Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, May 31, 2009

Bila lu nak abis study bro?

Soalan yang selalu aku terima. Ketahuilah, soalan cenggini memberi tekanan kepada aku. Tu pasal aku tak cerita aku punya study kat dalam blog. Sebab study ni banyak masalah. Especially dalam level yang aku tengah buat. Andaikata Allah s.w.t. murahkan rezeki aku, dan bagi ijazah ni pada aku, ini adalah ijazah paling tinggi dan paling last sekali dalam dunia akademik. Oleh kerana ianya the end of the line, maka ianya paling susah.

Kalau senang, ramai la orang dok buat dan hilang le nilai ijazah tersebut.

Susah ke? Memang susah. Dan banyak problem.

Aku cuba ikut cara agama bila ada masalah. Iaitu minta pertolongan dari Allah s.w.t. via doa. Maka apabila ada masalah yang berkaitan dengan study, aku doa pada Allah s.w.t. Yang bagi masalah in the first place ialah Allah s.w.t. dan yang menyelesaikan juga ialah Allah s.w.t. Kerja aku, usaha dan doa je la.

Bila timbul masalah, aku bermonolog dengan diriku sendiri. Kadang-kadang doa. Kadang-kadang menangis dalam doa. Doa sampai menangis? Itu la tatacara berdoa. Tak percaya sila rujuk dengan Ustaz yang berkaliber. Tapi aku jadikan tabiat, aku menangis dalam doa bila minta ampun dari Allah s.w.t., kuatkan iman etc dulu (bab masuk kubur dan akhirat). Dah last, baru la aku mintak bab dunia ni. Apapun doa aku yang sungguh-sungguh; minta akhirat dulu then end dengan dunia.

Tapi hari ni aku nak bagi berita gembira insyaAllah. Masalah besar aku dengan research yang aku buat ni alhamdulillah, Allah s.w.t. telah buka jalan.

Dalam agama, masalah kita cerita kat Allah s.w.t. dan berita gembira kita kena bagitau semua orang (untuk declare bantuan Allah s.w.t.). Jangan jadi terbalik, masalah satu kampung kita cerita (contoh tiba-tiba hilang duit AUD$10) tapi berita gembira kita sorang-sorang je simpan (contoh tiba-tiba jadi orang kaya ke).

Aku tau ada jalan selama ni tapi ada benda yang menghalang. Bila benda yang menghalang ni aku selesaikan, maka aku boleh terus berjalan sampai akhir jalan. Secara tamsilannya (kiasannya), benda yang menghalang ni alhamdulillah Allah s.w.t. bantu aku selesaikan.

Sekarang tinggal aku nak refine dan polish jalan tu. Yea!

So untuk menjawab soalan-soalan berkait dengan "Bila lu nak abis study bro?" ni, aku jawab insyaAllah, by the starting of 2010, aku boleh diserempakkan di sekitar bandaraya Ipoh!

Thursday, May 28, 2009

Paul Di'Anno live in Adelaide



Hampir tak perasan. Baru dua hari lepas terpandang poster show ni kat uni. Kalau tak, memang melepas.

Tiket sudah dibeli!
The Gov, SA
Fri 29 May
07:30 PM

Touring for the first time in Australia; the legendary original frontman from Iron Maiden, Paul Dianno, supported by special guests Killrazer.

Hardline Media is proud to announce for the first time ever in Australia, the legendary original frontman from Iron Maiden, Paul Dianno. Playing all the classics from the first two Maiden albums like Prowler, Running Free, Phantom Of The Opera, Killers, Murders In The Rue Morgue, plus many more, as well as some of his amazing solo stuff.

This is a must see event for all Iron Maiden fans, all Metal fans in fact. The Beast Down Under!

With special guests Killrazer.
Selepas IRON MAIDEN di New Zealand, now this? Fuh...

Wednesday, May 27, 2009

40,000 tiket AC/DC di Adelaide habis dalam 2 jam!

Nasib baik aku dah takde kat sini masa tu (insyaAllah). Kalau tak, frust la jugak. AC/DC beb!

Untuk peminat rock/Metal, AC/DC adalah antara band yang kena pergi tengok kalau ada peluang. Tak lengkap diskografi live show kalau tak pergi tengok (dengar tu Lutfie!).

Kat Perth, tiket habis dalam masa 7 minit.

500,000 tiket habis dijual untuk 11 shows di bandar-bandar besar di Australia. Promoter sedang adjust untuk tambah lagi. Malang, Adelaide tak masuk dalam cadangan tambahan. Cukup satu show je.

It was the fastest selling tour in Australian history.

Tiket minima $100 sekeping. Kali 500,000 maka gross sell = $50, 000,000 ($50 juta!). Fuh!

Teringat kat sorang kawan lama zaman sekolah menengah di Ipoh dulu. Peminat tegar AC/DC. Setiap album dalam bentuk kaset dia ada. Masihkah beliau tegar?

Monday, May 25, 2009

IRON MAIDEN Flight 666 CD

CD sudah sampai di Adelaide! Sebelum ni, DVD dah sampai.

Memang tujuan kali ni ke kedai, nak membeli versi CD. Nampak on display terus grab dan bayar. No question asked (sindrom die-hard fan).

Apa nak kata? 17 tracks (termasuk satu intro Churchill's Speech) yang dikutip dari 16 buah bandar. Cuma orang komplen, habis setiap lagu ada cut. Berbeza dengan rakaman live normal, ia berterusan. Namun, aku setuju kenapa perlu ada cut kerana setiap rakaman adalah berbeza tempat. Ianya lebih logik dan munasabah. Andainya berterusan, nampak menipu. Got it?

Bookletnya biasa je beberapa pages gambar dan informasi termasuk kata-kata aluan oleh Steve Harris. Untuk booklet yang menarik, sudah tentunya kena dapatkan dari DVD Special Edition. Buat duit betullah diorang ni. Tapi sebelum nak mengumpat, bukankah semua orang buat macam tu. Ada edisi biasa, special edition, re-release etc.

DVD Special Edition dan CD dah ada. Lagi satu yang perlu ada ialah vinyl. Untung ada sorang kawan di UK sekarang ni. Boleh kirim. Bukan satu, bahkan dua (sindrom die-hard fan). Buat apa beli dua? Ah... korang bukan faham (korang tak die-hard!). Ada la, maybe untuk buat trade dengan fellow collectors in the future andaikata beliau ada something yang kita nak.

