Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, November 28, 2008

3 hari mengislah diri

Sapa boleh gerenti dia ahli syurga, angkat tangan!

Mungkin ada la kot kat luar sana yang boleh mengaku macam tu. Tapi gua... tidak sekali. (Mana ada orang gerenti ahli syurga woi!)

You see, hidup kat dunia ni semua mau ada struggle. Dari baby lagi. Nak susu, kena struggle (nangis), nak tukar lampin, kena struggle (nangis).

Nak score periksa, kena struggle (study). Nak beli kaset IRON MAIDEN, kena struggle (kumpul duit).

Nak kawin, kena struggle (cari duit). Nak naik pangkat, kena struggle (keje sungguh-sungguh).

Senang cerita, semua benda nak kena struggle baru dapat. Lagi banyak struggle, dengan izin Allah s.w.t., hasilnya lebih banyak.

Tapi malang, bab agama kita tak struggle langsung. Rasa bahagia dan rilek. InsyaAllah masuk syurga.

Dah Islam belum tentu masuk syurga weh... peringatan untuk aku.

Dengan keadaan agama dalam diri ni yang lemah ini, aku ambil keputusan untuk melapangkan masa, untuk islahkan diri dengan menempatkan diriku dalam suasana agama (dalam masjid). Aku infakkan 3 hari dari hidupku untuk islah diriku. Berat tapi terpaksa. Bukan untuk orang lain, tapi untuk aku. Aku yang nak selamat, aku yang nak masuk syurga, jadi aku yang kena struggle.

Lokasi masjid, Murray Bridge (70km dari Adelaide). In a few hours, kami akan bertolak. Aku bersama-sama beberapa brothers berbilang bangsa dan bahasa tetapi meyakini satu kalimah tauhid, yang like-minded dan sedar bahawa perlunya struggle atas agama.

Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

Wajib baca...
Bayan Jemaah Australia

FLOTSAM AND JETSAM Doomsday for the Deceiver CD DVD

FLOTSAM AND JETSAM. Kalau bukak kamus...
Meaning

Ships' goods which are lost at sea. Also used figuratively in non-nautical contexts to means odds and ends, bits and pieces. source.
Kalau tak pasal ada nama band nama macam ni, memang tak akan tahu le apa maksudnya. Nasib ada band nama macam ni.

Apa speselnya band ni. Banyak spesel, tapi antara yang paling spesel, mamat ni pernah main dengan band ni. In fact, dia la penggerak utama.

Ye... Jason Newsted (ex-Metallica)

Semuanya bermula dengan FLOTSAM AND JETSAM. Band beliau. Maybe for the better of himself, beliau masuk Metallica. Sementara FLOTSAM AND JETSAM, pada pandanganku, menarik hanya setakat dua album pertama je; Doomsday For The Deceiver dan No Disgrace For The Deceiver. Aku berkira-kira bahawa No Disgrace adalah album yang lebih strong tapi for the sake of taking Jason Newsted into the picture (dan juga rilisnya special edition CD), album ini ku pilih untuk tatapan semua.

2 CD + DVD special edition.

First encounter dengan FLOTSAM AND JETSAM ialah masa aku sekolah menengah dulu, zaman kaset cetak rompak RM3 sekeping. Kasetnya aku beli. In fact CDnya pun pernah aku ada sebelum aku jual. Dekat kaset cetak rompak tu cetak, lebih kurang, featuring Jason Newsted, now with Metallica. Aku tak pasti, apa yang menarik ketika itu, kerana Jason dalam Metallica atau cover albumnya. Yang pasti, aku beli dan aku minat.

Sempena menyambut ulangtahun ke-20 album ini, maka Metal Blade pun riliskan album ini kembali dengan tons of special things (tahun asal album -1986). Jenuh la jugak nak mengabihkan dengar. My priority is of course, DVD seksyen.

