Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (27) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (29) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (35) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (3) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (48) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) family (17) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (41) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (1) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (22) Iron Maiden (75) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (3) Jalan-jalan cari makan (7) Jalan-jalan Metal (4) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (79) Krenmaut fanzine (2) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (13) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (4) Malaysiana (54) Manowar (10) Megadeth (26) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (148) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (17) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Poligami (4) Politik Ramadan (11) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (4) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (8) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (12) Special Event (5) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (3) Ulasan (402) Uli Jon Roth (3) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (65) Vinyl (8) Vinyl Passion (2) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (57) Youtube clip (5)

Friday, March 30, 2012

Park Royal Kuala Lumpur

I attended the Deepwater Well Engineering course for 5 days which was held at Park Royal Hotel, Kuala Lumpur.

The breakfast and lunch is OK since the hotel is managed by Pan Pacific Hotel so no complain on that department. I have no grudge anyway. Internet is free. Malls everywhere. What more can you ask for?

My room

Cute bath and toilet.

I love it when no other buildings blocking the sun.

Super extra large bed. Notice the three pillows (meaning it can fit 3 adults! Must be very convenience for some?)

The view outside, nice. Mostly populated by mat and minah soleh. Whenever the sun is bright, it will be full. When it is cloudy, not so many.

Corporate rate RM345 per night

Wednesday, March 28, 2012

Awana Kijal

I was in Kerteh, Terengganu attending a meeting with the guys in the PETRONAS oil & gas plants discussing on the structural integrity of the plants. I am a member of the UTP research & consultancy group addressing this problem. It was a long ride, fortunately we engaged a driver to take us.

We spent our nights at Awana Kijal. about 15km from the plant. What impressed me the most is the hotel's roof which is massive! By the view of it, I think it was constructed using woods and joined with steel plates.

The room is so-so but I had a good time swimming in the large pools. Cramped my muscle as a result. That is what you get when you pushed to hard (lama tak berenang punya kes).






The corporate rate is about RM255 per night.

Monday, March 26, 2012

Diskografi ANTHRAX

Seperti yang disiarkan di dalam majalah KARISMA edisi 21

---------------
Anthrax, entah kenapa kurang menyerlah di Ipoh. Mungkin dibayangi oleh Metallica yang mungkin lebih hebat dan accessible walaupun Anthrax sendiri tergolong dalam kelompok yang sama, The Big Four (of Thrash Metal).

Kurang menyerlah disini, saya maksudkan sebagai, tiada band jamming yang memainkan lagu mereka. Penerimaan Mat Metal di Ipoh dapat dilihat dari trademark Anthrax sendiri iaitu topi dengan bibirnya dikelepet ke atas dengan perkataan (lukisan sendiri) NOT dan MOSH terpampang. Yang lebih kreatif dan mahir, akan melukis gambar maskot Anthrax, seorang tua berkepala botak di bibir topi tersebut.

Tahunnya ialah 1989 ketika saya di dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah St Michael yang mana band pertama saya ditubuhkan. Sebelum orang sibuk-sibuk dengan integrasi nasional dalam 1Malaysia, saya dan rakan-rakan sudah memulakannya. Band kami dianggotai oleh dua Melayu, seorang Cina dan seorang India. Dan tema band kami sangat terpengaruh dengan Anthrax. Sesuatu yang agak ganjil kerana pada masa itu, lebih banyak band jamming peringkat sekolah memainkan lagu-lagu dari band Metallica.

Ini mungkin menjadi sebab band kami tak lama hidupnya. Orang bergaya dengan pakaian serba hitam, kami meragakan pakaian berwarna-warni. Satu taboo ketika itu.

Fistful Of Metal (1984)
Anthrax bermula dengan humble.Album ini tidaklah sehebat Kill Em All ataupun Show No Mercy. Ia sekadar album yang menggodek tombol-tombol muzik Heavy Metal yang sedang cuba menjadi lebih pantas pada ketika itu. Melodi dan strukturnya masih menggunakan acuan idola mereka. Menyalahkan vokal Neil Turbin mungkin kurang tepat kerana vokal beliau tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan vokalis band seangkatan dengan Anthrax ketika itu. Masalahnya, kehadiran beliau di dalam Anthrax ada kesan besar kerana beliau aktif dalam pembikinan lagu, mungkin secara indirect. Apapun, album pertama ini kemas strukturnya dan konstan dari segi kualiti lagu walaupun dari segi originaliti yang sangat diperlukan zaman itu belum menyerlah sangat. Dalam banyak-banyak lagu di dalam album ini, cuma lagu Metal Thrashing Mad saja yang paling lama bertahan dalam live show Anthrax. Bahkan lagu tema yang bertajuk Anthrax sendiri pun agak asing bagi peminat Anthrax sendiri. Ini tanda rombakan perlu dilakukan. Dan itulah yang berlaku sebaik saja selesai rakaman album ini.

