Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, March 31, 2010

Bacaan untuk baris pertama alif - atas, bawah, depan?

Saya nk tanya berkenaan cara bacaan yg betul bagi permulaan sesuatu ayat samada tambahan , A, I atau U.
Contohnya :

Yasin ayat 21

ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬ا وَهُم مُّهۡتَدُونَ
 
Yusuf ayat 9
ٱقۡتُلُواْ يُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضً۬ا يَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِيكُمۡ وَتَكُونُواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمً۬ا صَـٰلِحِينَٱ

Annisa ayat 34

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا

Bagaimanakah kaedahnya kita hendak membaca Baris alif di hadapan ayat tersebut samada atas, bawah atau depan.

Sesetengah AQ tidak berbaris utk ayat2 seperti di atas.

Mohon yg arif dapat membantu...


----------------------
Jawapan:


maaf terpaksa tulis perkataan dalam tulisan Rumi.

Yasin: Ittabi'uu.

Yusuf: Uqtuluu.

An-Nisaa: Ar-Rijaal.

Kaedah dalam huruf alif yang tidak berbaris seperti di atas ialah:

1. Lihat huruf ketiga, dikira bermula dari huruf alif tersebut, jika huruf ketiga berbaris atas atau bawah maka perkataan tersebut mesti dimulakan dengan baris bawah.

2. Kalau huruf ketiga berbaris depan maka alif perlu diletak baris depan juga.

3. Kalau permulaan perkataan (dan dimulaan bacaan dengannya) adalah alif laam maka alif tu mesti berbaris atas.

Perlu banyakkan praktik kerana masih ada perinciannya tentang huruf ketiga sebab kekadang pada zahirnya kita nampka dia huruf kedua tetapi sebenarnya ia huruf ketiga, seperti ayat ittabi'uu, alif berbaris bawah bukan sebab huruf baa yg berbaris bawah tetapi alif berbaris bawah sebab huruf taa berbaris atas. Huruf taa berbaris atas dikira huruf ketiga walaupun zahirnya ia huruf kedua ialah sebab huruf taa tu ada sabdu maka huruf yg bersabdu bermaksud ada dua huruf dalamnya, satu taa mati dan satu lagi taa berbaris atas.

Wallahu a'lam bissowaab.



dipetik dari al-fikrah.net

Tuesday, March 30, 2010

Istilah Agama: Sutrah

Perasan tak di masjid atau surau-surau, selepas solat fardhu, sesetengah jemaah yang nak solat sunat, membawa diri mereka untuk solat di hadapan tiang-tiang ataupun rapat ke dinding ataupun solat dibelakang jemaah lainnya?


Kan?

Persoalan seterusnya ialah kenapa mereka berbuat demikian?

Malah ada yang angkat kerusi dan letak di hadapannya sebelum bersolat.
Yang kami maksud dengan sutrah adalah sesuatu yang diletakkan si mushalli (orang yang shalat) di depannya. Bisa berupa tongkat, kayu, atau ina-in , dan sebagainya, yang dimaksudkan untuk membatasi tempat shalatnya, sehingga tidak ada seorangpun yang bisa menyertainya dan memungkinkan baginya untuk bisa melaksanakan shalat dengan thuma’ninah tanpa dilewati oleh manusia atau hewan yang bisa memutuskan atau mengganggu shalatnya itu.
Jadi agak penting juga untuk kita yang bersolat menyediakan sutrah. Terlebih penting untuk orang yang tidak bersolat untuk berhati-hati dengan orang yang sedang solat supaya tidak melanggar sutrah orang yang bersolat kerana ada larangan keras terhadap orang yang melintasi orang yang sedang bersolat.


لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari)

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) 

Tamat - nak fiqh lebih lanjut dan hukum-hakam, boleh le tanya ustaz-ustaz ataupun google sendiri. Krenmaut bukan blog agama sebab penulisnya bukan ahli agama. Sekadar berkongsi pengetahuan (disclaimer)

---------------------

Oleh itu:

- Selesai solat Jumaat tu, berhati-hatilah sedikit bila bergerak tu supaya kita tak melintas depan orang yang sedang solat. Tunggu kejap pun takpe. Apalah sangat benda yang kita nak kejar tu jika dibandingkan dengan amaran dari Rasulullah s.a.w.

- Kalau kita solat, jangan solat dikawasan laluan orang ramai contohnya tepi pintu nanti menyusahkan orang nak lalu. Sebaliknya, carilah kawasan yang dah ada sutrah seperti belakang tiang ataupun depan dinding. Kalau takde, carilah kawasan yang agak-agak orang tak buat laluan.

- Kata Ustaz Zaharudin, kita yang langgar sutrah orang seolah-olah kita ni kurang ajar dengan Allah s.w.t. kerana pada waktu solat, Allah s.w.t. memberikan tumpuan kepada orang yang solat. Tamsilnya, kita tengah sembang dengan Raja secara berhadapan, tiba-tiba ada sorang mamat mana ntah, tiba-tiba mencelah lalu antara kita dan Raja. Rasa nak flying kick, kan?

Lain maklumat cari sendiri bro... takat ni je yang aku tau dan amalkan. Kalau ada tambahan, sila-silalah kongsi... yo!!!

Monday, March 29, 2010

Sembang dengan Abang Hamdan

Pagi Ahad, lepas solat Fajr di masjid Tronoh, aku skip kuliah subuh sebab mata mengantuk. Semalam baru balik dari KL. Kejap lagi ada program pelajar sekolah menengah pula kat UTP. Singgah dulu kat mamak, pekena roti telur bawang dan teh tarik kurang manis.

Teh tarik kurang manis sampai dulu. Abang Hamdan yang merupakan orang kampung Tronoh, juga penjual ayam dan sayur kat pasar Tronoh senyum padaku sebaik sahaja dia turun dari motornya. Memang tadi sekali keluar dari masjid.

Aku tak biasa sembang dengan dia. Tapi kenal siapa dia. Topik kami bermula dengan kematian beberapa warga tua di kampung Tronoh. Kemudian masuk kepada topik tanah kampung Tronoh yang dijual beli. Ada yang nak dijual dengan harga RM170K siap dengan rumah batu. Ada pula yang telah dijual dengan harga yang murah RM50K. Di Taman Tronoh Jaya, yang terkenal dengan kandang babi besar disebelahnya pun sekarang harga dah naik, dari RM30K kepada RM50K untuk unit banglo. Itupun disebabkan kandang babi tu dah takde. Pindah.

"Lepas ni Abang Hamdan nak ke kebun..." kata beliau.

"Ada tanah kerajaan kat dalam tu, Abang Hamdan tanam macam-macam.... itu hari musim panas, Abang Hamdan cabut anak-anak pokok pisang tu sebab air takde... kumpul kat tepi-tepi... sekarang ni dah hujan Abang Hamdan masuk balik, tengok-tengok dah berakar dah anak-anak pokok pisang tu... Nak kena alih..."

"Tanah kerajaan?" aku bertanya kembali sambil mengerutkan dahi. Tanda mahu mendengar penjelasan dengan lebih lanjut.

--to be continued...

Sunday, March 28, 2010

KL Book Fair 2010

 Hari Jumaat ada meeting berkenaan dengan ESTCON yang julung-julung akan diadakan di KL Convention Centre pada 15-17 Jun 2010 nanti. Aku sebagai wakil unit logistik untuk sub-conference diwajibkan hadir meeting tu untuk selidik facilities yang ada di KL Convention Centre tu untuk planning. Event besar ni. Antara tetamu kehormat yang mungkin hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ex-Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Sambi menyelam minum air. KL Book Fair 2010 pun dah sampai pada penghujung jadi aku ambil kesempatan bawa bersama family ke sana. Sebelum-sebelum ni pun dah pergi tetapi in the capacity of UTP's staff, berobjektif mencari buku-buku berkaitan dengan Civil Engineering untuk dimasukkan ke dalam perpustakaan. Kali ni dengan family.