Mixing album? Fantastic Mr Bombastic! Yang bernasib baik tengok IRON MAIDEN live masa ni (Mr deaf4ever di Perth) mesti nak berair mata la dengar balik audio ni. Nak-nak bila dengar crowd sing-a-long. Mungkin dalam ribu-ribu orang dok nyanyi, suara dia paling jelas, mana tau? Sudah tentu tidak sebab show Perth takde dalam CD ni. Aku faham emosi beliau ni. Super die-hard fan.

Kevin Shirley diberi tugas untuk mix album ni. Mesti pening kepala punya sebab kena buat 16 mix berbeza dan bagi level semua supaya fit dalam 2 CD tu. Kalau satu venue mungkin mudah sikit sebab adjust pun sikit-sikit punya.

Makin tua, makin adventurous IRON MAIDEN ni. Mungkin dah buang tabiat? Fly kapalterbang sendiri untuk tour ni. Mungkin juga sebab ikut kata Bruce Dickinson, tahun 2013 merupakan tour terakhir mereka sebab masing-masing dah over 50. Beliau sendiri 55. Nicko dah 60 tahun. Mana larat ye tak?

Aku pun sanggup pi New Zealand nak tengok IRON MAIDEN live pun kira last kopek la tu kot? Atau 2013? Ada sapa-sapa nak buat rombongan? deaf4ever?

1 - ACES HIGH
Bandra Kurla Complex/Mumbai, India
February 1, 2008

2 - 2 MINUTES TO MIDNIGHT
Rod Laver Arena/Melbourne, Australia
February 7, 2008

3 - REVELATIONS
Acer Arena/Sydney, Australia
February 9, 2008

4 - THE TROOPER
Makuhari Messe/Tokyo, Japan
February 16, 2008

5 - WASTED YEARS
Arena Monterrey/Monterrey, Mexico
February 22, 2008

6 - THE NUMBER OF THE BEAST
The Forum/Los Angeles, USA
February 19, 2008

7 - CAN I PLAY WITH MADNESS
Foro Sol/Mexico City, Mexico
February 24, 2008

8 - RIME OF THE ANCIENT MARINER
Izod Center/New Jersey, USA
March 14, 2008

9 - POWERSLAVE
Saprissa Stadium/San Jose, Costa Rica
February 26, 2008

10 - HEAVEN CAN WAIT
Palmeiras Stadium/Sao Paulo, Brazil
March 2, 2008

11 - RUN TO THE HILLS
Simon Bolivar Park/Bogota, Colombia
February 28, 2008

12 - FEAR OF THE DARK
Ferrocarril Oeste Stadium/Buenos Aires, Argentina
March 7, 2008

13 - IRON MAIDEN
Pista Atletica/Santiago, Chile
March 9, 2008

14 - MOONCHILD
Coliseo de Puerto Rico/San Juan, Puerto Rico
March 12, 2008

15 - THE CLAIRVOYANT
Pedreira Paulo Leminski/Curitiba, Brazil
March 4, 2008

16 - HALLOWED BE THY NAME
Air Canada Centre/Toronto, Canada
March 16, 2008

Saturday, May 23, 2009

IRON MAIDEN Flight 666 DVD

Akhirnya sampai di Adelaide! Beli kat JBHifi. Yang ni special edition (SE). Yang biasa, separuh harga. Ingat nak sapu dua-dua tapi aku pikir balik, yang biasa ni dalam 3-4 bulan jadi murah. Yang special edition ni, limited press. Kalau habis memang susah nak cari dah. So, takpelah... yang versi biasa dah murah nanti boleh beli.

Aku pun pergi balik kat ruangan CD. Mungkin aku tersalah pandang tadi dan tak jumpa versi CD. Aku godek-godek, memang tak ada!

Versi CD tak ada? Ke dah habis? Nak tanya, malas le pulak tengok orang sibuk je. Takpelah, aku beli DVD ni dulu.

Dokumentari ini telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia dan aku antara ramai yang menontonnya di layar perak. Boleh baca rebiunya DI SINI. So tak payahlah aku ulang ulas apa yang dah diulas.

Cuma mungkin yang boleh dipanjangkan ialah packaging DVD special edition ni. Untuk ramai yang di Malaysia, aku tak berharap ianya dijual di mana-mana kedai secara berleluasa. Mungkin jadi real special edition kerana ia jadi special order untuk beberapa kedai yang mengimport CD luar. Penyudahnya, kena order dari overseas. Dah tentu mahal.

Jadi worth it ke nak bayar mahal? Ingat, selain dari special edition ni ada yang rilisan biasa dan harganya separuh.

(Aku cuba tak bias kerana untuk diehard IRON MAIDEN fan, berbaloi tak berbaloi tak boleh nak diskas panjang-panjang)

Benda yang sama antara SE dan rilisan biasa ialah ianya 2 discs. Disc pertama ialah FLight 666 dokumentari yang sama yang ditayangkan di pawagam. Disc kedua pula, keseluruhan konsert (satu lagu, satu bandar - ada 17 buah lagu, maka 17 buah bandar - excellent).

Itu je yang sama.

Yang special untuk SE ialah, packagingnya seperti buku hardcover. Kemudian dikepilkan 30 helaian seperti sebuah buku yang menampilkan informasi berkaitan Somewhere Back In Tour; antara lain, nota diari Bruce Dickinson.

Verdict? BERBALOI! (Serius, aku tak bias!)

Pikirkan... Alang-alang nak order dari overseas, dan membayar postage yang agak mahal, baik beli yang SE. It's worth it. SE ni, once habis, susah la nak dapat. Kalau nanti teringin dan nak beli, kena beli kat eBay. Mimpi ngeri sekarang ni kalau nak bid kat eBay untuk barangan IRON MAIDEN yang dah out of stock (OOP). Kamu harus membayar harga yang sangat premium!


Untuk disc full concert, memang cantik ah! Walaupun penampilan IRON MAIDEN lebih kurang sama je kat semua venue tapi yang berbeza ialah crowdnya! Kita boleh bandingkan crowd mana paling happening. Sudah tentunya di Amerika Selatan. Susah nak cerita, tapi bila dah tengok baru tau.

Antara lain, Bruce Dickinson terduduk beberapa ketika mendengar sorakan peminat di Mexico. Patutnya crowd menonton band tapi jadi terbalik, band menonton crowd! Dalam dokumentari dijelaskan situasi peminat IRON MAIDEN di Amerika Selatan; kenapa mereka begitu emosional dengan IRON MAIDEN.

So apa lagi? Beli!

Download tak serupa dengan memegang barangan sebenar.

Untuk peminat tegar, selain dari DVD ini juga dirilis dalam bentuk CD, Blu-Ray dan vinyl. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kami, tabung mana yang perlu dipecahkan kali ini?

