Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, October 31, 2009

Bahana aurat di Adelaide

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[6/30]

Suhu dah start melepasi 30 degree Celcius di Adelaide. Time ni la manjoriti wanita mat saleh ni mula mendedahkan figures mereka. Lurah sana lurah sini. Lurah atas lurah bawah. Lurah gersang, lurah dalam dan juga lurah maut...

Jenuh la woooo kalau nak jaga pandangan tu. Yang lemah iman (macam aku le tu), terpaksa le jeling juga. Bila dah tersedar pandangan tu terpaku, baru la cepat-cepat alih pandangan. Tapi memang nikmat le pandangan tu.

Aku lelaki normal laaaaa.... memang dah ada bini anak 4 pun. Tapi kalau bini 198 orang pun kat dunia ni takkan cukup. Memang Allah s.w.t. cipta lelaki camtu. Dari mata jatuh ke hati (jantung) atau nak lebih jauh lagi, turun lagi sikit sampai celah kangkang.

Wanita mat saleh tu apa nak buat. Rules takde. Yang malang, wanita Muslim le kalau terikut-ikut atas alasan PANAS.

Apa itu aurat agaknya? Aku pasti dan pasti ramai yang anggap tutup kepala (bertudung) je dah cukup. Oh... betapa salahnya definisi tersebut.

Oleh kerana lelaki tak digalakkan dakwah wanita yang bukan mahram (sebab nanti jadi lain) maka terpaksalah si suami (untuk yang beristeri), si bapa (untuk daughter), abang (untuk adik pompuan)... atau dengan lain kata, si ketua keluarga dakwah wanita-wanita di bawah jagaan mereka bab aurat ni. Gua dakwah lu orang lelaki le ni.

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"
(at-Tahrim : 6)



klik untuk imej yang lebih besar




Entry berkaitan.

Friday, October 30, 2009

HELLOWEEN The Singles Box 1985-1992 CD

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[5/30]

Apsal kumpul CD singles? Lagu sikit harga pun mahal (kat eBay). Aku jawab, album dah cukup kumpul, nak kumpul apa lagi? Singles la!

Anyway, singles ialah "is a song usually extracted from a current or upcoming album to promote the album." Maksud yang detail DI SINI.

Antara sebab lain seronok kumpul singles ialah ada lagu rare yang takde dalam album. Dan kadang-kadang untuk mereka yang minat artwork, maka artworknya pun best.

Contoh macam rilisan boxset HELLOWEEN ni.

Boxset ini rilisan dari Sanctuary Music. Mengandungi 7 CD singles yang asalnya dirilis dalam bentuk piring hitam EP. Of course piring hitam ni is so outdated tapi masih ada yang mati-matian mengumpul piring hitam. Aku tak sanggup. Jadi rilisan dalam bentuk CD sudah tentu menjadi idaman kalbuku.

Boxset ini menugmpulkan singles dari tahun 1985-1992. Iaiu kira-kira tatkala penyanyi HELLOWEEN awal Kai Hansen (sekarang GAMMA RAY) dan Michael Kiske (sekarang penyanyi solo) menjadi teraju utama HELLOWEEN.

CD 1. Helloween
1. Starlight
2. Murderer
3. Warrior
4. Victim of Fate
5. Cry for Freedom
6. Surprise Track

Zaman Kai Hansen jadi vokalis instead of Michael Kiske. Suara Kai Hansen, walaupun tak boleh tarik tinggi, tapi rawness suara dia tu yang best. Tu pasal kalau kita cuba nyanyi lagu-lagu yang Kai Hansen nyanyi, nampak boleh sampai. So kita boleh la relate sikit instead of vokal yang terlampau tinggi, one-in-the-world. Anyway, lagu-lagu dalam single ni semuanya klasik. Starlight contohnya, memang crowd-pleaser habis! Victim Of Fate pula memang headbanging punya lagu. Cry For Freedom aku rasa banyak influence band-band Rock/Metal Malaya tahun 80an dulu. Baru aku perasan, lagu-lagu yang Kai Hansen nyanyi ni memang dia bawak terus kepada Gamma Ray. Hmmmm... Oh ye, surprise track tu lagu White Christmas/I'll Be Your Santa Claus, lagu tradisional yang telah diHelloweenkan.


Starlight



CD 2. Judas
1. Judas
2. Ride the Sky [Live]
3. Guardians [Live]


Ni single kedua dan sound pun improve. Rawness tetap ada terutama vokal Kai Hansen. Tengok kat wikipedia ada 5 lagu tapi CD ni 3 lagu je. Sebabnya malas pulak aku nak cari. Korang carikan la eh? Anyway, Ride The Sky punya lagu memang tabik kat Kai Hansen, boleh pulak dia tarik tinggi macam tu - at the same time main gitar tu. Lagu Judas is dedicated to ALL POLITICIANS who talk human but act like monsters (you know who you are)!


Ride The Sky


CD 3.Future World
1. Future World
2. Starlight ['87 Remix]
3. Little Time [Alternative Version]


Daripada salah satu album terbaik, Keeper Of The Seven Keys Part 1. Juga menampilkan kemunculan pertama Michael Kiske dalam Helloween. Aku rasa memang ramai le mat rock/metal zaman ni yang mengidolakan Kiske ni. Suara pitch tinggi habis (suara cubit bontot... auuwwww...). Kalau siapa boleh tarik macam Kiske, kira hebat la kat kampung dia tu. Lagu Future World memang klasik dan sing a long. Aku paling minat gitar duel Hansen dengan Weikath. Kalau tengok video memang tak jemu part tu. Starlight versi 87 ni Kiske yang nyanyi (tapi aku still suka Hansen punya versi).


Future World


CD 4.Dr. Stein
1. Dr. Stein
2. Savage
3. Livin' Ain't No Crime
4. Victim of Fate '88


Juga diambil dari salah satu album terbaik, Keeper Of The Seven Keys Part II. Time album ni Kai Hansen dah boring dengan Helloween. Sebaik sahaja album ni rilis, dan European Tour, dia pun resign dan buat Gamma Ray. A great loss orang kata. Aku pun hampir setuju untuk beberapa album selepas ini. Anyway,highlight single ni sudah tentulah lagu Dr Stein (inspirasi dari cerita Frankenstein kot?

Dr Stein


CD 5.I Want Out
1. I Want Out
2. Save Us
3. Don't Run for Cover


Dari Keeper Of The Seven Keys Part II. Makin maju nampaknya album ni sebab rilis dua singles instead of one. Highlight sudah tentu lagu I Want Out. Sapa boleh lupa video klip happy Helloween diorang ni (kat bawah). Playful dan selamba. Tu yang buat best. Duel gitar Hansen dan Weikath memang klasik lagu ni. Yang aku geram gitar Hansen sharkfin Jackson tapi kepala Fender Strat tu mana dapat ah? Save Us pun antara lagu feveret aku.