Bawa anak 4 orang. Memang jenuhhhhhh... tapi redah juga le. Hasil dari redahan, buku-buku ini telah dibeli:

  1. Membongkar aliran Islam liberal - Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa)
  2. La Tahzan Jangan Bersedih Don't Be Sad - Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Jasmin)
  3. Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia - Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Jasmin)
  4. Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi (Al-Hidayah)
  5. Stories of 25 Prophets - Ummu Zulaikha (Jahabersa)
  6. Ayop Anak Tulakang (Creative Enterprise Sdn Bhd)
  7. Pendekar Mato Tige (Creative Enterprise Sdn Bhd)
  8. Aku Budak Minang  (Creative Enterprise Sdn Bhd)
Buku-buku lain (terjemah) yang dicari tak jumpa semalam antaranya Al-Bidayah Wan Nihayah (Ibn Kathir), Talbis Iblis (Ibn Al-Jauzi) dan juga buku berkaitan dengan sejarah kerajaan Islam (khalifah Ar-Rasyidin hingga Ottoman Empire). Nak survey betul-betul pun tak sempat. Kejap anak-anak haus, letih, nak berak kencing semua cukup.

Dan kebetulan pada hari sama ada dibuat gathering kecil forummers al-fikrah.net, maka aku pun join sekali, sekejap. Sempatlah bergambar 2-3 keping.

Romi Sabihin ex-classmate MRSM Muar 91-92. Bersama di UTM Skudai tapi dia ambil Chemical Engineering. Sekarang jadi Manager of distribution Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd. Datang bersama isteri dan anaknya. It's good to see you bro! Ate nanti singgah Tronoh nengok motor-motor tu, telepon le teman yop!

Gathering al-fikrah.ne. Belah kiri tu saudara Mohd YaakobYunus, penulis beberapa buku agama. Dulu ikut kawan se-batch dalam band CHRONIC MASS (UIAM) tu...

Mohd Yaakob Yunus dan seorang lagi penulis (tak ingat nama penuh, sori Ustaz) yang menulis tentang kerajaan Ottoman. Dua-dua penulis punya buku aku tak jumpa (especially Yaakob punya).

Thursday, March 25, 2010

Hidup ini penuh liku

Ada turun, ada naik..


Ada gembira, ada sedih...


Ada rezeki, ada malapetaka...


In the end, mana penghujungnya?

Abu Sa`id Al-Khudri (May Allah be pleased with him) reported:

Messenger of Allah (PBUH) said: "The world is sweet and green (alluring); and verily, Allah is making you to succeed each other, generations after generations in it in order to see how you act. So beware of this world and beware of women".
[Muslim]

Wednesday, March 24, 2010

Kereta baru

Kereta pertama aku beli brand new. Sebelum ni beli 2nd hand.

Nissan Grand Livina.

Satu bulan setengah menunggu baru dapat. Tadi nampak iklan Grand Livina kat suratkhabar, MPV terlaris tahun 2009 (kategori seat 3 row). Aisey, aku ingatkan tak ramai beli. Penuh la Grand Livina kat jalanraya lepas ni.

Masa memilih, aku dah test drive Chery Eastar (yang merupakan 1st choice masa kat Australia lagi), Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Grand Livina aku test paling last.

Chery Eastar dan Toyota Innova pada aku terlampau besar tak berapa sesuai dengan anak-anak aku yang kecil. Proton Exora aku rasa macam enjin bunyi kuat sangat dan rasanya size besar tak sepadan dengan 1.5 cc. Perodua Alza, interior rasa macam tak berapa best. Aku prefer Avanza sebab size sesuai dengan enjin dan size tak terlampau besar .

In fact, aku dah bayar deposit RM3K untuk Avanza yang mana akhirnya aku cancel selepas aku test drive Grand Livina. Grand Livina aku rasa menepati citarasa aku. Size yang tak besar, enjin yang sepadan dan tak rasa macam "van" sangat bila masuk dalam.

Smooth driving. Aircond walaupun blower kat depan je (+blower kecik kat 2nd seat) tapi aku rasa memadai. Tambahan pula bentuk yang agak sporty dengan tambahan bodykit Impul.

Aku nak ulas panjang-panjang, tak reti. Kalau bagi aku CD sekeping, bolehlah aku ulas panjang-panjang.

Salesman Toyota kata aku boleh dapat refund RM3K tu, tapi dah nak masuk dua bulan check tak sampai lagi, apa sudah jadi? Minta nasihat sikit.

Tuesday, March 23, 2010

Program agama bersama Orang Asli di Batu 8, Tapah

Cuti sekolah 13-21 March lepas memang suffer sikit (sikit je) sebab MASIH takde kereta. Segala plan nak merayau satu Malaysia terpaksa ditangguhkan. Namun program agama bersama Orang Asli, aku dan wife dah letak nama.

Mungkin usaha doa wife aku yang menyebabkan kereta yang dibooking 1.5 bulan lepas keluar sehari sebelum program bermula. Program di Kampung Sungai Bot, Batu 8, Tapah 19-21 March.

Alhamdulillah, kereta yang masih dara tu telah kami henjak ke jalan yang penuh liku masuk 5 kilometer dari jalan besar ke perkampungan tersebut. Lima pasang suami isteri yang telah join. Group lelaki tinggal di dalam surau sedangkan para isteri tinggal di dalam rumah tuan rumah (tuan rumah lelaki join kami di surau).

Surau yang penuh dengan rahmat. Walaupun buruk tapi Allah s.w.t. tak tengok atas rupa tapi tengok banyaknya amal yang dibuat dalam surau.

Berbual dengan Orang Asli Islam di perkampungan ini. Dalam hampir 50 keluarga, cuma 5 keluarga je yang Islam.

Pagi (selepas subuh) yang menyegarkan.

Lama tak kena dengan cuaca bukit ni...

Jalan keluar ke jalan besar Tapah-Cameron Highlands. One way lane je sejauh 5km. Eh, kereta putih sape tu?

Jalan lagi masuk ke dalam. Ada 2 lagi perkampungan Orang Asli yang tak sempat nak buat program. Satu kampung sejauh 10km dan satu lagi sejauh 13 km. InsyaAllah next time boleh redah lagi dalam.

Surau yang dibina oleh kakitangan TNB. Moga jasa Tuan-Tuan diberkati Allah s.w.t. Gereja kat sini dah lama musnah kena hempap pokok kelapa dan takde gereja baru. Cuma ada surau ni je walaupun keluarga Islam 5 out of 50. Moga jadi sumber hidayat kepada seluruh penduduk kampung ini.


Bahkayak. Nama anjing penunggu surau. Anjing memang banyak kat sini yang dibela oleh penduduk tempatan. Jinak. Makanan kami yang tak habis, memang jadi habuan Bahkayak.

Ayam kampung yeaaaa... last day. Beli ayam kampung 4 ekor dari seorang pakcik. Masak tomyam. Yummy!

Dunia untuk manusia. Termasuklah ayam ni. Tapi manusia untuk siapa? Untuk Allah s.w.t.!

Noordin. Satu keluarga masuk Islam lebih kurang 20 tahun yang lampau. Juga merupakan muazzin tetap surau. Masih mencari calon isteri (kalau ada syor, pass kat aku).

Out of topic kejap... Isa sambut harijadi ke-3 dengan kek coklat RM9.90. Dia nak semua tu, sikit pun tak nak kongsi. Salah cara sambut tu Isa wehhh...

-----------------------
Orang Asli di Tapah memang perlukan usaha tuan-tuan untuk dekatkan mereka pada agama. Sepanjang program kami, ramai wanita-wanita yang datang kepada isteri-isteri kami untuk belajar asas agama. Antara lain bab istinjak dan juga baca Al-Quran. Sampai satu tahap tu, 25 orang wanita bersama dalam rumah yang kecil, semata-mata nak belajar agama. Subhanallah.

Mereka memang mengalu-alukan kedatangan Tuan-Tuan atas agama. InsyaAllah kita sama-sama azam jadi pembantu kepada agama yang hak ini!

Dunia sementara, akhirat kekal abadi.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

Monday, March 22, 2010

Bangsawan TUAH HANG JEBAT April ini!


Aku dah beli tiket. RM5 je. Rakyat Perak kena pergi tengok ni.

Ini pengalaman kedua. Pengalaman pertama walaupun tak berapa sangat tapi masih ada harapan.

