Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, December 26, 2009

Ulasan: SLAYER World Painted Blood CD

Tiga tahun selepas Christ Illusion, SLAYER kembali dengan album World Painted Blood yang merupakan album ke-11. Dua album dengan Lombardo kembali di kerusi drum. Berbeza dengan Christ Illusion, peminat-peminat SLAYER lebih teruja dengan kembalinya Lombardo; yang semestinya dianalisis dengan sehabis kritikal; album kali ini sudah berkurang elemen Lombardo tetapi kembali kepada SLAYER sebagai sebuah band.

Sukacita dimaklumkan, album ini berada di atas Christ Illusion dalam banyak hal terutamanya komposisi lagu yang lebih berkualiti. Ini mungkin disebabkan strategi SLAYER yang berbeza dalam mencipta lagu, tidak lagi kumpul lagu cukup masuk studio, tetapi membentuk lagu di dalam studio. Ini menurut Kerry King (gitar) dapat mengelak lagu-lagu menjadi sama.

Ada kritikan terhadap sound gitar yang kurang berat. Ini mungkin sengaja dilakukan kerana sifat asas album ini lebih punk dari Metal. Intonasi Metalnya banyak disalurkan oleh drumming Lombardo (double paddle, stroke menggila, ketepatan on-the-dot etc) dan jumlah riffs yang lebih dari 3 untuk setiap lagu; namun elemen punk dari riffs gitar Hanneman (terutamanya) dan vokal laju Araya mendominasi. Jadi tidak hairan album ini lebih sesuai dengan sound gitar yang kurang berat.


Lagu-lagu yang menarik dalam album ini kebanyakannya ditulis oleh Hanneman. Pada aku, memang he's the man! Aku kurang minat dengan lagu-lagu ciptaan Kerry King. Hanneman, pada aku lebih kreatif, penuh dengan twist dan tidak terlampau terikat dengan struktur tertentu. Ditambah dengan melodi yang lazat. Ini sudah terbukti dalam album-album sebelumnya. Pilih saja mana lagu-lagu evergreen SLAYER, 80% adalah nukilan Hanneman. Raining Blood? Angel Of Death? South Of Heaven? Dominasi Hanneman masih utuh dalam album ini. Rasanya elemen Kerry King hanya di atas stage dan untuk tidak mengurangkan sumbangan King, stage presence beliau juga sangat penting. Penonton lebih tertumpu kepada King dari Hanneman.

Triplet gitar intro lagu mula (World Painted Blood) pun sudah cukup untuk menggerakkan kepala yang mendengarnya. Memang seductive and asyik (untuk yang memahami). Tanda lagu mula saja sudah cukup menandakan, ya, inilah album SLAYER yang dinanti-nantikan. Untuk yang skeptik, tidak perlu skeptik lagi. Kebanyakan komen negatif di forum-forum tentang album ini adalah datang dari remaja lepasan SPM (seperti yang berlaku di forum Metal Archive). Bahkan mereka yang die-hard yang skeptik, susah untuk mengatakan ini album yang kurang keSLAYERannya.

This is SLAYER, and they rule!

1. World Painted Blood
2. Unit 731
3. Snuff
4. Beauty Through Disorder
5. Hate Worldwide
6. Public Display of Dismemberment
7. Human Strain
8. Americon
9. Psychopathy Red
10. Playing With Dolls
11. Not of This God


lagu yang bakal menjadi lagu cover terhangat di studio-studio jamming...


Lagu ni sungguh infectious! Tak boleh tahan nak angguk kepala (lihat bedroom guitaris ni)

Thursday, December 24, 2009

Bersama koala di Cleland Wildlife Park

Setelah sekian lama kena pujuk dengan wife, akhirnya hari ni aku menyerah kalah.

Kita ke Cleland Wildlife Park, yea!

Dari rumah mengambil masa dalam 30 minit drive nak sampai. Merentas Adelaide Hills, perjalanan yang mendaki bukit bukau dan jalanraya seumpama ular melingkar.

Negara maju macam Australia ni bab conservation of wildlife dan environment memang le maju. Sistematik dan teratur. Malas nak komplen pasal Malaysia ;)

Kalau nak ke sini, pakai baju tebal sikit sebab sejuk. Kat bawah tadi panas tapi bila sampai kat Park ni, rasa sejuk. Grrr... aku ingat panas sampai ke atas. Outfit aku summer.

