Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (419) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, January 31, 2011

Baby


Aku memandu seperti biasa. Wife di sebelah. Beliau bersembang-sembang dengan Isa, si bongsu.

"Isa baby ke?"

"Ye, I'm your baby..." jawab Isa.

Penyembangan mereka berdua berkait dengan hal baby diiringi dengan gelak ketawa.

Ini tak boleh jadi.

"Isa, you jadi baby tapi bila you dah besar, you tak jadi baby ibu dah..."

Mereka terdiam. Diorang tau, something is coming up.

"Tapi Bapak - baby ibu forever!"

Aku menang!

p/s: sila sebarkan kepada mereka yang berkenaan. Terima kasih.

Sunday, January 30, 2011

Ulasan: SABBAT Dreamweaver CD


Ada dua band dengan nama yang sama. Satu di Jepun dan satu lagi di UK. Yang ini, dari UK. Sebuah band Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1985, sempat merilis 3 buah album dan akhirnya berpecah dengan dua anggotanya meneruskan karier dalam muzik (agak berjaya). Martin Walkyier meneruskan bakat menyanyi beliau dengan band folk metal bernama Skyclad sementara gitaris Andy Sneap menjadi produser album Metal yang hangat sekarang ini.

Jika kita meneliti sejarah muzik Thrash Metal di UK, tidak banyak band yang boleh dikatakan menonjol.  Yang terlintas di kepala Acid Reign, Onslaught dan Xentrix. Nyata, Sabbat lebih kuat dari segi ingatan mahupun pengaruhnya.

Dreamweaver adalah merupakan album kedua selepas album History Of A Time To Come yang mengerikan dengan mesej pro-syaitan yang agak deskriptif - sesuai dengan keupayaan penulisan lirik British oleh Martin. Album tersebut walaupun bait-bait liriknya disulam dengan baik tetapi agak kurang dari segi produksi.

Mengharapkan rilisan yang lebih baik dari segi produksi, saya agak kecewa. Dreamweaver seolah-olah makin buruk produksinya. Butiran note gitar yang dipetik begitu mendap dan sukar untuk dinotakan terutamanya apabila drum menjadi laju dan kuat serta rangkap menjadi pantas.

Walaupun begitu, dari segi struktur lagu dan idea, album ini bolehlah dikatakan sebagai klasik. Meninggalkan konsep kesyaitanan, Sabbat mengambil inspirasi dari novel "The Way of Wyrd: Tales of an Anglo-Saxon Sorcerer" yang dirungkai menjadi lirik yang sangat tinggi kualitinya dari segi nahu mahupun ungkapannya - hasil kerja Martin, begitu cantik menghiasi riffs yang disediakan oleh gitaris Andy dan Simon Jones. Landskapnya di zaman dongeng dan panglipurlara yang muziknya diadaptasi dengan baik sekali. Ingat, ini album Thrash Metal - bukannya Power Metal. Konsep yang sukar untuk dinatijahkan tetapi berjaya dilakukan oleh Sabbat.

Album remaster ini menampilkan beberapa buah lagu live. Terbukti Martin boleh menyanyikan lagu-lagu di dalam album - walaupun lelah di beberapa tempat. Martin menyanyi dengan kepantasan rapping dan ini memerlukan tenaga dalaman yang luarbiasa.

Saturday, January 29, 2011

Ulasan: HAMMERS OF MISFORTUNE The Bastards CD


Nyata, sangkaan awal mengenai asal band ini meleset. Memang dari awal lagi mereka memainkan prog Metal dengan fusion folk dan NWOBHM. Saya juga mendengar blast-beat dalam lagu For The Ax. Ya, blast-beat dengan bunyi gitar yang kurang berdistortion. Lain dari yang lain? Memang.

Sebagai album yang pertama, sudah tentu ada ketidaktentuan, was-was dan tergelincir dari apa yang dimahukan sebenarnya. Oleh sebab itu, vokal wanita yang merdu yang mendominasi pada album terkemudian diselang-seli dengan growl yang agak menonjol di dalam album ini.

Dan ya, ada blast-beat yang saya kira agak menghodohkan jiwa album ini yang mahu kelihatan cantik.

Namun disebalik beberapa kecacatan yang telah saya nyatakan tadi, Hammers Of Misfortune adalah permata Metal yang tersorok yang perlu digali oleh kebanyakan mat metal zaman ini. Syarikat rakaman gergasi metal, Metal Blade telah pun merilis kembali album ini yang asalnya dirilis oleh Tumult Records menandakan potensi band ini pada jangka masa panjang. Syor saya, anda jangan ketinggalan bas.

Friday, January 28, 2011

Ulasan: SACRIFICE Forward to Termination CD


Seperti kebanyakan band Metal lainnya dari Canada, mereka kurang dieksploitasi seperti band yang berada di US. Kenangkan kisah Anvil yang baru saja dirakamkan kisah sedih mereka.

Thrash Metal, apabila kita berbicara mengenainya, rujukan kita pastinya di Bay Area (US) dan German. Canada memang jarang disebut walaupun umum mengetahui beberapa band tersohor di sana antara lainnya VoiVod dan Annihilator. Jika kita hanya mengetahui Thrash Metal dari atas permukaan saja, sudah tentu kita terlepas pandang dengan Sacrifice.

Zaman kaset cetak rompak 20 tahun dahulu, memang ada dijual kaset Sacrifice. Tetapi entah kenapa, kulit album yang menarik dan logo yang menarik juga tidak menyebabkan saya membelinya. Mungkin saya sibuk dengan band lain. Atau mungkin saja saya telah mendengar sekali lalu dan mendapati ia kurang menarik. Memang tidak dapat diingati sebabnya yang sebenar.

Vokalnya mengingatkan sangat kepada Sadus. Nyaring, halus tetapi berpasir (analogi saya untuk vokal beliau). Riff gitarnya pantas dengan solo gitar yang shred dan membakar kuali (mengingatkan kepada solo gitar Forbidden). Komposisi lagu-lagunya seperti band dari US sesuai dengan fizikal Canada yang sudah memang dekat. Teknikalitinya seimbang, dengan ruang pantas dan groove yang dijarakkan dengan kesesuaian; memberikan ruang kepada headbangers untuk bernafas.

Saya pasti jika Sacrifice dilahirkan di US, nasib mereka akan menjadi lebih baik.

Thursday, January 27, 2011

Ulasan: D.R.I. Live at CBGB's 1984 CD

D.R.I. pada zaman hardcore/punk memang menjadi minat saya. Album Dealing With It memang RULES!

Mungkin majoriti menyanjung mereka atas jasa mereka merapatkan jurang antara peminat hardcore/punk dengan Metal; terima kasih kepada album Thrash Zone. Tapi pada saya, Dealing With It dan album pertamalah yang kena tabik. Mungkin saya yang salah? Saya mendengar album Manifest Destiny terlebih dahulu, kemudian Crossover baru saya mendengar Dealing With It. Memang Dealing With It yang terbaekk!

Mendengar album ini yang dirakamkan pada tahun 1984 sudah tentunya menarik memori indah. Yang mana setahun selepasnya album Dealing With It dirilis. Jangan mengharap rakaman yang cantik. Semuanya dirakam di atas soundboard (murah) yang sudah pasti tidak dapat mengatasi rakaman live amatur dari Led Zeppelin atau Deep Purple. Kita pun tak boleh harap tinggi sangat. Ini rakaman punk/harcore!

Sekali dengar macam sesi jamming.

Yang penting tenaga dan peluh yang dapat dirasai sepanjang rakaman ini. 40 lagu dalam masa 40 minit! Bayangkan, budak-budak yang kerjanya mengkritik/merampus dalam 40 subjek yang entah betul atau tidak (imaginasi tinggi). Untuk itu, kita kena turunkan diri kepada umur tersebut. Baru boleh join sekaki.

Wednesday, January 26, 2011

Ulasan: CONTROL DENIED The Fragile Art of Existence CD


Mendiang Chuck Schuldiner pernah menafikan bahawa lagu-lagu di dalam album DEATH The Sound Of Perseverance adalah ditarik dari lagu-lagu yang sepatutnya dirilis di dalam album Control Denied ini. Tetapi Tim Aymar (vokal) tidak sependapat dengan beliau.

