Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, December 31, 2010

Ulasan: DEATH The Sound Of Perseverance CD

Album terakhir sebelum kematian pengasasnya, Chuck Schuldiner yang terus menamatkan riwayat Death sekaligus. Death adalah Chuck, tiada penggantinya. Beliau meninggal disebabkan barah otak.

Pemergian beliau meninggalkan legasi genre Death Metal yang dipeloporinya pada tahun 1983. Bermula dengan album Scream Bloody Gore hinggalah album terakhir ini, Death tidak pernah menghampakan. Setiap album mempunyai keunikan sendiri. Death sentiasa mereformasi muzik yang diasaskannya pada setiap keluaran.

Album ini juga tidak ketinggalan.

Ianya adalah album paling kompleks pernah dirakamkan oleh Death. Selepas album Symbolic, keseluruhan ahli band dirombak oleh Chuck, membawa muka-muka baru tetapi dengan teknik dan skil yang berbeza dengan ahli yang sebelumnya. Paling menyerlah, sudah tentulah Richard Cristy, pemain drum yang juga merupakan pelawak professional. Dalam hal drum, Richard bukan pelawak tetapi adalah drum yang ajaib. Tangan seperti sotong!

Album ini juga menunjukkan kesetian Chuck dengan Morrisound Studio yang satu masa dahulu merupakan pusat rakaman album-album Death Metal di USA. Walaupun tanpa Scott Burns sejak, Jim Morris menjadi penggantinya sejak album Symbolic. Reputasi studio ini dibuktikan masih relevan ketika itu dengan hasil produksi yang mantap dan padat seperti yang ditunjukkan dalam album ini.

Cuma ada sedikit kelainan. Suara Chuck sudah berubah. Dari growl yang kita kenali kepada jeritan seperti vokal Black Metal. Walaupun tidaklah sangat ia mengubah wajah Death tetapi ini menyebabkan Death mendapat kritikan kerana tidak mengekalkan vokal asal.

Lagu-lagu di dalam album ini panjang-panjang. Kebanyakannya melebihi 6 minit kecuali beberapa buah lagu. Strategi ini dapat difahami kerana kompleksiti lagu-lagu tersebut yang memerlukan masa yang sedikit panjang untuk mendapatkan flow yang baik. Kontranya, ia mencabar kesabaran mereka yang tidak menyukai apa-apa lagu yang melebihi 6 minit untuk menumpukan perhatian. Bahkan, lagu-lagu yang dirakamkan adalah tersangat teknikal dan memerlukan pendengaran yang kritikal. Mujurlah, melodinya masih mudah dihadam seperti album-album sebelumnya.

Sesungguhnya Death meninggalkan belang yang sukar untuk generasi seterusnya untuk menfotokopi. Bahkan hingga ke hari ini masih tidak nampak bayangnya.

    * All songs are written by Chuck Schuldiner, except where noted.

   1. "Scavenger of Human Sorrow" – 6:54
   2. "Bite the Pain" – 4:29
   3. "Spirit Crusher" – 6:44
   4. "Story to Tell" – 6:34
   5. "Flesh and the Power It Holds" – 8:25
   6. "Voice of the Soul" – 3:42 (Instrumental)
   7. "To Forgive Is to Suffer" – 5:55
   8. "A Moment of Clarity" – 7:22
   9. "Painkiller" (Judas Priest cover; Downing, Halford, Tipton) – 6:03

Thursday, December 30, 2010

Ulasan: DEATH Individual Thought Patterns CD

Jika diselak diskografi DEATH, album ini seolah-olah dilupakan. Jarang sekali peminat Death menyebut nama album ini. Sebabnya saya kurang pasti. Yang pasti, pada saya, ini adalah album yang cemerlang. Saya letakkan ianya dibawah dalam lingkungan 3 album terbaik Death.

Sedangkan kewibawaan album ini diiktiraf oleh Metal-Rules.com sebagai antara album yang cemerlang. Majalah Guitar Player pun bersetuju dengan meletakkan album ini antara 20 album gitar-metal terbaik.

Cuma mungkin ada sedikit bias dari pihak saya. Saya adalah peminat gitaris Andy LaRocque yang menjadi gitaris utama untuk album ini. Andy LaRocque lebih dikenali sebagai gitaris yang setia di dalam King Diamond. Saya menyukai solo beliau yang bermelodik dan pantas itu. Selalunya saya akan mengambil masa sedikit untuk mendengar solo-solo beliau dengan cara pasang-ulang, berkali-kali.

Namun saya bersangka bahawa di dalam album ini, Andy sekadar meletakkan gitar solo saja. Yang selainnya dimainkan sepenuhnya oleh Chuck. Jadi, bias saya tiada pemberat. Ini memang album yang cemerlang!

Album ini dibuka dengan Overactive Imagination yang cemerlang. Riffnya adalah pesta Metal, melelehkan air liur yang disulam dengan silat Gene Hoglan di belakang drum dan ulitan bass yang kompleks oleh Steve Digiorgio. Solo Andy dalam lagu ini adalah TERBAIK!

In Human Form lebih santai pada mulanya tetapi sebaik saja Chuck membuka muluk, ia menjadi lagu yang mendebarkan dari segi riffs gitar dan hentakan padu drum Gene. Mendengar larian bass Steve meremangkan bulu roma. Solo Andy juga TERBAIK!

Jealousy adalah lebih teknikal walaupun tidak sepantas lagu pertama. Ini memaparkan kreativiti Chuck dalam mencanai riff yang jazzy kedalam muzik ekstrim Metal. Bahagian breaknya cantik dengan bass yang sengaja dikuatkan untuk lebih meremangkan bulu roma.

Begitulah seterusnya hingga lagu ke-10. Album ini dipenuhi dengan riffs yang mengancam dan susunan muzik yang sangat kompleks yang menyebabkan mereka yang sudah mempunyai band jamming menarik rambut kegeramaan. Kreativiti Chuck begitu menyerlah sekali dalam album ini.

TERBAIK!


  1. "Overactive Imagination" – 3:28
  2. "In Human Form" – 3:55
  3. "Jealousy" – 3:39
  4. "Trapped in a Corner" – 4:11
  5. "Nothing Is Everything" – 3:16
  6. "Mentally Blind" – 4:45
  7. "Individual Thought Patterns" – 4:00
  8. "Destiny" – 4:04
  9. "Out of Touch" – 4:19
  10. "The Philosopher" – 4:10

Wednesday, December 29, 2010

Anda menerangkan dengan baik sekali wahai Jerry Only (MISFITS)

On former MISFITS bandmate Glenn Danzig:

"I like Glenn; I never really disliked Glenn as a person. But we do have a lot of influence on people and I won't — for profit or for fame — jeopardize the safety of my fans to make money and to promote something that I don't think is right for them. Glenn got into this whole Satanic outlook and I wouldn't throw that on my kids and I won't do that. If Glenn wants to go to church and repent, I guess we're good to go. . . I don't think Glenn is the devil and I think he kind of promotes himself as the devil, and, to me, that seems absurd. It just seems to me that if kids are buying all this crap, it's like [he's] marketing something that shouldn't be marketed, in my opinion. I'm not about that. I was brought up totally Catholic with my grandmother. I see these kids at the show — they look up to me. We keep a clean program; we don't party, we don't drink, we don't have hookers in here and all that stupid shit. We're a family band, and we kind of keep the American dream nice and solid and real. And the kids like that . . . I'm not saying that Glenn is anti all that stuff, it's just that when you have albums [with titles like] 'Son Of Satan' and all this kind of stuff, it's a message that a lot of kids may take the wrong way and a lot of kids may get hurt because of it. And a lot of kids may argue with their parents over the subject matter that they're bringing into the house and have a bad relationship with their folks. Why? Is that something I would want to impose upon them? Make them have a bitter relationship with their parents over my music? No. . . The thing is you can go see a horror film — something really gory and bloody and all kinds of stuff — and have a good time with your friends. It doesn't mean you're gonna behave as such. And that's the difference between me and GlennGlenn is trying to impose the behavior aspect upon the people in real life. And thing is we're a sci-fi band — we've got subject matter from here to Kingdom Come — and we don't need that. Glenn's very talented. I don't think that musically we're in the same zone anymore. But look, I've got a lot of respect for Glenn. I always thought that Glenn had a lot of talent. And I just think that Glenn... I don't wanna say he's misguided, but I think that he's got a message that's not productive for the people who get it."