Tarikh: 10 & 11 April 2010
Tempat: Multipurpose Hall (MPH), UTP
Masa: 8.30 mlm
Tiket : RM5
Email: tts.utp@gmail.com



Tuesday, March 16, 2010

Penjelasan 'layman' kepada artikel iman dan lojik

Penafian: Ini adalah jawapan layman dari seorang yang bukan ustaz. Untuk jawapan yang lebih tepat dan bernas, sila dapatkan dari mereka yang ahli.

--------------------
Artikel asal Iman dan Lojik

Asas kepada persoalan penulis adalah perlunya iman kepada seseorang Islam namun pada masa yang sama ia mestilah selari dengan logik. Penulis mengatakan bahawa hanya Al-Quran yang layak untuk menceritakan hal-hal yang tidak logik kerana ia datangnya dari Allah. Sedangkan hadith-hadith itu bukan dari Allah s.w.t. dan boleh saja ada yang tidak tepat bahkan palsu.

Memang wujud hadith-hadith yang daif dan palsu. Dan hadith-hadith tersebut telah disisihkan dan dihalusi supaya jelas di mana kecacatan itu berlaku, samada pada matan mahupun sanadnya.

Penulis mengatakan Sahih Bukhari adalah tidak setaraf dengan Al-Quran dari segi kemaksumannya. Dengan lain perkataan, Sahih Bukhari boleh saja timbul kecacatan (ie palsu/daif jiddan) disebabkan ianya bukan datang dari Allah s.w.t. Saya merasakan bahawa penulis bersangka bahawa perawi yang membawakan matan tersebut mungkin tersilap.

Untuk menegakkan argumen beliau, penulis membawakan hadith tentang Rasulullah s.a.w. yang maksum itu masih boleh disihir. Bantah penulis, Rasulullah s.a.w. adalah maksum, maka MUSTAHIL Rasulullah s.a.w. boleh disihir.

Di sinilah kesilapan fatal penulis dalam memahami diri Rasulullah s.a.w. sebagai pesuruh dan utusan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman,
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.(Surah al-A’raf: 188).
Rasulullah s.a.w. adalah makhluk seperti makhluk yang selainnya. Jika ada superpower pada Baginda s.a.w., itupun adalah semata-mata dengan kurniaan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. juga adalah manusia biasa pada kebanyakan masa, sesuai dengan sebab Allah s.w.t. menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ikutan.

Jika menggunakan logik, mengapa disusahpayahkan usaha membawa agama ini kepada Rasulullah s.a.w.? Bukankah lebih baik jika Rasulullah s.a.w. menggunakan jampi yang mana apabila digunakan, maka Islamlah si kafir yang didakwahkan. Tidak perlu Rasulullah s.a.w. berdarah-darah dibaling baru sewaktu di Taif atau dimaki hamun di Mekah. Mungkin Baginda s.a.w. cukup sekadar menuding jari, maka orang yang ditudingnya itu mendapat hidayah dan masuk Islam.

Disebalik ketiadaan superpower Rasulullah s.a.w. seperti yang diharapkan, ia sepatutnya mengundang persoalan tentang begitulah kehendak Allah s.w.t. dalam beragama iaitu pengorbanan. Jika Rasulullah s.a.w. diberi superpower dalam usaha agama, sebagai contoh, jampi tersebut, sudah tentu jejak langkah itu tidak dapat dilakukan oleh kita. Maka ramailah yang beralasan bahawa, kerja dakwah itu hanya Rasulullah sahaja yang layak kerana beliau ada superpower sedangkan kita tidak!

Kelemahan Rasulullah s.a.w. yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. itu juga untuk menunjukkan bahawa sebesar mana pun seseorang manusia itu disisi Allah s.w.t., tetap dia seorang makhluk yang mengharapkan belas ihsanNya. Ini sudah tentu untuk mengelakkan Rasulullah diangkat terlampau tinggi hingga setaraf dengan Allah s.w.t. seperti yang telah terjadi pada orang Kristian yang mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah s.w.t. (nauzubillah)!

Keterlampauan superpower pada Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan agama ini menjadi impossible untuk dipraktis! Itulah ketinggian hikmah Allah s.w.t. dalam meletakkan Rasulullah s.a.w. kepada benchmark manusia biasa. Supaya kita dapat mendapat contoh praktikal yang boleh diikut.

Saya percaya penulis bukanlah seorang yang menolak hadith tetapi telah timbul sedikit kekeliruan dalam memahami hadith-hadith yang dilihat sebagai tidak logik pada fikiran beliau. Dalam agama, kadang-kadang logik harus ditolak, bukan kerana ia tidak logik, tetapi logik kita tidak sampai kepada logik yang sebenar. Logik dalam agama, kadang-kadang tidak direct, tetapi berlapis-lapis yang memerlukan penelitian dan pemerhatian. Untuk kita yang tidak mempunyai keupayaan, gunakanlah alim-ulama kita yang ada. Jangan jadikan mereka idle tetapi manfaatkan ilmu mereka dengan soalan-soalan yang ilmiah.

Rujukan
http://drmaza.com/home/?p=1032

Monday, March 15, 2010

myMetro | Ulat parkir calar kereta


myMetro | Ulat parkir calar kereta
KUALA LUMPUR: “Aku tak bertanggungjawab jika sesuatu berlaku pada kereta kau!” gertak seorang ‘ulat parkir’ berikutan keengganan seorang wanita membayar sejumlah wang kepadanya, walaupun mangsa meletakkan kereta di kawasan yang mempunyai mesin parkir automatik.

Menurut mangsa, dia ke sebuah pejabat kerajaan berhampiran bangunan Sultan Abdul Samad atas urusan kerja dan meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta yang sedia ada berhampiran bangunan itu, kelmarin.

“Walaupun ada mesin di situ, saya mempertikai tindakan lelaki terbabit yang meminta wang bayaran meletak kereta.

“Lelaki itu mengugut seolah-olah akan melakukan sesuatu ke atas kereta saya berikutan keengganan menurut kehendaknya” katanya yang bertugas sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan di sini.

Khuatir dengan ugutan itu, mangsa berusia 25 tahun itu menghubungi talian aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadu dan mendapatkan penjelasan berkaitan aktiviti haram yang dijalankan di situ.

Difahamkan, mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi pihak terbabit, seterusnya menuju ke sebuah bilik operasi DBKL berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.

Dia turut mendakwa tidak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pegawai yang bertugas ketika itu walaupun menceritakan kejadian yang menimpanya.

“Jawapan yang saya terima daripada pihak terbabit amat mengecewakan, malah operator aduan ketika dihubungi tak tahu istilah ‘ulat parkir’ dan menyangka saya diganggu ulat pokok,” katanya yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Lebih mengecewakan, kereta mangsa turut terdapat kesan dicalar dipercayai dilakukan ‘ulat parkir’ terbabit sejurus selepas mangsa selesai menjalankan urusan kerjanya.

Ini berikutan, selepas kejadian, wanita itu mendakwa lelaki terbabit senyum ke arahnya seolah ‘puas hati’ dengan tindakannya sebelum menghilangkan diri.

Tanpa menuding jari kepada pihak berkuasa, mangsa memohon pihak berkuasa tempatan menjalankan pemantauan yang lebih kerap di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan ‘ulat parkir’ bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, malam kelmarin.
Suatu tengahari yang panas, aku ikram keluargaku di Ipoh. Pakai MyVi adik perempuan sementara nak menunggu kenderaan yang dibooking tapi tak keluar-keluar lagi (sampai sekarang tak keluar aiyaaaa...)

"McDonaldsssss..." sehati sejiwa anak-anakku berteriak. Memang sudah difahami. Di Australia dulu tak boleh nak makan. Semuanya tak disembelih. Sekadar meleleh tengok signboard je.

Ditengah-tengah bandar Ipoh, restoran McDonald's yang ada cuma di Jalan Mustapha AlBakri bertentangan dengan Super Kinta (apa cerita eh? lama tak singgah).

Halangan utama, hendak mencari tempat parkir (kenapa pakai perkataan ni, aku pun tak pasti - pakar bahasa, please help?). Tetapi tetap tidak mustahil dalam keadaan sesak tengahari ini. Yang perlu buat, ialah buat pusingan 2-3 kali dah berharap doa dimakbulkan.

"Yessss..." tanpa lengah lagi, ruang kosong parkir berdekatan dengan McDonald's terus aku penuhkan.

***********

Puas semua. Masing-masing makan burger dan melecahkan mulut masing-masing dengan aiskrim. Tiba masa untuk pulang ke rumah!