Penghakimannya? Memang lagu tarik.

Sebabnya? Jika vokal Tim Aymar digrowlkan, sudah tentu ia menjadi lagu-lagu Death di dalam album TSOP tersebut. Sound gitar bagi berat sikit. Yang lain-lain memang Death. Apa nak kata, Chuck punya idea. Ahli pun, tolak Tim, semuanya pernah bersama Death pada satu masa dahulu.

Bolehlah kita katakan yang Control Denied adalah wajah Heavy Metal kepada Death zaman TSOP. Riffs yang teknikal dan progresif, drum yang hebat dan solo Chuck yang familiar sangat tu. Mungkin menarik minat mereka yang tak berapa minat Death. Namun pada peminat Death, rasanya mereka akan memilih album Death.

Tuesday, January 25, 2011

Ulasan: HEATHEN Breaking The Silence CD


Pertama kali terserempak dengan Heathen adalah ketika saya bersekolah rendah. Album Breaking The Silence dalam bentuk rekod. Seperti kebanyakan peminat muzik Metal ketika itu, logo dan kulit muka depan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian. Kesimpulan mudah ialah apabila logo dan kulit muka depan cantik (mengerikan, ganas, macho), maka sedaplah isi kandungannya.

Apabila dicari dalam bentuk kaset, tiada terjumpa. Mungkin syarikat lanun ketika itu terlepas pandang. Atau saya yang terlepas pandang. Yang nyata, logo dan kulit muka depan album ini memang menarik perhatian saya. Walaupun simple namun ada sesuatu yang menarik. Saya rasa keadaan orang yang menutup telinga berserta dengan suasana futuristik itu yang menggambit perhatian.

Heathen berasal dari lubuk Thrash Metal, iaitu di Bay Area, San Francisco USA. Walaupun agak lewat permulaannya (mulanya menghampiri kemuncak riwayat Thrash Metal global) tetapi tidak bermakna rilisan album pertama ini adalah rilisan sekunder. Sebaliknya, bolehlah ia dikatakan sebagai album yang menambahkan perisa yang sudah ada di Bay Area.

Vokalnya lebih melodik dengan riff gitar yang menepati citarasa peminat Thrash Metal ketika itu - ada perisa Exodus, Testament dan Metallica pada beberapa tempat. Ditambah dengan solo gitar virtuoso dari kedua-dua gitarisnya Lee Altus (sekarang bersama Exodus) dan Doug Piercy. Susunan lagunya juga agak kompleks dari kebanyakan band Thrash Metal ketika itu, menjadikan ini satu rilisan yang agak menonjol. Malah, ketika album ini dirilis, memang ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun oleh kerana zaman hampir berakhir, selepas album kedua Victims Of Deception, mereka berkubur.

Rilisan kembali ini mengembalikan senario lebih dua puluh tahun lalu berkadar dengan sambutan revival Thrash Metal yang merebak ketika ini. Juga memberi peluang kepada orang seperti saya, yang meleleh air liur ketika ianya dirilis tetapi tidak berkesempatan untuk memilikinya ketika itu. Download mp3 tak masuk dalam korum ye.

Cuma komplen saya yang biasa pada rilisan kembali ialah mengapa tidak dimasukkan sekali komentari dari ahli band atau jurnalis untuk imbasan kembali?

Reissued in 1999 and 2008 by Century Media with four additional bonus tracks
from the Pray for Death demo:
10. Pray for Death [5:23]
11. Goblin's Blade [4:30]
12. Open the Grave [7:21]
13. Heathen [6:57]

1.    Death by Hanging    05:04   
2.    Goblin's Blade    04:34   
3.    Open the Grave    07:22   
4.    Pray for Death    03:42   
5.    Set Me Free (Sweet cover)    03:46   
6.    Breaking the Silence    05:51   
7.    World's End    07:05   
8.    Save the Skull    05:22   

Total playing time    42:46

Monday, January 24, 2011

Ulasan: CHARRED WALLS OF THE DAMNED s/t CD + DVD


Band supergroup biasanya mendapat perhatian ramai berbanding dengan band yang baru keluar dari rumah. Logiknya mudah - supergroup mempunyai ahli yang sudah berpengalaman luas dalam bidangnya. Bergabung semata-mata untuk menyumbangkan idea yang pelbagai. Skil bermuzik bukan lagi menjadi masalah.

Band ini menggabungkan tiga pemuzik yang saya minati; Richard Christy (drum) yang bermain dalam album Death 'The Sound Of Perseverance', Steve Digiorgio (bass) yang bermain dalam album Death 'Symbolic' dan 'Individual Thought Patterns' dan Tim Ripper Owen dalam album Iced Earth 'The Glorious Burden'. Pemain gitarnya kurang saya kenali (Jason Suecof) tetapi CVnya memang hebat - beliau lebih kepada karier produser, antara lain, kerjanya dalam album Trivium 'Ascendancy' dan 'The Crusade' selain bermain dengan band teknikal Death Metal yang kurang dikenali.

Gabungan ini menghasilkan apa? Pelbagai. Lagu mulanya seolah-olah kita dihiburkan dengan band teknikal Death Metal (terima kasih kepada drumming hebat Richard dan gitar berat Jason. Apabila vokalnya masuk, warna Power Metal pula masuk selain dari bassline yang meletup-letup oleh Steve. Penyudahnya, yang ditawarkan adalah Power Metal dengan musicianship progresif Death Metal yang dilembutkan sedikit. Apa yang pernah dimainkan mereka di dalam Death, Sadus dan Iced Earth kelihatan digabungkan dengan baik sekali.

Rasanya ini adalah juadah bagi mereka yang meminati skil muzik yang hebat (laju dan keras) dalam Death Metal tetapi membenci vokal growl. Harapan anda telah dilunaskan oleh Charred Walls of the Damned.

Recorded at Audiohammer Studios in Sanford, Florida
Produced by Jason Suecof

Line-up:
Tim "Ripper" Owens - Vocals
Jason Suecof - Guitars
Steve DiGiorgio - Bass
Richard Christy - Drums

The limited edition digipack version includes a bonus DVD ("The Making of
Charred Walls of the Damned").


1.    Ghost Town    04:56   
2.    From The Abyss    04:25   
3.    Creating Our Machine    02:53   
4.    Blood on Wood    03:26   
5.    In A World So Cruel    03:31   
6.    Manifestations    03:06   
7.    Voices Within The Walls    03:48   
8.    The Darkest Eyes    03:37   
9.    Fear In The Sky    05:42   
Total playing time    35:24

Saturday, January 22, 2011

Ulasan: SKITLIV Skandinavisk Misantropi CD


Setelah dikeluarkan dari Mayhem, vokalis - Maniac (Sven Erik Kristiansen) menubuhkan band ini. Ironinya, sebab beliau dikeluarkan adalah kerana beliau menghidap penyakit takut di atas pentas yang mana Mayhem dikenali ramai sebagai bapa muzik Black Metal moden. Bukan penyakit takut itu punca utama tetapi beliau terpaksa menagih arak (lalu mabuk di atas pentas) untuk menghilangkan gemuruhnya itu.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang menghampiri sarkis ekstrim dalam persembahannya bersama Mayhem. Mereka yang bernasib baik akan dapat menyaksikan aksi beliau mengelar badan beliau dengan pisau yang kadang-kadang menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam hospital.

Band ciptaan beliau ini memberi peluang kepada beliau untuk meluahkan perasaan beliau yang boleh kita faham. Antaranya, jiwa beliau memang dalam keadaan kacau. Andai kita menoleh kepada genre muzik lain - boleh jadi beliau emo atau putus cinta, yang menyebabkan seseorang itu putus harapan. Juga selalu ditayangkan dalam filem-filem cinta remaja.

Masalahnya, apa yang dimasalahkan oleh Maniac tidak terang. Beliau tidak mempercayai Tuhan dan apa-apa yang berkaitan dengan keagamaan - pada masa yang sama beliau cuba berbicara tentangnya. Ditambah dengan baris-baris lirik yang merewang-rewang.