Drummer baru Dream Theater?

 

Masih lagi  khabar angin. Tapi bak kata orang, kalau angin tak bertiup takkanlah pohon bergoyang? Kan?

Apapun, bravo! Tak sabar menunggu album baru dengan drummer baru!

Muhd Irham Akbar

Kepada mereka yang mengenali adikku, Muhd Irham Akbar, beliau sekarang terlantar di hospital kerana eksiden. Motor pancit ketika beliau naik motor hendak ke tempat kerja di atas Jambatan Pulau Pinang. Kecederaan: kaki patah. Alhamdulillah tidak kritikal. Minta kawan2 untuk doakan kesihatan beliau dan semoga Allah s.w.t. permudahkan keluarga beliau dalam menghidapi ujian ini.

Ulasan: WOLFSBANE I Like It Hot CD single promo


 WOLFSBANE pernah menjadi fenomena sekitar akhir era 80an dahulu. Mungkin disebabkan mereka ditarik oleh Rick Rubin, yang ketika itu sudah terkenal namanya menjadi produser kepada album Thrash Metal terhebat (hingga kini), Reign In Blood. Apapun, Blaze Bayley adalah orang yang paling banyak menerima manfaat dari Wolfsbane. Dengan sebab Wolfsbane (sedar atau bawah-sedar), beliau menjadi vokalis Iron Maiden untuk album The X Factor dan Virtual XI.

I Like It Hot adalah single dari album pertama Wolfsbane. Ianya adalah sebuah lagu hardrock dengan riffs gitar berdistortion halus. Nyata lagu ini memang mahu dijadikan lagu tema untuk setiap show Wolfsbane. Namun pada saya, lagunya tidaklah menarik sangat. Korus yang menjadi sangat penting untuk lagu seperti ini, kurang mencengkam. Kita mungkin mempersoalkan, kenapa lagu ini?

Jika disuruh membuat perbandingan, saya lebih menyukai Blaze di zaman selepas Iron Maiden berbanding Wolfsbane. Mungkin kerana ianya lebih metal dari Wolfsbane yang lebih kepada hardrock.

Apapun single ini bukan dirilis untuk dijual; sebab itu dinyatakan sebagai promo iaitu CD promosi yang biasanya dihantar kepada media sebagai medium promosi. Berharga bagi peminat Wolfsbane, Iron Maiden dan Blaze Bayley sendiri.


Tuesday, December 28, 2010

Space Gambus Experiment di Penang 8/1/2011


Mereka yang di Penang... ayuh kita berpening lalat dengan muzik avantgarde Space Gambus Experiment.

p/s: saya bermain gitar!

------------

Space Gambus Experiment performing live at the opening of art exhibition:

PASSAGE TO THE FUTURE: ART FROM NEW GENERATION IN JAPAN

8th January 2011
Bangunan 57, Macalister Road
10400 Penang
5pm

free entrance

For further enquiries, please contact The Japan Foundation, Kuala Lumpur at 03-22846228 or e-mail to eu_jfkl@hotmail.com or log on to http://www.jfkl.org.my/

blog http://kamalsabran.blogspot.com/

Monday, December 27, 2010

Keratan IRON MAIDEN tahun 1992 dalam HOT METAL

Lagi keratan IRON MAIDEN. Kali ini tahun 1992. Ini zaman Fear Of The Dark, album terakhir Bruce Dickinson yang mana beliau berkarier solo pula.


Kenapa kartun gambar gitaris takde muka ni? Kan dah ganti dengan Janick dalam album sebelumnya? Patutnya kena ada tanda-tanda yang Bruce nak keluar.


Terima kasih En Gor dari forum rasmi IRON MAIDEN atas keratan ini.

Sunday, December 26, 2010

Keratan media klasik IRON MAIDEN tahun 1980

Kelakar juga nama fanzine Heavy Metal bernama TEENAGE DEPRESSION.

Dan tak sangka pada tahun 1980, IRON MAIDEN kiranya dalam usia remaja juga (foto individu semua berkulit tegang lagi). Sekarang usia Pakcik atau Atuk (ikut keadaan).

Keratan ini semasa rilisnya album pertama mereka. Enjoy reading! Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.


Terima kasih En Gor dari forum rasmi IRON MAIDEN atas keratan ini.

Saturday, December 25, 2010

Jangan lupa hadiah 5 CD

Tengok kat sebelah kanan skrin krenmaut.

Hadiah 5 CD tu beb. Cuma bagi pendapat pendek je. Setakat ni, ada satu pendapat je. Nampak gayanya, dia le macam nak menang.

Masa dah suntuk tinggal beberapa hari je lagi.

Sila KE SINI untuk maklumat lanjut.

Friday, December 24, 2010

Peraduan mereka cover album DARKTHRONE



Mana tau, kalau ada yang berbakat tu.

Ini sempena rilisan kembali album Goatlord dan Ravishing Grimness. Tarikh tutup 31 January 2010.

Maklumat lanjut, boleh la ke sini http://www.peaceville.com/darkthrone/design-competition/terms-and-conditions.html

Thursday, December 23, 2010

Ulasan: HUMILIATION Face The Disaster CD

Walaupun HUMILIATION adalah nama baru dalam persada muzik underground Metal tempatan tetapi ahli-ahlinya adalah orang lama. Mereka telah menimba pengalaman bersama band Nightshaders, Diman dan Oppressive Blood. Rilisan pertama mereka pada tahun lepas berbentuk CD-EP dengan 4 buah lagu ini menampilkan muzik Death Metal kuno di zaman awal genre ini dilahirkan.

Oleh kerana pengaruh yang diterima dan disalurkan adalah dari band Bolt Thrower, Massacre dan Benediction maka itulah yang kita dapat dari CD ini. Kedengaran pengaruh Bolt Thrower dan Benediction lebih jelas dari Massacre. Dalam Massacre, solo melanyak tremolo oleh Rick Rozz tidak kedengaran langsung yang pada saya adalah elemen yang sangat penting. Dari pengaruh ini jelas apa yang kita akan dapati iaitu muzik Death Metal dengan tempo pertengahan.

Majoriti lagu berada di bawah 4 minit, cuma lagu pertama saja yang melepasi sempadan itu. Melodinya mudah, atau mungkin pada kebanyakan tempat terlampau mudah. Diiringi dengan drumming stail Death Metal yang monotonous dalam menyuakan melodi tersebut. Untuk muzik sebegini sememangnya skil drum tidak perlu terlampau berbunga kerana ia akan hanya mematikan vibe lagu yang dimainkan. Oleh itu, drumnya jika dikira ada 3 atau 4 pattern sahaja.