CD1
1. "Hammerhead" – 6:15
2. "Iron Tears" – 3:52
3. "Desecrator" – 3:49
4. "Fade to Black" – 2:05
5. "Doomsday for the Deceiver" – 9:12
6. "Metal Shock" – 8:17
7. "She Took an Axe" – 5:15
8. "U.L.S.W." – 4:22
9. "Der Führer" – 5:46
10. "Flotzilla" – 6:07
From Iron Tears Demo
11. "Iron Tears" – 4:05
12. "I Live You Die" – 6:06

CD2
1. Hammerhead [Remixed and Remastered]
2. Iron Tears [Remixed and Remastered]
3. Desecrator [Remixed and Remastered]
4. Fade to Black [Remixed and Remastered]
5. Doomsday for the Deceiver [Remixed and Remastered]
6. Metalshock [Remixed and Remastered]
7. She Took an Axe [Remixed and Remastered]
8. U.L.S.W. [Remixed and Remastered]
9. Der Fuhrer [Remixed and Remastered]
10. Flotzilla [Remixed and Remastered]
11. Hammerhead [Remixed and Remastered]
From 1985's Metal Shock
12. Evil Sheik
13. I Live You Die
14. Beast Within

DVD
1. Iron Tears
2. Fade to Black
3. Metal Shock
4. She Took an Axe
5. Children of the Night
6. Executioner
7. Those Who Defy
8. On the Attack
9. I Live You Die
10. Hammerhead
11. Beast Within
12. Hammerhead
13. She Took an Axe

p/s: Fade to Black is also the name of a song by Metallica on Ride the Lightning, and like Metallica's version, it stands at number four in the track listing of the album. Jason Newsted juga mengaku beliau adalah die hard Metallica sebelum rezeki dia jadi bandmember.

Compare dengan Metallica? Hmmm... walaupun dua-dua band pada zaman tu main Thrash Metal namun perbezaannya agak ketara. First of all, FLOTSAM AND JETSAM guna dedicated vocalist (unlike Metallica, Hetfield vokal/gitar) so of course suara beliau lebih rangenya. Lepas tu dari segi muzik, of course Metallica lebih baik dengan album Master Of Puppets yang keluar pada tahun yang sama. Namun, FLOTSAM AND JETSAM mungkin menang dari segi raw energynya. Gitar bunyi berat beb!

Namun bila matinya Cliff Burton, Metallica in desperate need for a bass player pun buat la audition. Ikut kata Metallica juga, Jason Newsted dipilih secara sebulat suara. It just clicked and they found the right guy.

Muzik FLOTSAM AND JETSAM jenis Thrash Metal yang laju. Memang laju tahap gaban la kalau nak kira masa tu. Lepas tu chordingnya yang berselirat tu menambahkan kompleksiti lagu-lagunya. Peranan Jason Newsted pun agak besar yang mana beliau menulis hampir kesemua lirik dalam album ni; satu benda yang beliau dipinggirkan ketika beliau bersama Metallica.

Walaupun muzik FLOTSAM AND JETSAM dikatakan sebagai Thrash Metal, tetapi elemen 'glam' tu tetap menyerlah. Mungkin, Heavy Metal yang dilajukan. Ini sangat obvious bila menonton DVD yang disertakan. Certain footage dalam DVD itu menunjukkan mereka dengan spandex (sesuatu yang popular tahun 80an dahulu tapi menjadi gelak ketawa sekarang - tapi popular dengan band glam rock masa tu).

Nice work Jason!


FLOTSAM AND JETSAM Hammerhead

Tuesday, November 25, 2008

Duit... datang dan pergi

Semalam ada budak lepasan sekolah beli CD dari aku, NEVERMORE Dead Heart in a Dead World dengan IN FLAMES Come Clarity. Dapat la $30.

Yeap budak lepasan sekolah Year 12. Equivalent to lepasan SPM le kot. Kata dia, lepas ni dia nak start pilih instrumen untuk main. Tak sempat nak tanya nak main gitar ke, drum ke. Mat Metal patah tumbuh hilang berganti.

A few weeks back aku beli CD from eBay. Oleh kerana lokasi dekat, aku ambik by hand. Ku sangka lelaki rupanya wanita huhuhu... Dia jualkan CD yang boyfriend dia tak nak. Oleh kerana menarik jugak koleksi boyfriend dia, aku beli sampai dua kali. Aku beli kerana CD bukan kerana wanita itu, OK!

Anyway, berbalik kepada $30 tu. Lepas jual, merayau kat kedai CD dan to my surprise terjumpa CD ni. IRON MAIDEN Virtual XI vinyl replica, on a bargain bin! Tanpa melengah masa, sapu! Album ni dah aku ulas DI SINI (Japan boxset).

Hari ni pulak, lepas hantar anak ke sekolah, pi beli grocery sikit dan singgah kat newsstand. Terjumpa pulak ni...