Diburukkan lagi dengan muzik yang paling enak disebutkan pun ialah muzik yang dicipta ketika kebosanan duduk keseorangan di dalam bilik. Ini menyebabkan kita terfikir - kenapa sampai perlu ramai pemuzik yang membantu. Mungkin menumpang status kult beliau ketika bersama Mayhem.

Friday, January 21, 2011

Penghormatan buat Mohd Tajul Azhar @ Berat Part 1

Beliau meninggal semalam (21/1/2011) di pagi hari ketika ibunya mahu mengejutkan beliau dari tidur. Punca kematian - sakit jantung.

Saya terlupa bila mula saya mengenali beliau. Yang terpahat di memori ialah kami bersama dalam satu kelas dari Tingkata 1 hingga Tingkatan 3 (1988-1990) di Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh. Saya dan dia, duduk berdekatan, biasanya di bahagian belakang. Ada sebabnya.

Sebabnya ialah beliau mempunyai fizikal yang besar dan tinggi. Seingat saya, ketika bersekolah rendah pun, beliau berfizikal begitu. Menyebabkan beliau popular di mana-mana saja. Saya walaupun agak tinggi tetapi kurus melidi. Jadi, kami ditempatkan di belakang. Seboleh-bolehnya kami mahu duduk berdekatan.

Walaupun fizikalnya begitu, cara bergaul dan berfikir beliau sama saja dengan kami yang sebaya. Walaupun fizikal besar, ketika kanak-kanak beliau seperti kanak-kanak yang lain. Ketika remaja pun begitu. Itu menyebabkan beliau comel. Cute. Anda sendiri boleh bayangkan. Fizikal besar seperti umurnya 5-6 tahun lebih dewasa tetapi cara cakapnya seperti umur 5-6 lebih muda.

Semasa di sekolah menengah bersama, kami berkawan rapat. Sangat rapat. Kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik Metal keras. Di dalam kelas, kami berdua memang dikenali sebagai Mat Metal yang berhati waja. Kami sentiasa bertukar kaset. Beliau ada kelebihan. Banyak kasetnya datang dari abang beliau dan beliau tidak kedekut untuk meminjamkan kepada saya. Begitu juga dengan saya. Apa-apa kaset baru yang dibeli, pasti akan saya pinjamkan kepada beliau. Borak kami, atau lebih tepat, kehidupan kami berkisar tentang Metal - bersembang, berbincang malah berangan pun pastinya ada kaitan dengan muzik Metal.

Untuk berbicara tentang bolasepak sekolah, saya tiada stamina (ada sejarah asma) dan dia pula memang kaki bangku. Awek? Sekolah kami 100% lelaki dan rasanya ketika itu umur kami terlampau muda untuk berbicara tentang itu. Pelajaran? Kami tidak nampak apa gunanya - tak dapat menjangkau lebih dari cuba mendapatkan posisi dalam kelas yang terbaik (dan termampu). Tetapi muzik Metal, lain ceritanya. Ia sungguh menyelerakan. Apa-apa saja yang berkait dengan muzik Metal pastinya menyebabkan sembang kami rancak dan berlarutan seperti tiada hentinya.

Karaoke pun tiada ketika itu. Kami cuba menghafal sebanyak mungkin lagu-lagu yang kami minati. Beliau memang suka menyanyi. Suaranya tidaklah sedap mana tetapi itulah caranya saya dan beliau menghabiskan masa, antaranya. Kadang-kadang dia menyanyikan lagu kegemarannya di depan muka saya. Saya pasti bukan niat beliau hendak menunjukkan betapa suara beliau sedap - tetapi sekadar hendak menyatakan kepada saya bahawa lagu itu memang sedap dan saya perlu mendengarnya ketika itu juga!

Beliau tinggal di Silibin sedangkan saya di Menglembu. Oleh itu, selepas sekolah, kami berjalan bersama ke stesen bas di Medan Kidd. Perjalanan hampir 1km itu, kami sambung bersembang tentang muzik yang kami minati. Topik lain memang tidak dapat saya ingat. Menunjukkan bahawa memang muzik Metal yang menjadi topik utama.

Antara perkara yang tidak akan dilupakan ialah beliau menjadi dalang kepada tabiat merokok saya. Ketika itu di Tingkatan 2. Walaupun awalnya saya sangat membenci rokok, tetapi sampai bila boleh tahan hampir keseluruhan masa saya bersama beliau. Akhirnya saya pun menjadi perokok. Alhamdulillah. Bukan kerana saya menjadi perokok tetapi dapat berhenti secara mutlak ketika berumur 18 tahun. Nasib baik saya tidak dikongsi oleh beliau kerana setakat yang saya tahu, beliau adalah perokok hingga ke akhir hayatnya.

Tujuan menceritakan bab rokok ini bukan apa - nak menunjukkan betapa besarnya pengaruh beliau terhadap saya ketika itu.

...bersambung

Ulasan: MASSACRE From Beyond CD


Gabungan Rick Rozz, Terry Butler dan Bill Andrews pernah membantu Death dalam usaha Chuck Schuldiner untuk betul-betul mendifinisikan genre Death Metal selepas album seminal Scream Bloody Gore. Dan mereka berjaya dengan album Leprosy. Apabila Rick Rozz keluar (atau dikeluarkan) pada album Spiritual Healing, dua pemuda yang tinggal memberikan kerjasama yang terbaik untuk album tersebut. Bantuan mereka menjadi ironi apabila untuk album seterusnya, kedua-dua mereka pula dikeluarkan. Itu adalah metod Chuck - dan sememangnya beliau berjaya dengan metod tersebut.

Ketiga-tiga pemuda ini, walaupun tidak puashati, itu tidak mematahkan semangat mereka. Malah mereka menggiatkan lagi penglibatan mereka dalam Massacre - sebuah band yang sudah ditubuhkan lama (1984) tetapi kurang bergerak secara positif. Tiga buah demo hanya tinggal sebagai demo. Hanya apabila ketiga-tiga alumni Death ini dikeluarkan maka barulah album Massacre akhirnya dirilis pada tahun 1990.

Samada setuju atau tidak, Massacre menerima tempias Death dalam komposisi lagu mereka. Ia adalah seperti album antara Leprosy dan Spiritual Healing, yang mana jalan lurus Death Metal diluruskan lagi yang Chuck Schuldiner agak berbeza pendapat. Bunyi gitar Rick Rozz juga lebih metallic - berpasir dan berat (menjadi idola band Death Metal dari Ipoh antaranya Necrotic Chaos dan Langsuyr satu ketika dahulu). Riffsnya banyak menggabungkan Death dan Thrash Metal. Drummingnya pula Death Metal autentik - tiada blast beat yang sudah terlebih guna dewasa ini.

Rilisan kembali ini menawarkan juga artwork kulit album dengan latar belakang berwarna biru (asal - merah). Ditambah dengan lagu-lagu dari Inhuman Condition EP (1992). Alangkah baiknya jika komentari dari ahli band ataupun jurnalis mengenai sejarah album ini disertakan bersama. Sekurang-kurangnya peminat lama dapat mengimbas kembali dan peminat baru dapat mengetahui sejarah Massacre.