Vokalnya, bekas vokalis Nightshaders, sejak dari dahulu saya puji. Suaranya besar (walaupun fizikal beliau kecil molek) dan sebutannya jelas tidak seperti kebanyakan vokalis Death Metal yang lain. Saya kira, beliau bervokal dengan mudah kerana liriknya sebiji-sebiji tidak seperti di zaman Nightshaders (seingat saya) yang lebih panjang dan perlu dihabiskan dalam lingkungan masa yang pendek.

Produksinya boleh dipuji. Seimbang dan jelas. Tidak ada kedengaran drum terkucil. Masalahnya ialah antara satu lagu dengan lagu yang lain kedengaran dengan jelas bunyi gitar yang berbeza. Sekali dengar seperti sesi rakaman dilakukan pada studio yang berlainan. Apabila dibaca pada booklet, nyata sesi rakaman selama 3 bulan inilah suspeknya. Dalam masa antara satu lagu dan satu lagu lain dirakam, mungkin berlaku kemalangan menyentuh punat dan butang yang salah.

Apapun, walaupun tidaklah begitu mengghairahkan tetapi disebabkan ini rilisan pertama dan potensi yang ada pada band ini pada masa hadapan, menyebabkan saya menanti rilisan yang seterusnya. Dan memang album penuh mereka pun telah dirilis pun. Cuma tiada peluang lagi untuk mendapatkannya.

Band contact: humiliationband@gmail.com

Wednesday, December 22, 2010

Ulasan: RICHARD CLAYDERMAN The Classic Collection 2-CD


Masanya akan tiba juga apabila kita tercari-cari rilisan Richard Clayderman. Mungkin apabila cucu sudah berjumlah 5 orang dan pada waktu yang mana gegendang telinga sudah tidak boleh menerima apa-apa bunyi yang telah didistortkan. Pada waktu itu, kita akan teringat tentang entry ini. Dan seterusnya kita membuka internet dan menggoogle Richard Clayderman krenmaut untuk membaca kembali samada rilisan beliau ini layak dibeli ataupun tidak.

Cuba teka Richard Clayderman main apa? Tak payah google pun kita tau beliau adalah pemain piano. Tetapi pernahkah kita mendengar lagu beliau. Mungkin pernah secara sedar tetapi yang pastinya ramai yang pernah mendengar tanpa sedar.

Jika anda mendengar lagu berpiano di pusat membeli belah, di lobi hotel ataupun di dalam lif, besar kemungkinan itu adalah Richard Clayderman. Sebabnya mudah, sekurang-kurangnya di Malaysia, nama beliau macam Nescafe. Bila bercakap tentang piano, nama beliau dulu yang akan timbul di dalam benak.

Rilisan beliau pun ada di mana-mana.

Maka tidak hairan, rilisan beliau ini mendapat layanan istimewa dengan pakej yang istimewa. Ini adalah rilisan khas untuk Malaysia rasanya kerana ia tidak terjumpa di Amazon.com. Bahkan, ada lagunya yang dinyanyikan dengan vokalis berbahasa Mandarin. Satu lagi tanda target audiens Richard Clayderman di Malaysia.

Saya mengambil keputusan untuk membedah lagi muzik Richard Clayderman apabila masanya tiba nanti dalam 10-20 tahun akan datang.



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Tuesday, December 21, 2010

Ulasan: BON JOVI Bounce CD

Setelah kejayaan album Crush, Bon Jovi menampakkan semangat yang luarbiasa. Mereka bersedia untuk album kelapan ini. Ketika Jon dan Ritchie bersama di apartmen Jon di New Jersey, satu peristiwa penting melanda tak jauh dari mereka. 9/11.

Ini mengubah langsung pelan mereka untuk meneruskan album pop-rock santai seperti Crush. Normal untuk seseorang artis menyatakan perasaan mereka melalui lagu-lagu yang dipaparkan. Bon Jovi menggambarkan perasaan mereka di dalam lagu Everyday dan Undivided.

Tonasi album ini lebih keras. Penjelmaan gitarnya lebih jelas dan berkarat. Liriknya lebih berkerangka. Bahkan suara Jon juga kedengaran lebih emosional dalam pengkabungan peristiwa 9/11. Manakan tidak, apartmen beliau memang berdekatan dengan tempat kejadian. Ramai yang terkesan di atas peristiwa tersebut maka tidak hairanlah reaksi Bon Jovi pun begitu kerana mulanya dan terlebih penting, mereka juga manusia biasa seperti kita (lebih kaya dan glamer sudah tentu).

Untuk pendengar santai Bon Jovi, disebalik kelainan yang telah dinyatakan, tanpa sedar, ini adalah album Bon Jovi yang Bon Jovi juga. Untuk itu, album ini masih berada di kedudukan tertinggi di carta beberapa negara dan di US sendiri album ini adalah album pertama mereka yang pada minggu rilisannya mendapat tempat di tangga kedua di carta Billboard.

1.     "Undivided"       Bon Jovi, Sambora, Falcon     3:53
2.     "Everyday"       Bon Jovi, Sambora, Carlsson     3:00
3.     "The Distance"       Bon Jovi, Sambora, Child     4:48
4.     "Joey"       Bon Jovi, Sambora     4:54
5.     "Misunderstood"       Bon Jovi, Sambora, Carlsson, Child     3:30
6.     "All About Lovin' You"       Bon Jovi, Sambora, Carlsson, Child     3:46
7.     "Hook Me Up"       Bon Jovi, Sambora, Carlsson, Child     3:54
8.     "Right Side of Wrong"       Bon Jovi     5:50
9.     "Love Me Back to Life"       Bon Jovi, Sambora     4:09
10.     "You Had Me from Hello"       Bon Jovi, Sambora, Carlsson     3:49
11.     "Bounce"       Bon Jovi, Sambora, Falcon     3:11
12.     "Open All Night"       Bon Jovi, Sambora     4:22

2010 Special Edition bonus tracks

   1. The Distance (Live)
   2. Joey (Live)
   3. Hook Me Up (Live)
   4. Bounce (Live)

Ini adalah versi special edition:
Bon Jovi re-releases their classic studio albums as "Special Editions." Each of the band's first 10 albums--Bon Jovi, 7800° Fahrenheit, Slippery When Wet, New Jersey, Keep The Faith, These Days, Crush, Bounce, Have A Nice Day and Lost Highway- will feature the original studio album tracks plus era-specific live recordings included as bonus tracks. The bonus live tracks include songs taken from sound checks and concerts held in venues from all over the world, ranging from 500-seat theatres to massive football stadiums. Each "Special Edition" collection features new packaging, including images from each period, and new liner notes documenting the band's success through each stage of their twenty-five year career, as well as reproductions of laminated tour credentials. Additionally, each "Special Edition" will provide fans with the ability to gain "backstage access" to The Bon Jovi Virtual Tour Experience -- a website being created to offer exclusive virtual content, including photos, tour memorabilia and additional live audio tracks.
Pakej yang ditawarkan sudah cukup untuk meliurkan bukan saja peminatnya yang kental bahkan peminat yang baru. Aku sendiri enjoy menggodek benda-benda yang disertakan di dalam pakej ini.