Berbeza dengan Adelaide Zoo, kat sini binatang-binatangnya dibiarkan bebas (kecuali yang menggigit le).


Tiket untuk family (2 adults + 2 children = $43.50) tambah anak pompuan above 4 years old = $9 (dan yang bongsu = free) so jadi berapa eh... tolong tekan calculator.


Masuk-masuk gate je ada keeper tengah demonstrate ular kat pengunjung. Ular sawa ke apa aku tak sempat nak tangkap.

Emu yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Itik-itik exotic yang terkedek-kedek manja datang apabila dihulur makanan (yang dibeli di kaunter $3 sepeket)

Tasmanian Devil! Ala binatang yang dalam kartun Looney Tunes tu... Dia punya mengilai memang setan habis! Takut wooo... malang sekali masa ni depa dok tengah senyap.

Meh la wehhh... jangan la segan-segan... Datang jauh ni...

Luas juga Park ni. Dalam brochure, amik masa 3 jam nak cover semua. Memang betul pun. Aku tertipu dengan map. Nampak kecik je, padahal luas.

Kangaroo antara binatang yang menarik perhatian. Ye la, menatang native Australia. Tempat lain mana nak cari?

Yang ni jinak sikit. Kangaroo dan joey (anak kangaroo). So sapa nickname joey tu, elok le tukar ;)


Dalam hati ada taman bunga....

Potoroo. Dibiarkan merata kat park ni. Wife aku geli. Tiba-tiba je muncul tengah jalan. Imagine, tikus sama size dengan arnab tiba-tiba melompat tengah jalan. Tapi aku rasa cute lak. Nak bela boleh?

Koala. Satu lagi menatang native Australia yang tak leh nak cari kat tempat lain. Antara cita-cita wife aku kat Australia ni. Nak pegang koala. Sudahla... amik gambar orang tak cun. Gambar dia, I amik cun (tuju kat wife). Tak nak letak kat blog I (sambil toleh tempat lain). Nak merajuk lak rasa...

Cute kan? Rasa nak peluk-peluk je. Tapi kami dibenarkan untuk sapu-sapu kat belakang bawah je. Pantang koala ni sapu kat muka/kepala. Macam kita juga la. Tiba-tiba orang datang dari mana tiba-tiba sapu kepala kita, tak mengamuk?


Suka la tu (tuju kat wife)...

Sapa lagi suka?

Banyak-banyak menatang kat sini, aku rasa wombat ni la paling brutal dari segi penampilan. Rupa dia ni macam kucing + tikus yang overweight ataupun yang telah mutated. AWAS, they bite!

Sumaiyyah dah serender. Aku OK je... nak round lagi sekali pun no hal!

Ohhh nikmatnya peluk suamiku ;)

Oh nikmatnya menggesel replika kaki bewak!


Sibuk la Isa... Bapak nak posing solo pun tak leh... (nota: baju Dream Theater tour)

Sunday, December 20, 2009

Fikir random mingguan14-20 Dis 2009

1. Aku nak balik dahhhhh... KFC! McDonald! Hahahaha... kat sini kena travel 800km (ke Melbourne) baru dapat makan. Kat Adelaide ni harap pizza Pak Arab, falafel dan kebab je la. Nak pi Swinging Bowl selalu pun, menu sama jugak macam kat rumah.

2. Pergi zoo Adelaide. Aktiviti tahunan wajib. Kali ni best sikit sebab ada Panda dua ekor. Tak le besor sangat panda tu. Ingat besor sangat. Tapi cute la. Rasa nak bela kat rumah pun ada.

3. Isa yang kena pneumonia dah semakin sihat. Rasanya hari ni dah sihat terus kot? Alhamdulillah. Nothing is better than to watch your child healthy and happy.