I Want Out



CD 6.Kids Of The Century
1. Kids of the Century
2. Blue Suede Shoes
3. Shit and Lobster
4. Exclusive Helloween Interview


Dari album Pink Bubbles Go Ape. Apa maksud tajuk tu pun aku tak tau. Hansen dah keluar dan Roland Grapow masuk. Grapow juga adalah accomplished guitarist (he can really shred) so no problem with that. Yang problemnya, arah Helloween zaman ni nak komersil. So, kurang le keMetalannya walaupun signature Helloween tu tetap ada. Kids Of The Century is not bad for a single. Blue Suede Shoes tu lagu twist 50an, takde point le pada aku cover lagu ni.


Kids Of The Century



CD 7.Number One
1. Number One
2. Hambourgeois Walkways
3. You Run with the Pack


2nd single from Pink Bubbles Go Ape. Boring ah album ni. Aku rasa Kiske banyak input dalam album ni. Kehendak dia nak komersil. Tu pasal sekarang dia dok kutuk muzik Heavy Metal sungguh-sungguh. Here's news to you Mr Kiske, your songs SUCK BIG TIME (untuk zaman ni at least). Takde punch, takde feel...



Number One



Kesimpulannya, tolak dua single terakhir, yang lain-lain tu memang best le. Tapi orang biasa takdenya nak beli. Kena die-hard atau semi-die-hard fan je yang sanggup. Aku kira yang latter la. Sekarang ni pun dah nak pencen. Jadi la last kopek.

Thursday, October 29, 2009

Anak lelaki je? Anak perempuan je?

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[4/30]


Untuk mukaddimah entry kali ni, baca keratan akhbar The Advertiser 28/10/2009 ni (klik untuk imej lebih besar).

Kalau malas nak baca, aku ringkaskan untuk korang.
1. Sperma lelaki ada kromosom X dan Y yang menyebabkan anak jadi perempuan (X) dan lelaki (Y).

2. Dulu tak boleh nak tentukan jantina anak, sekarang dah ada teknologi. Kalau nak anak lelaki, bisa diatur pak!

3. Tapi kat Australia, illegal. Kat Jordan, US dan Croatia sebagai contoh, ianya legal. Boleh jadi legal juga di Australia, asalkan atas sebab kesihatan. Contoh: kalau lahir anak lelaki, pasti sakit jantung. So boleh la alter sperma tu untuk dapat baby perempuan je.
So kalau antara kita yang dapat anak lelaki je, kita tau le puncanya. Samada sperma si suami boleh produce kromosom Y je atau pun kromosom Xnya lemah (ceh pandai je gua buat assumption sendiri). So para suami jangan cepat nak tunjal dahi isteri. Tunjal dahi sendiri je la nampaknya.

Kadang-kadang ada juga yang usaha siang dan malam sampai 7 orang anak lahir tapi semua lelaki je. Semangat nak dapat anak perempuan tetap ada. Kesian pulak si isteri tu.

Namun begitu, satu lagi benda yang selalu kita lupa. Doa. Usaha tanpa doa kan tak bagus. Allah s.w.t. suruh kita doa selalu. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la anak perempuan pulak. Andaikata tidak, terima je lah keputusan yang telah dibuat olehNya.

Kesimpulannya, jangan cepat salah-mempersalahkan sesiapa. Anggaplah ianya suratan takdir Allah s.w.t. je. Lelaki atau perempuan, bukankah mereka itu anugerah Allah s.w.t.?

Aku? Alhamdulillah normal. 3 lelaki + 1 perempuan. Toyota Estima pun dah penuh tu.

Wednesday, October 28, 2009

Kenduri 10th Anniversary

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[3/30]

Happy Anniversary to me + wife!!! Dah 10 tahun dah. Tak sangka begitu pantas masa berlalu. 22 Oktober, 10 tahun yang lepas kami diijabkabulkan dengan sah! Aku akad 2 kali. Yang pertama kali Tok Kadi tak puashati.

Takde candlelight dinner. Takde hadiah mahal-mahal. Yang ada, a big chunk of cow's meat dan berplastik-plastik bihun dan mee. Modal untuk kenduri le. Actually, hi tea sebab jemputan dari 4pm-7pm.


Sebelum hadirin sampai. Jenuhlah aku menyuruh anak-anak aku tolong kemas laman rumah tu. Penuh dengan benda main diorang (sekali dengan sampah sampingan diorang)

Dah sampai. Kerusi kosong tu bukan pasal ramai tak datang. Diorang buat port kat belah satu lagi. Tu yang pakai cap hitam tu, Aliph Turkistani yang glamer tu la. Dia malu nak dongak kepala sebab nanti pecah rahsia dia Turkistani celup.

Port memancing/rokok. Diorang memang camtu. Suka buat port sendiri. Rumah aku tinggi sikit dari tanah so jadi macam bench pulak tepi tu. Sesuai la jadi meja. Bihun, mee, daging dan sup. Sedap wooo wife aku buat. Rugi aaa korang tak rasa.

Macam-macam golongan. Ada yang doktor (medical), engineer petroleum, student postgraduate dan juga suami terbiar. Jangan pandang rendah pada suami-suami terbiar ini kerana poket mereka penuh (kerja part-time). Aktiviti mingguan suami-suami terbiar ini ialah memancing, tengok racing car, main golf etc.

Golongan ibu-ibu dalam rumah. Walaupun mentari memancar dengan terik namun angin kuat dan sejuk. Tu yang ramai memeluk tubuh dan menikus.

-----------****--------------

(Sempena 10 tahun perkahwinan) - Rintihan asal dari FakirFikir.

Isteri,
Masih ingatkah lagi - aku pernah tuliskan berkoyan-koyan surat cinta. Aku simpan seguni, kau pun sama (hahahaha...). Kini sudah sepuluh tahun lamanya. Bukanlah rumahtangga kalau hidup ini tidak bercampur dengan manis, masam, pahit dan payau pengalaman. Bukanlah perkahwinan kalau hidup ini tidak ditimpa gelombang yang menyebabkan sesekali perahu bergoncang. Tapi, seperti biasa - kita tetap meneruskan pelayaran ini. Kita semua berada dalam satu perahu yang sama, di lautan luas kehidupan - menuju ke satu pulau yang sama - pulau kematian.

Isteri,
Terima kasih kerana 10 tahun ini menjadi teman berkongsi cerita. Moga-moga kita akan terus bercerita lagi. Seperti biasa - cerita hidup kita bukan satu filem. Ia bukan dongeng. Ia nyata. Ia tidak mampu kita jangkakan jalan ceritanya. Moga-moga kita tetap kuat, tabah dan kental menempuh kehidupan ini.

Isteri,
I love you so much walaupun mungkin kau tak menyedarinya (salahku jua kerana tak pandai nak meluahkannya). Semoga kita akan bersama untuk tahun ke 15, 20, 30, 50... Sesungguhnya kaulah pilihanku di syurga.