2013 ialah tour terakhir IRON MAIDEN?

Wednesday, May 20, 2009

ARADIA kembali!

ARADIA kembali! Dengan line up original pulak tu. Nice. Setelah berbelas tahun berkubur, sudah tentu kemunculannya kembali dinanti-nanti. Adakah ia akan memberi kejutan? Kita hanya boleh buat spekulasi. Yang nyata, mereka sedang berada dalam proses rakaman untuk rilisan terbaru. Apapun yang akan dikatakan oleh anggota ARADIA tentang album mereka, itu juga spekulasi kerana yang membuat penilaian sebenar, ialah pendengar. Yang nyata, mereka kembali dalam suasana underground Metal yang mungkin sedikit berbeza dari dahulu. Adaptasi itu penting walaupun tidak wajib. Sekali lagi kita berspekulasi...

Bersama dengan Burning Twilight (drum) dan Cor Draconis (bass/vokal)...

Apa penyebab reunion ARADIA?
Burning Twilight: hmmmmm...sebab utama maybe mission dulu yg terbantut dan belum lagi ada rilisan rilisan genre dark metal yg betul betul ummphhhhh (ini personal opinion saya la Sam).
Cor Draconis: Personally… walaupun hampir 10 tahun saya dalam ‘seclusion’, namun masih into genre muzik ni gak walaupun tak ambil tahu sangat. The fire still burning within… terutama bila mengenangkan tiada lagi hasilkarya yang sebenar daripada kami… Bila sahabat-sahabat saya dalam Aradia mengambil keputusan untuk kembali aktif, saya pun dengan tanpa berfikir panjang terus je bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan. Saat sekarang ni memang sesuai, segalanya memang dah di-designed oleh The Grand Architect…

Sampai kemana reunion ini? Satu show? Satu album?
Burning Twilight: Insya allah, if masing masing masih ada kreativiti n idea yg fresh, sampai kami kering idea, kami stop la, buat masa nihh..byk sgt idea idea yg nak di praktikkan dan di ekperimentasikan.
Cor Draconis: Personally, kalau ada jalannya… sampai 2nd, 3rd, 4th album dan seterusnya tanpa berpaling lagi sehingga tiba saat yang mana saya benar-benar tidak mampu untuk melangkah lagi. Saya akan tetap berada di sini walaupun yang lain dah takde nanti, dari awal hingga akhirnya… Till the end bersama sahabat-sahabat dalam Aradia sekiranya mereka sudi :)

Sebelum reunion ini, apa yang dibuat oleh ahli band?
Burning Twilight: hmmmmm...last aradia buat gig pun saya dah tak ingat sangat..tapi sekitar tahun 2001, 2002, saya sessionist drummer untuk band RAVENLORD, SAUTS ALASTOR dan SCROLL 666..selepas balik dari UK tu rasa macam hidup ni berubah saja bila kami semua lost contact so masing masing ada yg kahwin macam aie, cik amat n mat jepp so focus pada kehidupan masing masing saja. Tapi masih simpan stuff stuff lama dan masih dengaq metal lagi, kat situ tak berubah.
Cor Draconis: Hmmm… dalam hidup ni, kita semua pasti akan mengalami cycle of evolution samaada dari segi zahir atau batin… menjadi seseorang yang lebih baik dari sesuatu sudut tertentu, bergantung kepada pelbagai persepsi :) Personally, ketika itu saya lebih menumpukan kepada suatu perkara yang telah menjadi nadi serta nyawa utama saya sekarang ni…

Hala tuju ARADIA, sama atau berbeza dari dahulu?
Cor Draconis: Musically, yup! Ni yang kami nampak secara zahir serta hakikatnya pada past, present dan near future band ni… Distant future lak, takkan ada sesiapa yang tahu… For present dan near future ni, ni la style serta konsep etc yang dah mendarah-daging dengan kami dari our past yang tetap akan kami tonjolkan… Distant future, mungkin kami akan berevolusi for the better, who knows for sure? Death is certain, life is not!

Setelah bersama kembali, apakah 'aura' yang dirasakan? Bersemangat?
Burning Twilight: Lebih bersemangat to be honest ngan hang. Sebab? Facilities studio sekarang lebih canggih dan kami pun dah ada sumber kewangan sendiri untuk survive buat recording etc tak perlu nak bergantung pada org lain macam dulu :-) Local scene dan penerimaan media pun dah open sikit tak macam dulu.
Cor Draconis: Yup! Setelah berevolusi materially dan ethereally selama bertahun ni tiap-tiap individu dalam circle of brotherhood kami lebih bersemangat dan lebih bersedia lagi zahir dan minda walaupun dah tua sikit, hehehe. Life itself is our good teacher… Bring it on :)

Komen sikit mengenai show yang lepas Metal Camp II. Ramai yang merasakan ARADIA berterabur masa tu.
Burning Twilight: hmmmm..macamnila Sam, rehearsal tak cukup, nervous after lama dah tinggal, masalah atas stage n masalah masalah lain..just not our day la Sam..itu je..tapi alhamdulillah, crowd masih appreciate la jugak.
Cor Draconis: Suatu yang biasa bagi kami dan orang lain pun secara logiknya… Personally, saya sendiri pun dalam 10 tahun haram tak sentuh langsung instruments etc. Untuk gig tu, kami cuma ada sebulan lebih je nak rehearse, sinkronisasikan balik segalanya etc… one month against many years! Atas stage lak banyak ‘insiden’ yang sudah tentu audience takkan aware etc. Apapun, saya tak suka bagi alasan etc dan tak peduli pun… Saya lebih suka memandang ke future, perbaiki sehabis-daya dengan belajar dari kesilapan semalam… as a fighter :)

Apakah penyebab berkuburnya ARADIA?
Cor Draconis: Seperti yang telah saya terangkan di atas… Ia berkaitan dengan cycle of evolution peribadi setiap individu yang terlibat… Evolved by the greater cause… :)