1. Dawn Of Eternity 5:11 
2. Cryptic Remains 4:52
3. Biohazard 4:41
4. Chamber Of Ages 4:50
5. From Beyond 4:28
6. Defeat Remains 4:17
7. Succubus 3:02
8. Symbolic Immortality 3:39
9. Corpse Grinder 3:20
10. Inhuman Condition 5:40
11. Plains Of Insanity 4:48
12. Warhead 5:16 (Venom cover with Cronos on vocals)
13. Provoked Accurser 5:16

Thursday, January 20, 2011

Ulasan: QUO VADIS Defiant Imagination CD


Pertama kali terserempak dengan Quo Vadis adalah ketika rilisnya album pertama Forever... yang diriliskan pada tahun 1996. Rilisnya minimalis dari segi hardcopy presentation. Apabila CD dimasukkan ke dalam pemain, kita terlupa akan hardcopy presentation tersebut. Jangan menghakim atas kulit buku - memang sesuai untuk album tersebut. Laju ke tahun 2004 ketika album ini diriliskan, hardcopy presentation mereka bertambah menarik. Bahkan pemuzik undangannya pun bukan calang-calang orangnya, Steve DiGiorgio di bahagian bass. Apabila DiGiorgio yang memberi sumbangan, tanpa mendengar lagunya pun kita boleh mengagak bagaimana tahap permainan muzik Quo Vadis. Nyata, Quo Vadis bertambah baik dalam permainan instrumen mereka. Itu ditambah dengan susunan muzik yang bertambah matang tanpa banyak mengurang sifat agresif permainan mereka. Melodic Death Metal yang mereka mainkan dengan agresif dan bahagian break yang biasanya meleweh bila dimainkan oleh band sekunder, nyata dielak terus oleh Quo Vadis. Mereka adalah salah satu band Melodic Death Metal yang tertinggal pandang oleh peminatnya. Mereka sepatutnya berada di posisi yang lebih baik dari ini - album dirilis oleh Fusion3/Skyscraper yang komuniti Metal kurang kenal - sepatutnya mungkin Nuclear Blast atau Century Media.

Bass is played in this album by Steve Digiorgio Roxanne Constantin performed as a guest musician: keyboard, soprano, alto.
1.    Silence Calls the Storm    05:03   
2.    In Contempt    03:35   
3.    Break the Cycle    06:05   
4.    Tunnel Effect (Element of the Ensemble IV)    05:39   
5.    To the Bitter End    06:59   
6.    In Articulo Mortis    01:07   
7.    Fate's Descent    04:35   
8.    Dead Man's Diary    05:25   
9.    Ego Intuo et Servo Te    00:51   
Total playing time    39:19

Wednesday, January 19, 2011

Pembunuhan beramai-ramai oleh Jared Loughner

 Texas Chainsaw Massacre (gambar hiasan)

Pengalaman peristiwa massacre (bermaksud to kill in considerable numbers where much resistance can not be made) adalah satu perkataan yang agak asing bagi kita. Tetapi lain pula di US. Majalah TIME terbaru mengupas peristiwa tersebut yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Jared Loughner.

Aksi tersebut berlaku selama 15 saat menggunakan pistol Glock. 31 butir peluru dilepaskan. 19 mangsa dan 6 terbunuh.

Antara yang tercedera ialah seorang yang agak penting, Gabrielle Giffords. Beliau ada kena mengena dengan institusi kerajaan. Jared memang sudah ada hasad pada Gabrielle yang dilihat sebagai ahli politik yang tidak berupaya mengatasi masalah beliau.

Masalah Jared sebenarnya ialah penyakit mental - tetapi diterjemahkan atas kegagalan politik atau politik ultra yang dibayangkan cuba mahu mengawal hidup Jared. Sarah Palin dikaitkan juga kerana cara beliau berkempen ialah dengan memangkah gambar lawannya termasuklah Gabrielle. Jared mungkin melihat pemangkahan itu sebagai bunuh. Cara berfikir pesakit mental biasanya luarbiasa. Mereka biasanya menambah-nambah apa yang tidak ada dan membesar-besarkan perkara yang kecil.

Profile pembunuh yang berpenyakit mental termasuklah i. jenayah ganas yang pernah dilakukan ii. lelaki (80% berbanding dengan wanita 20%). iii. status sosio-ekonomi yang rendah dan iv. sejarah penangkapan. Jared menepati keempat-empat profile tersebut.

Ditambah dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol Jared, potensi keganasan 33% disebabkan sakit mental beliau bertambah secara drastik kepada 65%.

Apalagi apabila membeli senjata api di US seperti kita membeli tukul dan paku - asal syarat anda ada lesen membeli. Isu ini tidak pernah selesai di sana.

Walaupun begitu, kes Jared bolehlah dikatakan kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Seung Hui Cho pada tahun 2007, yang menembak mati 32 orang di Virginia Tech University. Seung juga berpenyakit mental.

Di negara kita, memang ada yang berpenyakit mental dan ada dari mereka yang memang membunuh pun. Untung juga senjata api tidak dijual secara meluas seperti di US. Jika ya, sudah tentu negara kita pun sekali sekala dapat menjadi berita muka depan majalah TIME.

Signature guitars: MEGADETH vs METALLICA

Membeli gitar-gitar berikut tidak bermakna anda akan jadi hebat seperti gitaris itu. Cuma ia menandakan (pilih mana yang sesuai):

a. Anda banyak duit lebih

b. Anda suka berangan hendak menjadi seperti gitaris itu dan membelinya adalah pre-requisite untuk mencapai matlamat tersebut.

c. Anda membelinya dengan harapan satu hari nanti gitaris tersebut menjadi lagenda dunia dan gitar itu melonjak harganya sebanyak 5 kali ganda (investment).

d. Anda memang ada fetishm terhadap apa-apa yang dikeluarkan atas nama gitaris tersebut (hatta jika ada seluar dalam brand gitaris itu pun anda akan tetap membelinya).


DAVE MUSTAINE Signature Series Dean Guitars



 METALLICA's JAMES HETFIELD And KIRK HAMMETT Signature Guitars



ESP tapi takde jumpa pula dalam website ni.


Mana satu pilihan hati?

Konon sibuk minggu lepas


Dua isu mingguan berturut-turut tak sempat nak baca.

Ulasan: OUTLAW ORDER Dragging Down the Enforcer CD


Outlaw Order adalah gabungan pemuzik dari beberapa band; Eyehategod, Crowbar, Soilent Green dan lain-lain. Apa yang menyatukan mereka? Mereka semua ada kes polis - dalam probation - atas pelbagai jenis jenayah. Keluarnya salah seorang anggotanya, Mark Schultz pun bukan kerana menyampah dengan band tetapi kerana beliau disumbatkan di dalam penjara. Hahaha...

Maka tak hairan, EP sebelum album ini diberi tajuk Legalize Crime. Hahaha...

Liriknya bolehlah dikatakan sebagai ringan sikit dari Cannibal Corpse. Cuma berbeza dengan Cannibal Corpse yang memang tak pernah bunuh orang, Outlaw Order memang golongan outlaw. Maka hujah Cannibal Corpse yang mengatakan lirik mereka sebagai hiburan saja mungkin tidak kena dengan Outlaw Order. Sebab memang mereka kotakan (atau pernah melakukannya).

Muziknya sludge.Gitar fuzz pada tali nada rendah. Vokalnya umpama penyanyi crust + Death Metal. Riff gitarnya simple kerana mementingkan nada deruman yang rendah. Kepentingan riff seperti yang telah dipelopori oleh Tony Iommi memang dijadikan falsafah utama mereka.

Penghakimannya? Bolehlah...


1.Intro00:56
2.Relive the Crime02:56
3.Safety Off03:47
4.Double Barrel Solves Everything02:47
5.Alcohol Tobacco Firearms02:53
6.Mercy Shot02:32
7.Narco-Terroristos02:07
8.Siege Mentality02:24
9.Walking Papers03:03
10.Dragging Down the Enforcer02:56
11.Outro00:55
Total playing time27:16

Tuesday, January 18, 2011

Komentari mat metal Muslim

Tengok band yang main tu sendiri dah nampak yang benchmark kau letak pada diri kau (dan kau percaya semua orang yang hadir tu pakai benchmark yang kau fikir tu) tak valid. Iman sampai boleh kutuk agama sendiri atas alasan hiburan?

Ia akan membuka ruang...

"Aisey... dia boleh takkan aku tak boleh?"

"Kalau nak jadi band yang maju dan disanjung oleh segenap komuniti Metal, maka agama sendiri boleh ditolak tepi - bukti dah ada. Mana ada band setinggi band itu?"

"Apa ada hal... yang beragama itu sendiri tak kisah agamanya dikutuk - siap disorak gembira lagi"

Bermula dengan satu kemudian akan bercambah makin banyak.

Katalah penyanyi macam Justin Bieber atau Rihanna datang Malaysia kemudian nyanyi lagu "Islam haram jadah", apa reaksi kita? Jika majoriti peminat muzik memakai benchmark kau tu, maka makin ramai artis macam tu dengan lirik yang sama datang Malaysia buat show.