AMIN!

Tuesday, October 27, 2009

Sakit tapak kaki Part II

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[2/30]

Lanjutan dari kisah Part I.

Appointment aku dengan physiotherapist semalam. Paul nama dia. Umur dalam lewat 40an. Very talkative. Cuba bercerita tentang urban development bila dia tahu aku dalam bidang structural engineering. Dia kata, sky-scrappers (bangunan lebih 10 tingkat) tak boleh nak maintain. Kalau yang rendah-rendah tu boleh nak repair dan tahan lebih lama. Aku tak pikir bab falsafah macam tu. Aku (structural engineers) tengok secara physics dan mathematics je. Tapi betul dia cakap macam tu (pikir le sendiri).

Aku tak tau apa nak expect dari Paul sebenarnya. First time.

Dia check tapak kaki aku. Aku explain apa yang terjadi. Dan aku bagitau kat mana yang sakitnya.

Dia baringkan aku dan kemudiannya picit, tekan, bengkok dan every possible bends yang mungkin boleh tapak aku. Last-last dia geleng kepala. "I don't know what's wrong", kata dia. Ah sudah... sapa pulak yang tau ni.

"I may refer you back to the podiatrist and you may want to use that special shoe sole", suggest beliau.

"But it may just be something that happens and may gets better", kata dia lagi.

"Your foot is flat... like a duck", katanya berseloroh. Memang tapak kaki aku flat. Rata. Podiatrist tu kata flat foot macam aku ni prone to injury.

Check le tapak kaki korang, flat-foot macam ni ke.


"I was thinking, that maybe my weight...", aku cuba argue.

"Naaahh... you don't weight much", cepat-cepat dia counter balik sambil menjeling ke perutku. Ada sedikit rasa lega kat dalam jantungku sambil bibirku sedikit mengukir senyuman.

Dia tanya aku painkiller yang doktor sebelum ni bagi tu, dapat hilangkan sakit ke tak? Aku jawab ye. Tapi lepas habis sakit, aku stop le. Sebab pada fikiran aku, painkiller ni macam panadol le. Takkan la aku nak makan memanjang. Ropa-ropanya, kata dia, kena makan sampai habis.

Aku buat appointment dengan podiatrist lepas tu. Tapi aku kensel kemudiannya. Aku ingat, aku try makan painkiller tu sampai habis dulu. Kalau sakit berulang, baru la aku jumpa podiatrist.

Tapi buat masa ni, tapak kaki masih sakit (walaupun tak teruk) dan aku dan pakar-pakar perubatan yang aku dok refer, masih tak tau apa sakit kakiku ini. Misteri sungguh.

Monday, October 26, 2009

Aku dan rokok Part I

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[1/30]

Kisah AzharJaafar mengenai pengalaman menjadi penagih rokok dan berhenti sedikit sebanyak meminta aku berdiri dan bercakap di atas pentas ini untuk menceritakan pengalaman aku pulak.

"Tup... tup... testttt... tessssttt..." jari telunjukku menghentak manja mikrofon - ooppsss, test tekak. Mikrofon takde. Aku memandang hadirin sambil kumat kamit membaca doa intro dengan slow. Fuh... ramai. Selalu 2-3 orang je. Hari ni 5 orang.

"My dear respected elders and brothers... Allah s.w.t. has made a decision that the SUCCESS in this life (of duniya) and the akhirah is by obeying the commandments of Allah s.w.t. by the way of the Nabi Muhammad s.a.w...."

"
Smoking is haram!!!!" peh... macam bagus je gua bagi fatwa sendiri. Rasa macam alim terkenal pulak.


(lama dah tak bayan... moga Allah s.w.t. bagi hidayah dan taufik kepada aku... amin!)

Aku start merokok masa Form 2. Umur 14 tahun. Peer pressure. Mamat yang dok sekelas dengan aku memang dah hisap rokok. Aku pun rapat dengan dia. Balik sekolah jalan kaki sampai stesen bas pun dengan dia. Dia puh... puh... masa tu. Berapa lama nak tahan bang.

Maka bermulalah aku hisap rokok masa tu. Dunhill murah lagi masa tu. Nak jimat hisap gudang garam. Rasa pun manis.

Dan aku berjaya merahsiakan aktiviti terkutuk aku ni dari pengetahuan keluarga sampai habis SPM. Adik aku dah tau sebelum tu tapi sebab aku dah warning dengan ancaman karate kick kalau dia report, dia pun tak berani la kot (sori adikku, nanti aku belanja ko makan steamboat ok? - anak dua orang dah dia pun).

Aku kantoi dengan mak masa mak nak hantar aku ke Mara Language Academy (kat situ budak-budak lepas SPM dari MRSM satu Malaysia dikumpulkan based on SPM Trial results untuk buat 6 months intensive English course... kunun nak hantar overseas - yang mana aku end up kat UTM jua). Masa aku keluar dari kereta, tup, kotak rokok Perilly's (sebab Dunhill dah naik harga) yang aku selit kat poket jatuh atas seat kereta. Aduh. Muka pucat dah. Malam tu aku call mak nak mintak maaf, mak aku menangis. Tanya berapa lama dah hisap rokok etc... (soalan-soalan biasa oleh mak yang disayangi).

Tapi itu tak menghalang aku dari terus menerus menghisap. Dah ketagih, apa nak cakap. FATWA PALING SAHIH MENGENAI PENGHARAMAN ROKOK PUN BUAT AKU BUAT TAK TAU (bold intended... bagi semangat kat korang yang masih ketagih rokok). Masuk UTM aku hisap rokok balut pulak jenama BISON. Baru la macho sikit. Sebelum masuk library khusya aweks yang keluar masuk tu sambil balut rokok. Meleleh air liur nengok awek, boleh digunakan untuk menjilat kertas rokok tu untuk jadi rokok yang sempurna.

Nak pulak masa tu jadi kaki snooker. Memang la makin macho sambil aim dengan cue snooker tu, rokok celah bibir, mata disepet sebelah akibat asap rokok masuk mata, kaki sebelah bend atas meja snooker, punggung posing UP sikit... sambil menembak tup..... DAMN!!! Tak masuk pulak bola hitamku... peh... macam gangster The Sopranos.

Uishhh... dah panjang pulak entry hari ni. Kena save idea untuk 1entry = 1hari = 1Malaysia nanti kering idea mampos gua. Maklumlah gua yang organize dan canang hebat, takkan gua yang first collapse kot? Takde 1entry = 1hari = 1Malaysia spirit sungguh!

to be continued....

Sunday, October 25, 2009

1entry=1hari =1Malaysia

Teruja dengan semangat kawan-kawan bloggers aku kat Adelaide ni, Swinging Bowl yang cuba mencipta rekod Adelaide dengan 30 hari = 30 entry dan FakirFikir yang dah TerlebihFikir dengan 1 entry = 1 hari (sedang beruasaha ke arah 1 entry = 12 jam).