Lama tunggu isu spesel ni. Next time aku ulas ini isu. Dah baca beberapa artikel dan aku memang minat spesel isu macam ni. Definitely a keeper!

Penyudahnya, $30 tu recycle beli benda baru pulak. Errr... gitu la konsep duit. Dapat dan pergi.

Monday, November 24, 2008

Mari bershopping dengan mtshop.metalterus.com.my

Distro (distribution) adalah salah satu penggerak sesuatu scene muzik underground. Walaupun sekarang ini impaknya tidaklah sekuat dulu (globalisasi dan downloading mp3) namun bagi mereka yang sayangkan sesuatu muzik itu, sebuah distro itu dilihat sebagai satu integral part yang penting. Andainya tiada distro, scene menjadi hambar dan hilang meriahnya.

Namun begitu, bukanlah mudah untuk menjalankan sesuatu yang untungnya sedikit (selalu rugi pun ada). Namun, yang dikatakan scene itu, bukanlah keuntungan, tetapi 'integral part' dalam suatu sistem. Penggeraknya (dan juga penyokong i.e. pembeli) menjadikan distro itu suatu platform untuk komunikasi, beramah mesra malah menjalinkan persahabatan.

Mungkin sebab itu, di dalam keadaan 'pasaran' underground metal yang begitu hambar ini, saudara kita pikrama (
Abdullah Fairuz Alias) tetap mahu menubuhkan distro ini yang diberi nama MT SHOP (MT singkatan kepada METAL TERUS, juga sebuah domain Metal Malaysia www.metalterus.com.my). Namun idea distro beliau ini agak menarik kerana ianya HANYA mengedarkan rilisan Malaysia sahaja dan tak bercampur aduk dengan band luar. Specialty is the key...

[krenmaut] Apakah inspirasi di sebalik penubuhan distro ini? Tidakkah cukup distro yang sedia ada di Malaysia?

[MTshop] Inspirasi penubuhan distro ni pun setelah lama menunggu laman web jualan online daripada Nebiula dan bila bos Nebiula ni pun kata takde masa nak buat , so gua nampak satu market yg terselindung kat situ , walaupun belum tau ianya akan berjaya tapi setidak-tidaknya kita telah cuba , dan gua tengok masih ramai yg menggunakan medium 'order by snail mail' . Sebenarnya ruang distro untuk pasaran internet pun gua belum tau lagi , so kiranya wa sedang mencuba. Apa yg penting promosi . Malah sebelum ni pun bos Nebiula suruh wa hidupkan Nebiula Legions , wa kata wa taknak pasal wa nak untung sorang-sorang .
Distro memang banyak , tapi ada kee yg lakukan dengan lebih profesional . kebanyakkannya lebih tumpu kepada Myspace dan forum . Lagipun gua takde rip-off ni , nak cari wa bukan susah , wa tiap-tiap hari ada kat forum.metalterus.com.my . Kalau wa rip off kasi bukak thread dan maki wa situ.

[krenmaut] Apakah kriteria yang dipertahankan oleh distro ini dari segi konsep, cara jualan etc.?
[MTshop] Konsep bebas , dan cara jualan lebih kepada internet .

[krenmaut] Distro ini menerima apa saja jenis band? Atau tertakluk kepada syarat-syarat?
[MTshop] Bagi gua , syaratnya hanyalah kualiti !!! , tak kira apa muzik lu orang . Maksudnya buyers pun seronok laa dapat material yg puas hati bukan takat ala kadar , tapi dari segi muzik wa tak guarantee !!! itu masing-masing punya taste .

[krenmaut] Bagaimana cara band nak menggunakan distro ini sebagai medium untuk jualan bahan mereka?
[MTshop] Distro ni memberi ruangan yg lebih profesional dan tindakan yg pantas terhadap segala order , tiada delay mahupun tiada tangguhan seperti kebanyakkannya . Duit masuk akuan terus jee wa kasi pos . Band pun dapat tumpukan perhatian pada perkara lain . Ada band yg tak suka consignment dan sukar mempercayai gua . Itu wa tak kisah ! So pada waktu ini wa akan usaha agar orang akan lebih mempercayai gua .