Seorang tua melangkah pantas ke arahku yang sedang bersiap-sedia nak masuk ke dalam kereta.

"Takpe, saya boleh keluar sendiri" kataku.

Dia berdiri tegak tidak berapa jauh dari belakang keretaku dengan pandangan yang tajam.

"Takpe, saya boleh keluar sendiri" kataku mengulangi. Mungkin dia tak mendengar. Atau mungkin dia mendengar sesuatu yang lain dariku?

"AKU TAU LAAA... AKU BUKAN BUAT KACAU PUN!!!!" jerit si tua tersebut. Jeritan yang mengatasi hingar deruman kereta di sekitarnya.

Yang aku tau lepas ni, kawasan itu memang aku akan elak sedaya upaya untuk parkir. Sekurang-kurangnya, kalau nak parkir pun, kena toleh kiri kanan untuk elak bertembung dengan si tua tersebut.

Sunday, March 14, 2010

The wait will be over!!! AIRBOURNE new album!

Yeaaaaa....

Australian pub-rock! Ramai yang berfirasat, pencennya AC/DC, maka AIRBOURNE akan ambil alih!

No Guts, No Glory. Begitulah tajuk album kedua Airbourne yang mengambil langkah drastik beberapa tahun dahulu untuk berhijrah ke USA untuk mencari peluang yang lebih baik (aku sempat menonton farewell tour mereka di Adelaide - SINI). Dan memang langkah yang bijak kerana populariti mereka melonjak ten folds!

Australian rockers Airbourne are pleased to announce No Guts, No Glory as the title of their second album for Roadrunner Records. The album is set for release on April 20, 2010. No Guts, No Glory was recorded in Chicago with noted producer Johnny K (Disturbed, 3 Doors Down, Staind). The band relocated from their shared home in Warrnambool and moved into K’s spacious studio to record the album.

Frontman Joel O’Keefe says, “Working with Johnny was great, he's one of the boys. We basically just set up all the gear, chucked a few mics around and went for it! Good times!” Brother and drummer Ryan confirms the precarious microphone placement, “With this album, we threw the mics all over the building, left the doors and windows open and pressed record!"

Airbourne, known for their adrenalized, “work hard, play harder” style of rock, will embark on a two-month European tour in early February that will span two months and kick off with several UK dates. The band will commence US touring of major markets beginning in April. They will live on the road through the summer.

No Guts, No Glory follows up the band’s 2008-released debut, Runnin’ Wild, which went on to scan upwards of 250,000 units worldwide and earned the band heaps of critical accolades. Here’s a sampling of what the press had to say about Airbourne:

“Runnin' Wild, Airbourne's debut, is a smorgasboard of sledgehammer riffs, crass sex puns, and boozy sing-alongs.” –Spin

“The latest thunder from Down Under” –Billboard

“This fearsome Aussie foursome ...never stray from their ‘have a good time, all the time’ message.” --Revolver

“Airbourne are completely about having fun, sweating, drinking, and playing their hearts out until you collapse into a heap.” –Hit Parader

“Unabashedly fun and ballsy.” –ARTISTdirect.com




Album yang definitely aku tunggu tahun ni!

Saturday, March 13, 2010

Tahniah kepada pelajar cemerlang SPM!

klik untuk imej lebih besar/jelas.

Apa laga? Apply le.

Berjaya SPM bukan bermakna berjaya dalam Uni (ikut pengalaman aku). Stail pembelajaran di Uni amat berbeza dengan di sekolah. So hati-hati ye dan JANGAN PERASAN dengan 10A-15A yang tercetak dekat slip tu. Anytime you can fall.

p/s: iklan blog ni tak masuk KPI pensyarah. Ini adalah khidmat masyarakat yang ikhlas. Harap maklum.

Wednesday, March 10, 2010

Adab buka pintu


"Ladies first"

Mungkin itulah first impression apabila kita membuka pintu untuk orang lain.

"Thanks and please get out!"

Itu pun boleh jadi juga.

Namun, di Australia, membuka pintu untuk orang lain adalah budaya mereka. Jika kita di belakang seseorang yang sedang membuka pintu, beliau akan menunggu kita sehingga lepas barulah dia melepaskan pintu tersebut. Paling kurang pun kalau si pemegang pintu tak bersedia, beliau akan memegang daun pintu hinggalah kita mengambil alih memegang daun pintu.

Budaya ini universal di sana. Tidak perlu menunggu orang itu wanita atau kanak-kanak. Responsnya tetap sama. Jika anda di hadapan, anda kena pegang daun pintu hingga selesai semua melepasinya.

Jika tidak menunggu, iaitu terus melepaskan daun pintu ketika ada orang di belakangnya, maka ia dianggap satu perlakuan yang kurang ajar dan tidak menghormati orang lain. Andai berlaku secara tidak sengaja, akan diucapkan "Sorry".

Orang yang dipegang daun pintu tersebut untuknya patut mengucapkan "Thank you" ataupun "Thanks" ataupun "Cheers" ataupun apa-apa perkataan yang menggambarkan penghargaan. Dibalas dengan ucapan, "No worries" atau "That's alright". Sudah tentulah ianya diucapkan dengan senyuman.

Aku pasti amalan ini dilakukan secara umum oleh rakyat Australia. Tak kira samada dia seorang budak baik mahupun gangster Hell's Angels.

Aku cuba bawa budaya ini ke tempat sendiri. Seorang daripadanya terpinga-pinga kerana tak faham dan seorang lagi menolak aku ke dalam, juga tidak faham. Mungkinkah aku orang yang pertama dalam sejarah hidup mereka untuk melakukan ikram sedemikian?

Kita sangka sebagai orang nusantara, kita sudah penuh (dan lemas) dengan adab baik dan budi pekerti. Namun masih ada lagi ruang untuk ditambah dengan amalan baru (dan Barat) yang baik.

Monday, March 08, 2010

BERWASPADA TERHADAP HADIS-HADIS MAWDU’ TENTANG CINCIN DAN PERMATA

Keharusan memakai cincin sebagai perhiasan adalah satu perkara yang tidak dinafikan. Tetapi bagi penjual-penjual batu permata, mereka perlu melariskan jualan mereka dengan pelbagai cara termasuklah mencipta bermacam-macam riwayat yang palsu tentang batu permata cincin. Antara riwayat yang pernah direka ialah tentang kelebihan memakai cincin dan khasiat beberapa jenis permata.


Oleh itu hendaklah berwaspada dengan kelebihan-kelebihan sesetengah permata yang kononnya mendatangkan khasiat tertentu sehingga kita mempercayainya. Pada hal apa yang dinyatakan adalah riwayat-riwayat palsu semata-mata.


Antara kaedah untuk mengecam hadis mawdu’ ialah riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu seperti permata `aqiq dan lain-lain atau kegunaan dan khasiatnya. Ibn al-Qayyim menyatakan:


ومن ذلك أحاديث التختم بالعقيق قال العقيلي لا يثبت في هذا شيء عن النبي صلى الله عليه و سلم


“Di antaranya (hadis-hadis palsu) ialah hadis-hadis tentang memakai cincin bermata ‘aqiq. Al-‘Uqayli berkata: “Tidak sabitpun satu hadis daripada Rasulullah s.a.w.”
(al-Manar al-Munif, hal. 132)


Riwayat pertama:

تختموا بالعقيق فإنه مبارك


“Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq kerana ia diberkati.”

Al-‘Uqayli menyebutkannya dalam Kitab al-Du’afa` melalui tariq Ya’qub bin al-Walid al-Madani dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa` al-Rijal menyebutkannya melalui tariq Ya’qub bin Ibrahim al-Zuhri.


Al-‘Uqayli menyatakan bahawa berkenaan dengan perkara ini tidak sabitpun satu hadis daripada Rasulullah s.a.w. (Kitab al-Du’afa` al-Kabir, hal. 1552)


Ibn al-Jawzi menyebutkan riwayat ini dalam kitab al-Mawdu’at dan mengatakan Ya’qub pendusta besar yang mereka hadis.