4. DVD mingguan: Inglourious Basterds Quentin Tarantino kembali dengan more absurdities tapi in a good way le. Sekelompok askar anti-Hitler merancang nak membunuh Hitler dan kroninya. Pelakon semua berlakon best. Dan part bunuh-bunuh secara kejam dan sadis memang feveret habis! 9/10. Drag Me To Hell Sam Raimi patutnya bawak filem seram ala-ala Evil Dead namun nampak tumpul pulak. Humor gaya Evil Dead masih ada tapi macam kurang imaginasi pulak. Agak kecewa aku. 6/10. Ghost Town romantik komedi tentang seorang doktor gigi yang pentingkan diri sendiri dengan bekas isteri seseorang yang telah mati ketika menduakan isterinya. Not bad. Ada sesuatu tentang Ricky Gervais yang membuatkan aku menanti filem beliau seterusnya. 7/10. Year One bila Jack Black jadi pelakon utama, apa yang nak expect. Lawak slapstick la. Tapi beliau tetap menjadi pojaan hatiku! 7/10. The Day The Earth Stood Still remake sains fiksyen yang dikatakan gagal. Untung juga tak tengok filem yang original kerana aku tak boleh nak compare dan pada aku filem ni standing alone, not a bad one. Mesejnya: orang tak percaya Tuhan pun percaya dunia akan musnah. 7/10. Doubt dari play yang memenangi Pulitzer juga filem ni dicalonkan dalam 5 kategori Academy Awards 2009 (malang tak menang satu pun). Banyak berkias filem ni nyaris-nyaris aku tak faham. Tapi powerful performance dari pelakon utamanya Meryl Streep dan Phillip Seymour Hoffman. 8/10.

5. Youtube mingguan


dasat betul mamat ni... bedroom guitarist yang amazing. Lama dah jumpa clip ni tapi tengok tak jemu!

Friday, December 18, 2009

Kenapa susah dapat anak?

Ni jawapan saintifik. Saintifik ni bukan penentu (hakiki). Yang hakiki ialah apa-apa yang Allah s.w.t. dan RasulNya katakan.

Namun kitaran hidup kita berkisar kepada asbab. Asbab tu apa? Kita nak kenyang, kena makan nasi contohnya. Jadi, nasi itu adalah asbab kepada kenyang. Sunnatullah, kita kena makan untuk kenyang. Namun kenyang atau lapar tu Allah s.w.t. yang bagi. Boleh aje Allah s.w.t. bagi kenyang tanpa asbab (rujuk kisah Ashabul Kahfi yang ratusan tahun tidur dalam gua tak mati pun atau kisah Nabi Yunus a.s. dalam perut ikan selama 40 hari).

Setelah kita memahami ini, mari kita lihat apakah antara punca kita susah nak dapat anak. Walaupun dah usaha dan doa. Mungkin juga kita skip bab asbab yang penting yang menyebabkan antara kita susah nak dapat anak.

Dongeng:
Hanya wanita je yang patut risau tentang merokok dan mengandung.

Fakta:
  • Lelaki yang merokok lebih berisiko menghadapi masalah kesuburan. Sperma yang dihasilkan oleh perokok berbentuk ganjil dan kurang mobiliti daripada mereka yang tidak merokok. Sperma yang terhasil juga kurang dan pengeluaran hormon testosterone adalah terkesan dengan kandungan chemical dalam rokok.
  • Bila seseorang wanita mengandung, asap rokok dari suaminya akan mengakibatkan bayi yang dilahirkan kurang berat dan lebih berkemungkinan menyebabkan bayi mati selepas kelahiran. Ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terdedah kepada asap rokok ataupun kerosakan sperma.
diambil dari risalah Men Who Smoke, The Facts, reproduced from Quit WA, Population Health Division, Dept. Of Health, Western Australia.

Diterjemah secara bebas untuk KRENMAUT.

Untuk lagi-lagi fakta berkenaan tentang Smoking & Fertility, google je...

p/s: Terbaca risalah ni masa menunggu appointment Isa dengan doktor. Kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang menghadapi masalah nak dapat anak dan pada masa yang sama, merokok, mungkin puncanya dari tabiat diri sendiri. Kepada sahabat-sahabat yang belum berumahtangga, berhentilah merokok sebelum nikah untuk elak diri dari dipersalahkan. Jadikan tahun baru ini lembaran yang baru dan bermakna (bukan takat doa awal /akhir tahun yang kosong je).

Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

Pneumonia or Asthma?

Anak aku yang bongsu, Isa (english name: Jesus), 2-3 hari ni batuk kuat.

Sebelum ni batuk macam tu juga. Pergi jumpa doktor. Doktor suspek asthma. Bagi ubat asthma. Alhamdulillah reda. Apa? Korang tak tau asthma pebende? Malas nak explain.

Kali ni kena bagi ubat yang sama, tak kurang-kurang pulak batuk. Makin teruk ada la. Terutamanya malam. Susah betul dia batuk. Sampai terdesak bahu dia ketika batuk. Imagine, budak tak cukup 3 tahun batuk macam tu.