*Tetapi awas! Jika anda mahu membeli barangan BON JOVI dengan diskaun melalui web yang disematkan sekali di dalam CD ini, maka anda akan kecewa kerana mereka tidak menerima sebarang order dari Malaysia (selamat duit aku!)



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Monday, December 20, 2010

Ulasan: BON JOVI Crush CD


Album ketujuh ini adalah satu risiko. Sebelumnya, Jon Bon Jovi telah mengumumkan bahawa Bon Jovi akan berehat. Dan memang sungguh berehat, 5 tahun selepas album yang sebelumnya These Days (1995). Beliau, Sambora dan Bryan sibuk dengan projek solo sedangkan Tico Torres dengan ukiran. Persoalannya adakah peminat masih mengingati mereka dan adakah album ini hilang sentuhan midasnya.

Ternyata segala sangkaan buruk itu sekadar sangkaan saja. Album ini ketika rilisnya melonjak ke tangga no1 di UK, Australia, Germany dan lain-lainnya. Peminat Bon Jovi bukan saja masih kekal malah bertambah ramai. Jualan unitnya 7.5 juta. Ditambah dengan pencalonan buat pertama kalinya pada Grammy Awards.

Ini adalah album Bon Jovi yang paling popular terima kasih kepada singlenya It's My Life yang sungguh-sungguh sedap didengar. Sekali dengar terus tersemat ke benak melodinya. Walaupun dikritik hebat oleh sebahagian dari peminatnya yang mahukan tonasi serius pada album sebelum-belumnya kekal tetapi Bon Jovi agak selesa dengan hala tuju rock dengan suntikan pop ini.

Namun disebalik suntikan pop itu, keseluruhan album ini masih mempunyai cop Bon Jovi. Sudah tentunya suara Jon memberikan poin utama tetapi boleh saja ia berubah andaikata muzik yang mengiringinya berbeza. Lagu rancaknya tidak terlampau rancak dan lagu baladanya tidak terlampau meleleh. Berdiri ditengah-tengah memberi kelebihannya yang tersendiri yang saya syak inilah kekuatan album Crush yang sebenarnya.

Apabila difikirkan balik, apa susahnya Bon Jovi ni kan? Memang ianya radio-friendly. Tetapi cara lagu-lagunya disusun dan diterjemah ke dalam plastik inilah yang menyebabkan mereka berdiri beberapa kilometer lebih tinggi dari band yang sewaktu dengannya.

1.     "It's My Life"       Jon Bon Jovi, Richie Sambora, Max Martin     3:44
2.     "Say It Isn't So"       Bon Jovi, Billy Falcon     3:33
3.     "Thank You for Loving Me"       Bon Jovi, Sambora     5:07
4.     "Two Story Town"       Bon Jovi, Sambora, Dean Grakal, Mark Hudson     5:10
5.     "Next 100 Years"       Bon Jovi, Sambora     6:19
6.     "Just Older"       Bon Jovi, Falcon     4:28
7.     "Mystery Train"       Bon Jovi, Falcon     5:16
8.     "Save the World"       Bon Jovi     5:31
9.     "Captain Crash & the Beauty Queen from Mars"       Bon Jovi, Sambora     4:31
10.     "She's a Mystery"       Bon Jovi, Peter Stuart, Greg Wells     5:18
11.     "I Got the Girl"       Bon Jovi     4:36
12.     "One Wild Night"       Bon Jovi, Sambora, Desmond Child     4:18

2010 Special Edition Bonus Tracks

1.     "It's My Life" (Live)     Bon Jovi, Sambora, Martin    
2.     "Just Older" (Live)     Bon Jovi, Falcon    
3.     "Captain Crash And The Beauty Queen From Mars" (Live)     Bon Jovi, Sambora

Ini adalah versi special edition:

Bon Jovi re-releases their classic studio albums as "Special Editions." Each of the band's first 10 albums--Bon Jovi, 7800° Fahrenheit, Slippery When Wet, New Jersey, Keep The Faith, These Days, Crush, Bounce, Have A Nice Day and Lost Highway- will feature the original studio album tracks plus era-specific live recordings included as bonus tracks. The bonus live tracks include songs taken from sound checks and concerts held in venues from all over the world, ranging from 500-seat theatres to massive football stadiums. Each "Special Edition" collection features new packaging, including images from each period, and new liner notes documenting the band's success through each stage of their twenty-five year career, as well as reproductions of laminated tour credentials. Additionally, each "Special Edition" will provide fans with the ability to gain "backstage access" to The Bon Jovi Virtual Tour Experience -- a website being created to offer exclusive virtual content, including photos, tour memorabilia and additional live audio tracks.
Pakej yang ditawarkan sudah cukup untuk meliurkan bukan saja peminatnya yang kental bahkan peminat yang baru. Aku sendiri enjoy menggodek benda-benda yang disertakan di dalam pakej ini.

*Tetapi awas! Jika anda mahu membeli barangan BON JOVI dengan diskaun melalui web yang disematkan sekali di dalam CD ini, maka anda akan kecewa kerana mereka tidak menerima sebarang order dari Malaysia (selamat duit aku!)



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Sunday, December 19, 2010

Ulasan: YESTERDAYS Songs From The Heart CD


Kompilasi yang mengingatkan kita kepada memori silam. Ayat ini ditujukan kepada mereka yang sudah berumur 40 tahun ke atas sebenarnya kerana majoriti lagu di sini adalah lagu-lagu oldies.

Generasi bawahnya mungkin kurang familiar dengan lagu-lagu yang dipaparkan tetapi tentu mengenali artis yang menyanyikannya. Artisnya nama besar. Sekurang-kurangnya nama seperti Cat Stevens, Lobo, Abba, Rod Stewart dan Bette Midler tidak janggal didengar namanya disebabkan sohornya mereka.

Jadi album ini kepada generasi muda sebagai tapak ujian untuk mengenal nama-nama tersebut sepintas lalu. Apakah muzik yang mereka lagukan dan apakah ianya sesuai untuk saya mencuba mendengar keseluruhan album?

Untuk generasi yang menjadi target CD ini, sudah tentunya setiap lagu mengimbas kembali memori suka dan duka. Mungkin ada yang menyamakan kekasih hati sebagai Joanna nyanyian Scott Walker atau gila bayang dengan lagu Lionel Ritchie - Hello.

"Disc One
1. Cat Stevens – Father & Son
2. Supertramp – The Logical Song
3. Abba – Name Of The Game
4. Wet Wet Wet – Love Is All Around
5. Donny Hathaway – A Song For You
6. Rod Stewart – Handbags & Glad rags
7. Joan Armatrading – Love & Affection
8. Etta James – At Last
9. Scott Walker - Joanna
10. Burt Bacharach – Trains Boats And Planes
11. Marvin Gaye - What’s Going On
12. Nina Simone – Feeling Good
13. Billie Holiday – Lady Sings The Blues
14. Oscar Petterson - Summertime
15. Marianne Faithfull - Yesterday
16. Oletta Adams – Get Here
17. Lionel Richie – Hello

Disc Two
1. Sting – Fields Of Gold
2. Elvis Costello - She
3. Elton John - Daniel
4. Astrud Gilberto –& Stan Getz - The Girl From Ipanema
5. The Style Council – Long Hot Summer
6. Marti Pellow – Close To You
7. Laura Fygi – Windmills Of Your Mind
8. Tim Hardin – Reason To Believe
9. Joe Jackson – Is She Really Going Out With him?
10. Steve Earle – My Friend The Blues
11. Joan Baez – Diamonds And Rust
12. Donovan – Catch The Wind
13. Moody Blues – Nights In White Satin
14. Velvet Underground – Sunday Morning
15. John Martyn – Solid Air
16. Gabrielle - Rise

Saturday, December 18, 2010

Ulasan: CAROLE KING/JAMES TAYLOR Live At The Troubador CD


The Troubador adalah sebuah venue persembahan yang letaknya di sempadan Beverly Hills, USA. Venue ini mempunyai sejarah yang panjang. Di sini artis-artis ternama pernah membuat persembahan antaranya Elton John dan The Eagles. Carole King dan James Taylor juga pernah bersama di atas pentas pada tahun 1970. Ini menjadikan satu logik untuk membuat persembahan bersama sekali lagi sempena ulangtahun ke 50 venue tersebut.