Scene 'Ramzan'. Apakah yang dapat diceritakan mengenai ini? Ianya agak ekslusif untuk 'pendokong' banc Black Metal Norway.
Burning Twilight: Tak ada scene ramzan pun sebenarnya Sam cuma minat sama antara kawan kawan saja. Kawan kawan yg selalu melepak zaman ada restoran ramzan kat CM tu pun masih ramai yg aktif bermain band, alhamdullilah minat dan semangat tu berterusan (WAR 666 dah rilis first album, IMPERIAL (dalam proses rakam 1st album), ARADIA (insya allah menyusul setelah sahabat kami IMPERIAL settled recording diaorg) dan kekawan lain yang masih aktif main muzik (Zoy CRYPTIC dengan Dewangga Sakti). Masing masing dah evolved tapi music inspiration tu tetap datang dari band band dari scandinavia la jugak.
Cor Draconis: Saya antara orang yang first hang-out kat situ bersama sahabat-sahabat yang lain… Bermula daripada saya telah dihina oleh guard C.M dan juga oleh kerana ‘pandangan sinis’ individu lainnya oleh kerana minat kami kepada genre muzik ekstrim ni. Gelaran Ramzan Horde ni lebih kepada circle of brotherhood dengan tiap-tiap individunya mempunyai kecenderungan serta nilai persahabatan yang sama dan kekal dalam ertikata sebenarnya sehingga ke hari ini walaupun ada di antara kami dah kembali ke baqa’ etc. Kebanyakkan kami telah berevolusi menjadi individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang menjadi aset berharga circle of brotherhood kami… Dan yang paling bernilai sekali tentulah sense of brotherhood yang sudah terjalin di antara kami selama ni… and beyond!

Beza scene Metal underground dulu dan sekarang?
Burning Twilight: Hmmmm Sam..underground lagi ka sekarang? Dulu yaa, melepak pun kat underground (komplek yik foong)
Cor Draconis: Agak pelik… terlalu open, mudah etc tak macam dulu… Zaman kita dulu punya la seksa, hahahahaha! Tapi kami adalah flexible :)

Matlamat terdekat (1-2 tahun ni) untuk ARADIA?
Cor Draconis: Teruskan berjuang sehingga akhirnya… album and more album till the end sekira ada takdirnya…


Monday, May 18, 2009

Hak seorang Muslim

Ali r.a. narrates that Rasulullah s.a.w. said: A Muslim has six acts of kindness for another Muslim.

1. Greet him with Salam when he meets him.
2. Accept his invitation when he extends one.
3. If he sneezes (and says Alhamdulillah), reply him by saying Yarhamukallah (may Allah have mercy on you).
4. Visit him when he is sick.
5. Join his bier when he dies.
6. Choose for him what he likes for himself.

(Ibne Majah)

*bier = jenazah
Lanjutan dari entry Meh kita bermaaf-maaf... tak payah tunggu Hari Raya! Maybe kita boleh extendkan lagi.

Special note: kat Ostolia ni terlebih penting la bab bagi salam ni. Kadang-kadang segan nak bagi salam takut orang tu bukan Islam. Tapi bagi je la salam, apa ada hal. Kalau salah, tak rugi. Kalau betul, dapat pahala Sunnah.

Semoga kita dapat amal dan sampaikan.

Friday, May 15, 2009

Berita gempar dari MANOWAR!


Tidak... tidak... Joey diMaio masih hidup...

Eric Adams pun masih hidup...

MANOWAR pun masih hidup...

Kalau depa mati pun (dalam iman, amin!), apa ada hal? Semua orang mati daaa...

Berita gemparnya ialah... untuk album terbaru, "The Asgard Saga" mereka akan merakamkan sebuah lagu bertajuk Father dalam 16 bahasa!!! Diulangi 16 bahasa!!!

NASIB BAIK la satu lagu je. Kalau satu album, bermakna kena kumpul 16 biji CD. Kalau pengumpul LP, pengsan la 16 kali hahaha...

Gua suspek lepas album ni memang dibuat punya. Satu album dengan 16 jenis bahasa, all sold seperately hahaha... pengsan!
The self-proclaimed "kings of metal" MANOWAR continue to make history with innovative ways for warriors from all corners of the globe to enjoy metal at its finest. This time MANOWAR has taken a song from its upcoming concept album and recorded it in 16 languages! Never before has this been attempted by any heavy metal band!! The song "Father" is a heroic tribute lamented by a son who witnesses his father's death. It is based on the tale of Thor, the God of Thunder known as "The Asgard Saga". A revolutionary collaboration with Wolfgang Hohlbein, Germany's best-selling fantasy author, MANOWAR is creating the album as Hohlbein writes the book.

The song has been sung by Eric Adams, with the assistance of fans worldwide, in: English, German, Italian, Hungarian, Romanian, Bulgarian, Norwegian, Spanish, French, Greek, Turkish, Polish, Japanese, Croatian, Portuguese and Finnish!

"Father" will debut, along with new tracks from the forthcoming album, live on stage at Magic Circle Festival III on Saturday, July 18, 2009 at the Loreley on the Rhine river in Germany. An EP will also be available exclusively at the festival with a bonus CD of "Father" in all the recorded languages. sumber - blabbermouth.
Eh? Takde bahasa Arab?

Album sebelum ni memang mengecewakan. Epik melampau sampai hilang Metalnya. Album terbaru ni pun dikatakan epik juga (conceptual). Kalau nak epik pun, at least acuan tak lari dari album The Triumph of Steel la woi!

Still exciting though. I'll keep watching.


Thursday, May 14, 2009

Projek membotakkan kepala

Rutin 6 bulan sekali. Tapi kali ni aku tak join hehehe...

Bapak, rambut Ben 10 satu? Apaaaaa??? Ben 10???? Nah Ben 10!!!

Iman the Mawi... hehehe...

Ismail apek...

Isa the Korean boy...

I want rambut princess... Sori la Sumaiyyah, bapak tau bagi botak je heheh..

Wednesday, May 13, 2009

Meh kita bermaaf-maaf... tak payah tunggu Hari Raya!

And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah's favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided. (Ali-Imran: 103)
Pernah bergaduh dengan seorang sahabat sehingga tak bertegur sapa?

Bila check balik, yang digaduhkan pun bukannya benda besar pun. Bukan berkait dengan akidah atau hal-hal bida'ah dan maksiat (yang mana diperbolehkan untuk tidak bertegur sapa). Tapi benda-benda kecil je.

Kalau hal berkait dengan agama pun, nasihat perlu diulangi dengan sabar (rujuk surah Al-Asr; By (the Token of) Time (through the ages), Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.).

Benda-benda kecil. Mungkin salah faham. Mungkin terlepas cakap. Setuju ataupun tidak, SEMUA manusia ada buat silap. Jadi bermaaf-maaflah. Tak payah tunggu Hari Raya.

Selalu kita tengok buruk orang dan tengok baik kita. Terbalik sebenarnya. Yang disuruh ialah tengok baik orang dan tengok buruk kita. Inilah yang akan melawan ego kita. Baru kita sedar yang nobody is perfect.

Aku dulu masa sekolah menengah dulu pernah la tak bertegur sapa ni. Berbulan-bulan juga lah. Benda kecil je. Maklumlah budak-budak.