Persepsi kita memang nak defend apa yang kita minat. Tapi sampai benchmark tinggi mana lagi yang nak dipertahankan perkara yang memang nyata kita tau tak memberi manfaat baik kepada yang menonton mahupun kepada scene Metal yang dah dua kali dilanda masalah ini?

Kalau kawan kau maki hamun mak kau adakah kau akan berlembut dengan dia. Contoh, "Mak kau pelacur". Walaupun statement dia tak betul tapi adakah kau nak letak gap kau juga pada pemaki itu?

Macam tu lah sesetengah reaksi orang apabila mereka menulis dan menyanyikan

"Judiasm and Christianity,
ISLAM, Hindu and Buddhism..
Are feeble created rubbish,"

Walhal yang menyanyi tu memang orang ISLAM!

Ulasan: BELIEVER Extraction from Mortality CD


Muzik Gospel adalah nyanyian Kristian sepertimana Nasyid bagi orang Muslim. Dalam muzik Metal, elemen Kristianism memang telah wujud sejak awal lagi, rock dan heavy Metal. Maka mengapa tidak Thrash Metal? Atas sebab itulah Believer ditubuhkan dan ini menjadikan mereka agak unik pada ketika itu. Thrash Metal yang agresif dan hampir kesemua band menulis lirik yang sekular itu 'dilawan' dengan lirik Believer yang mengajak kepada Kristianiti.

Mungkin itu sajalah yang unik tentang album ini. Muziknya tidak sebegitu. Komposisi lagunya monotonous. Thrash Metal yang mementingkan riffs yang mendebarkan jantung seolah-olah tiada di dalam album ini. Vokalis yang tenggelam dalam sebutannya juga tidak membantu. Ia adalah lebihan dari riffs dan susunan lagu yang tidak digunakan oleh Exodus, Testament dan Anthrax dalam album-album mereka yang sekunder.

Tetapi jangan terkejut jika di dalam komuniti Kristian, mereka disanjung walaupun muzik mereka kurang hormat pada gegendang telinga. Muzik Gospel, dalam apa pun bentuknya memang dihormati oleh pengikutnya, walaupun kebanyakan dari kita yang meminati Metal ini tidak mengenali mereka (malah mungkin baru pertama kali dengar pada entry ini).


  1. Unite - 6:39
  2. Vile Hypocrisy - 5:35
  3. D.O.S. (Desolation of Sodom) - 4:19
  4. Tormented - 3:50
  5. Shadow of Death - 4:19
  6. Blemished Sacrifices - 3:54
  7. Not Even One - 3:33
  8. Extraction from Mortality - 6:07
  9. Stress - 3:01

Monday, January 17, 2011

Berita Ipoh's Metal Militant Supremacist Part 2 (17/1/2011)

Siri pertama 5 bands.

Siri kedua.... 20 bands! Band baru dan lama. Band asal yang tak join sekali ialah Athotorgh. Sebabnya, gitaris di Jepun. Jadi, ada 14 band muka baru dalam siri IMM ini. Ada nama biasa dengar, jarang dengar malah tak pernah dengar pun ada!

20 bands menyumbangkan 2 buah lagu ekslusif bermaksud tak muat 1 CD. Kena rilis 2 CD!

Dilaporkan semua band sedang giat menyiapkan lagu-lagu kerana antara syaratnya ialah lagu kena eksklusif dan tidak pernah dirilis di mana-mana pun.

Ulasan: NUCLEAR ASSAULT Game Over/The Plague CD


Mengenali Nuclear Assault zaman kaset RM3 yang dibeli di Tingkat 4, Kompleks Yik Foong. Mereka terpaksa berlawan dengan gergasi Thrash Metal ketika itu seperti Metallica, Megadeth, Exodus dan macam-macam lagi. Lokasi Nuclear Assault di bahagian timur USA (kelompok Bay Area Thrash Metal berpusat di San Francisco, sebelah barat) mungkin kurang membantu dari segi promosi nama. Untungnya, disebabkan jarak yang jauh, Thrash Metal yang dimainkan ada sedikit kelainan. Seperti Anthrax yang berasal pada daerah yang sama, pengaruh mereka lebih kepada hardcore dan punk. Ini memberikan kelebihan atau kekurangan yang tersendiri (ikut mana kita mengambil perspektifnya).

Untuk mereka yang sudah sebati dengan Thrash Metal gaya Bay Area, maka Nuclear Assault akan ditinggalkan dahulu.

Gaya muzik Nuclear Assault adalah begini: gitar yang nipis tetapi dimainkan dengan laju. Bass berdistort. Drum yang laju. Vokalis yang bersuara nyaring. Rentaknya kadang-kadang serius tetapi di banyak bahagian - ada humour seperti contoh dalam album ini lagu Mr. Softee Theme, My America dan Butt F**k. Stail ini menjadi ikutan yang menonjol bagi band revival - Municipal Waste.

Album ini menggabungkan album pertama, Game Over dengan The Plague EP. Tambahan dari itu, bookletnya ditambah dengan lirik dan layout baru, tampalan gambar-gambar klasik dan 5 buah lagu live. Kulit yang menutupi jewel case pun 'glow in the dark'!

Alangkah baiknya kalau ada sedikit komentari dari ahli band atau jurnalis Metal tentang album ini seperti kebiasaan rilisan revival sebegini. Namun, rilis semula ini pun dah cukup baik. Nak mencari LP, turntable pun tiada. Nak cari CD yang asal, tak sanggup pula nak mengeluarkan ratusan RM.

Sunday, January 16, 2011

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?

Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna 'Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah 'mazhab' kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada 'mazhab' Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi. (Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Adapun pengaruh umat Melayu terhadap kecintaan kepada Alul Bayt sememangnya tidak pernah luput kerana Islam yang datang ke Tanah Melayu ini adalah Islam Ahli Sunnah yang tidak pernah meminggirkan kecintaan kepada Alul Bayt. Ahli Sunnah bukan nawasib sehingga mereka membenci Alul Bayt, tetapi Ahli Sunnah juga bukan rawafidh seperti Syiah Imam 12 yang mengutuk dan menolak para sahabat.

Kalaupun ada teori yang mengatakan Islam sampai ke Tanah Melayu melalui Arab Yaman, Arab Yaman itu bermazhab Syiah Zaidiyyah bukan Syiah Imam 12. Bahkan orang yang mengkaji Syiah memang sedia maklum, Syiah Zaidiyyah tidak seperti Syiah Imam 12 yang menolak khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak seperti Syiah Imam 12 yang menerima taqiyyah, kemaksuman para imam, keghaiban imam, nikah mut'ah dan lain-lain. Apa yang pasti, Syiah Zaidiyyah pun tidak pernah diketahui penganutnya di Tanah Melayu. Inikan pula Syiah Imam 12! Namun, penulis tidak nafikan unsur-unsur Syiah memang ada dalam sesetengah amalan tasawwuf dan tariqat di Malaysia yang masuk melalui pelbagai faktor. Tetapi Syiah Imam 12 sebagai sebuah 'mazhab' di Tanah Melayu? Memang ini tidak pernah diketahui oleh ahli sejarah Melayu, dan ia berlangsung dari semasa ke semasa hinggalah ke hari ini. Itu sebab, Syiah Imam 12 adalah sesuatu yang sangat asing kepada umat Islam di Malaysia! Analoginya mudah, mengapa umat Islam di Malaysia tidak hairan dengan Mazhab Hanafi anutan kebanyakan India muslim? Jawabnya mudah, kerana mereka memang telah lama wujud dan bertapak di negara ini walaupun hanya minoriti.