Spreading The Disease (1985)
Keluarnya Neil Turbin dan Dan Lilker membuka ruang yang baru kepada Anthrax. Penggantinya, Joey Belladonna dan Frank Bello memang memberi inspirasi baru. Transformasi ini berlaku secara gradual. Serpihan dari ahli lama masih terasa dengan melodi Heavy Metal klasik dalam majoriti lagu-lagu di dalam album ini. Cengkaman Neil Turbin masih kuat berdasarkan kepada kredit lagu dan lirik ciptaan beliau yang masih dirakamkan untuk album ini. Tetapi lagu Gung-Ho, A.I.R. dan Madhouse memberikan gambaran yang mendatang bagi muzik Anthrax. Ianya lebih groovy, lebih pantas dan unik terima kasih kepada vokal Joey yang kurang mendayu jika dibandingkan dengan Neil. Album ini sama ada sedar atau tidak bakal membina asas sebenar muzik Anthrax yang akan selanjutnya akan meletakkan mereka sebagai bintang lagenda muzik Thrash Metal dunia. Dunia sudah merasainya ketika itu tetapi tidak menyangka yang album selepas ini melebihi segala sangkaan tersebut.

Among the Living (1987)
Jika ditolak kesemua album Anthrax yang pernah wujud dan tinggal ini saja albumnya, ia sudah cukup untuk menaikkan taraf mereka kepada takhta The Big Four. Album ini adalah Anthrax pada puncaknya yang tidak mungkin dapat dicapai lagi. Ianya adalah album yang menggabungkan segala yang terbaik dari Anthrax. Ianya Thrash. Ianya agresif. Ianya maskulin. kesemua lagunya catchy. Riffs gitar memang thrash kental. Dan kesemua lagunya memang ditulis untuk stage show, fist flying, headbanging and mosh breaking anthems. Dengan erti kata lain, Thrash Metal in its perfect form. Cuma satu komplen, panjang sangat (lebih 5 minit) dan saya terfikir, jenuh juga dalam show ketika tu mamat yang pergi gig nak banging. Paling mahal, ia mempunyai muka bersahaja yang agak sukar diperolehi dari album Metal pada zamannya.  Album ini didedikasikan kepada mendiang Cliff Burton (METALLICA). Memang ramai orang sayang mendiang ni. Selain ANTHRAX, Dave Mustaine (MEGADETH) juga mendedikasikan lagu In My Darkest Hour (So Far, So Good... So What!) kepada mendiang.

State of Euphoria (1988)
Memang sukar untuk menandingi album Among The Living. Ada dua cara untuk menghadapinya; cuba meletakkan gear 5 terhadap apa saja yang pernah dibuat pada album Among The Living atau buat tak tau dan teruskan rakaman tanpa pandang belakang. Anthrax memilih yang kedua. Elemen 'happy' dan 'playful' yang menyerlah di dalam album sebelumnya dikurangkan secara gradual. Ianya seolah-olah melihat album Spreading The Disease dari belakang cermin. Dalam ertikata lain, impaknya menurun seperti mana STD menaik menjadikan turun naik antara 3 album ini kelihatan seperti graf polinomial. Jika dibuat analisis yang lebih mendalam terhadap kualiti lagu-lagu di dalam album ini, nampak seperti Anthrax tidak menunjukkan ciri-ciri untuk jatuh tetapi zaman ketika itu, angin perubahan sudah mula berlaku. Thrash Metal berada di penghujungnya dan Death Metal sudah mula menarik ramai peminat baru. Siapa yang ada masalah dengan kualiti lagu Be All, End All, Make Me Laugh dan Misery Loves Company? Ia masih boleh membuatkan kepala kita bergoyang tanpa sedar.