[krenmaut] Ada bisnes lain selain dari menjual CD? Atau apakah projek lain akan datang?
[MTshop] Mula-mula tu memang ada fikir , tapi dalam 2 bulan ni wa banyak nak pakai duit utk hal peribadi dulu . Memang kitorang ada nak jual baju , dan Nebiula pun bagi greenlight hal ni tapi wa lebih suka kalau product tu dah siap dan ada kat tangan wa , baru wa berani letak kasi jual .
Nak jual baju MetalTerus ataupun mug MetalTerus kena fikir gakk , maklumlaa kitorang ni ramai musuh kat luar mahupun dalam selimut . Nanti kalau buat sapa nak beli ??? hahahahaha .

[krenmaut] Boleh ke menerima order dari luar Malaysia? Caranya?
[MTshop] Mula-mula ada fikir camtu , tapi Maybank Debitcard wa tak boleh lakk utk withdraw Paypall , kalau boleh pun kena charge tinggi . Bayangkan dengan jualan yg sikit tapi charge percentage tinggi dalam euro lakk tu . Ini macam wa boleh bankcrupt , baik wa jual aiskrim . Tapi dalam masa yg sama wa cuba akan fikir cara utk buyer oversea .

[krenmaut] Apa pendapat Tuan tentang mereka yang mendownload sahaja dan membeli HANYA yang betul2 nak dengan pelbagai alasan, duit takde, nak beli susu, nak beli beras etc? Ratio membeli mungkin 1000 download:1beli?
[MTshop] Ini lebih kepada kuasa membeli , macam sekarang kuasa membeli dah kurang , so keutamaan pada perkara lain memang patut didahulukan . Bab download ni kadang-kadang berbelah bagi ... tapi sekarang banyak band terutama oversea dah tak berapa kisah pasal benda ni , pada dorang itu juga satu promosi , tapi wa tak tau laa kot-kot dorang takut kena kutuk ngan fans pasal kes Metallica dulu . hahahaha

[krenmaut] Bagaimana perkembangan laman web metalterus sendiri? Suka duka… review pun dah hampir setahun tak update.
[MTshop] MetalTerus memang banyak suka dan duka , pergaduhan antara editor . Nak cite memang panjang tapi itulah kami - " Metal Till Death !!! " . Perkembangan tetap berjalan macam "News" utk scene Metal .. Cuma kekadang tu kita kerja macam 9-5 , balik rumah jee terbongkang , Kami dah lalui pelbagai masa , masa senang , masa susah dan mungkin kami sedang mengalami masa monopous masa ini . Tapi semangat nak buat tu tetap ada .

[krenmaut] Bagaimana dengan projek MTM #3… nampak tak bergerak je.
[MTshop] Entah susah nak cakap.

[krenmaut] Cukup tangan ke nak buat macam-macam ni? Ke satu sindiran, korang semua tak buat biar aku je la buat, last-last apa pun tak jalan. Padan muka semua hahaha...
[MTshop] Kalau band ikut jadual yg diberikan , gua rasa takde masalah . Tapi gua bukan nak salahkan band , mungkin wa tak cukup 'otai' nak buat dorang ikut jadual kot .

[krenmaut] Akhir kata?
[MTshop] Support laa mtshop.metalterus.com.my . No rip-off !!!

Saturday, November 22, 2008

Cara-cara rakaman lagu di dalam studio

Ada sorang pembaca blog request nak tau mengenai proses rakaman lagu di dalam studio. Aku pun bukan pandai tapi boleh la cerita sikit-sikit atas pengalaman aku pernah merakamkan lagu-lagu di dalam studio bersama LANGSUYR dan VOCIFERATION ETERNITY. Sedikit coretan mengenai rakaman Langsuyr DI SINI (tapi album tak keluar-keluar muahahaha).

Of course, untuk kita-kita yang spare-time, part-time, extra-time main muzik ni, sebelum masuk studio, kena dah siap dengan lagu la. Dan dah praktis supaya tak banyak silap masa rakaman. Kalau korang punya band (atau solo) besar macam IRON MAIDEN, METALLICA atau MEGADETH, takpe tangan kosong dan berperap dalam studio 5-6 bulan nak rakam 10 buah lagu (termasuk cari idea dalam studio).

Harga sewa studio mahal. Paling murah, studio yang professional kat Malaysia dalam RM70 sejam (nak tune gitar pun kadang-kadang amik masa sejam tu dalam studio huhuhu...)

Jadi sebelum masuk studio, tidak salah kalau korang mentelaah balik artikel aku mengenai tekanan-tekanan yang bakal dihadapi prior to recording KAT SINI!