Al-Zahabi mengatakan, Ahmad berkata: Dia (Ya’qub) adalah dari kalangan pendusta besar, mereka-reka hadis. Kemudian al-Zahabi menyebutkan hadis ini. (Mizan al-I’tidal, jil. 7, hal. 282)


Ibn ‘Adi berkata: “Ya’qub bin Ibrahim ini tidak dikenali, tidak ada yang menjadi mutabi’ kepada hadisnya. (al-Kamil Fi Du’afa` al-Rijal, jil. 8, hal. 474)


Di tempat lain, Ibn ‘Adi menulis: “Ini hadis Ya’qub bin Ibrahim, walaupun dia da’if dalam meriwayatkan daripada Hisham bin ‘Urwah tetapi Ya’qub bin al-Walid telah mencuri riwayat ini daripadanya. (al-Kamil, jil. 8, hal. 471)


Riwayat kedua:

تختموا بالعقيق فإنه ينفي الفقر


“Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq kerana ia menyingkirkan kefaqiran.”

Ibn al-Jawzi menyebutkan riwayat ini dalam al-Mawdu’at daripada riwayat Ibn ‘Adi daripada al-Husayn bin Ibrahim al-Babiy. Ibn al-Jawzi berkata, Ibn ‘Adi mengatakan, riwayat ini batil dan al-Husayn itu majhul tidak dikenali.


Al-Zahabi dalam al-Mizan mengatakan hadis ini mawdu’. Husayn ini tidak diketahui siapa dan boleh jadi ini rekaannya. (Mizan al-I’tidal, jil. 2, hal. 283)


Riwayat ketiga:

تختموا بالعقيق فإنه أنجح للأمر ، واليمنى أحق بالزينة


“Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq kerana ia lebih mendatang kejayaan dalam urusan dan tangan kanan lebih berhak dengan perhiasan.”


Di bawah biografi al-Husayn bin Ibrahim al-Babiy, Hafiz Ibn Hajar mengatakan hadis ini mawdu’ dan al-Husayn itu tidak diketahui tentang dirinya dan boleh jadi ini rekaannya.

(Lisan al-Mizan, jil. 2, hal. 268)


Riwayat keempat:

تختموا بالخواتم العقيق فإنه لا يصيب أحدكم غم ما دام عليه


“Pakailah cincin dengan batu ‘aqiq kerana selagi seseorang memakainya ia tidak akan ditimpa kegundahan.”


Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daylami Musnadnya (jil. 2, hal. 32) melalui tariq ‘Ali bin Mihrawayh dan dalam sanadnya ada Dawud bin Sulayman al-Jurjani al-Ghazi. Berkenaannya al-Zahabi menulis: “Yahya bin Ma’in mengatakan bahawa dia seorang pendusta dan Abu Hatim tidak mengetahui tentang dirinya. Ringkas kata dia seorang shaykh yang pendusta besar dan mempunyai satu nuskhah yang direka atas nama ‘Ali bin Musa al-Rida. (Mizan al-I’tidal, jil. 3, hal. 12). Hal ini juga dinyatakan oleh al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah (hal. 252) dan al-‘Ajluni dalam Kashf al-Khifa` (jil. 1, hal. 300)


Riwayat kelima:

من تختم بالعقيق لم يزل يرى خيرا

“Sesiapa yang memakai cincin dengan batu ‘aqiq akan sentiasa mendapati kebaikan.”

Dalam sanadnya terdapat Abu Bakr bin Shu’ayb daripada Malik bin Anas. Beliau ya’ni Abu Bakr meriwayatkan daripada Malik sesuatu yang bukan daripada hadisnya (ya’ni menyandarkan kepada Malik hadis-hadis yang tidak diriwayatkannya. (al-Zahabi, Talkhis al-Mawdu’at, hal. 154)


Riwayat keenam:

تختموا بالزبرجد ، فإنه يسر لا عسر فيه


“Pakailah cincin dengan batu zabarjad kerana ia mendatangkan kemudahan dan tiada kesukaran padanya.”


Al-Sakhawi menukilkan bahawa Ibn Hajar mengatakan, ini hadis mawdu’. (al-Maqasid al-Hasanah,. hal. 251)


Riwayat ketujuh:

تختموا بالزمرد فإنه ينفي الفقر


“Pakailah cincin dengan batu zamrud kerana ia menyingkirkan kefaqiran.”

Al-‘Ajluni menyatakan hadis ini diriwayatkan oleh al-Daylami daripada Ibn ‘Abbas dan ia tidak sahih. (Kashf al-Khifa`, jil. 1, hal. 299)


Riwayat kelapan:

أكثر خرز الجنة العقيق


“Kebanyakan manik dalam syurga daripada batu ‘aqiq.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya` di bawah biografi Salm bin ‘Abdullah al-Zahid. (jil. 8, hal. 281)


Al-Zahabi juga menyebutkan riwayat ini di bawah biografi Salm bin ‘Abdullah al-Zahid dan menukilkan pendapat Ibn Hibban yang menda’ifkannya. (Mizan al-I’tidal , jil. 3, hal. 264)

صلاة بخاتم تعدل سبعين بغير خاتم


“Sembahyang dengan memakai cincin menyamai tujuh puluh sembahyang tanpa memakainya.”

Al-Sakhawi sependapat dengan Ibn Hajar yang mengatakan, hadis ini mawdu’. Sama seperti ini, hadis yang dinyatakan oleh al-Daylami dari Ibn ‘Umar secara marfu’

صلاة بعمامة تعدل بخمس وعشرين وجمعه بجماعة تعدل سبعين جمعة


Sembahyang dengan berserban menyamai dua puluh lima kali sembahyang dan dipakai pula ketika sembahyang berjemaah menyamai tujuh puluh sembahyang Jumaat.


Dan juga mawdu hadis yang diriwayatkan daripada Anas secara marfu’

الصلاة في العمامة تعدل عشرة آلاف حسنة


Sembahyang dalam keadaan berserban menyamai sepuluh ribu kebaikan.
(al-Maqasid al-Hasanah,. hal. 251)


Disediakan oleh Muhammad Hanief bin Awang Yahaya untuk www.darulkautsar.net

maksud marfu'

Sunday, March 07, 2010

Aku nak buat kenduri...


tapi tak tau lagi bila heheh... tajuk bagi suspen sikit. Sekarang elemen suspen penting. Baik drama horror, thriller bahkan drama tear-jerker sekali pun.

(syoh... kucing liar masuk rumah)

Nak buat BBQ. Set BBQ tu pun masih dalam kotak (sealed from Australia). Tak buka lagi pun.

Berbeza dengan Australia yang cuacanya lebih friendly, kat sini kena cari masa yang sesuai sikit le. Nanti panas ataupun hujan.

Jemputan pertama sudah tentunya jiran-jiran selorong dengan rumah aku. Oleh kerana azam nak buat BBQ secara berkala, next will be orang masjid Tronoh.

Dah femes nanti, dan orang dah mula ketagih dengan BBQ, aku charge le pulak. RM10 per head. HAHAHAHA... (tapi niat aku ikhlas).

Saturday, March 06, 2010

The Final Frontier

Sungguk suspek!

Steve Harris pernah kata IRON MAIDEN punya album takat 15 album je. The next album (yang telah dirakamkan) pulak tajuknya, THE FINAL FRONTIER. Full-fledged North American Tour to follow.

Ramai peminat yang risau dengan tajuk FINAL tu. Spekulasi hangat sedang berlaku di official forum (berbayar).

Peminat tegar nusantara, deaf angel pun dah mula kumpul tisu 4-5 kotak untuk menunggu 'masanya'. Kalau reference point kita macam deaf angel pun dah macam tu, what do we (orang kebanyakan macam aku ni) expect?

Prepare for the worst!

Tapi aku tetap rasa bertuah kerana antara peminat-peminat IRON MAIDEN kat belah Malaysia/Singapore ni, aku berpeluang tengok mereka perform DEPAN MATA!!! PRICELESS!!! Nak kiranya, lagi ramai yang lebih die-hard fan dari aku. Apa lagi budak-budak 16-17 tahun yang baru discover, betapa masyuknya IRON MAIDEN, baru dengar 2-3 album dan prepare nak follow for the rest of their live... tiba-tiba, the end?

It's time to rediscover... kena pasang discography IRON MAIDEN. Kalau pun bukan bertujuan untuk mengenang, sekurang-kurangnya preparation untuk tarikh rilis album ni. Excited? Sedih?