Persistence of Time (1990)
Kulit album yang agak 'serius' ini pastinya merisaukan peminat Anthrax. Tiada lagi lukisan komikal seperti album-album sebelumnya. Ada sebab. Anthrax mula mahu meninggalkan imej 'happy' yang mereka pelopori dahulu kepada imej yang lebih serius. Dan apakah yang lebih baik dengan memulakannya dengan kulit album yang lebih serius. Lukisan jam itu sendiri memberi maksud bahawa masanya sudah sampai untuk genre muzik baru untuk memerintah dunia (Death Metal). Cerdiknya Anthrax ialah mereka menyedari akan hal ini dan membuang segala ego untuk menuruti gelombang tersebut tanpa melacurkan apa yang mereka percaya selama ini. Penyudahnya, album ini dicalonkan untuk anugerah Grammy (walaupun tidak memenanginya). Lagu-lagunya lebih epik dan pada banyak tempat memperdengarkan elemen progresif dalam susunannya. Namun perubahan ini masih tidak mampu untuk melawan gelombang Death Metal yang datang. Agak menyedihkan juga kerana album ini boleh tahan menarik (hanya jika didengar tanpa prejudis).

Sound of White Noise (1993)
Prejudis atau tidak, album ini memang mahu mencelah dalam himpitan muzik grunge yang melanda dunia. Ia suatu tindakan yang tepat apatah lagi dengan keluarnya Joey Belladonna dan masuknya John Bush dari band Armored Saint. Memupuk John dengan istilah dan definisi baru muzik Anthrax mungkin lebih mudah dari melentur buluh yang sudah tua seperti Joey. Mengupah produser Alice In Chains untuk mengerjakan album ini memantapkan lagi elemen grunge di dalam album ini. Tatkala sebahagian peminat Anthrax menghempas vinyl, kaset dan CD album ini, ramai juga yang membelinya sebagai album Anthrax pertama. Tambah lagi dengan peminat baru. Ini menyebabkan album ini mendapat sambutan yang boleh tahan hangat, menduduki #7 dalam carta Billboard. Tetapi yang sebenar-benarnya, muzik Anthrax ketika album ini bagaimana? Anda tidak faham atau buat-buat tidak faham? Grunge!

Stomp 442 (1995)
Selepas Joey, giliran Dan Spitz pula untuk tarik diri. Sebabnya adalah kerana Dan mahu menceburi hobi baru - membuat jam tangan! Album ini meneruskan apa yang telah dinatijahkan pada album sebelumnya. Nasib baiknya, elemen Metal tidak dibuang terus walaupun hangit grunge itu masih kedengaran nyata. Mungkin ada sedikit pembaharuan yang sukar untuk dibuktikan dengan tulisan. Ini sesuai dengan nyawa muzik grunge yang juga tidak panjang bila matinya Kurt Cobain. Masalah album ini bukan pada struktur lagu sebenarnya. Mungkin pada produksi album yang kurang berat? Mungkin sentuhan produser yang kecundang? Sukar juga untuk dibuktikan.Groove-nya memang agak melemaskan tetapi mungkin dapat diselamatkan jika diimbangi dengan produksi yang lebih sesuai - maksud saya menonjolkan keMetalannya,

Volume 8: The Threat Is Real (1998)
Mungkin Anthrax perlu menamatkan riwayat hidup mereka sendiri. Ambil pistol tuju pada kepala. Mungkin yang perlu ditendang keluar ialah John Bush. Penglibatan beliau dalam penulisan lagu Anthrax kemungkinan adalah culprit sebenar. Dua album peminatnya bersabar tetapi masih diulangi dengan album ketiga? Grunge pada album 1993 menjalani evolusi secara perlahan yang tidak dapat dibuktikan pada album tahun 1995. Namun pada album ini, ia semakin jelas dan boleh dibuktikan tanpa agak-agak lagi. Pantera! Paling sedih, Anthrax sudah tukar kulit 100%. Tiada lagi Thrash Metal. Yang ada adalah gabungan rock/Metal yang membosankan.