Teringat masa merakam demo pertama Langsuyr dulu. Kat Universal Studio, Kelang (sekarang dah takde). Baru lepas SPM tu (1993). Main hentam je hehehe...

Biasanya untuk rekoding studio yang pro atau semi-pro, ada sekurang-kurangnya dua bilik khas yang diasingkan. Bilik console dan bilik rakaman. Bilik console ialah bilik dimana segala peralatan untuk merakam bunyi-bunyi yang dibunyikan di dalam bilik rakaman. Selalunya mereka yang bermain muzik dalam bilik rakaman akan memakai headphone. Komunikasi mereka di dalam bilik console dan bilik rakaman adalah dengan kaedah ini - mikrofon dan headphone.

Oh ye, sangat penting sebelum rakaman dimulakan SEMUA alatan yang nak dirakamkan dalam keadaan baik dan SIAP DITUNE (termasuk suara vokalis)! Biar ambil lama masa nak setup takpe sebab ia akan memudahkan sesi rakaman.

OK, biasanya untuk pemuzik dalam band, ada dua cara rekoding:

1. Track by track
2. Direct (Live) recording



Montage sesi rekoding Dream Theater album Systematic Chaos (track by track recording)

1. Track by track
Maksudnya - merakamkan instrumen satu persatu.

Katalah korang ada satu lagu yang mengandungi bunyian drum, gitar 2 bijik, bass sebijik dan vokal. Maka setiap satu akan dirakam secara berasingan. Biasanya dimulakan dengan rakaman asas iaitu drum. Kenapa drum? Sebabnya, drum adalah nadi kepada muzik tu. Macam jantung la. Dengan kata lain, kalau drum berterabur, maka yang lain-lain pun ikut berterabur. Drum adalah nadi dalam sebuah rakaman album rock (bahkan pop).

Dinasihatkan masa merakam, guna metronome untuk jaga konsistensi rhythm supaya tak berterabur (sekejap laju sekejap lambat).

Selepas drum, terpulanglah kepada korang semua nak rakam apa. Nak rakam bass pun boleh, nak rakam gitar pun boleh. Jangan pulak rakam vokal nanti vokal pening pulak dengar playback drum tadi tanpa melodi. Vokal biasanya yang terakhir rekoding bila lagu tu dah jadi lagu (ala karaoke).

Andaikata, semasa rakaman tu drum terkolap atau tersilap. No problem jangan menangis, sound engineer boleh patch part yang terkolap. Katalah drummer terkolap di minit 2:15. Maka sound engineer akan undur beberapa saat kebelakang dan bersedia untuk patch. Si drummer pula akan main balik dari beberapa minit kebelakang tu dan apabila sampai pada tempatnya sound engineer akan tekan button record pada part yang nak diperbetulkan tu. Salah jugak? No worries, boleh ulang 3 kali, 45 kali, 254 kali sampai puashati. Tapi AWAS! Masa sewa studio tetap berjalan. Sound engineer tak kisah sebab dia dengar arahan dari band atau produser (produser punya part nanti next time aku cerita, kena ingatkan aku ye). Kalau kata stop, dia stop. Kalau kata ulang, dia ulang.

Begitulah untuk instrumen yang lain. Cara rakaman macam drummer jugak.

Praktis penting supaya tak manjang silap. Kalau silap kena ulang. Kalau tak ulang, yang dirakamkan tu bunyi macam taik, dah rilis orang kutuk, jangan menyesal pulak.

So kesimpulannya teknik ini mudah. Kalau silap, silap sorang2 je. Dia la yang patut suffer sebab dia salah. Yang lain-lain boleh tumpang bagi semangat ataupun maki hamun (sambil tengok jam, sewa berjalan!). Ataupun tiba-tiba idea menarik keluar, boleh masuk idea tu on the spot.

Tapi otai-otai kata, rekoding macam ni tak feel. Rasa macam 'overproduce'. Robotik. Tak organik etc. Memang ada betulnya. Tapi sebagai pemuzik spare-time, part-time, extra-time macam kita ni ini cara yang terbaik.

Pengalaman aku recording hanya dalam bentuk ni je.




IRON MAIDEN Different World (Direct (live) studio recording. Perhatikan banyak separate rooms untuk setiap instrumen. Komunikasi hanya dengan mikrofon dan headphone. Penting untuk 'separation' of sounds yang dirakamkan.