Friday, March 05, 2010

Aku Mat Thrash : Cara Hidup

oleh: Rafi Promaster

Thrash adalah satu cara hidup. Itulah realitinya. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab kita ni dan aku sendiri dah dibesarkan oleh Thrash. memanglah mak dan ayah ada terlibat, tapi thrash sebenarnya memain peranan yang penting mencorakkan kehidupan kita. Bangun pagi, fikir thrash..hari ini aku nak pakai baju apa ya?..baju pagoda logo metallica merah ke ataupun Exodus tampal dengan tengkorak berapi kelip-kelip? Tengahari fikir thrash..kalau Cliff Burton tak mati kan best. Petang fikir thrash..Adik balik dari Singapura mesti bawak merchandise..dengar cita Bathory. Malam dan nak tidur pun fikir thrash. Boleh kata seharian hidup kita memang berkisar tentang thrash. Dan thrash adalah simplicity, intelligent, DIY, friendship, rebellion, dreams but above all thrash adalah kejujuran. Kita jujur dengan diri kita. Dalam segala apa pun aspek, tak ada yang boleh mengatasi thrash dalam isu kejujuran. Kita jujur menjadi thrasher atau metallers. Kita jujur melakukan apa saja demi thrash. Saat itu kita boleh meninggalkan awek kita demi thrash.Sebab itu sesetengah kita cuba lari dari cara hidup ini, walaupun ada yang berjaya keluar tetapi kebanyakannya tetap tak boleh buang sifat thrash yang ada dalam diri kita ini. Tetap berpatah balik kepada cara hidup ini walaupun hanya sedikit. Dah cari darah daging.

Pada awal pembabitan aku dalam arena thrash ini, aku cuma minat akan lagu dia. Aku tak tahu pasal apa? Kalau diikutkan memang lagu jenis ni bingit dan iramanya tak merdu. Tapi pasal apa orang macam kita ni meminati muzik jenis ini? Aku rasa sebab kita ni lebih pada golongan pemberontak atau pembangkang. Kita ni tertarik dengan cara penyampaian dan lirik-lirik yang ada didalam lagu-lagu jenis ini. Ianya lebih bersifat ketidakpuashatian dan sarcastic. Harus diingat kesemua pemain muzik tak kira muzik apa adalah artis..ART. Seni. Frustration kita, kemarahan kita, kita salurkannya kesini. Memang best, ketuk drum dah boleh release tension, buat suara gore dah boleh lepas geram, solo guitar boleh membawa kita ke alam lain, headbanging ibarat memberikan sepenuh jiwa kita kepada thrash. Dan inilah yang kita mahu. Kita tak boleh releasekan bila dengor lagu ULAN..Bandar Tasik Selatan, takkan nak headbanging kot? Beat drum 1-2, 1-2 lagu Salim Suci Dalam Debu tak boleh nak bagi kepuasan dalam perbuatan mengetuk. Tapi solo Hillary memang aku respect.

Secara perlahan unsur thrash mula meresap masuk. Kehidupan thrash adalah serba sederhana. Seluar jean, kalau boleh koyak tu tak payah tampal. Ada juga kawan aku yang cuba mengoyakkan lutut seluar jean kat batu di waterfall. Dengar cerita dari yang expert, batu boleh bagi real effect kat koyak tu. Baju Tshirt. Kasut, janji hitam. Kalau pakai selipar tu kira thrash miskin la..tapi tetap thrash. Simple but very-very intelligent. Contoh terdekat adik aku G Dreamstone. Dia sanggup berenti sekolah tingkatan tiga untuk main gitar. Kira solo Beat It tu memang kami punya God la. Kena penangan Hammet dan Kerry King lagi membuatkan dia bercita-cita untuk menjadi seperti mereka. Jadi, masa dia berenti tu English dia memang hancus. Tapi disebabkan dia thrash, dia terpaksa belajar perkataan english di dalam lyric untuk memahami lagu-lagu itu. Dan dia terpaksa belajar main gitar walaupun dia tak ada gitar untuk menrealisasikan impian dia. lama kelamaan dia terrer dan pada gig kami yang lepas di Kuala Lumpur, bagi aku dream dia pada hari dia cakap kat mak aku dia nak berhenti sekolah sebab nak main gitar tu, dah menjadi realiti kerana dia dapat memainkan gitar sendiri yang diidamkan dari dulu lagi and i am very..very proud of him. Bukan macam sekarang. Semua ada, dari kolej dan biasiswa dan juga program-program anjuran kerajaan untuk memajukan muzik tanah air ini. Aku cakap kat korang, kalau dulu macam sekarang, Metal can be one of the biggest music industry in Malaysia. Bukan cakap besar tapi korang semua tengoklah sendiri. Zine-zine editor terpaksa menfotostatkan interview dan review diaorang dengan wang sendiri di kedai fotostat, sekarang semua rumah ada mesin print, semua ada blog, semua ada digital camera, semua ada youtube dan facebook networking. Semuanya telah diberi. memang aku respect sapa yang buat zine ini dulu.

Kebanyakan mat thrash ini adalah mat bangsat(mat tak ada duit). Kebanyakannya datang dari keluarga sederhana, tidak mewah termasuk aku. Memang kami tak pernah ada duit. Belanja sekolah 40sen, beli nasilemak dua posen, minum air paip. Lebihnya 20 posen simpan untuk main game hari sabtu dan ahad kat Komplek Yik Foong. Dah kerja pun macam tu jugak. gaji tak kemana, main game ataupun makan laksa ah so pada minggu pertama lepas dapat gaji. Minggu-minggu yang lain, samada tunggu saki baki member yang kepang(kaya) sikit ataupun hanya melihat laksa atau mee masuk mulut mereka dan menahan air liur sambil bersembang. Selalunya yang kepang ni macam adik Glottis, Daei, Is Glottis ataupun Lorenzo yang baru balik dari KL. Tapi diaorang ni tak pernah kemut(kedekut). Kalau diaorang kaya banyak diaorang belanja, kalau kaya sikit, jadi tong sampah la..mamat-mamat yang bangsat ni. tapi kadang-kadang aku pun pernah jadi kaya jugak. Masa sekolah aku kaya sebab jual helaian mukasurat buku blue Hong Kong yang aku beli kat panggung Grand dan dijual kepada Singh kemaruk classmate aku. Tiap-tiap hari aku carik satu muka dan aku jual 3 atau 5 ragok(ringgit) satu helai. Memang singh tu beli. tak tahu mana dia dapat duit tu. Jual bapak dia punya lembu kot? "Singh, ini minggu sudah tiga ekor lembu kita hilang..anda tak perasaan ke? tanya bapak dia.

Mat Thrash ni memang tak popular dikalangan awek-awek. Mana taknya, salah satu faktor adalah cara berpakaian dan rupa diri. Manalah awek nak kalu rambut pendek kerinting tu dibelah tengah macam hippies. Tshirt pulak gambo hantu. satu lagi faktor, biasalah..kewangan. Nak makan mee pun tumpang kawan, inikan pula nak belanja awek. Nak belanja tambang bas pun tak mampu. Takkan nak kayuh basikal bawak awek pergi pekan. Malu dengan mat-mat BROS anak-anak orang kaya tu. satu lagi adalah kerana wujudnya semangat setiakawan dikalangan mat thrash ni. Kami sanggup tinggalkan awek dari tinggalkan kawan. Apa yang awek boleh beri kepada kita. Nothing. At that time, maksud aku time kegemilangan thrash la bukan sekarang, tak ada. Awek tak boleh offer lebih baik dari kawan-kawan. Awek tak boleh lepak sampai pagi, awek tak boleh belanja mee, awek tak suka tshirt hitam gambo hantu keluar daripada air, awek tak suka main game dan paling utama sekali, awek tak suka lagu thrash. Mana boleh masuk. Sebab itu kami memang tak pernah ada awek. Tapi ada la awek-awek dari kalangan kawan kami ( kawan yang tak thrash tapi support kat Gig) yang kadang-kadang datang melepak. Memang gembira time tu. Yalah..selalu sembang pasal Kerry King atau Angelripper, tiba-tiba ada awek. Bolehlah buat lawak yang merapu. Masing-masing tunjuk terrer melawak. Tapi ada juga yang control macho. Tapi awek-awek yang datang melepak tu semua top class. Memang cun. Sorang seiras Normala Samsudin..awek Kilon(Insani Taib). dan sorang lagi macam anak mat salleh, awek Pegang. Tapi yalah. boyfriend depa ni semua anak orang kaya. Macam kami yang betul-betul thrash ni harap tengok muka sajalah.