Lebih-lebih bagi mereka berdua, venue ini memulakan karier mereka yang berjaya sekarang ini. Bak kata pepatah, tanpa kamu, siapalah aku.

Nama Carole King sudah gah dengan sendirinya di USA dan seluruh dunia. Cuma James Taylor agak asing bagi saya walhal karier beliau juga sangat karismatik dengan majoriti albumnya menduduki carta Billboard Top 10.

Sesi persembahan adalah intimate dan akustik.Produksinya sejernih air dari gunung dan kualiti soniknya bersih seperti salju. Gitar akustiknya menepuk gegendang telinga dengan lembut seolah-olah ia betul-betul dimainkan di sebelah telinga. Produksi yang baik ini apabila diadun dengan suara Carole dan James yang merdu itu menambahkan lagi nikmat sonik.

Lupakan genre muzik kegemaran anda. Jika pun kita tidak menyukai muzik country yang ditawarkan tetapi kualiti produksi melupakan sebentar kepada isu tersebut.

*DVD mengandungi track yang sama.

   1. "Blossom" (James Taylor)
   2. "So Far Away" (Carole King)
   3. "Machine Gun Kelly" (Danny Kortchmar)
   4. "Carolina in My Mind" (James Taylor)
   5. "It's Too Late" (Carole King - Toni Stern)
   6. "Smackwater Jack" (Gerry Goffin - Carole King)
   7. "Something in the Way She Moves" (James Taylor)
   8. "Will You Love Me Tomorrow" (Gerry Goffin - Carole King)
   9. "Country Road" (James Taylor)
  10. "Fire and Rain" (James Taylor)
  11. "Sweet Baby James" (James Taylor)
  12. "I Feel the Earth Move" (Carole King)
  13. "You've Got a Friend" (Carole King)
  14. "Up on the Roof" (Gerry Goffin - Carole King)
  15. "You Can Close Your Eyes" (James Taylor)

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Friday, December 17, 2010

200 Pengikut Syiah Ditahan

Nota: Syiah telah difatwakan sesat sejak dari dulu lagi. Sila baca DI SINI.

Hati-hati ye... katakan TIDAK kepada Syiah!

-----------------------

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.

"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.

"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.

Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawatir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.

"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.

"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.

Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.




Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ulasan: WET APPETITE Insaf CD


Kenapa nama band ini bernama WET APPETITE tidak saya pastikan. Mungkin ada makna istimewa. Sekali imbasan di google memberikan jawapan, "whet" dan bukan wet pada appetite yang bermakna memberikan keghairahan atau bersungguh-sungguh. Apapun, saya serahkan persoalan ini kepada band untuk menjawapnya sendiri.

Band berasal dari Singapura ini memainkan adult-oriented-rock yang dikenali melalui band Foreigner, Journey dan Bad Company. Untuk mengkiaskan mereka bermain seperti band rock kangkang sepuluh tahun yang lalu mungkin tidak kena terutama apabila diperhatikan mesej yang dibawa oleh WET APPETITE tidak bermain kata dengan lagu-lagu cinta manusia. Sebaliknya mereka membawa mesej ketuhanan yang sangat pekat; jika tidak kerana muzik rock, sudah pasti kita menyangka mereka adalah kumpulan nasyid.

Saya diberi CD ini tanpa apa-apa maklumat tambahan. Tiada introduksi kepada band juga tiada sepatah dua kata. Yang diberi sebuah alamat multiply yang apabila dicari tidak terjumpa selain dari ulasan dari bro deaf.

Oleh kerana ini adalah album self-financed, jadi kita memang sudah menjangkakan produksi yang bajet. Bunyinya walaupun jelas namun ada banyak kekeringan pada semua jabatan instrumen. Seolah-olah kita mendengar sebuah album yang belum dibuat proses mastering - mungkin ini bukan penyataan yang sebenar kerana saya tidak tahu mahu menyebutnya tetapi kita merasakan sesuatu yang kurang dalam produksi ini. Apa nak dikata, berapa banyak yang perlu untuk merilis album sendiri DENGAN duit sendiri, kan?

Bila bercakap mengenai lagu-lagunya pula, memang mereka mantap. Dari variasi rentak lagu hinggalah kepada cara lagunya dipersembahkan. Semuanya ada kelas. Kelas lagu yang dicipta sendiri tanpa bantuan mana-mana komposer luar. Ini membuktikan bahawa mereka berkaliber dalam mencipta lagu-lagu dalam skop muzik aor ini.

Lagu-lagu syahdu termasuklah Kaum Hawa yang begitu menusuk jiwa, Insaf yang agak menginsafkan, Sahutlah Doa Ku seperti satu doa, Adilkah yang merayu-rayu, Ku Ingin yang meratap dan Ibu Yang Ku Rindu yang bisa mengalirkan air mata. Lagu-lagu rancaknya pula tidak terlampau rancak hingga ke tahap hard rock. Berbelah Hati seperti lagu joget moden di tahun 70an, Selalu seperti lagu kelab malam di awal 80an (filem-filem Hail Amir?), Sejukanlah Hati Mu (ejaan sepatutnya SejukKan) yang santai dan Kisah Hang Tuah yang mengimbas sejarah silam.

Vokalnya ada karektor cuma mungkin apabila lagu menjadi rancak - suaranya terlampau merdu menjadikan lagu agak janggal. Apapun ini adalah minor concern apabila kita meletak gambaran yang lebih besar terhadap album ini.

Major concern ialah WET APPETITE adalah salah satu dari ribuan band rock yang bertahun berkumpul di dalam studio jamming yang berjaya merilis album sendiri. Ini adalah statement besar kepada rakan-rakan band yang lain. Mesejnya - tak guna jam bertahun-tahun dan ada kemampuan untuk bikin CD sendiri tetapi tidak keluar dari studio jamming tersebut. Keluarlah kalian!

*Wetappetite.multiply.com - kalau boleh dibuka maka anda bertuah. Atau cari saja link di facebook.

Thursday, December 16, 2010

Beberapa fikiran rawak isu semasa

1. Isu remaja 14 tahun kawin masuk paper itu hari. Sibuk dalam media macam-macam pihak tanya pasal hak itu hak ini, larat ke budak tu jadi isteri dan belajar etc. Ada dalam facebook kata apa bezanya kawin umur tu dengan menjadikan budak tu pornstar kecil! Pada aku, dari remaja tu yang nak kawin tak dikawinkan seterusnya buat aksi atas katil keluar baby yang dibuang - maka 45,000 kali lebih baik dia kawin. Aku tak kata semua budak umur macam tu patut kawin tapi bukankah Mahkamah Syariah dah bagi kebenaran? Agak-agaknya berapa ribu kes macam tu yang Mahkamah Syariah bagi kelulusan? Aku rasa tak banyak sebab mereka pun faham undang-undang dan keadaan semasa. Kesimpulan - aku setuju dia kawin.