Oleh kerana itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) telah menarik balik fatwa berkenaan Syiah pada tahun 1984 yang mengatakan bahawa "hanya Syiah Zaidiyyah dan Ja'fariyyah sahaja boleh diamalkan di Malaysia". Fatwa ini dimansuhkan dengan fatwa Syiah pada tahun 1996 kerana didapati Syiah Imam 12 telah mengambil kesempatan di atas fatwa tersebut untuk menyebarkan fahaman mereka yang pada asal usulnya memang tidak wujud di Malaysia. Sedia maklum, Syiah Zaidiyyah memang tiada penganutnya, manakala Syiah Imam 12 pula adalah jelas berdasarkan fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sejak dahulu hingga kini mereka adalah kumpulan bid'ah dan terkeluar daripada Ahli Sunnah. JFK akhirnya memutuskan bahawa hanya faham ASWJ yang dibenarkan untuk diamal di negara ini dari segi aqidah, syariah dan akhlaq.

Hakikatnya, kebangkitan semula Syiah Imam 12 hanya berlaku selepas Revolusi Iran 1979 yang meletakkan dalam Perkara 12 Perlembagaan baru Iran iaitu mazhab rasmi negara adalah mazhab Syiah Imam 12 dan tidak boleh ditukarganti. Di sini bermula pengaruh Syiah Imam 12 ke seluruh dunia Islam dan ia semestinya menyelinap masuk hingga ke negara-negara Sunni. Di Malaysia, hal ini terlihat dengan jelas melalui kajian yang menunjukkan bahawa orang pertama yang menyebarkan Syiah Imam 12 mula-mula dikesan pada 1980 iaitu fulan bin fulan di tempat fulan, termasuk juga bukti-bukti di mana 'sumber rujukan' fulan bin fulan ini iaitu di fulan tempat. Lebih penting dari itu, rujukan-rujukan 'penganut Syiah baru' ini (bukan Syiah keturunan) adalah buku-buku Khomeini seperti Kasyful Asrar, al-Hukumah al-Islamiyyah dan lain-lain. Ini bukti menunjukkan Syiah yang ada di Malaysia ini adalah Syiah yang direkrut (bukan Syiah keturunan) hasil daripada 'tangan-tangan ghaib' yang bekerja 24 jam di negara ini. Jika tidak, masakan Syiah hanya dikenali di Malaysia bermula pada tahun 80-an, sedangkan Tanah Melayu telah menerima Islam seawal abad 7,8 @ 9. Sekurang-kurangnya pun Batu Bersurat di Terengganu pada awal kurun 14. Mana perginya Syiah berkurun-kurun dan berabad-abad lamanya sehingga hanya pada penghujung abad ke 20 baru timbul???

Ringkas cerita, apabila penyebaran Syiah Imam 12 semakin meruncing, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan tindakan ISA ke atas 300 pengikut Syiah pada tahun 1997. Di situ bermulalah usaha agensi dan ulama Islam Sunni untuk berdialog bagi mengembalikan mereka yang telah terseleweng supaya balik ke pangkal jalan iaitu kembali kepada ASWJ. Hairannya, ketika itu tiada pula 'orang yang melenting' mengatakan hak minoriti dicabul, penghapusan etnik Syiah atau pencabulan hak asasi manusia. Mungkinkah kerana pada ketika itu, keahliannya belum ramai? Orang Syiah boleh jawab.

Seperkara lagi, penganut Syiah Imam 12 Malaysia dikatakan mahu berdialog dan bermuzakarah dengan pihak berkuasa. Penulis katakan, Syiah bukanlah ajaran baru untuk didialogkan. Ulama Sunni sudah habis membicarakan di mana letaknya Syiah menurut pertimbangan al-Qur'an dan al-Sunnah. Syiah Malaysia tak perlu cipta versi baru untuk mengatakan kami berbeza dengan Syiah Imam 12 di tempat lain. Mengapa? Adakah anda sudah meninggalkan kitab-kitab rujukan utama Syiah Imam 12 spt al-Kafi, Man la yahdhuruh al-faqih, Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar? Jika ye, kemukakan apa rujukan anda yang baru itu? Adapun bagi ASWJ kedudukan Syiah Imam 12 sudah teramat jelas dan tidak perlu dibahaskan lagi. Ini terbukti melalui karangan-karangan para ulama Ahli Sunnah spt...

Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-Musollin, Abu al-Hasan al-Asy’ari (w.324H)
Al-Tanbih wa al-Radd ‘ala Ahl al-Ahwa’ wa al-Bida’, Abu al-Hasan Muhammad bin Ahmad al-Malti (w.377H)
Al-Farq bayna al-Firaq, Abdul Qahir al-Baghdadi (w.429H)
Al-Imamah wa al-Radd ‘ala al-Rafidhah, Abu Nu’aim al-Asbahani (w.430H)
Al-Tabsir fi al-Din wa Tamyiz Firqat al-Najiyah ‘an al-Firaq al-Halikin, Tohir bin Muhammad al-Isfirayini (w.471H)
Al-Ghunyah fi Usul al-Din, Abu Sa’id al-Naisaburi (w.478H)
Fadha’ih al-Batiniyyah, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Nihayat al-Iqdam fi ‘ilm al-Kalam, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Milal wa al-Nihal, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, Ibn Hazm al-Zahiri (w.548H)
I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin, Muhammad bin Umar al-Razi (w.606H)
Ghayat al-Maram fi ‘Ilm al-Kalam, Ali bin Abi Ali al-Amidi (w.631H)
Minhaj al-Sunnah al-Nawabiyyah, Ibn Taimiyyah(w.728H)
Al-Muntaqa min Minhaj al-I’tidal fi Naqdh Kalam Ahl al-Rafdh wa al-I’tizal, Abu Abdillah al-Zahabi(w.748H)
Kitab al-Mawaqif, ‘Adhud al-Din al-Iji (w.756H)
Syarh al-Maqasid fi ‘Ilm al-Kalam, Sa’d al-Din al-Taftazani (w.791H)
Izalat al-Khafa’, Syah Waliyyullah al-Dihlawi (w.1114H)
Al-Tuhfat al-Ithna ‘Asyariyyah, Syah Abdul Aziz al-Dihlawi (w.1159H)
Mukhtasar Izhar al-Haq, Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi (w1306H)

Maknanya, perbahasan mengenai Syiah ini sudah SELESAI di kalangan ulama Sunni. Fatwa Kebangsaan juga sudah muktamadkan perkara itu. Kerana itu sesebuah negara Sunni meletakkan undang-undang supaya Syiah jangan sekali-kali melebarkan sayapnya ke negara Sunni. Itu sahaja. Patuhilah undang-undang tersebut. Malaysia adalah sebuah negara Sunni yang berdaulat, punya perlembagaan sendiri dan pemerintahan sendiri.

Dalam hal ini, peruntukan Fasal (2), (3) dan (5) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kedudukan dan fungsi Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing yang memiliki kesemua hak, hak keistimewaan dan kuasa prerogatif.

Oleh yang demikian, jika YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja telah menjalankan kuasa prerogatif untuk meluluskan undang-undang tertentu seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri (termasuk undang-undang yang mengharamkan Syiah), maka undang-undang tersebut hendaklah dipatuhi dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia. Mana-mana tindakan ketidakpatuhan akan dikira sebagai ketidaksetiaan dan ketidakhormatan kepada YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja. Ini adalah selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dan “Keluhuran Perlembagaan”.

Walhasil, di Malaysia, Syiah Imam 12 memang tak dikenali sebagai satu mazhab tetapi lebih dikenali sebagai ajaran menyeleweng berdasarkan tradisi, ilmu dan undang-undang.

Wallahu a'lam.

SUMBER

Saturday, January 15, 2011

BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN

 Dalam banyak-banyak argumen dalam thread INI, argumen yang ini paling menarik perhatian. Masih terbuka untuk diskusi (yang tak pernah habis).


---------------
Salam.

Pandangan saya, BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN. Poligami hanyalah salah satu dari cabang perkahwinan.

Lelaki, pada tabii nya suka menolong wanita, walaupun wanita itu bukan isterinya. Dan wanita juga agaknya, suka ditolong oleh lelaki, walaupun lelaki itu bukan suaminya. Dalam kedua-dua keadaan, ianya regardless samada lelaki itu sudah beristeri atau tidak, regardless samada perempuan itu sudah bersuami atau tidak.

Orang yang tiada pegangan agama pun mempunyai tabii yang sama. Lelaki suka menolong wanita. Cuma, mereka dengan begitu senang hati melampaui had-hadnya tanpa sebarang rasa bersalah atau berdosa.