Gig merupakan satu event yang paling dinantikan. Maklumlah bukan senang nak dapat gig time tu. mana ada sangat disko dan kelab-kelab yang mahukan muzik jenis ni dimainkan. Jadi konsert funfair anjuran Pak Syed sentiasa kami tunggu. Pak Syed ni pulak pandai. Dia tahu kami ni kemaruk(beria) gig. Macam mana dia tahu. Tiap kali jamming. studio kecik dia akan penuh dengan band boy dan peminat headbanging kat dalam. Kadang-kadang sampai rosak air cond dia. maklumlah sampai duapuluh orang dalam tu, headbanging. Pogo pun ada. Itu kalau ada mat skate la. Tapi setiap minggu, kami lah yang melakukan studio dia ni. Satu persatu band kami jam. Kadang-kadang sampai lima jam kat Studio SYJ dia kat Bazar Bulat. Kalau letih lepak luar hisap rokok atupun try skate mat skate(Irwan Fahmi, Joe, Pegang). Time gig ni ramai lah thrasher full time dan part time berkumpul. Yang hardcore sikit kat depan stage pogo, yang thrash depan sekali headbanging. Yang ada awek kat belakang la. Tapi ada satu gig yang paling aku menyesal main. Kami kena cover sebelum persembahan Awie di Funfair Tronoh. Memang memalukan.. Bayangkan lu mainkan lagu Venom, slayer dan Sodom to the group of people that only knew that rock is the heaviest. Semua orang terlopong. Ada yang mengutuk. Nasib baik ada tiga empat orang Indon yang terlebih advance daripada makcik, pakcik, awek, mat rock dan kanak-kanak yang ada disitu. Indon tu aje yang banging. Memang memalukan, sampai mat ponek yang jaga parking kereta kat situ pun mengutuk. "Apalah band tadi, lagu apa yang diaorang nyanyi, memalukan masyarakat saja." tak sedar dia tu lagi teruk.

Oklah aku pun nak tidor. Besok another day. Bini aku dah mengamuk. Anyway thanx for reading all my stories.

Calopi.

Basikal tahap PhD


Tak ingat siapa dia, tapi aku ingat tamsilan* dia sampai sekarang.

Bachelor degree
Belajar tentang basikal secara keseluruhan. Apa guna seat (tempat duduk le... tahniah kerana betul jawapan), mana nak cucuk seat tu kat frame. Tayar ada berapa biji? Lampu malam nak kena letak ke tak?

Master's degree
Kaji/belajar hal mengenai tayar basikal dengan detail. Tayar je. Lain tak kira. Berapa radius tayar tu? Frame tayar nak pakai apa jenis material? Getah tayar nak lebar ke nipis?

PhD
Kaji tentang satu rim pada tayar basikal tersebut. Banyak persoalan mungkin timbul antaranya, sesuai pakai besi? aluminium? Ditanya kembali, apa buktinya? Tanya kembali, mana tau itu bagus, dah compare dengan benda lain? Tebal mana? Kenapa tak tebal sikit? Kenapa tak nipis sikit? Ringan ke? Apa berat optimum? - semata-mata kajian tentang rim yang sebatang tu je. Diulangi... SEBATANG RIM!

---tamat tamsilan kawan aku tu----


---mula tambahan moralnya-----

Orang takde iman, bila selesai PhD dan dapat PhD dia akan lihat kehebatan dia mengkaji begitu detail hingga boleh cakap luar dalam tentang hal yang dikajinya. Kata seorang alim yang aku dengar mp3nya, apa pun tak guna sebab banyak mana PhD pun dia dapat, tanpa iman, akhirnya di neraka.

Orang yang ada iman, akan lihat kebesaran Allah s.w.t. Untuk kaji benda yang SORANG PUN TAK AMBIL TAU (kaji pasal sebatang rim basikal... pehal? Bini pun tak berapa peduli, habis-habis pun boleh tanya, bila nak siap?) tapi punyalah payah! Habis masa sampai 3-4 tahun, tak tidur siang malam memikirkan hal rim yang sebatang tu, makan tak kenyang mandi tak basah... Dahsyatnya ilmu Allah s.w.t. wehhhhh. Benda kecik macam tu separuh mati mengkaji. Kajian kita tu kita JUMPA je. Tak pun ASSEMBLE. Bukan cipta. Yang cipta hanyalah Allah s.w.t.

Patut makin tawaduk dan takwa le (mengeluh mengenang diri...)

*adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.

Thursday, March 04, 2010

Aku Mat Thrash : Ipoh Metal Militant Part 2

PART I

oleh: Rafi Promaster

Aku tak tau samada cinta atau pompuan atau nafsu yang membuat aku kalah. Aku terpaksa calo dari Ipoh dan meninggalkan scene ipoh atas sebab putus cinta. Memang awek tu cun. Masa tu aku ngajor kat sekolah St Michael Ipoh. Edleen Natasya..nama pun dah kira sedap. Tengok orangnya memang tak padan dengan aku yang tak hensem dan tak berduit time tu. Tapi walaumacamana pun Athotorgh tetap nombor satu semasa aku dating dengan dia. Pentagram tetap ada di pergelangan tangan. Begitu juga boot askar yang kawan aku bagi suruh aku pakai sebab tak mampu beli Docmat. Cuma bila aku break aje, dunia aku jadi macam gampang. Semua kucar kacir. Jadi aku terpaksa la calo membawa diri. Selepas tu Athotorgh terpaksa berkubur sekejap. Dari Tioman aku dibawa ke Langkawi dan seterusnya kembali ke Tioman dan lepas tu balik semula ke Ipoh. Masuk Athotorgh 2nd phase. Kali ini aku main bass dan G dah terrer sikit goreng, dia jadi guitarist( dalam Athotorgh lama- dia main bass). Dan dengan adanya OldT sebagai pemain dram, ia melengkapkan impian aku nak jadi 3 piece band macam abang angkat aku Tom Angelripper (memang aku pernah hantar surat mintak Tom jadi abang angkat..tapi dia tak balas pun). And..this is the height in Athotorgh history. Entah macamana kami (bandmate) boleh ngam..ibarat p****t dengan batang. Mungkin sebab G adik aku dan Wira OldT boss aku dan G. Buat pengetahuan semua OldT mempunyai syarikat menservis typewriter untuk hampir 80% institusi kerajaan di Perak dan OldT adalah boss yang pernah menjadi employer untuk hampir 70% Metal Militants di Ipoh ini. Ofis OldT juga menjadi port kami. Disitulah segalanya berlaku ie: tengok cita abang ron jeremy, wanggey bulan puasa, main pingpong atas meja ofis, bawak awek untuk sembang-sembang, port untuk budak demisor dan geng singapore, port mat salih yang kenal kami, tempat cari pekerja oleh azlan wan chik yang menguruskan ladang kelapa sawit di Ulu Bernam(metal militant pernah berada di sana), studio jamming gitar kapok dan juga tempat lepak aku masa aku kena halau dari rumah. Segala-galanya berlaku di Ofis OldT.

Dengan bantuan ajak krenmaut kami berjaya menghasilkan EP. Aku tak tahu berapa banyak yang terjual, tapi Athotorgh semakin mengganas. Banyak gig yang kami main terutama selepas EP keluar. Gig kat Ipoh usah cakap la..memang selalu. Tapi kali ini ada peningkatan taraf. Kami tidak lagi bermain di funfair yang hanya menjadi tontonan oleh geng Ipoh yang masuk buta dan juga cina opertor funfair tu. Gig-gig metal mula di jayakan oleh promoter-promoter yang mula berani menceburi bidang baru ni seperti aki dari penang, ahkeong dari penang yang lepak kat kl, offcourse ajak yang memang pioneer dalam bidang ini, satu lagi budak cina tu(tolong edit..dia kira ikut mat punk), fadil di Johor dan bermacam-macam lagi nama yang menjadi promoter gig. Pada aku ketika itu adalh tahap tertinggi Athotorgh, bukan kerana aku buat EP atau mula menjadi sebutan, tapi kerana impian aku untuk menjadi seperti abang aku Tom sudah tercapai dan juga segala prinsip thrash yang aku pegang selama ini membawa aku ke tahap itu.