2. Tadi dapat forwarded email video-cam sorok tentang seorang amah yang memandikan baby baru belajar berjalan. Rasa nak mengalir air mata. Amah tu gosok badan dengan tapak kaki dia. Kemudian tarik kepala pakai rambut. Tuang air dalam mulut. Simbah air kat muka dengan kasar. Baby tu menangis je dan nak capai amah tu ingatkan amah tu protector dia padahal dia yang menyeksa. Sedih.... sungguh sedih. Berapa ribu keluarga yang pakai amah dan persoalan besar ialah macamana kita nak tau cara jagaan amah pada anak-anak sedangkan kita takde di rumah? Moga anak-anak aku dapat kenang jasa ibunya yang ada degree ekonomi UKM tapi mengambil keputusan untuk duduk di rumah jaga mereka. Pengorbanan yang sangat besar tu (pengorbanan ribuan ringgit sebulan).

Ulasan: CAMEL Mirage CD


Mirage adalah album kedua band progresif rock dari UK, Camel. Album pertama mereka yang saya dengar dengan cara tak sengaja meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara amnya, saya jatuh cinta dengan Camel. Seperti pasangan bercinta yang lain, setiap jejak akan dituruti. Oleh itu adalah normal untuk saya mencari album yang keduanya pula.

Album ini kurang agresif dari yang pertama tetapi elemen progresifnya lebih menonjol. Walaupun cuma ada 5 buah lagu di dalamnya tetapi 2 lagunya berdurasi lebih 9 dan 12 minit setiap satu. Ini adalah hint kepada album progresif yang benar-benar progresif.

Nama Camel pada awalnya memang sudah mengundang masalah kerana sama nama dengan jenama rokok Camel. Masalah bertambah apabila album ini menggunakan artwork yang menyerupai kotak rokok Camel. Masalah selesai apabila band dan rokok bekerjasama. Rokok menjadi sponsor dan menyertai siri konsert band dengan meletakkan papan-papan iklan dan sudah tentunya sejumlah wang.

Album ini dimulakan dengan sebuah lagu kaotik yang kemas, Freefall. Camel seolah-olah tidak sabar nak menunjuk betapa progresifnya mereka, tanpa menunggu lagi. Odd-time singnature dan note muzik yang tidak dapat dipastikan darimana asalnya memenuhi keseluruhan lagu. Suara Andrew Latimer bukanlah elok sangat tetapi itu dapat dimaafkan kerana beliau juga mengambil tanggungjawab solo dibahagian gitar. Trademark gitar/keyboard Camel yang telah diasaskan pada album pertama juga ditonjolkan di sini.

Supertwister lebih perlahan. Balada dalam bentuk progresif rock - sesuatu yang berlainan dari balada rock. Elemen kaotik tetap ada, begitu juga dengan note muzik yang lain dari kebiasaan. Sesuai dengan keperlahanan lagu, Latimer beralih posisi kepada permainan flute. Gitar juga berbunyi cuma kurang menonjol. Dan ini merupakan lagu paling pendek dalam album ini - juga tanpa vokal.

Disambung oleh Nimrodel/The Procession/The White Rider, lagu epik sepanjang lebih 9 minit. Sudah tentunya lagu sepanjang ini tidak dibiarkan monotonous dengan ulangan-ulangan tetapi setiap detiknya ada saja elemen yang menarik perhatian. Oleh kerana itu, lagu-lagu Camel seperti ini tidak boleh didengar sekali saja kerana kita akan tertinggal butirannya. Oleh kerana lagu ini direka sebagai menuruti kisah Lord Of The Rings; maka imaginasi kita sudah pastinya kena tune dengan cerita tersebut.

Earthrise bermula dengan perlahan tetapi secara meningkat ia menjadi rancak dan kaotik. Signature Camel yang kita kenali bertaburan sana dan sini terutamanya di bahagian gitar/keyboard. Namun lagu ini boleh dikatakan sebagai lagu paling kurang menarik di dalam album ini.

Apabila lagu terakhir, Lady Fantasy bermula, saya terlopong. Intronya mungkin adalah intro yang paling menusuk bagi kategori progresif rock (selain lagu Tom Sawyer - RUSH). Lagu yang sepanjang lebih 12 minit ini penuh dengan adventure. Kita seolah-olah dibawa ke alam mythology (dongeng) dan fantasi sesuai dengan tajuk lagunya. Perjalanan lagunya seperti sebuah filem cereka di panggung wayang. Bezanya, setiap individu yang mendengar mempunyai kebebesan memberikan plotnya yang tersendiri. Ini adalah kekuatan sebenar muzik progresif rock, yang memberikan laluan kepada imaginasi kita untuk memberikan interpretasi sendiri terhadap lagu-lagu.

Album ini adalah album yang dirilis semula sempena 30 tahun anniversary album ini (sebenarnya baru 28 tahun pada tahun 2002). Maka diberi bonus tracks dalam bentuk lagu-lagu live yang dirakamkan di The Marquee Club yang dirakam pada tahun 1974. Juga versi Lady Fantasy yang sedikit berlainan dari Lady Fantasy yang dimasukkan ke dalam album ini.

Untuk peminat progresif rock, CAMEL adalah nama yang tidak perlu introduksi lagi. Untuk newbies, rugi kalau tak cuba dengar.

Side One
   1. "Freefall" (Peter Bardens) – 5:53
   2. "Supertwister" (Bardens) – 3:22
   3. "Nimrodel/The Procession/The White Rider" (Andrew Latimer) – 9:17

Side Two
   1. "Earthrise" (Bardens/Latimer) – 6:40
   2. "Lady Fantasy" (Camel) – 12:45
          * "Encounter"
          * "Smiles For You"
          * "Lady Fantasy"

Bonus Tracks on 2002 Remaster
   1. "Supertwister" (Recorded Live at The Marquee Club - 30th October 1974) – 3:14
   2. "Mystic Queen" (Recorded Live at The Marquee Club - 30th October 1974) – 6:09
   3. "Arubaluba" (Recorded Live at The Marquee Club - 30th October 1974) – 7:44
   4. "Lady Fantasy: Encounter / Smiles for You / Lady Fantasy" (Original Basing Street Studios Mix - November 1973) – 12:59

Wednesday, December 15, 2010

Ulasan: HELDRASIL Son Of Darkness MCD

Selepas rilisan yang baik dari Symbiotic In Theory dan Farasu dari Negeri Sembilan, sebuah lagi rilisan yang tak kurang hebatnya datang dari negeri yang sama. Antara dua rilisan tersebut dengan yang ini, tiada persamaan baik dari segi produksi mahupun lenggok persembahan yang ditawarkan.

HELDRASIL secara amnya boleh dikategorikan sebagai band Death Metal yang berkiblatkan melodic Death Metal ala-Dark Tranquillty. Namun ini bukan perlabelan yang buruk tetapi baik. Jika diselidik mutu permainan Dark Tranquillity, sesiapa yang mahir dengan permainan muzik pastinya mengakui kehebatan band tersebut dalam susunan lagu dan permainannya. HELDRASIL dalam hal ini, sangat berjaya.