We've Come for You All (2003)
Kebangkitan semula Anthrax? Ya atau tidak, sesuatu memang perlu dilakukan. Kesabaran pengekor Anthrax sudah sampai pada kemuncaknya.Harapan yang sudah punah itu perlu dibangkitkan semula walau sesusah mana pun. Ia disedari oleh Anthrax mungkin. Album ini diolah supaya lebih berat produksinya. Agresif yang disuntik lebih 50% dari tiga album sebelum-nya. Tetapi untuk kembali kepada zaman Thrash Metal seperti dahulu adalah tidak logik. Sudahlah John Bush saban hari dikritik dan dibebankan dengan kesalahan tidak membawa Anthrax kemana-mana, mahu pula ditambah dengan tuduhan cuba mencuri zaman Joey Belladonna. Maka elemen rock/Metal itu dikekalkan terus. Yang diupgrade adalah level berat instrumen yang dimainkan. Tragedi lain pula yang menimpa, ura-ura Joey Belladonna mahu kembali. John Bush merajuk dan keluar masuk dalam Anthrax sebanyak dua kali. Keadaan panas. Memang bila panas sebegini, sesuatu yang diidamkan seperti mahu terjadi. Memang benar ini terjadi pada album seterusnya.

Worship Music (2011)
Senang cerita, saya tidak meletakkan harapan apa-apa terhadap Anthrax. Pada saya, mereka adalah cerita lama. Imbasan silam yang telah disimpan elok-elok di bawah katil. Keluarnya Joey Belladonna selepas album Persistence Of Time dan adaptasi Anthrax dengan album-album seterusnya, menongkah arus trend muzik grunge dan Metalcore menyebabkan nafsu saya habis terus. Bukan saya tidak cuba mendengar album-album zaman Bush tetapi pada saya Anthrax sudah tidak sama lagi. Bukan saya mengatakan bahawa tanpa Joey, tiadanya Anthrax tetapi entah kenapa aura beliau penting bagi saya. Saya juga tidak menaruh harapan kerana tidak mungkin Anthrax akan cuba meniru album klasik Among The Living dan State Of Euphoria kerana zaman itu walau cuba ditiru seelok mungkin, rasanya pasti tidak akan sama. Ternyata Anthrax bijak. Apa yang telah berevolusi diteruskan. Cuma kali ini dengan aura Joey yang bergermelapan itu. Riffs Scott Ian menjadi. Struktur lagu nampak kekuatannya. Malah solo gitar Rob Caggiano kedengaran begitu lemak sekali. Keseluruhan album lebih menyerupai zaman State of Euphoria dan Persistance Of Time yang lebih dewasa jika dibandingkan dengan zaman kegilaan Spreading The Disease dan Among the Living. Produksi juga top notch. Bunyi gitarnya - antara paling lemak yang pernah saya dengar setakat ini. Jika benarlah tour The Big Four akan datang ke kawasan kita ini, bukan Slayer, bukan Megadeth, hatta bukan Metallica yang saya nantikan tetapi Anthrax!

Sunday, March 25, 2012

Impiana KLCC

I attended a meeting with KLCC regarding on a research project with PETRONAS Carigali and the industry. Since it was held 9am in the morning, as a staff of UTP, I am eligible for one night stay in a hotel. They (the management) gave me Impiana KLCC to stay. For some unknown reason I think the standard room was upgraded to a junior suite.

From the door.

The ruang tamu if you want to name it.

The bed at the back. I prefer the TV to be on the opposite way.

Free internet.

Huge bathroom. Note the two sinks.

Can't help myself.

The corporate rate for the junior suite was about RM360 per night.

Friday, March 23, 2012

Ulasan: THE BEATLES Abbey Road

 Kulit album Abbey Road yang legendary dan iconic!

Siapa tak kenal The Beatles? Mungkin budak-budak generasi-Y. Malang bagi mereka.

Bagi saya, lagu-lagu seperti I Want To Hold Your Hand memang sudah hafal melodinya di kepala. Tetapi tidaklah sampai untuk membeli album The Beatles. Impression dari lagu tersebut ialah The Beatles sebuah band pop yeh yeh.

Malang bagi saya.

Disebabkan persepsi tersebut saya tidak ambil peduli tentang The Beatles. Saya tahu mereka adalah satu fenomena muzik tetapi saya tidak faham kenapa dengan lagu tersebut ia menjadi satu fenomena? Hinggalah tergerak hati saya membeli album Abbey Road ini di sebuah jualan car boot (kenapa anda menjualnya wahai pemilik asal?).

