Takde yang heran. Menyampah dengan benci ada.

Penyudahnya, saya melepak di luar saja. Ramai juga yang lepak luar. Samada mereka sama perasaan dengan saya (overcooked and overdone) atau dalam venue panas (aircond tak cukup capacity).

Organizer yang peramah saya salute. Tahun depan mau Metallica Megadeth pulak la woi.


Monday, September 03, 2012

Filem: The Hunger Games (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1392170/

Saya tidak setuju dengan logik sains fiksyen ini. Ditambah dengan watak sampingan yang kebanyakannya membuat saya menyampah. Mungkin rating yang tinggi datangnya dari remaja yang menyukai filem ini sedangkan pada saya ia tidak lebih dari olahan filem Twilight yang meloyakan.

SKOR: 5/10

Sunday, September 02, 2012

Filem: Toast (2010)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************

http://www.imdb.com/title/tt1658851/

Terus terang, tema gay memang saya tak suka tengok kerana kegelian. Walaupun ceritanya bagus (mungkin) seperti Brokeback Mountain. Untuk itu, keputusan skor agak rendah.

SKOR: 6/10

Saturday, September 01, 2012

Filem: La Cara Oculta (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook! 

*******************

http://www.imdb.com/title/tt1772250/

Bermula dengan sentuhan horror tetapi beralih kepada babak-babak psychological thriller yang  mengambil manfaat dari filem Panic Room tetapi dengan twist yang menarik. Jangan terpedaya dengan 30 minit yang pertama kerana anda perlu menunggu minit-minit seterusnya untuk menikmati agenda sebenar filem ini.

SKOR: 8/10