Akhirnya, aku bawak ke Tea Tree Surgery klinik pagi tadi. Doktor kata mungkin asthma. Mungkin pneumonia. Dia tak boleh nak decide. So beliau refer ke Benson Radiology untuk X-Ray.

Aku balik. Beberapa minit kemudian, doktor tu call aku kat rumah. Dia dah tengok X-Ray tu dan dia suspek pneumonia iaitu agak kritikal berbanding dengan asthma. Dia kata, better pergi ke Modbury Hospital, Emergency Department. Kelam kabut le aku. Kali ni aku pergi bawak wife pulak sebab ada kemungkinan kena admit.

Doktor kat Modbury Hospital pun tengah buat testing nak determine apa penyakit. Ikut X-ray pun tak berapa jelas.

Penyudahnya... kena admit. Bermalamlah wife aku dengan Isa di hospital. Tiadalah bantal pelukku malam ni... (rasa syahdu pulak).

Tapi menunggu di hospital, satu penyeksaan. Hampir 4 jam menunggu untuk admittance. Memang kat sini emergency kena tunggu lama. Ramai orang komplen. Aku dah lupa kat Malaysia camana. Rasa aku takde la lama macam ni. Ke camana?

Moga Isa sihat esok insyaAllah. Kalau takde perubahan dia kena transfer ke Women & Children Hospital pulak. Berat punya kes.

Sunday, December 13, 2009

Fikir random mingguan 7-13 Dis 2009

1. Alhamdulillah barang dah angkut masuk dalam kapal. Total 4 m kiub = AUD$800 kos penghantaran door to door. Tinggal barang-barang kecik je. 6 orang semua so dapat la 120kg capacity luggage.

2. Seorang teman lama dalam proses minta fasakh. Aku pun godek-godek maklumat mengenai fasakh ni. Bertambah sikit ilmu. Ada syarat nak mintak fasakh (korang google le sendiri). Yang menarik, mahkamah syariah kita ni masih ada loophole. Contoh satu kes fasakh drag sampai 7 tahun. Ada yang jadi gila. Imagine, 10 orang dok pinang tapi tak boleh sebab masih berstatus isteri tapi hubungan dah macam orang bercerai. Supposedly kalau si suami dalam kes tu faham tuntutan cerai berdasarkan ayat di bawah, mesti dia tak berani nak main-main.
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah:231)
3. Sape nak beli CD??? Harga RM30 je sekeping! Bolehlah pergi sini. CD yang aku rasa tak sanggup nak pisah lagi je aku simpan. Yang lain-lain... has to go!

4. Thanks to sahabat baikku di Tronoh, En. Saiful al-Tronohi kerana telah tolong mendapatkan rumah sewa untuk aku sekeluarga di sana. Rumah banglo RM400. Tinggal landlord nak cat sikit dan repair apa yang patut je kat rumah tu. Masjid pun dekat. Aku berkira-kira nak pakai scooter je kalau ke masjid nanti. Bayangkan pakai kain pelikat naik scooter.


6. DVD mingguan:
Terminator Salvation best! Pelakon feveret Christian Bale pun jadi hero. Jalan cerita pun thumbs up! 9/10. Changeling berdasarkan kisah benar korupsi polis tahun 20an dulu yang bukan jadi penyelamat tapi perosak masyarakat pula. Lakonan Angeline Jolie dan arahan Clint Eastwood yang top class! 9/10. Public Enemies, juga kisah benar tentang samseng zaman Depression dulu, Mr Dilinger yang jadi Robin Hood of that era, langsung memberi idea kepada band Dilinger Escape Plan sebagai nama 7/10. Valkyrie, juga kisah benar (!) mengenai konspirasi pimpinan teratas soljar German nak menjatuhkan Hitler yang seperti kita tahu tak berjaya. Namun ini menggambarkan bahawa bukan semua orang German tu seia sekata dengan Hitler 7/10. Reservation Road merupakan sebuah drama berat tentang American Dream yang menghancurkan sebuah keluarga idealis. Lakonan superb dari Leonardo DiCaprio dan Kate Winslett (kali kedua selepas Titanic) 9/10. Dead Snow kisah zombie di musim salji di Norway! Penuh dengan darah dan adegan kejam. Tak lupa juga lawak ala Evil Dead 7/10.

7. Youtube mingguan:


Langsuyr 4 tahun lepas jamming hehehe... nampak aku tak?