2. Direct (Live) recording

Patut aku tak tulis bab ni sebab aku takde pengalaman. Dengar-dengar cerita je. Tapi aku boleh buat andaian sebegini. Katalah korang praktis dalam jamming studio main satu lagu. Ambil tape rekorder dan rekod satu lagu. Lepas tu dengar balik. Haaa... macam tu la teknik ni. SEMUANYA dirakamkan serentak! (Tapi selalunya vokal diasingkan - hanya instrumen je semua sekali rakam).

Bila korang jamming rasa-rasa korang main dah bagus. Semua start/mati on the spot? Takde terlebih/terkurang petik note? Drum snare bunyi tone konsisten? Main lagu dah macam baca Utusan Malaysia? Rilek? Kalau ye, ini rekoding pilihan anda!

Studio untuk direct recording ni biasanya lebih baik dari studio track by track ni. Antara lain, kena banyak separate room atau tidak pun lebih luas (supaya semua pemuzik boleh masuk dan main dengan selesa).

Band besar dan mega biasa buat stail macam ni la. Setiap individu dah tau instrumen mereka dan apa yang mereka mainkan seumpama makan nasi kari daging. No problem. Kalau setiap 10 saat, tersilap/terkolap... rentikan la. Simpan angan-angan mu itu 10-20 tahun akan datang.

Tapi bak kata otai-otai. Cara rekoding ni paling best. Sebab feel tu. Masing-masing dengar apa yang masing-masing mainkan in real time. Macam jamming. Jamming kan best... cuba korang main gitar sorang-sorang sambil pasang CD. Lepas tu jamming dengan bandmates yang lain dalam studio. Ada beza tu.

---------------------------------

So apa lagi? Boleh book studio sekarang!


Azlan (LANGSUYR) merakamkan suaranya yang merdu!

Wednesday, November 19, 2008

Istilah seputar CD Part 2 : First pressing dan remaster CD

Part 1 kat sini occayyy?

First pressing CD ni adalah satu istilah yang digunakan untuk CD yang dicetak untuk batch pertama. Mungkin pada mula rilis album tu, syarikat rakaman cetak 20,000 keping. Bila habis, cetak lagi lagi 20,000 keping. Maka yang 20,000 pertama tu dikatakan sebagai FIRST PRESSING.

Untuk band yang lebih kecil, mungkin lebih mudah nak differentiate. Sebab kurang popular, maka cetakan pertama 1,000 keping je. Kalau tak laku terus, buat apa nak ulang cetak ye tak (hihihi...)? Dan tiba-tiba 10 tahun kemudian, band tu jadi popular pulak, maka ada demand dari fans nak dengar album yang awal tu. Sudah tentu dah tak jual kat kedai. Maka syarikat rakaman ambil inisiatif untuk ulang cetak. Untuk menarik perhatian pembeli, maka diletak ekstra. Kadang-kadang, lagu-lagu di dalam tu diproses semula. Bunyi gitar bagi kuat sikit, drum yang tak berapa sedap, disedapkan sikit. Ataupun bagi lagu bonus. Semua tu sebagai gula-gula untuk peminat membelinya; termasuklah mereka yang dah ada FIRST PRESS CD. Itulah yang dinamakan "re-release" atau "remaster".

Remaster ni satu proses dalam studio. Lain kali boleh bincang.

Anyway, korang dah dapat idea kan, apa beza FIRST PRESS dan REMASTER CD.

Sebagai study case, aku bawakan koleksi CD MEGADETH, album pertama bertajuk Killing Is My Business... And Business is Good!

Album yang sama tapi berlainan versi (muka depan). 1. versi remaster (atas) 2. First pressing (cetakan Australia kiri) dan 3. First pressing (cetakan US kanan)

Terdapat perbezaan ketara antara yang remaster dan first pressing. Paling jelas ialah gambar covernya (contengan pada gambar remaster tu ialah autograf Abang Mus sendiri! yeaaa...). Manakala antara first pressing US dan Australia lebih detail. Sekali pandang memang tak ubah. Beberapa kali pandang baru nampak perbezaannya.