Maka aku lancarkan dengan resminya...

1 hari 1 entry = 1Malaysia

(takde tarikh tutup... bermula entry pertama dan berakhir di entry ke 30 dalam masa 30 hari)

sape nak join? Boleh daftar kat ruangan komen.

<==== LIST DAFTAR KAT SEBELAH NI...

Syarat penyertaan:
1. Ada blog open for public (private blog tak leh)
2. Warga Malaysia tulen
3. Blog anda bukan blog download mp3/DVD/VCD
4. Setiap hari kena letak satu entry yang munasabah ikut kepala otak sendiri.
5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng'kalah' akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
6. Bila dah join, korang bolehlah buat link khas kat bloggers link dengan group bernama 1hari=1entry=1Malaysia tu supaya benda ni merebak sampai ke Planet Zuhal.
7. Pada posting yang participate, sila LABELkan 1hari=1entry=1Malaysia.
8. Setiap entry nomborkan... contoh 1/30, 4 of 30 etc supaya mudah orang nak follow.
9. Kalau korang jenis blog addicts (lebih dari 1 posting per day), pun boleh laaaaa kalau nak join. Cuma kembali kepada syarat no 4 tu. MUNASABAH punya entry.

Maka siaplah entry aku untuk hari ini. Selamat Maju Jaya!

Saturday, October 24, 2009

Sakit tapak kaki Part I


Sebulan yang lepas, aku bangun dari tidur dan merasakan tapak kaki kanan aku sakit sangat. Nak pijak untuk berdiri pun susah. Nak jalan apa lagi. Rasa tapak kaki aku macam bengkak. Berdenyut tidak. Tetapi bila tekan je tapak kaki kanan aku ke lantai, rasa sakit gila.

Kepala aku terus teringat penyakit gout. Kebetulan semalamnya ada kenduri kambing. Makan memang tak ingat (feveret le katakan).

Aku pergi jumpa doktor. Dia check sambil godek-godek kaki aku. Aku tanya, gout ke? Dia kata tak. Kalau gout, sentuh kulit je dah menjerit sakit. Alhamdulillah kata aku dalam hati. Dia bagi painkiller. Bila makan painkiller, OK aku rasa. Tapi sepanjang sebulan tu kadang datang kadang hilang sakit kakiku.

Last week, memang tak tahan. Sakit gila. Nak berjalan memang perit sungguh. Lepas makan painkiller aku jumpa doktor kembali. Aku buat X-Ray. Dia check, takde fracture takde torn ligament. Everything looks fine. Dia hantar aku kepada podiatrist.

Podiatrist check kaki aku dan dia kata tapak kaki aku flat, jadi mudah untuk cedera. Cuma dia tak boleh nak kata apa sebab cedera (sebab aku bangun pagi je terus rasa sakit - bukannya semalam aku terseliuh). Penyudahnya, dia refer aku ke physiotherapist.

Appointment aku dengan physiotherapist, Isnin ni. So tak tau apa cerita. Maknanya, entry ni pun to be continued....

Wednesday, October 21, 2009

Persiapan nak balik 5 - Bila nak balik?

Soalan cepumas satu masa dulu. Sekarang dah tak cepumas.

By hook or by crook, aku punya sponsorship habis 31/12/2009 ni. InsyaAllah kami akan balik on that time.

Progress PhD aku, dalam tahap kritikal. Tetapi alhamdulillah, major work semua dah selesai. Tinggal nak siapkan tesis dan satu artikel jurnal. Priority sekarang, siapkan artikel jurnal tu. Sebab artikel jurnal tu jadi penguat kepada tesis. Jurnal pertama dah siap hantar. 2 artikel jurnal? Not bad la untuk aku punya kes.

Lain orang, lain hal/suka/duka PhD. Ada kawan aku, grad dengan 8 artikel jurnal. Siap Rektor puji gila-gila. Alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. Masa mula-mula register, ada la terdetik. Kalau dapat tulis 10 artikel jurnal, bagus jugak hahaha... Tapi bila reality sets in baru kita tau. Aku rasa the real effort bila dah ada PhD nanti. How much will you take all the training (PhD ni training tau tak?) into practices.

ANYWAY... dalam beberapa hari ni aku akan liaise dengan sponsor untuk siapkan tiket flight balik + kos untuk balik. Juga update dengan SV apa penyudahnya cerita aku ni (tesis writing/jurnal). Then keroje wife aku la nak start bungkus-bungkus barang ni - aku tak leh spend banyak masa bab ni. Anak-anak aku? Apa yang diorang boleh buat, tolong menyelerakkan rumah boleh la.

So kepada keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia... WE ARE COMING BACK!!! Lots of things to catch up with you guys. Can't wait!

Tuesday, October 20, 2009

Persiapan nak balik 4 - 1st Journal Paper

Huhuhu... ini le orang kata... "My baby..."

Setelah lebih kurang 10 kali bertukar tangan - aku dan supervisor (SV), akhirnya semalam SV ucapkan tahniah dan paper submitted to Journal of Constructional Steel Research.

Berdebar-debar... Bila dah "accepted" tu baru kira berjaya.

Aku agak kecewa juga sebab artikel jurnal ni patut tahun ke-2 (2007) dah submit tapi ye lah... alhamdulillah je la. Malas nak kompelin-kompelin.

2nd jurnal artikel on the way insyaALlah. Anyhow, tetap mau balik akhir tahun ni.

Monday, October 19, 2009

MEGADETH Live In Adelaide 11 Oktober 2009

Oleh: Lutfie

2 minggu lepas gig Kreator, Megadeth dijadualkan beraksi di Adelaide berkongsi stage dengan Slayer,malang tak berbau, gig ni tinggal Megadeth je sebagai headliner selepas Tom Araya hilang suara kat show mereka di Melbourne. Tapi, tour ni bukan berakhir kat situ je…

Gig ni merupakan gig terbesar aku pernah pergi berbanding gig-gig band lagenda yang lain.Besar tu maksud aku hanya pada venue dan status band tu (in my opinion). Lepas sekian lama mimpi nak tengok legend-legend thrash metal, at last, sampai masa aku dapat menyaksikan Megadeth( patut dah dapat tengok Slayer tapi menyesal macam mana pun tak guna, kena la tunggu dalam setahun dua lagi). Personally, aku menyampah dengan cancellation Slayer. Nampak sangat tak professional. I mean, at least other members of the band should have remembered the lyrics and take over the show. Hari tu jugak kantoi dek Dave Lambardo masa drum clinic beliau di HQ kelmarin (2 jam sebelum show), bahawa Slayer mungkin join Soundwave 09/10 sebagai ganti show Adelaide.