Saturday, December 12, 2009

Ulasan: IRON MAIDEN No More Lies boxset CD

Spesel single ni. Ni bukan promo tapi official single masa riliskan album Dance of Death (DOD). Antara yang spesel EP ni ialah boxsetnya. Rasanya tak banyak boxset EP yang IRON MAIDEN riliskan. Selain dari Man On The Edge boxset tu.

Lagu No More Lies menjadi taruhan single. Memang crowd pleaser pun. Part chorus tu memang pasti crowd mesti nyanyi sekali.

Dua lagi lagu Paschendale dan Journeyman adalah mix berbeza dari yang ada dalam album DOD. Paschendale dalam EP ni versi orchestra (macam best pulak) sedangkan Journeyman pula versi elektrik.









Selain dari lagu-lagu spesel mix dalam EP ni, kotak yang membungkusnya pun cantik. Tough cardboard. Merah menyala. Sweatband ala Steve Harris punya pun nampak menarik. Nak pakai? Sori la. Memang simpan je dalam kotak ni.

Booklet ada cerita mengenai album DOD yang masuk carta kebanyakan negara Eropah. Tangga tinggi tu. Tu pasal IRON MAIDEN rasa patut appreciate support tu dengan merilis souvenir EP ni. Kena beli juga. Tapi bagi peminat IRON MAIDEN yang kental, apabenda yang IRON MAIDEN rilis tetap mereka beli.

Ah... rasa sedih lak nak meninggalkan hobi mengkolek ni. Takpelah...

TITLE : NO MORE LIES
FORMAT : CD SINGLE
COUNTRY : EU
RELEASE : 2004
LABEL : EMI
SERIAL # : CDEM 636
TRACKS : 3

No More Lies - Paschendale (orchestral version) - Journeyman (electric version)

Limited boxset, picture CD including enhanced video footage "No More Lies", special booklet and wristband




Thursday, December 10, 2009

Sun In My Hand...


Taken from the album, IN TRANCE. A psychedelic hard rock trip!

Yeah... I´d like to tell you something now
Before madness shows her lucid feathers in the Sky...

How can you lose your mind
How can you waste your time only like that?

Look at the sun inside of my hand so bright

I call it music -


And if you touch you´ll see

It comes from infinity

It´s made forever

You will not touch in vain

Music will make you sane

Will make you sane


Music/Lyrics: Uli Jon Roth
Vocals: Uli Jon Roth


original


covered!

Semenjak dua menjak ni layan lagu ni... Uli is a magnificent! Genius! Bravo!

Wednesday, December 09, 2009

Sumaiyyah graduate!

Anak ke-3 aku dan sorang-sorangnya anak pompuan aku, grad hari ni!

Grad pre-school le. Grad special. Patut dua tahun. Ni baru setahun. Grad pasal dah nak balik Malaysia.

Aku tak pergi, wife je yang pergi. Maklumlah, busy man.

Sumaiyyah ni ada dua karekter. Karekter kepoh dengan karekter senyap. Dia kepoh bila kat rumah. Pantang aku duduk atas sofa, dia dok sebelah aku lepas tu cakap tak berhenti-henti. TAK BERHENTI-HENTI.

Tapi kat sekolah, dia senyap. Tengok je la kat gambar tu. Ekspresi pun takde. Sampai sekali tu sekolah hantar surat kat aku suruh bawak dia pergi jumpa child psychologist. Aku buat donno je sebab aku tau, dia kat rumah... kepoh!







Tiga-tiga cikgu muka sama je aku tengok. Konfius kejap.

Akibatnya, 6 bulan di pre-school ni, dia rapat dengan cikgu-cikgunya (terutama yang baju merah kat atas tu). Pantang berenggang sikit, menangis.

Tapi 3-4 minggu yang lepas, dia dah mula cakap dan berinteraksi. First time dia berinteraksi dengan cikgu, kecoh pulak pre-school tu. Cikgu tu laporkan kat wife aku dengan reaksi sungguh gembira. Macam menerima berita yang baik yang ditunggu lama.

So Sumaiyyah ambil masa 6 bulan untuk percaya pada seseorang. Lama tu, baru keluar beberapa patah perkataan. Kalau tak, senyap je. Main angguk geleng je. Padahal English dia la antara paling bagus antara adik beradik.