Bila selidik-selidik, dalam agama tak bertegur sapa ni adalah perkara yang sangat besar. Terutamanya antara sedara seagama. Amaran yang sangat keras!
Abu Hurairah r.a. narrates that Rasulullah s.a.w. said: It is not lawful for a Muslim to keep apart from his brother, for more than three days. Whoever stayed apart for more than three days and died, entered Hell. (Abu Dawud)
Amacam, keras tak? So mana nak letak ego tu? Tapi yang bagusnya...
Abu Ayyub Al-Ansari r.a. narrates that indeed Rasulullah s.a.w. said: It is not lawful for a Muslim to keep away from his brother for more than three nights; for when they meet, they turn their faces. The better one of them is he, who first offers salam. (Muslim)
Sapa paling cepat reda marah, bagilah salam kat kawan kita tu. Ustaz Shamsuri cakap dalam kuliah bulanan dia, kalau orang yang kita bagi salam tu tak menjawab dia berdosa. Dan kalau dia terus bermusuhan, amaran dalam hadith pertama kat atas tu tak jatuh pada kita, tapi jatuh pada dia.

Kalau mereka meluahkan perasaan tak puashati kat kita, jangan la pulak kita melaga-lagakan mereka tu. Sebaliknya, kitalah jadi orang tengah untuk mencari titik damai. Why? Sebab ada ganjaran menunggu untuk kita woooo...
Abu Darda r.a. narrates that Rasulullah s.a.w. said: Shall I not inform you of something more excellent in degree than fasting, sadaqah and salat? The Sahabah replied: Certainly, do tell us! He answered: It is putting things right between people; for undoubtedly discord between people is destructive.
(Tirmidhi)
Amacam? Sudah sedia untuk bermaaf-maafan?

Tuesday, May 12, 2009

Mother's Day? Apa hal?

CAPITALIST PROPAGANDA!

Gua dah macam punk rocker pulak dah... heheheh...

Industri billion2 dollar ni. Sebulan sebelum date, semua shopping catalogue keluar edisi khas suruh orang beli hadiah untuk maknya.

Nak kena ingatkan dengan Mother's Day ke baru nak ingat mak?

Satu benda yang kita terpikir ialah, kalau sampai nak buat special day untuk ibu, maknanya manusia ni memang dah lupa maknya. Sama la dengan Father's Day.

Itu semua terjadi kat orang Barat le ni. Tu pasal depa sibuk-sibuk dok promote hari ni. Sambil-sambil tu untung billion-billion dollar.

Kita takde benda ni. Betul tak? Pada kita cukuplah agama untuk mengingatkan kita tentang pentingnya kita menghormati ibubapa kita. Syurga di bawah tapak kaki ibu, anyone? Ibu mesti disayangi every moment. Doakan hari-hari (aduh... gua selalu lalai).
"Maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau mengherdik kedua-duanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia, merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan menunjukkan kasih saying dan katakanlah, “Oh Tuhanku,kasihilah kedua-dua ibu bapaku,sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil. (Surah al-Isra’ : 23-24)

Hadith dari Ibn Majah dan al-Nasai yang berbunyi, "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah (saw) dan berkata, "Ya Rasulullah, saya berniat untuk menyertai tentera perang, dan saya meminta nasihat dari mu." Rasulullah bersabda, "Adakah ibu kamu masih hidup?" Dia menjawab "Ya." Rasulullah kemudian bersabda, "Pergilah bersamanya, kerana syurga adalah dibawah tapak kakinya." (sahih oleh al-Hakim, al-Dhahabi, dan al-Mundhiri - Kashf al-Khafa', no 1078; al-Da'ifah, no. 593)
Anyway, stand up comedy kat bawah memang gila lawak. Russel Peters. Tajuknya mungkin berkaitan dengan entry kali ni. Kalau tak gelak, lu memang takde hati perut hahaha... Somebody gonna get a hurt real bad!

Now you know why the Westeners are so desperate to have Mother's Day.

Monday, May 11, 2009

Geng motor dan AC/DC


(Sila klik gambar kalau nak baca)

Gangster kat sini bukan macam Along kat Malaysia. Sini ada kelas sikit. Geng motor. Harley Davidson dan sewaktu dengannya.

Tapi bukan senang nak tengok depa ni. Bukan jenis mat lepak tepi tembok maupun di shopping complex. Aku pun tak tau mana depa ni. Aku rasa sepanjang aku kat sini, mungkin 2 kali je nampak diorang in groups. Sekali tu ramai-ramai lepak kat bar, bersusun la motor Harley Davidson.

Aku tak tau time bila diorang ni keluar di khalayak ramai.

Mungkin bila ada certain functions je kot. Other than that, depa jadi normal? Entah.

Namun begitu, depa ni ganas boleh tahan. Jenis tembak rival bikers tepi jalan je. Sekali masuk paper, tembak sorang rival kat luar airport di khalayak ramai. Dasat tu. So jangan main-main.

Sebab itulah gomen Australia ni buat tough law kat geng bikers ni. Aku pun tak tau detail. Bikers ni pun protest la sekali siap berkumpul depan parlimen lagi.

Semalam sudah masuk paper. Tough law ni akan digunapakai untuk pertama kalinya terhadap geng THE FINKS.

Lain-lain nama geng yang biasa kita dengar HELL'S ANGELS, OUTLAWS dan BANDIDOS. Depa ni kira rivals la. Bisnes depa? Dadah.

(Sila klik gambar kalau nak baca)

On another news, AC/DC will tour Australia! Yeaaaaa... (jerit rakyat Australia). Walaupun AC/DC ni asal dari Australia tapi depa dah tak duduk Australia dah. Tak tau dok kat mana. Last sekali diorang main kat Australia ni tahun 1991 (huhuhu...). Punya la lama wehhh... Patutnya negara tumpah darah main la at least 3 tahun sekali. Ni dah 18 tahun!

Yang tak yeaaa nya pulak, AC/DC punya tour Februari 2010. Aku dah balik masa tu... aduh... Melepas!

Sekian, berita Krenmaut melaporkan dari Australia!

Sunday, May 10, 2009

Album baru DREAM THEATER coming soon!!!

Fuhh... lama tertinggal berita DREAM THEATER. Rupa-rupanya dah nak keluar album baru rupanya. Yeaa! Dan lebur lagi duit gua... Sampel lagu pun dah keluar (kat bawah).

------------------

FOR IMMEDIATE RELEASE
March 13, 2009

New York, NY:

Progressive metal veterans DREAM THEATER have announced BLACK CLOUDS & SILVER LININGS as the title of their tenth studio album. The band commenced work on the album - their second for Roadrunner Records, following up 2007's Systematic Chaos - in October of last year.