Album yang sama tapi berlainan versi (muka belakang). 1. versi remaster (atas) 2. First pressing (cetakan Australia kiri) dan 3. First pressing (cetakan US kanan)

Lagi satu beza ketara antara remaster dan first pressing ialah senarai lagunya (pendetailan coming next). Ada 11 lagu dalam versi remaster sedangkan cuma 8 lagu je dalam first pressing. Sementara antara US dan Australia (Ozz), beza cetak: perhatikan kat bawah kanan gambar atas tu. Nampak beza kan? Walaupun sikit hehehe...

Side view (atas-bawah): 1. remaster 2. US version 3. Ozz version
VERSI REMASTER

Muka depan, dengan autograf Abang Mus. Jadi 'mahal' sikit.

Dalam 'liner note' di dalam booklet CD remaster ni, Abang Mus kata inilah gambar album yang mereka mahukan sebenarnya. Yang dicetak masa first pressing bukanlah seperti yang beliau mahu. So advantage pada versi remaster ni, Abang Mus dapat print gambar yang dia nak.
The album's artwork, featuring a plastic skull with tinfoil, was not intended to be the original artwork. Mustaine wanted a picture of Megadeth mascot Vic Rattlehead on the cover, however the studio lost the artwork, so they improvised the low-budget replacement.
Muka belakang dengan senarai lagu.

Ada banyak lagu. So kira macam untung la kalau beli remaster ni. Selain dari lagu lama yang dah 'diupdate' (rujuk perenggan awal artikel), ada lagu bonus pulak tu. Peminat pastinya mau dengar lagu ekstra tu sebab biasanya lagu-lagu tu tak pernah rilis pun. Cuma, lagu yang tak rilis bukan taraf lagu dalam album sebab biasanya ianya lagu berbentuk 'demo', test. alternate takes etc. Tapi worthwhile la untuk fans yang masih tak puas-puas tu.

1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business...And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. Rattlehead
5. Chosen Ones
6. Looking Down the Cross
7. Mechanix
8. These Boots
9. Last Rites/Loved to Deth (Unreleased Original 1984 Demo)
10. Mechanix (Unreleased Original 1984 Demo)
11. The Skull Beneath the Skin (Unreleased Original 1984 Demo)

Inlay dan CD.

Dan yang best juga ialah adanya liner notes dalam rilisan remaster. Liner notes adalah kometari. Kadang-kadang dari ahli band sendiri, kadang-kadang dari penulis upahan dan boleh juga dari kawan-kawan kepada band. Dalam rilisan ini, dua anggota band; Abang Mus dan Ellefson bagi komen serta juga dengan kawan, Scott Ian dari kumpulan Anthrax. Best baca sebab diorang reflek balik rilisan ini.


First Pressing (Australia)

Gambar album 1st pressing (US dan Ozz sama je)

Proses artwork album biasanya dari band sendiri. Band biasanya dah ada rough idea, camana sepatutnya layout especially gambar depan. Selalunya, band akan bincang dengan syarikat, dan syarikat akan engage dengan designer. Tapi problem akan timbul bila band tu tak monitor final touch. Kes ni terjadi pada album Megadeth ni la. Rough idea dah ada tapi sebab Megadeth sendiri tak monitor dan finalize, bila print keluar yang tak berkenan.

Sekarang, lagi canggih. Kadang-kadang band sendiri yang involve A-Z proses layout ni. Contohnya, album LANGSUYR 'Asyik' tu. Gitaris Azmaniac juga adalah graphic designer yang berbakat. So dia design terus A-Z.

Muka belakang.

Semasa album ini mula dicetak, ia dicetak dibeberapa buah negara. Jika di negara tersebut, sales dijangka mantap, maka adalah lebih kos efektif ia dicetak di negara tersebut. Otherwise, takde la. Kena la orang negara tu order direct dari negara yang ada mencetaknya. Ataupun dalam kes yang sama, boleh juga ia dicetak di satu negara je, contohnya di US. Dan ikut demand, mungkin 1000 keping je dihantar ke negara Australia contohnya. 1000 keping yang dipos tu lebih murah kosnya dari mencetak sendiri.

Bentuk CD.

Tapi tidak begitu untuk kes Australia nampaknya. Demand tinggi. Yang pasti, kat Malaysia memang takde Malaysian pressing hehehe... Kalau laku 50 keping je, baik order je. Atau nak bagi lagi suffer, syarikat rakaman buat donno je. Kalau lu nak, lu order sendiri ah... ceh... Gua order untuk lu orang pun, lu beli pirate jugak! (marah tokey syarikat tu la kot).