Kali ni pergi show dengan Din.Lepas masuk venue, dan beli shirt tour Megadeth yang mahal nak mampus, aku terus lepak kat stage. Opening show ni dilangsungkan oleh Double Dragon, band premiere metalcore Adelaide yang dah muak aku tengok sejak dari awal aku layan gigs di Adelaide. Support band yang totally inappropriate, they bored me to death!

Setting stage untuk Megadeth dilakukan oleh crew yang exclusively hired and brought all the way from US. Setting stage punya execution nampak sangat professional, dari setting amp sampai setting backdrop ‘MEGADETH’. Drumkit Drover paling menyerlah dari kaca mata aku yang minat tengok drummer. No question asked. Setting last minute before show sudah solid, touch up drum beat sikit-sikit, tune gitar and volume balance sikit, and everything is ready to go!.

Ada perkara yang agak annoying bagi aku sebelum show ni, crowd lambat chanting. Dalam jarak aku yang agak-agak 3 meter dari stage, beberapa pakcik ajak crowd chanting yang typicalnya memang malas nak response(ah well..).selang beberapa ketika, chanting bergema satu dewan tapi putus-putus sampai lah lampu props dimalapkan dan intro Megadeth dimainkan. Aku pun mula rasa the excitement running through my blood!.

Lagu first ‘Set the world afire’ began blasting the Megadeth set. Aku somehow tak rasa sangat vibe Megadeth masa ni sebab sound diorang jauh lebih perlahan dari sound band opening tadi. Introduction band members of Megadeth sangat epic at the beginning;macam ’Walking into the lime light’haha. Lagu ni laju tapi sebab bunyi slow, rasa excited terbantut serta merta. Sekejap-sekejap nampak Broderick suruh crew backstage naik kan volume gitarnya yang agak slow. Macam mana pun, sampai bait-bait lirik-lirik yang aku ingat dalam lagu ni aku sing along (walaupun suara sengau Dave Mustaine tak berapa nak dengar masa ni). Selain dari gasak menyanyi, band members yang nampak energetic hanya Chris Broderick dan James yang asyik menguasai stage. Mustaine nampak ‘chill’ berkeliaran atas stage( sebab dah tua kot 40 something) dan drummer surprisingly main dgn smooth and effortless (you know it when you see them play without forceful beat).

Sampai lagu ‘Hangar 18’ crowd mula mengganas. Lagu ni la yang aku punya tunggu nak sing along sebab dari banyak-banyak live show ayng aku pernah tgk dari DVD live Megadeth, lagu ni antara paling best dinyanyikan ramai-ramai. Tengah seronok sing along, crowd mula henyak orang-orang depan yang memang tak ingat dunia. Yang kat barricade kalau bukan atlit ragbi, mungkin mati lemas. Aku yang dah rasa tak sedap kena henyak, make move ke belakang dan cari port yang aman sikit.

Setlist:
Set The World Afire
Wake Up Dead
Hangar 18
Skin Of My Teeth
She Wolf
Kick The Chair
In My Darkest Hour
Devils Island
Headcrusher
Washington Is Next
Rattlehead
Sweating Bullets
Tornado Of Souls
Symphony Of Destruction
Mechanix
Peace Sells
1,320 (minus vocals)
Holy Wars
Sumber:AdelaideMetal.com










Selang beberapa lagu, dan aku pun dah serak tekak menyanyi, Mustaine explain to the crowd the ‘awkward situation’ yang terjadi pada malam tu. Megadeth terpaksa main extended set untuk ganti kan slot Slayer yang pull out pada pukul 10 pagi hari yang sama akibat Tom Araya yang kehilangan suara. Aku expect Mustaine buat lawak sinis tentang masalah ni tapi nampaknya dia lebih matang dan professional berbanding perangai-perangai beliau yang selalu nampak dalam interview-interview MTV. Crowd macam biasa, agak kecoh Slayer tapi Mustaine asyik berseloroh; ‘If you see Kerry somewhere in the crowd, ask him to come up play with us tonight coz I sent him an invitation to play with us today but still haven’t got any confirmation from him’. Lebih kurang macam tu lah Mustaine explain the situation pada crowd. Lagu ‘Kick the Chair’,‘In My Darkest Hour’ dan ‘Devils Island’ di mainkan sekali harung 3 lagu tanpa henti yang lagi buat aku rasa excited gila!. Lagu ‘in my Darkest Hour’ aku layan habis dgn beberapa line lirik/chorus yang aku ingat. Kena pulak ending dengan ‘Devil’s Island’, memang truly classick!

Dalam gig kali ni, Megadeth hanya present 2 lagu dari album baru ‘Endgame’ (aku dah beli dah), iaitu hit single ‘Headcrusher’ dan ‘1320’ yang di sajikan dengan extra surprise untuk crowd Adelaide. Mustaine nampak yakin dengan performance crowd malam tu. Sorakan ‘Death by the headcrusher…’ yang ada dalam lirik lagu Headcrusher, di ajak bersahutan dengan ‘Headcrusher!!!’ sekali dgn Mustaine. Line ‘bercakap’ lagu ni dinyanyikan secara live oleh Mustaine sendiri instead guna tape, yang mana aku rasa agak berlainan untuk band yang main live (alah macam dalam part baca doa tidur dalam lagu Enter Sandman tu ler).

Aku sebenarnya tertarik nak dengar Mustaine berinteraksi dengan crowd sebab ada laporan dari state-state lain in the show before, Mustaine tak cakap banyak. Tapi surprisingly, (mungkin sebab terpaksa cover Slayer) beliau lebih peramah. Lepas cerita macam-macam pasal cancellation malam tu, Mustaine offer crowd kalau nak Megadeth main lagu 1320 tanpa vocal. YEAAAAA….This is actually a ‘Surprise’ yang Mustaine sediakan untuk crowd malam tu and it is surprisingly ‘rare’ than any other gigs.

Antara lagu-;agu highlight yang aku tak sabar-sabar nak dengar malam tu ialah Hangar 18, Symphony of Destruction, Sweating Bullet(nak dengar Mustaine cakap sorang-sorang.haha),Headcrusher(single terbaru), Peace Sells, RattleHead(patut main dengan Kerry King tapi dia tak datang-datang)., Mechanix(kantoi nyanyi ikut lagu 4 Horsemen Metallica,hahahaha), She wolf(part solo panjang tu memang paling best, Cuma takde drum solo je macam dalam DVD Rude Awakening).Kalau nak ikut kan, semua lagu yang dimainkan malam tu best belaka and obviously, Megadeth don’t substitute quality for nothing.

Satu lagi highlight menarik gig ni adalah Mustaine marah somebody in the crowd.Hahahah. Memang terkenal Mustaine ni dgn perangainya yang ‘I do anything If I get a microphone’. Antara yng aku berjaya rakam, ada dalam video 1,320. Crowd nampak gaya memang nak tengok Mustaine ‘pissed off’ dengan pekik lolong, sumpah-menyumpah yang agak keji tapi aku hanya perhatikan gelagat Dave Mustaine yang agak rare bila sampai live show macam ni.hehe.