Roadrunner will release the record on June 23. In addition to the standard version CD, the album will also be available on vinyl LP, as well as a 3-disc Special Edition CD that will include the full album, a CD of instrumental mixes of the album and a CD of six cover songs, the titles of which will be revealed at a later date.

Six weeks prior to the June 23 street date, Roadrunner will release one cover song per week through digital retailers.

Drummer Mike Portnoy and guitarist John Petrucci are once again at the helm as producers, while Paul Northfield mixed the record.

The band will embark on a world tour in support of the album beginning in Europe throughout June which will be followed by the second edition of the band's PROGRESSIVE NATION tour featuring Zappa Plays Zappa, Pain Of Salvation and Beardfish throughout North America in July/August.

A video for the first single, "A Rite of Passage" will be shot in late March.

The track listing for BLACK CLOUDS & SILVER LININGS is as follows:
  1. A Nightmare to Remember
  2. A Rite of Passage
  3. Wither
  4. The Shattered Fortress
  5. The Best of Times
  6. The Count of Tuscany


Saturday, May 09, 2009

Dialog ‘panas’ menteri dan artis

Dialog ‘panas’ menteri dan artis

Umpama Api Dalam Sekam - Risalah Syiah 1

Berhati-hati dengan Syiah...

----------------------------------------

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.
'
Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan:
Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah:
Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)


TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).


KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."

AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)



*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7.
www.alburhan.com/
artikel daripada: http://opalotus99.blogspot.com/

Untuk mereka yang dekat dan berkesempatan, jemputlah ke seminar di atas. Sangat manfaat insyaAllah.

TENTATIF SEMINAR

AHAD 10 MEI 2009

08.15 am Kertas Kerja 1 : Pembentang : Ustaz Abu Islam Fathul Bari

10.15 am Rehat (Minum Pagi)

10.45 am Kertas Kerja 2 : Pembentang : Ustaz Abu Ihsan Atsari

12.45 am Rehat (Solat/Makan tengah hari)

05.00 pm Kertas Kerja 3 : Pembentang : Ustaz Abu Ihsan Atsari

08.00 pm Tazkirah

09.00 pm Sesi Soal Jawab : Ustaz Abu Ihsan Atsari dan Ustaz Abu Islam Fathul Bari

Sumber : http://al-qalam.com.my/index.php?option=com_content&view=frontpage

Friday, May 08, 2009

Jangan brader... sabar... esok esok mungkin menang...

Dah terlambat... mula-mula tengok tajuk rasa nak gelak, gelihati... tapi bila tengok mangsa, aku terdiam.

Barangkali sebab itu kita berulang-ulang disuruh jaga iman kita. Tiada jaminan kita akan mati dalam iman walaupun sepanjang hidup kita beragama Islam.

Kenyan Arsenal fan hangs himself after Man Utd defeat

Reuters - May 6, 2009, 11:41 pm

NAIROBI, May 6 (Reuters) - An Arsenal fan in soccer-mad Kenya hanged himself wearing his beloved team's shirt after their defeat to Manchester United in the Champions League.

Like elsewhere across Africa, Kenyans pack bars for English Premier League and Champions League matches, especially those involving Arsenal, Manchester United, Chelsea and Liverpool.

Suleiman Omondi, 29, was found hanged at his home in a middle-class Nairobi estate shortly after leaving distraught from the pub where he had watched Arsenal lose 3-1 in their Champions League semi-final at the Emirates on Tuesday.

"He took some drinks and broke down in tears within the final minutes of the match," a fellow bar patron, who asked not to be named, told Reuters.

Police said they were called to Omondi's house on Wednesday morning. "What we are gathering is this suicide is related to the Arsenal and Manchester match," local Embakasi area police chief David Bunei told reporters.

Bar attendants said they had to intervene after Omondi lunged at a man who suggested Arsenal would not recover from conceding two early goals. They also lost the first leg 1-0.

Brawls are common in Kenya during football matches and there have been other related suicides reported in the past.

(Writing by Andrew Cawthorne, editing by Ken Ferris)


Question:

What is the ruling regarding suicide in Islam?

Reply:

Suicide is when a person kills himself intentionally by whatever means. This is haram [forbidden] and regarded as amongst the major sins, and likewise included in the general statement of Allah :

{And whoever kills a believer intentionally, his recompense is Hell to abide therein, and the Wrath and the Curse of Allaah are upon him, and a great punishment is prepared for him} [Soorah an-Nisaa, Aayah 93]

And it is established from the Sunnah on the authority of the Prophet peace and blessings of Allah be upon him who said:

((Indeed, whoever (intentionally) kills himself, then certainly he will be punished in the Fire of Hell, wherein he shall dwell forever)) [Bukhari (5778) and Muslim (109 and 110)]

In reality, the one who commits suicide, generally does so because of his desperate situation, either as a direct result of an act of Allah or a human being. So you find him unable to cope with that which has afflicted him, and in actual fact he is like one who is calling for help from the scorching heat of the fire. So he has progressed from that which was tough (bad) to that which is worse. And if he was patient, then Allah would have assisted him in dealing with the difficulty. [Sheikh Uthaimeen, Kayfa Nu'aalij Waaqi'unaa al-Aleem, p. 120]

Thursday, May 07, 2009

Syukurlah isteri aku tak kerja (pejabat)

Walaupun isteri aku kerja kat rumah tetapi sungguh la aku bersyukur... Banyak fitnah dapat dielakkan.

Antara yang ditakuti, sebagaimana klip video kat bawah. Diberitakan terjadi di Kuala Lumpur.



Andaikata perlu pun ada maid di masa hadapan, insyaAllah isteri tetap di rumah. Rumah masih di bawah takluk isteri dan maid (terjemah pembantu rumah) sekadar membantu.

Ya Allah! Jauhi kami dari fitnah sebegini. Amin!

Wednesday, May 06, 2009

Reaksi rakyat mengenai pengharaman plastik bag

Bag shopping yang kena bawa pergi shopping bukannya takde masalah. Ada juga. Tak tau samada ianya alasan atau tidak. Kalau tanya aku, leceh aaaa...

THE state's new plastic bag ban will increase the risk of cross-contamination and check-out rage, the Australian Retailers Association says.

Executive director Richard Evans says banning single-use plastic bags has introduced hygiene concerns and safety issues for supermarket staff.

"Consumers will be forced to bring their own bags to carry grocery items from supermarkets and other retail outlets, increasing the risk of infection from cross-contamination," he says.