Dengan album ini baru saya faham. Rupa-rupanya The Beatles menjadi fenomena disebabkan jauhnya eksperimen mereka di dalam muzik pada zaman itu (tahun 60an).

Album ini adalah album kedua akhir menurut turutan (sebelum Let It Be) tetapi sebenarnya ia adalah rakaman terakhir mereka yang dirilis pada tahun 1969.

Lagu mula Come Together, membuatkan saya ternganga dan tertanya - ini The Beatles? Sungguh naif saya mengharapkan lagu pop yeh yeh. Sedangkan ia adalah sebuah bayangan hard rock progresif yang mula naik 30 tahun selepasnya.

Oh Darling pula menampilkan suara Paul McCartney yang keras. Menakjubkan. Ia adalah bayangan vokal hard rock cucuk bontot yang juga menjadi popular 30 tahun akan datang.

Kemudian I Want You (She's So Heavy) adalah sangat eksperimental dan progresif. Saya tepuk dahi berasa takjub dengan perjalanan lagu ini yang sangat kompleks. Ia adalah lagu yang paling berat di dalam album ini terima kasih kepada vokal John Lennon yang keras dan solo gitar beliau yang out-of-this-world (ketika itu).

Here Comes The Sun pula adalah sesuatu yang berlainan juga. Folkish dan lembut dengan suara George Harrison.

Apa jenis bunyi gitar mula untuk lagu Because tu? Aggh... takjub!

Saya sebenarnya tidak layak untuk mengulas album The Beatles.

Thursday, March 22, 2012

METAL TERUS #5: Temuramah bersama Old-T (Wira)

Salah satu hobi yang tidak boleh diteruskan (kesuntukan masa) ialah mengeluarkan fanzine. Oh, sejarah saya dalam dunia fanzine sudah lama sejak Tingkatan 4 lagi (1991) bersama Krenmaut fanzine.

Metal Terus adalah fanzine yang saya bikin dalam bentuk fotokopi. Hanya hidup untuk 5 isu.

Terima kasih kepada Wira yang telah scan kembali muka depan dan temuramah yang saya buat bersama beliau. Enjoy!

(klik imej untuk paparan lebih besar dan jelas)






Ulasan: BATHORY Destroyer of Worlds (2001)

Album ini agak mengelirukan. Pada umumnya, ini adalah album yang sepatutnya membawa kembali Bathory kepada aliran Viking Metal tetapi pada beberapa buah lagu ada juga lagu retro-Thrash seperti dalam album Octagon dan Requiem. Sangkaan yang mungkin betul ialah pada masa album ini, Bathory masih mempunyai beberapa buah lagu lebihan dari album-album retro-Thrash dan pada masa yang sama sudah mula menulis lagu-lagu berunsur Viking. Pada masa yang sama, syarikat rekod, Black Mark Production sudah tidak sabar untuk menunggu lagi untuk album baru dirilis. Faktanya ialah album terakhir, "Blood On Ice" dirakam pada tahun 1996 - sudah cukup membuatkan BMR pening kepala. Jika atas alasan kecamukan album ini menyebabkan kita menjauhkan diri dari memiliki album ini, maka anda berada dalam kerugian kerana samada lagu Viking atau retro-Thrash yang disuakan, ianya masih berkualiti (sekurang-kurangnya lebih sikit dari album Octagon). Vokal Quorthon pun lebih kemas - lenggoknya lebih teratur - seolah-olah membiarkan pendengar membuat penghakiman baru terhadap versatility beliau menyanyikan melodi Viking dan juga retro-Thrash.

Friday, March 16, 2012

UTP MAY 2012 INTAKE

Dear All,

The application for UTP May 2012 Intake (Undergraduate – Malaysians only) is now OPEN. However, application for UTP May 2012 Intake (Foundation – Malaysians only) will only be opened once the SPM 2011 results are officially announced (i.e 21 March 2012).

Information on the advertisement for both applications is as follows :
Insertion Dates and Newspaper
:
·         18th March 2012 (Sunday) in Berita Minggu & NST.
·         22nd March 2012 (Thursday) in NST.
·         25th March 2012 (Sunday) in Berita Minggu.