Tanpa ikatan pernikahan, sebarang pertolongan yang dihulurkan oleh lelaki kepada perempuan boleh DIRAGUI keikhlasannya. On the other hand, pertolongan itu juga, walau seikhlas mana sekalipun, masih boleh membawa kepada fitnah, dan merosakkan rumahtangga pada lelaki yang sudah beristeri, dan pada wanita yang sudah bersuami.

ISLAM melengkapkan dan menghapuskan keraguan itu dengan caranya yang tersendiri. Dengan komitmen lelaki mengambil perempuan itu sebagai isteri, akan sekaligus menghapuskan segala fitnah itu, dan sekaligus menukarkan segala pertolongan tadi kepada amal ibadat. Orang lain dah tak boleh kata apa dah, kerana mereka sudah menjadi suami isteri.

Pertolongan dari suami tetap akan sampai kepada isteri sekadar yang termampu oleh suami itu, WALAUPUN tidak disuruh oleh sesiapa. Kalau bukan isteri pun lelaki akan menolong perempuan, apa lagi apabila sudah menjadi isteri. Ini tabii lelaki terhadap perempuan. ISLAM menjuruskan tabii itu supaya ianya berlaku dengan cara yang terbaik tanpa sebarang mudharat kepada sesiapa, bebas dari sebarang fitnah atau buruk sangka, seperti yang dikehendaki dan diperintahkan oleh pencipta lelaki dan perempuan itu sendiri, yakni Allah Taala.

Kesimpulan: BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN. Lelaki dibenarkan berkahwin sampai 4, manakala perempuan dibenarkan berkahwin HANYA DENGAN SEORANG lelaki.

Wallaahu a’lam.

Ulasan: PISTONS We're Pistons CD


Pistons adalah sebuah band dari Italy dan mereka memainkan muzik punk-thrash-rock yang mirip kepada Motorhead. D-beatnya berselang dengan double paddle tetapi chord 3-jenisnya memang dikekalkan untuk kesan punk. Vokalnya seperti seorang Bangla yang baru pandai berbahasa Melayu yang mengunyah sirih. Namun liriknya menarik dari segi mudahnya mesej yang hendak disampaikan. Tiada politik, tiada masalah masyarakat dan tiada agenda perkauman; hanya ada rock n roll. Mudah untuk dicerna sepertimana Poison dan Bon Jovi mengarahkan muzik glam mereka suatu masa dahulu. Sesuai untuk sesi jamming atau gig di dalam studio jamming dengan peluh dan bau ketiak masam bertaburan di ruang udara.

Friday, January 14, 2011

MARCO MINNEMANN Is Not DREAM THEATER's New Drummer

Yang dah konfiden sangat tu... boleh tepuk dahi.


Despite rumors to the contrary, BLABBERMOUTH.NET has learned that 40-year-old international drumming sensation Marco Minnemann (KREATOR, NECROPHAGIST) **has NOT** joined DREAM THEATER as the replacement for the recently departed Mike Portnoy.

DREAM THEATER has yet to officially announce its new drummer despite the fact that the band has been rehearsing with one candidate exclusively since last fall. DREAM THEATERJohn Petrucci previously stated about the group's drummer search, "Auditions went great and we do have someone but we are spending some time getting everything in order before making an official announcement. Let me just say that we are all incredibly excited about our choice and just bursting at the seams to let the world know!"
guitarist

SOURCE

Siapa le gamaknya... takkan la Black (Wings)?

Ulasan: NATIVE IN BLACK At The Mystic Gates Of Eternal Winter CD


1765 buah band Metal underground di Russia. Itulah statistik dari Metal Archives setakat ini. Jika difikir logik, tentulah ada band dari kelompok 1765 ini yang mencapai status populariti In Flames, Dimmu Borgir dan Darkthrone. Namun tiada. Konspirasi? Mungkin tidak. Produktiviti masih jauh di belakang Germany (7000 band lebih). KPI harus ditingkatkan dan ini adalah sesuatu yang Native In Black perlu beri perhatian. Produksi album ini agak selekeh dan amatur, sekali dengar seolah-olah ianya sesi jamming dengan sound yang bersih. Drum terkucil boleh kedengaran di beberapa tempat dan muziknya (riff) tidaklah mengujakan. Mungkin juga disebabkan Russia sendiri agak ketinggalan dari segi perkembangan muzik underground Metal. 20 tahun selepas jatuhnya komunisme Soviet, berbeza dengan negara jirannya yang sudah memang Metal sejak Metal itu sendiri dilahirkan. Untuk itu, mungkin kita perlu memberi lebih masa lagi untuk perkembangan ini menjadi lengkap.

1.Blackest Northern Orchestra02:26[view lyrics]
2.At the Mystic Gates03:13[view lyrics]
3.Ladies and Gentlemen04:17[view lyrics]
4.Ordo Malleus04:22[view lyrics]
5.Grim Gates03:00
6.Trold04:17[view lyrics]
7.In The Doomed Snows of Stormy Ural Mountains02:44[view lyrics]
8.Way to the Damp Lands05:44[view lyrics]
9.Farewell02:09[view lyrics]
Total playing time32:12

Thursday, January 13, 2011

WE ARE Engineeeers............


We rule... OK?

Ulasan: V/A FUELED BY METAL CD


Sekali-sekala mendengar album kompilasi sekadar mencari band yang berpotensi ataupun setidak-tidaknya membuang masa yang ada mendengar seleksi beberapa band dari ribuan yang wujud di muka bumi ini mungkin ada manfaatnya. Atau memang membuang masa, bergantung kepada nasib. Fueled By Metal adalah sebuah album kompilasi hasil usaha Very Metal Productions di New Zealand. Menggabungkan 7 bands yang majoritinya dari Colombia dan boleh dikatakan kesemua band di dalam kompilasi ini membawakan muzik Thrash Metal retro. Ideanya ialah apabila kita mendengar CD ini, kita akan mengelamun tentang betapa nikmatnya zaman Thrash Metal 80an dahulu. Tetapi secara jujurnya, sukar untuk mengembalikan zaman tersebut kerana ia berlaku secara natural sedangkan sekarang ia seperti dipaksa. Kecualilah kita tidak mengendahkan faktor zaman - maka ini merupakan kompilasi yang agak menghiburkan terutama kepada peminat Thrash Metal retro yang mahukan produksi selekeh, berkarat dan rakaman yang dibuat dengan sistem DAT dan reel.

Jackhammer(Brazil) - Stepping on the Trapdoor
Jackhammer(Brazil) - Spit at the Cross
Blasphemer(Colombia) - True Existence
Blasphemer(Colombia) - Night of Laments
Runner Hell(Colombia) - Nights of Hell
Runner Hell(Colombia) - Heavy Metal Hell
Dirges(Colombia) - Apocaliptic Witches
Dirges(Colombia) - Infernal Sacrifice
Revenge(Colombia) - Metal Warriors (Speed Version)
Revenge(Colombia) - Maximum Destruction
Invocation War(America / USA) - Demon Attack
Invocation War(America / USA) - Infinite Power
Headbanger(Poland) - Headbanger
Headbanger(Poland) - Nuclear Mosher

Wednesday, January 12, 2011

Laporan: SPACE GAMBUS EXPERIMENT Penang 8/1/2011 Part 1

Detail show DI SINI.

Laporan bermula dengan introduksi dengan alatan perang yang digunakan sempena persembahan.

1. Senjata Pemusnah Abang Ben

 

2. Senjata nuklear ahli yang lain

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ULASAN: ANAAL BEEHEMOTH The Forest Paranoid CD


Muzik parody boleh menjana jutaan ringgit. Lihat saja "Weird" Al Yankovic yang memparodikan lagu-lagu Michael Jackson dengan jayanya. Tetapi apabila ada yang memparodi band Black Metal, bukan jutaan dollar yang diharapkan, tetapi menyindir sesetengah golongan ini yang selalunya melampau dari semua segi walhal mee goreng mamak itu jugalah yang menjadi idaman mereka (bukan minum darah kambing). Mungkin itulah matlamat duo dari Finland ini yang menamakan diri mereka sebagai Deathly Fightar dan Crazy Bomber. Muziknya tidaklah cincai tetapi vokalnya selalu saja di'kelakar'kan. Jika cover album ini ialah foto hitam putih pepohon di hutan Norway, agak sukar untuk menyedari parodi ini (kecuali vokal) kerana memang kadang-kadang begitulah tahap muzik Black Metal yang dimainkan kebanyakan band - terlebih lagi apabila Darkthrone telah mempelopori Black Metal dengan sentuhan punk yang meleweh.