Lagu penutup Holy Wars adalah jangkaan yang tepat. Crowd masa tu memang all out habis boleh kata the whole standing floor (mula-mula yang belah belakang agak laid back).Aku push diri sendiri sampai ke barrier balik untuk tangkap gambar-gambar terakhir Mustaine secara dekat (dan cuba nasib capai pick/drumstick) dan dapat few good shots. Too bad tak dapat apa-apa.hahaha. Laungan ‘You’ve been great, we’ve been Megadeth!’ di penghujung lagu menandakan that’s the end of the show. Overall, it was a hell of a ripper show by Megadeth,enough said. Walau macam mana pun , aku still kecewa tak dapat tengok Slayer sekali. Mungkin tahun-tahun depan kot dengan legend-legend thrash metal lain hehe..




Skin O My Teeth


1320 Instrumental

Sunday, October 18, 2009

Serabut hari Ahad...

Kepala serabut.

Sentiasa serabut sebenarnya. Otak kita selalu berfikir. Tak nak fikir pun fikir juga.

Macam-macam dok fikir. Balik Malaysia nak beli kereta apa, peti ais apa, sofa apa... errr... kalau aku jual gitar aku boleh dapat berapa huhuhu...

Paling tak best, terfikir benda yang tak nak kita fikir. Cepat-cepat kita nak erase. Kejap je. Lepas tu datang balik.

Fakirfikir pun kalah.

Nabi s.a.w. kata orang paling bijak ialah orang yang ingat mati dan sentiasa buat persiapan untuknya (maksud hadith).

Nabi s.a.w. juga pernah melakar sebuah kotak di atas tanah. Sambil tu dia lukis garisan-garisan dari kotak yang keluar dari kotak tu. Kata Nabi s.a.w. itulah angan-angan manusia. Sedangkan nyawa tu dalam kotak je (maksud hadith).

Yang aku tau, aku memang tak ikut nasihat Nabi s.a.w. ni. Aduh....

Patutnya - kena pikir camana nak lekat di masjid, buat dakwah, tingkatkan amal (baca Al-Quran, zikir, silaturrahim, sedekah etc)

Serabuttttt!!!

Wednesday, October 14, 2009

Terkujat...

"Nampak banyak CD juga dah jual... tapi tak luak je nengok?" Isteriku yang tercinta tiba-tiba berkata-kata sambil mencekak sebelah pinggang. Matanya melirik dari hujung bilik ke hujung bilik melihat susunan CD yang dah jadi tak tersusun.

Aku terkujat dari lamunan... sambil terkulat-kulat senyum.

(bersambung...)

Monday, October 12, 2009

Kenapa aku tulis blog?

Sebab otak serabut tangan gatal.

Bila sindrom ni dah takde, maka takde la aku menulis blog lagi. Terima kasih kerana melayan sindromku ini.

Apa punya entry daaa... chait!

Sunday, October 11, 2009

KREATOR + MORTAL SIN Live in Adelaide 27/9/09

Oleh: LUTFIE

At last, hari yang aku tunggu-tunggu tiba jugak. Kreator live in Adelaide 2009.Satu lagi gig yang aku sangat rasa anticipative untuk tonton, selepas KRISIUN + DAWN OF AZAZEL April lepas. Siapa tak kenal Kreator di kalangan metalhead lama dan baru? Sebab tu aku tak sanggup lepas kan peluang untuk menyaksikan sendiri show ni. First encounter aku dengan KREATOR adalah masa circa 2000 bila mula suka-suka layan kaset ‘Past Life Trauma’ yang aku tak pernah tahu pun sebuah album kompilasi. Masa 2005, Kreator turun Malaysia dan aku sedar aku tak mungkin pergi memandangkan status sebagai pelajar pokai dan masih di bawah kawalan mak bapak menjadi penghalang but nevermind this time has come for me to make up that chance. Antara album KREATOR yang aku ada adalah ENEMY OF GOD, OUTCAST, dan HORDES OF CHAOS je sampai masa aku tulis review ni tapi at least aku beli rilisan diorang dari mengdownload je (ada komitmen dengan band lain jugak sebenarnya haha).

Gig ni diadakan di HQ Adelaide yang merupakan salah satu venue dengan system sound terbaik yang pernah aku rasakan semenjak gig Reunion CARCASS tahun lepas (2008), masa gig ni diumumkan venue-nya pun, I am quite happy. Mujur gig berlangsung pada hari Ahad, senang aku nak keluar masuk city yang memang sendat masa weekdays. Antara highlight paling best show ini adalah supportnya; MORTAL SIN-otai thrash metal Australia, band Steve Hughes (ex-Slaughter Lord,Nazxul) yang kini main stand up comedian pulak kat London. Honestly haven’t really checked out these guys before as much as other bands tapi dah pernah dengar beberapa album classic(Mayhemic Destruction) dan baru (Absence of Faith) and they are definitely head-cracking. Anyhow, gig ‘double headliner’ tu, siapa nak kasi?Nak tunggu dapat kat Malaysia, sampai tua pun aku tak janji dapat, hehe.

Bertolak dari rumah sampai ke venue ambil masa 10 minit, tambah lagi dengan sejuk malam yang tak hengat!.Lepas parking skuter dekat lorong sebelah venue, kena queue up untuk masuk.Lepas check DocMart aku yang takut ada steel toe oleh pak guard, aku terus masuk venue dan berkejar ke booth merchandise. Aku beli 2 shirt KREATOR yang ada Australian tour dates untuk diri sendiri dan Wanwarlock dan lepak dekat tepi stage sambil borak dgn kawan satu uni. Gila lama nak tunggu Mortal Sin opening, dekat setengah jam jugak!.

MORTAL SIN

Lebih kurang pukul 9 Mortal Sin kick off the show.Aku sangat optimis dgn showmanship diorg yang memang kena dgn style old school thrash metal nya. Aussie thrash metal bawaan diorg memang padat dan promising!(tak tahu pun apa yang Aussie nya; maybe ala-ala prog sikit kot?hmm).Aku rasa aku warm-up terlalu awal layan set Mortal Sin yang ada banyak lagu2 yang aku biasa dengar sejak mula kenal (orang rekemen dengar), antaranya Blood, Death, Hatred, Mayhemic Destruction, I am Immortal, Lady in Leather,Dead Man Walking. Mana taknye, lagu semua ultra-cathcy riffing dan liriknya.jadi gasak la aku melayan.Aku asyik perhatikan drummer Mortal Sin yang dulunya position Steve Hughes.Drumming mamat ni inargueably hebat. Bassist dia orang yang antara paling lincah bergonjeng dengan vocalist Matt Maure tapi mamat lead guitarist nampak nye focus habis kat permainan beliau sampai aku hulur tangan nak sep-sep tom-tom pun tak dilayan, Hmmpphh! Instead encik bassist yang jual-jual muka kat aku.hahaha.