6 bulan nak percaya kat orang tu... Sapa-sapa nak merisik tu, aku bagi tau awal-awal ye. 6 bulan baru keluar beberapa patah perkataan!

So kami pun dah nak balik Malaysia. Cikgu tu la yang sedih sebab dia paling rapat dengan Sumaiyyah.

Takpelah Sumaiyyah... nanti cari cikgu baru, k?

Ulasan: BEATALLICA Masterful Mystery Tour CD

Dapat tangkap tak?

The Beatles + Metallica = Beatallica

Ni bukan band calang-calang pun. Musicianship tip top! Weird Al Yankovic yang selalu mengcover lagu Michael Jackson, Beat It = Eat It antaranya; merupakan multi-instrumentalist. Aku pernah ada satu album Weird Al ni. Dia karang semua lagu dan dia memainkan 70% dari alatan muziknya. Weird Al bukan calang-calang orangnya.

Begitu juga Beatallica. Walaupun intipatinya nampak macam joke dan spoof, tapi lagu-lagu mantop.

Idea Beatallica ialah menggabungkan lagu The Beatles dengan Metallica. So setiap lagu mesti ada part Metallica dan ada part The Beatles. Tajuk lagu-lagu mereka menggambarkan fusion mereka seperti contoh The Thing That Should Not Let It Be adalah fusion lagu The Thing That Should Be (Metallica) dan Let It Be (The Beatles). Pening gak tu nak infuse. Tapi lagu ni antara feveret aku dalam album ni.

Aku tak berapa familiar dengan lagu-lagu The Beatles (mungkin dah patut start dengar) kecuali lagu-lagu top macam I Want To Hold Your Hands so aku tak berapa boleh nak komen fusion part The Beatles. Tapi lagu-lagu Metallica agak familiar le jugak (tolak album Load, Reload dan St Anger).

Kategori muzik Beatallica boleh le dikatakan sebagai Metal sebab majoriti gitar heavily distorted sound. Suara pun lebih ke arah James Hetfield. Part yang cheerful dan happy (sometimes sad too) biasanya datang dari The Beatles.

Kontroversi juga mereka ni sebab syarikat rakaman nak saman. At least Metallica backing dan lawan balik syarikat rakaman yang akhirnya Beatallica dapat meneruskan fusion mereka. The Beatles pun beri kebenaran kot? Kalau tak sure tak dapat teruskan.

But this is a fun album! Try it.

Boleh detect lagu mana dari Metallica dan mana The Beatles dari tajuk lagu-lagu kat bawah ni?

01. The battery of jamyz and yoko
02. Masterful mystery tour
03. And i'm evil
04. Everybody's got a ticket to ride except for me and my lightning
05. Running for your life
06. The thing that should not let it be
07. Hero of the day tripper
08. Got to get you trapped under ice
09. I'll just bleed your face
10. I want to choke your band
11. Tomorrow never comes



Tuesday, December 08, 2009

Ulasan: DREAM THEATER Six Degrees Of Inner Turbulence CD

Merupakan album keenam DREAM THEATER dan setakat ni satu-satunya album 2-disc mereka. Album ini merupakan sebuah album balas dendam kepada album paling komersil mereka, Falling Into Infinity yang banyak dikongkong oleh syarikat rakaman dan produser. FiF bukanlah teruk sangat, banyak lagu-lagu yang masih dalam ramuan DREAM THEATER. Namun SDOIT ini lebih menyerlahkan DREAM THEATER seperti yang dikehendaki oleh penggeraknya.

Album ini merupakan album berkonsep. Disc pertama dengan dengan 5 buah lagu dengan durasi melebihi 50 minit yang berkisar tentang kehidupan dan liku-likunya. Disc kedua dengan sebuah lagu yang terbahagi kepada 8 bahagian, mencecah 43 minit menceritakan tentang 6 individu yang mengalami sakit jiwa; bipolar, post-traumatic stress disorder, schizophrenia, post-partum depression, autism, dan dissociative personality disorder.

Seperti biasa, elemen progresif DREAM THEATER menyinari di setiap lagu-lagu di dalam album ini. Cuma kelebihan album ini dari album yang lain ialah elemen Metal yang begitu menyerlah. Begitu keras. Bunyi distortion gitar Petrucci memang Metal sungguh terutamanya dalam lagu The Glass Prison, Misunderstood dan The Great Debate.