Tuesday, January 11, 2011

Bila ahli akademik nak glamer pulak?



Balik-balik ahli sukan, artis...

Kata nak negara maju. Sukan dengan artis ni boleh jadikan negara maju ke? To a certain extent la. Walhal, gomen spend JUTA-JUTA untuk ahli akademik ni kasi majukan negara.

Bagi la award penghargaan sikit. Eh, itu dah ada. Tapi mati takat kelompok akademik je la. Golongan marhaen tak kenal pun. Aku yang akademik (konon) ni pun tak kenal sapa akademik terhebat sekali kat Malaysia ni. Berapa international journal dia dah publish? Berapa award international dia dah menang? Berapa juta geran negara dan antarabangsa dia dapat?

Kadang-kadang sorang akademik ni boleh bolot semua anugerah, geran, publication yang international ni dia sorang-sorang je. Harum nama negara tu.

Ada mana-mana artis yang publish CD INTERNATIONALLY? Tarak! (psst... band underground memang ada publish CD internationally, tapi label hampeh je la - journal ni pun ada gred tau, yang high impact ataupun yang publish belakang rumah pun ada)

Menang anugerah antarabangsa? Tarak!

Ahli sukan je la harap. Itu pun kalau miss satu trophy habis emosi satu negara.

Ayuh - kita mulakan realiti show - AKADEMIK YANG GLOKAL (bukan fantasia)!

<--- ahli akademik kena beli buku ni melalui link ni (supaya aku dapat % of sales juga)

Golongan Ustaz pemburu hantu setan jembalang

Itu je la balik-balik dalam cerita hantu Melayu di panggung wayang. Itulah yang menyebabkan golongan ustaz ni boring.

http://www.nst.com.my/nst/articles/07film/Article/index_html

"An ustaz's role has become so cliched in local films that they are shown as a person that wards off spirits and ghosts, while their real task is to guide the community to the right path.

"An ustaz should be seen as a preacher who encourages Muslims to do good on earth," he said, following the proliferation of local horror movies revolving around ghosts and spirits of late.


He said the misrepresentation occurred because most directors or scriptwriters of local horror films did not have an indepth knowledge of Islamic missionary work and did not know how to include such elements in their films.

"If the director or writer understands the work of an Islamic preacher, they can insert such elements to the role of the ustaz so that the younger generation understands their role in the community."
Lagi satu cliche, bila tak jadi tukang halau hantu setan jembalang, kalau yang muda hensem sikit, mesti masuk cerita cinta meleleh air hingus punya.
Aku pasti ada jalan cerita lain yang boleh dibuat. Tapi entahlah... hiburan kan? Ustaz ni part mana yang boleh masuk part hiburan kalau tak jatuh kat cliches di atas tu?

Apapun, aku sentiasa berbaik sangka dengan golongan Ustaz. Di bahu mereka terpikul beban agama yang berat. Kita ni layan cerita hantu je.

Ulasan: BARBAROUS POMERANIA Duch 300 Z Rany CD


Nationalist Socialist Black Metal (NSBM) selalunya mendapat tempat di Eropah Timur, biasanya di negara-negara Eropah Timur. Mereka biasanya terlibat dengan politik ekstrim. NSBM di negara Asia mungkin berbeza sedikit kerana yang dibenci oleh NSBM di Eropah adalah mereka yang berkulit tidak putih yang dianggap sebagai pendatang. Persamaan membenci pendatang itulah satu-satunya pengikat NSBM Timur dan Barat cuma jika berlaku pertembungan adakah titik persamaan itu dapat dihormati atau tidak, itu cerita lain. Barbarous Pomerania adalah salah satu band yang bercabang dari NSBM dari Poland. Namun muziknya tidak seperti band NSBM kebanyakan yang mementingkan atmosphere dan gloom. Ia lebih rancak dengan kecenderungan kepada muzik Death Metal yang dilembutkan sedikit. Drum programnya mungkin menjadi duri dalam produksi album ini. Namun presentation dari segi booklet dan artwork CD ini menarik. Lirik asal dalam Polish tetapi terjemahan tetap diberikan bersama menunjukkan betapa pentingnya lirik kepada band ini supaya mesej yang disampaikan itu difahami.

1.Intro - Hungry Swords Of Wened’s02:40[view lyrics]
2.Brotherhood Of Wolfhearts04:41[view lyrics]
3.Triumph Of Steel Of War04:16[view lyrics]
4.Crying Trees, Bleeding Soil06:50[view lyrics]
5.Banners Of Truth And Glory03:25[view lyrics]
6.Guards Of The Slavonic Tradition04:12[view lyrics]
7.Aristocracy Of Blood And Iron06:05[view lyrics]
8.Without Mercy, With Fire In Eye04:35[view lyrics]
9.Blood, Sword And Plough04:00[view lyrics]
10.We Noble Barbarians04:24[view lyrics]
11.Whispering Of Raped Arkona Island00:35
12.Strengthen In Faith Of Slavs02:16[view lyrics]
Total playing time48:04

Monday, January 10, 2011

Harry dan Sally: Red-Eared Slider

Harry dan Sally

Harry

Sally... ke Harry? Entah...

Nak beza yang mana jantan betina pun tak tau hahaha... kata orang tunggu sampai besor sikit baru boleh beza.

Red-Eared Slider adalah Chrysemys Scripta Elegans (dahulu dikenali sebagai Trachemys Scripta Elegans) dan tergolong dalam spesis Emydidae.

Kos untuk start up:
Kura-kura RM7.60 sekor
Akuarium RM22
Makanan RM3
Total RM40.20

Cute woooo kura-kura ni.

Friday, January 07, 2011

Bandar Hijau di Ipoh

Seperti yang dilaporkan dalam NST hari ini.

1. Green building @ city, sustainability, environmental-friendly ni semua jatuh pada kategori yang sama iaitu mengurangkan kerosakan pada mukabumi (dalam Al-Quran lama dah cerita benda ni jadi tak payah pura-pura kagum sekarang).

2. "..more than 3,200ha will be transformed into a hub of commercial complexes, parks, education institutes and residential areas" bermaksud lagi banyak peluang pekerjaan? Memang Ipoh ni notorious disebabkan kurangnya lobang-lobang pekerjaan.

3. Paling bestest - "The Mydin Wholesale Hypermarket & Shopping Mall at BioD City will cover more than 750,000 sq ft". Paling besar di Malaysia tu yop! Yang ni aku tau siapa paling happy... my wife ;) Pantang jumpa Mydin kat mana-mana mesti nak singgah. Nanti dah ada kat Ipoh, kira selamat tinggal Tesco dan Jusco le nampaknya.

Oleh itu *batuk* saya menyarankan rakyat Ipoh yang telah sekian lama berhijrah supaya kembali ke tanah tumpah darahmu ini dan sama-sama membina IPOH RAYA! 

Akhir kata...


Thursday, January 06, 2011

Kawin je la wehhhh!!!


Buang masa dan tenaga je bercinta-cinta ni.

Buang duit.

Nak merajuk la... nak bergayut la... aiyaaaa... Kalau dah kawin kan senang? HAHAHAH...

Tak cukup duit nak kawin? Kurangkanlah belanja tu. Janji KAWIN!!!

Yang penting ialah KAWIN bukan belanja tu. Maka kenalah adjust cara pemikiran. Kata orang Bota - Think outside the box.

Mesej ini ditujukan kepada mereka yang dah bertahun-tahun bercinta dan kepada mak bapak yang menyusahkan anak-anak yang dah bertahun-tahun bercinta ini untuk KAWIN!

BACAAN TAMBAHAN/ULANGAN