Necrotic Chaos.
Sesungguhnya band ini patut digeruni. Dari segi lagu dan juga penampilan, NC memang antara band yang terbaik. Anggotanya adalah Adik, Daei, Jadam dan beberapa orang session dan member yang bertukar-tukar. Tapi terasnya adalah Adik. Cara penyampaiannya adalah Adik dan perjuangannya adalah dari Adik. Band ini adalah satu perjuangan tanpa henti dari otai yang memang fanatik metal ini. Adik merupakan seorang yang bersungguh untuk memajukan dunia metal tanahair, jadi dengan itu, tak macam aku ni yang selamba, dia lebih komited. Sebagai contoh, baju dia semua imported, dia ada gitar, rambut ala Mii Petroza tak macam aku yang baju buat sendiri yang kadang-kadang marker pen aku terlari sikit keluar, gitar..semedangnya pinjam..mana ada ragok(duit) time tu, rambut pendek sebab rambut aku wurkak(kerinting)..bila aku straightkan rambut, member aku kutuk aku macam Slam pulak. Dan jika negara kita advance sikit, mungkin NC masih berada dan akan terus memperjuangkan metal yang tidak popular dan glamer itu. Bagi aku...bagi aku NC ni kira death metal. Sejak Bondek (adik) balik dari singapore sambil menjulang LP Morbid Angel Altar of Madness, dari senyumnya saja aku dah boleh tahu yang death metal adalah aliran dia. Kalau lu orang dengor lagu NC, ada sedikit sebanyak influence David Vincent kat dalam itu. Aku ingat lagi pada suatu ketika, kakak oldT nak pergi bercuti...
"Pergi mana kak Ina?" Tanya Adik sambil mengusap perutnya.
"Pulau Redang." jawab Kak Ina ringkas sambil tersenyum.
"Kirim salam kat David Vincent ya.." Kata Adik tersengih. Dia menoleh ke arah kami yang melopong tidak faham apa yang cuba dikatakan. Aku tanya adik, apa kena mengena dengan David Vincent.
"Kak Ina kata nak ke Florida..kan dia duduk sana..". Kata Adik sambil menghembus asap rokoknya. Mukanya langsung tak menunjukkan serba salah.
Itulah tahap fanatiknya adik ini, hidup mati Morbid Angel.
Daei juga merupakan ahli NC yang lama. Begitu juga Jadam. Mereka berdua merupakan tunggak kekuatan NC selari dengan lagu yang dimainkan atau yang digariskan oleh protokol perjuangan NC. Daei memasukkan influencenya yang lebih melodic manakala Jadam pula dengan skill teknikalnya yang membuatkan NC antara yang terbaik dan genuine di persada seni metal tanahair.

Riusgnal.
Mula-mula masa aku tengok poster satu gig tu, aku tak tahu..ada jugak nama band metal macam ni. Apa kah maknanya. Rupanya barulah aku tahu ia adalah Langsuir. Band adik beradik dari Menglembu. Langsuir bagi aku lebih eastern berbanding band-band yang lain dari ipoh. Kalau nak suruh aku kategorikan, dari sudut thrash aku..mereka ni macam Norwegian dan scandinavian punya aliran, cuma mereka lebih eastern. Black Death..itu pandangan aku. Cuba kita tengok dari segi lagu. Riffingnya lebih melodik dengan arrangement bridge dan sinambungan lagunya yang teratur. Drumnya juga tersusun dengan kemas mengikuti setiap pertukaran bahagian-bahagian di dalam sesebuah lagu. dari segi penampilannya juga mereka lebih agresif dari NC dan juga band aku. Cincin tengkorak dan pentagram dan juga aksesori yang lain menghiasi tubuh mereka. Orang kuat band ini adalah Sam Batara, Azlantor dan Azmaniac selain dari drummernya yang lebih kepada Primus. Bagi aku band ini juga geniune dan telah membuka lebaran baru di dalam industri metal underground tanah air. semakin banyak band yang tumbuh yang meletakkan Langsuir sebagai ikon dan influence mereka. Dan perjuangan langsuir adalah yang terconsistent di dalam sejarah Ipoh Metal Militant.

Profane Creation.
Masalah utama PC ianya adalah sebuah band projek. Ahli-ahlinya hanya jamming ketika dekat dengan gig ataupun sebab lama tak jamming. Tunggak utama band ini adalah Jadam. Sebab itu kalau dilihat di dalam lagu mereka, teknik-teknik yang digunakan boleh menyebabkan jari kawan aku Anip melekat di antara tali gitar. Arrangementnya memang susah. Sebab itulah kehebatan Jadam. Kadang-kadang aku tengok diaorang jam, sampai satu jam diaorang practise satu lagu. memang haram jadah punya susah. Tapi seperti yang aku selalu katakan, kehidupan di Malaysia menyukarkan kita untuk menjadi ahli muzik sepenuh masa. Jadi kebanyakan kita termasuk di dalam band ini terpaksa mencari rezki dengan bekerja dan tak boleh menumpukan 100% komitmen di dalam bidang ini. Tak macam band Indi sekarang, buat lagu cincai-cincai ataupun pakai talipinggang Dam hitam putih dengan seluar ketat MODS (gengs lambretta kat UK) dah dapat jadi Xpax punya anak angkat.

Hayagriva.
Kedatangan atau kemunculan Hayagriva adalah tepat pada masanya. Dunia dilanda dengan demam black metal Scandinavian. dan Malaysia tidak terlepas dari demam baru itu. Hayagiva memang satanic. aku rasa kalau takda undang-undang, pergi sekolah pun diaorang sanggup pakai corpse paint kat muka. Tapi cerita tentang corpsepaint ni..kalu nak ikutkan budak seberang perai lagi terrer. Aku ingat lagi masa gig kat penang, satu feri penuh dengan budak-bdak yang menconteng dimuka mereka. Nasib baik time tu takda harian metro kalau tidak entah apalah tajuk berita keesokan harinya. Dari sudut lagu Hayagriva, diaorang memang pure black metal. Siap dengan keyboard. Bagi aku hayagriva juga berani dalam membawa fahaman black di arena underground Malaysia yang skeptikal dengan black metal. Anyway it just a fucking music.

Tak da Band.
Ipoh Metal Militant mempunyai kekuatan fan yang kuat dan teramai. Mereka ni kalu ikutkan bukanlah fan, tetapi member lepak ataupun member sekolah. Tetapi tanpa mereka ini, There is no IMM's. Mereka ni juga adalah penggerak dan penghidup scene ipoh ini. Walaupun diantara mereka cuma hanya dengar metallica dan heloween, namun support yang diberikan kepada band dari ipoh ni mengalahkan support ahli Umno kepada pucuk pimpinan mereka. Walaupun tidak lepak bersama, namun setiap gig mereka berada di hadapan dan mencetuskan scenario kegigikan yang sepatutnya. Stagedive, pogo dan macam-macam lagi gejala sosial yang tak dapat diterima di gig band Hujan.
Sebagai contoh Encik Anip Dolah. Walaupun hanya minat metal sikit-sikit, tapi dia sanggup melukis baju Sodomnya sendiri dengan tajuk Iron Fish dan Man anak datuk bandar yang dihalau keluar dari masjid negeri sebelum solat jumaat kerana pakai baju slayer kerana nak tunjukkan kat otai yang dia pun thrash jugak. Atau Apak yang selalu menjadi tukang bawak gitar(dia tak pernah bayar masuk gig walaupun gig yang besar). Atau Pegang, Joe Skate dan skaters yang lain. Ataupun geng rap yang mula kami anti tapi lepas tu kami ngam pun support IMM punya band.

Bagi aku, Ipoh Metal Militant adalah satu kuasa yang terkuat di dalam arena underground tanahair. Ini kerana kami berpegang kepada prinsip yang telah membawa kami dan membersihkan hati kami dari elemen yang boleh membunuh semangat metal negara. Metal adalah satu cara hidup dan Ipoh Metal Militant adalah penjaga prinsip itu.

Thanks for support....