"Bags that may have been used to carry raw chicken one day, may very well be the same bag carrying fresh fruit the next day.

"This is a potentially major health concern and the SA Government must take on the responsibility of educating consumers about how to avoid possible risks of infection."

Mr Evans says frontline retail staff are forced to bear the brunt of consumer frustration about the ban.

"There have already been reports of frustration and abuse at the checkouts and registers, highlighting occupational health and safety concerns for retail staff who are often young and inexperienced," he says.

Most AdelaideNow readers are unhappy about the bag ban, contradicting retailers' reports that shoppers embraced the statewide ban introduced yesterday.

http://www.news.com.au/adelaidenow/story/0,,25423800-5006301,00.html

Cerewet oooo manusia kat sini. Macam kisah Bani Israel dan Nabi Musa a.s. (ye ke...). Banyak komplen.

Yang bagus pasal gomen ni, sabar... kalau rakyat komplen, slow-slow tanya. Kalau betul, ikut. Kalau tak, kasi educate.

Aku ingat kalau buat kat Malaysia, samada terus buat atau pun rakyat buat tak tau je (hahaha...). Takde komplen-komplen cenggini. You do it or you do not!

Cuma satu benda je kat Malaysia yang sibuk komplen... Ko tak reti memerintah, aku reti memerintah. Politik daaa... apa lagi? Mana ada masa nak komplen benda lain dah.

Tu yang rindu nak balik Malaysia ni hahaha...

Tuesday, May 05, 2009

Pengharaman penggunaan plastik bag di South Australia

Checkout-style plastic bags will disappear from South Australian shops from the close of business on Sunday, with the state the first in the nation to ban them.

All retailers - from large supermarkets to small takeaway food shops - are subject to the ban.

They will offer compostable as well as reusable bags at a cost to consumers instead.

"By banning checkout-style plastic bags we'll be cutting waste to landfill, we'll reduce the amount of litter on our streets, in our parks and our waterways," SA Environment and Conservation Minister Jay Weatherill said in a statement.

http://news.ninemsn.com.au/national/809116/sa-to-be-plastic-bag-free-from-sunday

Warga Adelaide sekarang kalau nak beli belah kena bawa beg shopping sendiri yang reusable. Kalau lupa, kat kaunter ada jual. Kalau memanjang lupa, melambak-lambak le bag tu kat rumah.

Bagus juga. Boleh jaga environment. Mungkin mula-mula tu leceh tapi lama-lama OK la kot. Takat ni belum jadi kebiasaan aku bawa bag shopping ni. Selalu je lupa. Nasib baik beli items 2-3 je boleh gandar pakai tangan je. Kalau beli banyak, kena la beli bag shopping tu priced at about $1 each. Kat rumah dah ada 6 rasanya.

Pelobi mengharamkan penggunaan plastik bag KAT SINI.


Monday, May 04, 2009

Thierry Henry spotted in Adelaide!!!

versi Melayu daaaa...

TH main striker boleh, defender pun boleh.

Akibat mengejar TH yang laju macam speeding bullet! Takde harapan...

Dengan peminat fanatik. Tak sangka TH pakai baju MSG Tour. Metal juga dia ni... (isshhh.. jauh sikit badan u bau masam)

Sunday, May 03, 2009

Klassik!!! KING'S X Ear Candy (1996)

Pengalaman pertama aku bersama KING'S X mungkin ketika aku balik sekolah. Singgah sebentar di kedai buku/majalah dan membelek majalah Metal Hammer dan Kerrang! Sekitar tahun 1989/1990 mungkin.

Doug Pinnick, vokal/bass menarik perhatian aku. First of all, dia seorang African American. Ye lah, masa tu nak jumpa AA dalam majalah Metal memang sukar. Metal seolah-olah exclusive Caucassian. Dan paling menarik, stail rambut dia tu (lihat gambar bawah). Zaman remaja dan otak rebellious; stail Doug ni memang menarik. Walaupun tak pernah dengar lagi lagu macam mana. Nak dengar macam mana, bukan ada internet masa tu. Kaset pun takde jual, hatta yang cetak rompak pun.

Second encounter bila tokey Psychic Scream Entertainment, rekemen aku dengar band Dream Theater masa aku tengah study di UTM Skudai. Antara album terawal Dream Theater yang aku beli ialah Falling Into Infinity dan dalam tu Doug Pinnick menjadi vokalis tambahan undangan untuk lagu Lines In The Sand. Tajuk lagu ni juga adalah sebuah lagu dari album Ear Candy (tukar Lines kepada Lies). Suara Doug dalam album DT tersebut, wow!!!

Mesti kena cari album KING'S X macam ni, dalam fikiranku...



Serentak dengan itu beberapa album KING'S X dibeli. Tetapi yang paling menarik ialah album Ear Candy. Mungkin ramai peminat KING'S X sendiri memilih album Faith Hope Love sebagai album terbaik tapi I beg to differ. Ear Candy ialah albumnya!

KING'S X ni sebenarnya bukanlah band Metal walaupun mereka pernah bersama dengan Metal Blade Records dan banyak terpampang dalam majalah-majalah Metal terkenal. Sebaliknya, mereka ni memainkan konsep progresif rock yang mungkin lebih berat jika dibandingkan dengan band progresif rock yang lainnya.

Walaupun Doug merupakan vokalis utama namun dua yang lainnya juga mempunyai suara yang merdu dan ini terbukti, mereka juga menjadi vokalis utama untuk beberapa buat lagu. Mungkin kerana lebih mudah untuk memainkan gitar bass dan menjadi vokalis, menjadikan Doug penyanyi untuk kebanyakan lagu.

Ear Candy, sesuai dengan tajuknya sememangnya halwa telinga. Lagu-lagu yang merdu dan well-executed. Mungkin kurang tahap 'progresif'nya tetapi bukan juga seperti lagu-lagu di dalam radio mainstream.

Kalau anda hendak mencuba KING'S X, maka inilah album yang patut anda mulakan.

1. "The Train" – 3:08
2. "(Thinking and Wondering) What I'm Gonna Do" – 3:41
3. "Sometime" – 3:47
4. "A Box" – 4:39
5. "Looking for Love" – 2:58
6. "Mississippi Moon" – 3:11
7. "67" – 4:41
8. "Lies in the Sand (The Ballad Of...)" – 3:53
9. "Run" – 3:27
10. "Fathers" – 3:21
11. "American Cheese (Jerry's Pianto)" – 2:54
12. "Picture" – 5:34
13. "Life Going By" – 4:04

(yang dibold tu lagu yang menarik pada hemat aku)

All songs written by Pinnick, Tabor and Gaskill.