Dengan sound system venue yang sedap, persembahan Mortal Sin memang mantap semantap status mereka sebagai otai thrash metal. Ada beberapa lagu yang quite offending bagi aku sebagai seorang Muslim, you know why tapi secara musical aku layan je. Antara yang aku perasan bila Matt berinteraksi dgn crowd, dia nampak kecewa sebab crowd tak hidup sangat.Hmmphh.. typical Adelaide crowd. Ramai jugak budak2 muda yang terpinga-pinga masa Mortal Sin main seolah-olah ‘I think this band is rad, but I keep the energy for Kreator’. Dude!how come you are missing out these legends!?Aku tak percaya diorang ni bersikap macam ni.Aku rasa ini lah kesan puak mat metal yang dah terlalu banyak disuapkan dengan international live show yang melimpah ruah, sampaikan legend tempat sendiri (mungkin juga headliner bands) tak kesah nak layan. Anyway, at the end of their show, aku dapat tibai kertas setlist Mortal Sin. Honesly mereka dah sedia untuk encore tapi as I said, typical Adelaide Crowd, they just ignore too much!. Mortal Sin did a hell of a great set and I really enjoyed every single second of it.Really looking forward to their local gigs.

KREATOR

Selang 15 minit, Kreator masuk stage dengan intro choir. Intro yang ringkas, Mille dan rakan-rakan terus mendendangkan Hordes of Chaos siap video clip dekat stage background. Lagu ni antara lagu yang promising dalam album baru Kreator ‘Horde of Chaos’. Aku macam biasa, mana-mana line lagu yang hafal sing along sampai tekak rasa nak pecah sebab over-warmed up masa set Mortal Sin. Masa lagu ni lah aku rasa dummer fill-in masa tu Marco Minneman bukan replacement yang sesuai untuk Ventor especially bila ada part yang dia suka-suki buat impromptu fill( malam sebelum tu dah usha2 show diorang yang Melbourne,stadi la sikit2 kan sebelum gi show,senang nak komplen).

Antara material classic yang Kreator hidangkan malam tu adalah macam dalam setlist ni;

Hordes of chaos
phobia
terrible certainty
betrayer
voices of the dead
enemy of god
destroy what destroys you
pleasure to kill
the patriach
violent revolution
extreme agression
coma of souls
warcurse
flag of hate
Tormentor
Sumber:AdelaideMetal.com

Tapi undeniably setlist di atas tepat dan sama untuk semua show di states lain. Ada beberapa lagu yang aku dapat ambil video sambil gegar-gegar sebab layan ‘henjut-henjut manja’ dan crowd dekat depan stage tu yang semakin liar-4 kali kot kena siku kat kepala dek mamat-mamat Aussie saiz gergasi, sakit siot. Actually, takde la liar sangat tapi spot best aku kena rampas la jugak.Ciss..Mille Petrozza sentiasa nampak aggressive throughout the show (walaupun dah main show kat state lain) dan dia memang try his best to entertain the ‘weak’ crowd.Ye, crowd Adelaide sangat lemah malam tu. Antara bukti lemahnya crowd Adelaide ni, Mille banyak kali bagi seruan untuk buat circle pit, walls of death to ‘tear down’ the place. Tapi apa yang jadi? Semua jadi ‘Apa dia cakap?ingat ni German ka nak suruh itu ini?’Ahhh aku rasa malu pun ada tapi layan la show sampai habis. Mille ni Nampak je tua tapi energy beliau membuatkan show malam tu the best thrash metal show I have ever been to. Gitarist lead Kreator, Sami mengingatkan aku pada gaya Bill Steer masa gig Carcass tahun lepas sebab dia pakai ala-ala mau pegi majlis kahwin la pulak dengan kemeja ropol-ropol, khaki hitam dan kasut kulit koboi.Haha sempoi habis. Aku actually agak teruja tengok Christian Giesler punya bass Jackson yang first time of that shape (aku tak reti main gitar mahupun kenal part, skill, dan benda-benda yang berkaitan dengannya. Jadi agak mudah teruja hehe).

Gimik Mille memang tak tumpah macam gimik dia masa live show lain yang aku pernah tengok dalam YouTube, especially masa lagu Pleasure to Kill (gimik sembelih leher), Extreme Aggression (More moshing please!!),Coma of Soul(Comaaaa, offffff, Soulllllll!!!!) dan Flag of Hate (sorak sama-sama ‘Raise the Flag of Hate!!’ just kali ni ada bendera ‘KREATOR FLAG OF HATE’).

Masa Mille sedang bersemangat mengajak crowd menyorakkan ‘Raise the Flag of Hate’ ada seekor mamat kurang ajar baling cawan plastik pada Mille. Aku dah ready nak rakam reaksi Mille kalau-kalau dia turun stage ajak gaduh dengan mamat tu, tapi cuma cakap something like ‘I hope you are not serious’.Whole crowd(aku pun sama) ‘boo’ mamat tu yang bajet gagah sambil reply ‘He wants us to show some hate!!’Anyway, lagu ni really gets the weak crowd going. Lepas bosan cuba merampas balik spot asal ayng kena curi, aku masuk acah2 moshpit yang kejap-kejap hidup dengan budak-budak ‘Gangsta’ entah datang dari mana pakai baju Dimmu Borgir sedondon. Aku layan sekejap je takut spek, baju tour dan harta2 dunia yang lain aku hilang, lepas tu lepak blakang sikit dgn pakcik-pakcik yang menghayati sambil berdiri konon hensem. Sebelum masuk lagu-lagu untuk ‘extended set’ Marco Minneman main drum solo. What can I say?Drummer dari band Necrophagist ni is as good as you see on YouTube plus the good sound system..hahaha.My first live show with drum solo. I have been dreaming of it. Panjang drum solonya sebenarnya (hampir 10 minit kot). Tapi untuk cukup syarat aku rekod 40 seken je. Masa ni semua orang terkesima, crowd senyap, aku termangu, roadies backstage semua tercongok menonton dari atas. Sampai lah Milles dan rakan-rakan masuk balik sambung lagu sampai habis.