All applications shall be made via online through www.utp.edu.my. Kindly take note of the information provided below:


Item/s
Closing Dates
Application for May 2012 Intake – Malaysians Only
Foundation Programme          -  5 April 2012
Undergraduate Programme   - 28 March 2012
Application for Foundation & Undergraduate Programmes – International Students Only
NO specific closing date/s.
Links are available at the main page of UTP website

Please share this information with everyone (family, relatives, colleagues, friends etc.) in order to have a bigger pool of potential candidates for the coming intake. Your cooperation and support in this matter is highly appreciated.

Thank You and regards,

for,
Senior Manager, Registry
Universiti Teknologi PETRONAS



 

Wednesday, March 14, 2012

Negeri Fikiran

"Negeri Fikiran" adalah terjemah 1-to-1 kepada state of mind. Makna salah.

Aktiviti berblogging nampak agak perlahan kerana state-of-mind yang penuh dengan masalah yang perlu diselesaikan dan idea yang perlu diterjemahkan kepada tindakan. Ruang berblogging di dalam kepala tertutup.

Kelmarin saya memandu kereta kembali dari mesyuarat di KLCC untuk berbincang mengenai research dan consultancy; bersama dengan dua orang pelajar MSc di bawah pengawasan saya. Mesyuarat tersebut menyelesaikan beberapa persoalan tetapi menimbulkan beberapa persoalan yang lain. Persoalan yang mungkin lebih besar dari sebelumnya.

Ini menyebabkan kami sentiasa berada di dalam persoalan sejak memulakan kerja ini. Dua pelajar tersebut risau.

Saya katakan memang layak risau kerana kita menjalankan kerja research dan consultancy. Ada risau mengenainya bermakna anda tidak perlu risau. Jika tiada risau tentangnya, baru anda kena risau. Harap anda faham apa yang cuba saya nyatakan tentang risau ini.

Tetapi tidak perlu terlampau risau walaupun saya pernah mengalaminya. Pernah menangis dan pernah diserang panic attack kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan research. Mereka berdua ketawa - kata mereka, belum sampai tahap itu lagi. Baru sipi-sipi.

(Selayaknya kita juga patut menangis dan diserang panic attack - jika mengenangkan keadaan akhirat kita)

Yang mungkin menjamin selesai untuk mendapatkan MSc ataupun PhD adalah sheer determination. Persistence. Perseverance. Inilah yang patut ada dalam ruang lingkup state-of-mind kita semua tidak kira apa bidang sekalipun.


Monday, March 12, 2012

Tuesday, March 06, 2012

UTP band


Dear Colleagues,

I just met Prof. *** on his way to his class.  He mentioned that we might perform together in the coming Euphonius.

I suggested also the possibility of UTP staff band performance in the coming ESTCON2012.

Best Wishes,


Dr. ***
Associate Professor

-------- my reply ----

Assalamuallaikum,

Great news. I have Gibson Explorer guitar and Spector bass to play meaning I can play the guitar or bass.

Thanks.

-----
Ibrisam Akbar, Ph.D.


---- his reply ---

Wa’alaikmsalaaam Dr Ibrisam,

Wooow what a great response!!! Welcome aboard!!!!

Best Wishes,


Dr. ****
Associate Professor


--------------------end quote--------------

Sedang dengar lagu Terrorizer, Napalm Death dan Disfear untuk performance. Ke salah dengar band ni?

Friday, March 02, 2012

RM1 trillion di Saudi Arabia

So it's true after all.

The day before yesterday we (Civil Engineering Dept, UTP) had a session with all the students in the department. During the discussion session, one of the senior academic was telling us about the big opportunity (business) in Saudi Arabia.

Saudi Arabia ia embarking on a RM1 trillion infrastructure projects!

A quick search on google supported his claim.

Bloomberg
Menafn
AMEinfo

If no one from our side is going to act, then I guess, the whole lot will go to the western countries.

The point, he said, are we aware of this? Civil Engineering is very business-like engineering branch. The students should be aware. Even more the practicing engineers (and academics). If this monstrous elephant slips our radar, we are in lost.




Thursday, March 01, 2012

Jepun mahu bina lif ke angkasa (Space Elevator)

Can someone please explain this to me? I cannot grasp it.

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

SOURCE
FURTHER READ
www.obayashi.co.jp/english/
en.wikipedia.org/wiki/Obayashi_Corporation