Lagu-lagunya bermelodik dengan leretan twin-guitar yang bersimpang siur; di kiri dengan note yang berlainan dengan di kanan; tetapi diikat dengan baik dalam setiap lagunya. Drumnya juga sangat kemas dan jitu hingga kepada decimal points. Kenyataannya ialah hasil produksi ini banyak diusahakan oleh Azman (Langsuyr) dan Bakri (Gerhana Ska Cinta) sebagai produser bersama. Gabungan pemuzik berpotensi dan produser berpengalaman sudah tentu menghasilkan sesuatu yang baik - ini ditunjukkan melalu rilisan ini.

Kekuatan utama CD ini adalah pada melodi dan gaya permainan yang  kemas. Drum yang selalunya masalah untuk rilisan underground langsung tidak nampak cacatnya di dalam CD ini. Tiada terkucil, tiada terlebih pukul. Semuanya in-place. Kudos juga harus diberikan kepada kedua-dua gitaris yang bukan saja kreatif dalam seksyen melodi malah sangat cantik dalam gitar solo mereka.

Born dimulakan dengan gitar akustik yang cantik. Kemudiannya disambung dengan rhythm yang mudah tetapi berkesan. Ah gitar solonya menyebabkan kita memainkan air-guitar pada ketika itu juga. The Enemy Of God mempunyai kecenderungan Dark Tranquillity yang tebal terutama apabila vokalisnya menggunakan dua jenis suara; growl dan jeritan mengingatkan saya kepada lagu-lagu dari album The Gallery dan The Mind's I. Tidak dilupa vokalis undangan dari penyanyi jelita Nadhira. Proud Land juga tidak kurang hebatnya dengan melodi dan permainan yang sangat kemas yang kemudiannya ditutup dengan sebuah lagu yang mid-pace bertajuk Until The Last.

Nampaknya Negeri Sembilan semakin banyak menawarkan band dan rilisan yang berkualiti. Harapan saya ialah ketiga-tiga band ini dapat berkongsi pentas bersama. Tentunya ia menjadi sebuah gig yang meninggalkan kesan kepada mereka yang hadir.

Mungkin jika adapun yang mahu dicari kekurangannya, mungkin pada bahagian mastering. Bunyi gitarnya agak terperosok jauh ke dalam dan drumnya terlalu tertumpu di tengah. Teori saya, mungkin reverb kurang untuk mengembangkan sedikit bunyi gitar.

HIGHLY RECOMMENDED.

Untuk membeli CD mereka, sila hubungi heldrasil.band@gmail.com

Layari http://www.myspace.com/heldrasil666

Tuesday, December 14, 2010

Hitam-Hitam Dalam Gua 11/12/2010


Gig ini agak istimewa kerana setelah beberapa lama, band pengasas Ipoh's Metal Militants Supremacist (IMM) berkongsi pentas sekali setelah beberapa lama. Band tersebut: Necrotic Chaos, Profane Creation dan Langsuyr. Yang tidak ada Athotorgh (Gea Dreamstone di Jepun) dan Hayagriva.

Tiga buah band dari lima sudah cukup untuk menjadikan ini sebuah gig yang dinanti ramai. Terutama golongan 'tua' IMM untuk keluar dari kehidupan normal mereka. Andai bukan untuk muzik pun kerana silaturrahim. Masing-masing pastinya sudah berkomitmen. Apatah lagi, ramai yang sudah tidak menetap di Ipoh - rezeki di negeri lain.

Istimewanya bertambah apabila gig ini dibuat di dalam gua. Ya, di dalam GUA. Gua Kapura yang letaknya di dalam pusat rekreasi Lost World Of Tambun. Seingat-ingat saya, tidak pernah ada gig yang dibuat di dalam gua di negara kita. Jika benar, ini adalah gig dalam gua pertama dan pastinya ia terpahat di dalam sejarah (walaupun tidak diiktiraf oleh Malaysian Book Of Records).

Saya berkira-kira mahu menonton saja tetapi apabila diberitahu oleh Azlan (vokalis Langsuyr) yang beliau tidak ikut serta atas sebab menguruskan kenduri akikah anaknya, maka saya memberi satu cadangan liar - saya menggantinya sebagai vokalis - bukan gitar seperti biasa. Maka dari sebab itu, saya sudah tidak jadi penonton. SMS terus dihantar kepada Bob (Pyron) selaku organizer untuk membatalkan tiket yang telah ditempah.

Oleh itu saya tidak dapat nak merebiu band di dalam gig ini. Saya perlu menukar gaya rebiu kepada memoir.

Walaupun saya menulis semua lirik Langsuyr tetapi saya tidak pernah menghafalnya. Ini menjadi masalah utama. Gig dalam masa 3 hari dan saya perlu bersedia. Untuk lagu-lagu dari demo Occultus Mysticism (1993), saya perlu ubah liriknya ikut kesesuaian zaman ini. Nota - lirik itu ditulis ketika saya berumur 17 tahun jadi gayanya seperti remaja umur 17 tahun. Saya kira, jika ianya digermankan pun, tidak ada siapa yang ambil kira (kecuali yang benar-benar die-hard - sesuatu yang perlu saya risaukan sedikit).

"Bertolak ke venue lepas Asar 5/6pm" begitu sms Adik Necrotic Chaos apabila saya bertanya mengenai pelan perjalanan. Saya di Tronoh, yang lainnya di Ipoh, menjadikan saya seorang yang bakal tertinggal jika tidak mengambil berat hal ini. Dengan waktu yang telah diberikan oleh Adik NC, maka saya akan tertinggal band yang bermain pada awal waktu.

Apa boleh buat? Memandangkan kami juga perlukan masa rehat dan persediaan yang cukup sebelum beraksi. Mungkin ada ulasan lain di alam maya mengenai band yang bermain sebelum dari kami. Saya sebenarnya mahu menonton tetapi saya juga beraksi. Saya terpaksa memilih antaranya dan saya memilih rehat dan persediaan.

Yang sebenarnya, saya bersama dengan Langsuyr tidak pernah berlatih untuk gig ini. Langsuyr sudah berlatih di KL. Lebih 5 tahun tanpa latihan, agak menggusarkan. 5 lagu yang diberi oleh Azman untuk gig ini menjadi masalah untuk dihafal. Saya berfikir untuk mencetak lirik dan menggunakannya di atas pentas kerana mustahil saya dapat menghafal kesemuanya.

Ketika sampai di venue, betul-betul masa untuk Profane Creation naik pentas. Line up seperti di dalam demo mereka kecuali vokalis yang baru. Vokalis sebenarnya adalah pengurus mereka zaman itu tetapi disebabkan vokalis asal tidak bersedia untuk naik pentas kembali, maka beliau menggantikannya. Persembahan mantap dari mereka memainkan lagu-lagu dari demo dan juga cover Agressor - Dark Power. Mereka adalah salah satu band technical Death Metal terawal di Ipoh. Susunan lagu yang kompleks dengan riffs gitar yang bukan semua orang mampu memainkannya, apatah lagi menyusunnya untuk menjadi sebuah lagu. Oleh kerana saya pun agak runsing dengan waktu yang akan tiba untuk Langsuyr, maka saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk persembahan Profane Creation.


 Gambar PROFANE CREATION kredit kepada Shahrul Khairi.

Maghrib pun masuk dan kami bersolat. Terserempak dengan Halim, bekas vokalis Hayagriva yang sekarang bergelar Ustaz mengajar di Simpang Pulai. Tak berubah langsung fizikalnya. Kecil macam dahulu juga. Doa selepas solatnya panjang dan kami mengaminkan beramai-ramai.