Lagu penutup malam tu adalah Tormentor; lagu penutup tradisi Kreator untuk semua live show mereka. Antara lagu yang aku paling tunggu-tunggu ‘vibe’ live nya yang memang rasa lain hebatnya bila masa-masa penghujung ni. Sungguhpun Mille Nampak kecewa dengan performance crowd Adelaide malam tu (except aku of course hahaha) dia compliment dengan friendliness dan warmth the crowd has given them that night (walaupun lepas kena baling cawan). Lepas habis gig aku macam biasa try my best nak dapat drumstick yang dicampak kan dek Minneman atau pick exclusive dari stand microphone Mille, tapi nampaknya tak ada nasib lagi this time tapi aku rasa cukup lah dapat kertas setlist Mortal Sin dan ber-pass tangan dgn Mille dan Sami. Another awesome show I have just witnessed myself :)



MORTAL SIN- MAYHEMIC DESTRUCTION


KREATOR TERRIBLE CERTAINTY


KREATOR VOICES OF THE DEAD

ADELAIDE, KREATOR WILL RETURN TO DESTROY YOU!!!!(Mille Petrozza 2009)

Saturday, October 10, 2009

Ulasan: CELTIC FROST Cold Lake CD


Perkara yang pertama kali akan dipersoal ialah ini CELTIC FROST ke?

Bagaimana die-hard pun seseorang itu mengikuti CELTIC FROST sebagai band paling innovatif dalam sejarah ekstrim Metal, pastinya mereka akan tercari-cari jawapan yang sesuai untuk membantah kritikan terhadap album ini. Dan selalunya jawapan tersebut tidak meyakinkan.

Tom G Warrior, kepala CELTIC FROST meletakkan beban kesalahan ini terhadap ahli muziknya yang baru dalam album ini. Dan selayaknya, album ini seolah-olah dilupakan sebagai salah satu album CELTIC FROST. Album ini cuma dirilis sekali pada 1988 dan tidak pernah diulang cetak, walau dalam versi remaster sekalipun; menunjukkan betapa bersungguhnya CELTIC FROST melupakan sejarah hitam ini.

Dari sebuah band yang merilis album-album yang dark dan occult kepada band glam rock yang menjurus kepada pengaruh dari Motley Crue dan Dokken dari segi imejnya. Namun begitu muziknya masih ada pengaruh CELTIC FROST yang asal, cuma diglamkan. Sungguh tidak sesuai. Ah, betapa menyampahnya teranan suara Tom G Warrior yang dipaksa mengada-ngada.

Mungkin atas dasar out-of-curiosity, kita mahu sahaja mencari CD ini dan mendengarnya sendiri. Ironinya, album ini menjadi antara album paling rare (dan mahal) dalam katalog CELTIC FROST. CD ini telah dijual dengan harga US$65 baru-baru ini.

1. "Human II (Intro)" 1:06
2. "Seduce Me Tonight" 3:18
3. "Petty Obsession" 3:17
4. "(Once) They Were Eagles" 3:39
5. "Cherry Orchards" 4:19
6. "Juices Like Wine" 4:17
7. "Little Velvet" 3:40
8. "Blood on Kisses" 3:29
9. "Downtown Hanoi" 4:15
10. "Dance Sleazy" 3:32
11. "Roses with Thorns" 3:26

Two bonus tracks were included on the original CD release.

12. "Tease Me" 2:47
13. "Mexican Radio (Live)" 3:32

Friday, October 09, 2009

Kuliah Riyadul-Solihin di Adelaide

Assalamualaikum..

Dear respected elders and brothers whom especially living close to Broadview and every single muslim in Adelaide, regardless what nationality, background, colour, language spoken, as long as you are a Muslim, you are invited to sit in a gathering of taalim wa taalum.
Taalim : Syarah of Ahadith in Riyadhul Solihin Imam An-Nawawi
Conducted : Syeikh Ibn Wasif Al Lebani
Date : Friday, 9th October 2009
Time : After Maghrib prayer
Vanue : 1 Maple street, Broadview
Abu Said Al Khudri RA narrates that Rasulullah SAW said : A believer's thirst for knowledge is never quenched. He continues to hear and learn until he enters Paradise. (Tirmidhi)

- aLiph

-----------------------
Nota tambahan - Syeikh adalah warga Adelaide berbangsa Arab Lubnan, sekarang bercuti dari kuliah beliau di Syria. Telah selesai menamatkan kuliah pertama beliau (setaraf 1st degree) di sana dan akan menyambung kembali kuliah peringkat Master dalam bidang tafsir Al-Quran, insyaAllah. Selain dari kuliah formal, beliau juga kerap mengikuti kuliah-kuliah informal di masjid-masjid sekitar madrasah beliau sehingga beliau telah khatam mengikuti kuliah Sahih Bukhari dan Sahih Muslim beberapa kali.

Mari sama-sama kita manfaatkan seorang alim sementara beliau ada di sini.

Kuliah malam ini dalam English.

Wednesday, October 07, 2009

Camping!!!

Depan rumah je huhuhu...

Mula sekali ucapan terima kasih kepada sponsor, FakirFikir kerana menyumbang (meminjam) tent yang dia beli murah-murah kat garage sale. Retail AUD$300+ tu dapat AUD$30 ke apa... Aku rasa nak beli bawak balik Malaya tapi pikir-pikir mana pulak nak campingnya? Lain la kalau masuk hutan. Aku jenis tak suka masuk hutan.

Potong rumput tapi posing macam atas stage gelek gitar GIBSON FLying V.

Pertama sekali sebelum pacak khemah, pastikan tanah tu lapang dan bersih dari segala benda-benda yang menyucuk. Terpaksalah aku menggembleng tenaga yang tak seberapa ni memotong rumput seluas suku padang bola. Dah la kaki aku tengah sakit masa tu. Adoi.

Bila dah clear, khemah pun dipacakkan. Garu kepala juga walau tengok manual. Oleh kerana 1st time memacak khemah SEUMUR HIDUP, maka ambil masa 45 minit kot. Dah reti ni, mungkin sup sap sup sap dalam 15 minit boleh pacak dah.

Apalah makna camping tapi takde suasana outback Australia. BBQ yeaaa!!! Resepi hari tu, kebab daging (cucuk macam satay) dan juga peha ayam. Yummy. Meratah je masa ni. Nasi takde. Tak Australian.

Laman rumah-rumah Australia ni memang luas. So macam-macam aktiviti boleh dok buat. Nak buat court badminton/takraw pun boleh. Cuma, angin kat sini kuat-kuat le.

Makan atas tanah je yop!

Test power khemah. Ada dua bahagian. Satu ruang besar. Satu lagi bilik kecik. Konon aku nak tidur sorang-sorang kat bilik kecik tu heheheh...

Note - bulan tu. Under A Funeral Moon huaarrrggghhhhh...

Dah malam. Dan SEJUK!!! Pelik gak, winter dah berlalu dan spring pun dah masuk musim tapi sejuk Ya Allah.

Bilik besar. Muat la aku dengan wife + 4 anak-anak. Aku hujung sini, wife hujung sana. Balance.

Kesimpulan - aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga. Anak-anak pun suka. Kami pun suka sebab new experience. Definitely will do this again dengan REAL situation. Outback sikit ke. Tapi tak berani la pi sorang-sorang. Kena ada geng juga... Ada berani?