Maaf kat youtube yang ada cuma live version je. Nevertheless, A BOX is a very nice song (versi live ni extended mid section dengan tambahan instrumental)

Saturday, May 02, 2009

Ulasan : FLIGHT 666

Aku mengharapkan ruang panggung penuh dengan peminat IRON MAIDEN tetapi senario itu tidak akan berlaku di Adelaide. Bandar yang kecil dengan peminat Metal yang kecil berbanding dengan Melbourne dan Sydney. Sebab itu jugalah semasa Somewhere Back In Tour 2008, IRON MAIDEN melangkah terus ke Melbourne dari Perth. Aku kecewa time tu. Rasa macam nak pencen minat IRON MAIDEN tetapi lama kelamaan aku faham. Inilah senario di Adelaide.

Namun IRON MAIDEN tetap IRON MAIDEN. Dengan berbekalkan baju tour event IRON MAIDEN di New Zealand, aku ke Marion Megaplex, satu-satunya panggung wayang yang menyiarkan dokumentari ini. Ini juga merupakan kali pertama (dan terakhir) aku ke panggung wayang di bumi Australia ini. Jauhnya perjalanan mengambil masa hampir 45 minit. Selepas menjemput dua student undergrad (yang juga peminat IRON MAIDEN suam-suam kuku), kami terus ke destinasi.

Excitementnya tetap ada tetapi sekadar jeritan dalam hati je la. Ini bukan live show. Tetapi aku membaca dari tayangan yang sama di negara-negara lain, ada yang siap menyanyi sekali dalam panggung wayang. Tetapi begitulah Adelaide, apa-apa expectation yang diharapkan kena reduce by 50% (atau lebih rendah).

Ruang panggung sekadar 50% penuh (kan betul kata aku!). Yang penuh sekadar ruang belakang. Hampir kesemua dari kami memakai baju IRON MAIDEN. Seorang wanita tua (maybe dalam late 40s) duduk barisan kami, sebelum tayangan bermula beliau ke hadapan dan mengambil snapshot kami yang duduk. Aku menjulangkan simbol dua jari (hehehe)... Tidak pasti, dimana akan dipublished, facebook? myspace? Atau mungkin saja beliau salah seorang forummer berdaftar dalam forum rasmi IRON MAIDEN? Aku sendiri membawa DSLR tetapi keputusan terakhir, tak jadi nak bawa keluar dari kereta. Besar sangat nanti kena suspek movie pirate pula.

Dokumentari ini berkisar tentang Somewhere Back In Time tour, pusingan pertama yang bermula dari Feb 1 2008 hingga June 21 2008. Dicanangkan di dalam iklan dokumentari ini, 50,000 km, 5 benua, 23 persembahan di dalam masa 24 hari. Istimewanya, ini benar-benar show DIY. Semuanya milik IRON MAIDEN termasuk logistik terpenting, kapalterbang yang disewa khas dari tempat kerja penyanyinya Bruce Dickinson (yang juga seorang juruterbang professional). Ed Force One nama diberi untuk kapalterbang tersebut.

Mungkin IRON MAIDEN bukanlah band Metal terbesar dunia dari segi penerimaan (berbanding dengan Metallica contohnya) tetapi dengan jumlah jualan album keseluruhan berjumlah 70 juta unit TANPA... diulangi TANPA bantuan radio dan media mainstream, itu adalah satu pencapaian yang luarbiasa.

Takeoff pertama merupakan hari yang mendebarkan. Kata Rod Smallwood (manager), semua dah siap dan prepared, cuma tunggu dokumen pelepasan untuk membenarkan berlepas sahaja. Semua berdebar-debar menunggu saat akhir. Akhirnya berlepas juga, dan semuanya excited. Ed Force One telah diubahsuai untuk menempatkan 1/4 ruang untuk equipment persembahan dan selainnya digunakan untuk membawa 70 orang crew yang sempat juga diselitkan 4 orang anak Steve Harris.

Apa yang menarik di dalam Ed Force One? Semuanya perlu ikut undang-undang penerbangan jadi ia seperti penerbangan biasa. Bezanya cuma selama 60 hari perjalanan, manusia di dalamnya sama, seperti satu keluarga. Dan yang paling menarik (dan mencuit hati), setiap kali take-off, steward dan stewardess perlu melakonkan tatacara keselamatan yang disambut dengan nyanyian dari semua penumpang! Sungguh mencuit hati!

Setiap stop, dokumentari ini menayangkan keadaan sambutan peminat terhadap IRON MAIDEN. Di India, sesuatu yang telah lama ditunggu-tunggu. India sendiri bukanlah boleh dikaitkan sangat dengan muzik Heavy Metal tetapi kedatangan IRON MAIDEN mengeluarkan peminat Heavy Metal dari tempat persembunyian mereka. IRON MAIDEN membuat persembahan di pinggir kota, kawasan yang di set-up secara build-destroy basis. Stage pun dibina dari kayu-kayu yang merisaukan crew andaikata roboh. Kawasan penonton dibersihkan bukan dengan vacuum cleaner, tetapi dengan penyapu lidi! Sesuatu yang eksotik senario sebegini.

Di Tokyo, keadaan berbeza. Semuanya moden dan kemas tetapi kata salah seorang dari IRON MAIDEN, di Jepun sahajalah boleh berjumpa dengan peminat IRON MAIDEN yang bergelar gadis-gadis comel

Namun, peak persembahan IRON MAIDEN sudah tentulah apabila mereka berada di Amerika Selatan. Peminat mereka di sana begitu fanatik. Mereka disambut sebaik sahaja touchdown di airport dan terus diekori hingga ke hotel penginapan. Di Bogota,Columbia, peminat mereka sudah berkhemah di luar venue sejak seminggu sebelumnya untuk memastikan apabila pintu pagar dibuka, mereka dapat berlari terus kehadapan stage.

Untuk pemuzik di dalam IRON MAIDEN, mereka bukan lagi orang muda. Mereka tidak lagi boleh hidup macam dulu jadi apabila ada masa luang antara satu date dengan yang lain, mereka berehat dan bersantai. Antaranya ialah bermain golf dan bolasepak! Oleh kerana ada juga antara mereka yang membawa isteri dan anak-anak ianya seperti work-vacation.

Kami semua menunggu hingga habis kredit dokumentari ditayangkan. Malah bila screen menjadi gelap, kami masih terpaku di tempat duduk. MUNGKIN ADA KEJUTAN? Oh, tidak... itu perasaan kami sahaja. Hinggalah seorang dari penonton berkata, "That's the end, mate", kami mula bergerak keluar. Aku dengan senyuman.