Necrotic Chaos mengambil tempat dan mereka disambut dengan sorakan yang luar biasa. Dengan line-up klasik; Adik (bass/vokal), Dark-E (gitar), Jadam (gitar) dan Wira (drum), mereka melanyak gua ini dengan persembahan yang over-the-top dan stage presence yang mengagumkan. Sukar untuk adrenalin kita bertenang melihat double lead solo Dark-E/Jadam dan vokal bertenaga oleh Adik. Permainan drum Wira pun sangat mantap dan tonasi hentakan beliau menggemakan Gua Kepura ini. Selesai lagu cover Morbid Angel - Days Of Suffering, mereka mahu berundur tetapi diasak oleh peminatnya untuk memainkan sebuah lagi lagu. Penonton tidak dihampakan dan sebuah lagi cover dimainkan, Venom - Countess Bathory dengan jemputan vokalis khas, Rafi Promaster (Athotorgh). Keadaan dalam gua menjadi berasak-asak dengan libasan rambut dan tangan mengiringi persembahan lagu terakhir ini.

Membuatkan saya berdebar-debar. Persembahan Necrotic Chaos yang gegak gempita ini perlu sekurang-kurangnya perlu saya keluarkan dari fikiran kerana secara psikologi, kita akan rasa rendah diri. Rendah diri di atas pentas akan menyebabkan persembahan jadi hambar. Saya perlu mengosongkan fikiran. Penonton datang untuk melihat persembahan terbaik. Saya jadikan itu sebagai kekuatan. Apa yang berlaku sebelumnya, sebenarnya tidak pernah berlaku.



NECROTIC CHAOS

Khabar angin mengatakan bahawa saya akan mengambil posisi gitar seperti kebiasaan. Yang sebenarnya, saya menggantikan Azlan di bahagian vokal. Posisi saya telah diganti oleh gitaris yang lebih baik. Lagipun, saya pun sudah lupa nota gitar untuk 5 buah lagu yang akan dimainkan. Lebih mudah pada saya untuk mengambil posisi vokal. Cuma saya faham bahawa persembahan perlu sekurang-kurangnya layak mengganti persembahan Azlan yang sudah dikenali itu. Memang tidak boleh disamakan tetapi mestilah ianya letak pada satu range yang penonton berpuashati. Saya faham akan expectation dari penonton yang datang dan saya komited untuk memberikan yang terbaik.

"Assalamuallaikum. Saya dibuang oleh Azman..." mukaddimah saya di atas pentas. Azman tersenyum. Yang kemudiannya saya perbetulkan.

"Tidak... sebenarnya saya keluar dari Langsuyr disebabkan komitmen lain dan ini adalah one-off show saya bersama Langsuyr."

Dan beberapa patah perkataan lagi yang saya pun dah lupa apa yang saya sebutkan. Mukaddimah ini perlu untuk saya meninjau penonton. Petua ini saya dapat dari pembacaan dan praktikal. Lihat penonton dan apa reaksi awal mereka dan tangani mereka mengikut persediaan mereka.Saya dapati penonton agak hidup (tidak nampak letih) dan bersedia menerima saya sebagai vokalis - line-up ganjil Langsuyr pada malam ini.

"Occultus Mysticism...!" jerit saya mengumumkan lagu pertama disambut dengan gemuruh penonton yang berada di dalam gua.

Lagu-lagu Langsuyr bukanlah Death Metal tulen. Ianya ada saduran Thrash Metal yang agak kuat tetapi tidak terlampau thrashy. Juga ada elemen Heavy Metal. Ini perlukan adaptasi pentas yang betul. Menghayun kepala sepanjang perjalanan lagu seperti kebiasaan band Death Metal, sudah tentu tidak sesuai. Melonjak ke udara seperti band Heavy Metal juga agak janggal. Maka saya mengambil jalan tengah. Sesekali menghayun kepala (sesuatu yang saya sesali kerana sakit tengkuk yang terasa sehari selepasnya) dan pada masa yang lain membuat aksi penyanyi Heavy Metal - cukup dengan memek muka dan arahan kepada penonton untuk sama-sama bekerjasama.

Ada juga masa dimana penonton kelihatan letih yang menyebabkan mereka berdiri tegak dan sekadar menjadi penonton (tiada kerjasama). Petuanya ialah tidak mengambil kira apa reaksi penonton. Persembahan perlu diteruskan. Mungkin ketika itu, lagu kurang sesuai atau part pada lagu kurang mendidihkan adrenalin. Ada beberapa pilihan; persembahan tanpa mengambil kira atau mengajak penonton berkerjasam. Saya memilih kedua-duanya. Apabila diajak bekerjasama tetapi tidak disambut, maka saya meneruskan persembahan seperti biasa. Yang perlu dielakkan ialah terkesan dengan suasana yang tidak positif.

Untungnya, sebahagian besar penonton sudah kenal dengan lagu-lagu yang disampaikan. Untuk lagu Mata Ayer dan Sunut, mereka yang dihadapan menyanyi bersama. Saya tersenyum di atas pentas kerana di ketika penonton menyanyikan bersama lagu tersebut - saya mencuri pandang pada kertas lirik yang saya pegang kerana tidak menghafalnya!

Suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila penonton menyanyikan lagu yang kita cipta. Ia tentunya ada keistimewaan tersendiri. Suka saya mahu mengetahui bagaimana lagu itu didengar dan dihafal. Dan apa pandangan mereka sebenarnya terhadap lagu tersebut.

Selesai 5 buah lagu saya mengucapkan terima kasih dan saya pun turun pentas. Ini tidak dipersetujui oleh penonton yang menjerit bersama.

"WE WANT MORE! WE WANT MORE!"

Sorakannya kuat. Sekuat jeritan reformasi 10 tahun dahulu. Saya menunggu keputusan dari Azman selaku ketua band. Dia mengangguk tanda untuk memainkan satu lagi lagu.

"Lagu ini saya tidak berlatih... kalau berterabur, padan muka" saya menyatakan kepada penonton yang menggelakkan saja kenyataan saya ini.

"Terimalah... Tangisan Embun Pagi!"

Masalah lagu ini ialah liriknya panjang dan ia berbahasa Melayu. Andai kata lirik English, boleh saja digermankan (istilah hentam). Lagu ini berbeza. Dan istimewa. Kerana sewaktu lagu ini dicipta, majoriti band di Malaysia takut untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai perantara. Langsuyr adalah antara band Death Metal pertama yang menggunakan lirik Melayu pada ketika itu.

Untungnya lagu ini berjalan dengan lancar. Semuanya on-the-dot. Tiada kesalahan yang saya perasan.





LANGSUYR

Persembahan pun berakhir. Muka puashati kelihatan pada banyak wajah. Saya juga berpuashati. Persembahan pertama sebagai vokalis ini sudah pastinya menjadi memori yang sukar untuk dilupakan.

Selepas sesi fotografi individu dan berkumpulan kami pun bersurai. Ahli mesyuarat IMM perlu ke rumah Jadam kerana ada sesi BBQ di sana. Ah... selepas gig apalagi yang lebih menarik dari sesi BBQ ini. Kami bergegas ke sana.


*Kredit gambar NECROTIC CHAOS dan LANGSUYR oleh Mr Tajul Ariffinus.