Vokal LaBrie juga begitu baik sekali. Walaupun tugas beliau adalah penyanyi semata-mata (beliau tidak contribute untuk lagu, cuma satu lirik, Blind Faith) namun penghayatan beliau terhadap semua lagu-lagu di dalam album ini begitu menjiwai.

Aku paling minat dengan lagu The Great Debate. Lagu memang best ditambah dengan lirik yang sangat excellent, berkisar tentang debat mengenai stem-cell research! Berapa banyak band yang boleh buat lagu/lirik berkisar dengan sesuatu yang kita tak berapa nak fikir macam ni?

Pada aku, ini adalah antara album DREAM THEATER yang paling strong. Sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak dengan DREAM THEATER kerana ini bukanlah band yang senang nak dihadam. Banyak twistnya. Tetapi sekali dah terjerumus, there is no turning back!

Disc 1
1. The Glass Prison - 13:52
2. Blind Faith - 10:21
3. Misunderstood - 9:32
4. The Great Debate - 13:45
5. Disappear - 6:45

Disc 2
6. Six Degrees of Inner Turbulence - 42:02
1. Overture
2. About to Crash
3. War Inside My Head
4. The Test That Stumped Them All
5. Goodnight Kiss
6. Solitary Shell
7. About to Crash (Reprise)
8. Losing Time/Grand Finale



Terjaga 2:30am

Malam tadi tengah dok baring dengan kekasihku (wifeku la!) di hadapan TV sambil menonton DVD Valkyrie, aku tertidur. Kekasihku ni memang tengok cerita apa pun, dah sah tertidur dulu. Kekasihku semata-mata jadi bantal peluk ;)

Mata berat, tak larat. Aku tutup DVD dan join sekali tidur depan TV.

Sedar-sedar, aku keseorangan depan TV. Kekasihku dah masuk dalam bilik mungkin sebab anak bongsuku menangis. Aku bangun, tengok jam dah 2:30am. Layan blog kawan-kawan lama dan baru. Bagi komen sedas dua.

Sementara nak menunggu waktu Fajr yang masuk jam 4:10am ni.

Lama lagi, so aku ingat, aku buat entry kat blog lah camni!

Tapi nak tulis apa eh? Apa dalam fikiran? Macam-macam dalam fikiran tapi tak dapat nak translate dalam bentuk tulisan. Atau tak sesuai? Aku pun bukanlah liberal sangat dalam perihal nak menulis apa yang aku fikir. Pada aku, ada yang sesuai dipublickan dan ada pula yang perlu diprivatekan. Bukan private = swasta tapi private = personal.

Err... habis idea dah. Banyak nak komplen tapi aku pikir baik aku komplen kat Allah s.w.t. Kurang sikit kita guna kata-kata kesat dan lebih kita rasa diri kita ni kecik bila mengadu. Kalau mengadu/komplen kat orang, selalunya kita rasa kita lebih betul.

Azan dari PC pun dah berbunyi.

Monday, December 07, 2009

Ulasan: Buku IRON MAIDEN Running Free The Official Story Of IRON MAIDEN

Buku ni dapat free!

Kisahnya aku beli Wasting Love CD single (IRON MAIDEN juga) dari mamat kat US ni. Dia pulak hantar lambat. So untuk memaafkan dirinya yang lambat, dalam email, beliau mengatakan beliau hantar freebie as a compensation.

Dapat le buku ni. Punyalah gembira tak terkata!

Versi buku ni update dari awal penubuhan IRON MAIDEN sampai le album Somewhere In Time. Tak salah aku, revised edition buku ni ikut album. Oleh sebab itu, cover buku ni berubah-ubah. Ada versi Piece Of Mind punya cover. Hmmm... mungkin pakar boleh explain lebih detail.










Ada sebijik lagi buku autobiografi IRON MAIDEN oleh Paul Stenning tapi tak berapa menarik sebab tak official. Banding dengan Bushell ni yang memang rapat dengan IRON MAIDEN. Almost a mate so apa yang ditulis, selain dari sejarah juga pengalaman 1st hand Bushell dengan IRON MAIDEN.

Tambahan pula, gambar-gambar semuanya dari Ross Halfin. Aku tak pasti setakat mana ke'rare'an gambar-gambar dalam buku ni tapi at least pada aku, agak rare juga le. Mungkin aku newbie nak bandingkan dengan legions of fans worldwide.

Takde sape nak terjemah dalam Bahasa Melayu ke?

Apa hal pun, UP THE IRONS!