First Pressing (US)

Muka belakang. Tak banyak beza dengan Australia. Tapi TETAP ada beza tu.

Oleh kerana MEGADETH ni band dari US, maka sudah tentu di US mereka lebih popular. Majoriti kes macam tu la. Tapi ada juga artis dok US tapi lebih popular di negara lain. Sebagai contoh, gitaris hebat Yngwie J Malmsteen. Beliau menetap di Florida, US tapi ada certain album dia dirilis HANYA di Jepun. Menunjukkan beliau lebih popular di Jepun dari US sendiri.

Bentuk CD.

Cetakan pada CD ketara bezanya antara cetakan dari pelbagai negara. Untuk peminat biasa, apa nak peduli tapi bagi peminat tegar, boleh bertekak bab cetakan CD je pun! Mungkin juga band/syarikat tak berapa concern dengan cetakan CD. Asal keluar lagu sudah. Yang penting ialah cover album dan inlay layout. So tu pasal la CD ni banyak beza-beza. Ikut sukahati pencetak nak cetak apa kot?

Inlay. Antara dua versi ni pun takde banyak beza. Aku malas nak check satu-satu ah.. hehehe...

Sekarang, tracklisting pulak...

1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business...And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. These Boots
5. Rattlehead
6. Chosen Ones
7. Looking Down the Cross
8. Mechanix

Perhatikan arrangement ada sikit beza dengan remaster. No lagu 4 pada 1st pressing ialah lagu These Boots sedangkan lagu yang sama pada versi remaster ia diletak pada lagu ke-8. Signifikannya? Entah...

Dan yang paling buat peminat bising ialah lagu These Boots ni. Ianya adalah lagu cover (saduran). Ikut kata wikipedia,
These Boots was on the original pressing of the album, but deleted from subsequent pressings due to legal issues with the song's writer, Lee Hazlewood. It was later added back onto the 2002 remaster, albeit with edit beeps everywhere a lyric change was made.
bermaksud, pada versi 1st pressing, ianya UNCENSORED! Dalam remaster ada bait-bait liriknya dicensored dengan bunyi 'bleep'. Ikut cerita, penyanyi asal lagu ni tak approve Megadeth punya versi ni jadi mereka telah diberi amaran. Sebabnya ada perkataan 'kasar' yang dimasukkan. Untuk mengelak dari kena saman, terpaksa la Megadeth akur.

Lagi satu, ada satu lagi versi yang mana aku tertinggal. Iaitu versi yang mana cuma ada 7 buah lagu je. Lagu These Boots dibuang terus dari album. Tu, kena cari jugak le nampaknya hehehe...

Harga? Sudah tentu first pressing lagi mahal disebabkan kuantitinya yang sedikit di pasaran. Antara US dan Australia? US versi lagi mahal sebab itu asal negara sebenar. Tapi boleh juga negara lain lebih mahal especially kalau negara tu pelik. Contohnya, dicetak di Nigeria ke, Ghana ke... mana nak cekau tu...

TAMMAT

p/s: next episod, apa pulak nak bincang eh?

Tuesday, November 18, 2008

Cakra Alam Si Putar Alam

Kantoi... kantoi... orang kita ni bab 5th dimension, tahyul etc ni memang mudah telan.





Jangan mudah terpedaya lagi ye...

http://www.cakraalam.com/

Projek besar akhir tahun! II

Projek besar akhir tahun is slowly taking it's shape.

Travel date is set 14/12 - 21/12. Dua family akan pergi; tujuan utama nak buat passport anak di Canberra.

So first step sudah tentunya sewa kenderaan.

Family gua yang besar ni tak boleh sewa kereta. 2 adults, 4 kids. Kena sewa 7-8 seaters. At least van. Oleh kerana van takde, yang cuma ada Toyota Tarago. AUD$418 for a week.

Kat Malaysia namanya TOYOTA Estima.

Sahabat gua yang anaknya baru lahir sorang, sewa kereta je la. Lagi murah. AUD$180 per week.

Toyota Camry sedan. Nice!

Ada beberapa syarikat yang dok sewa kereta ni. Antaranya yang paling popular; Avis, Hertz dan Budget. Sebelum ni gua pi ijtima' di Melbourne dengan brothers kat sini, mereka suka sewa dari Avis. Memang cheapest la Avis ni. Tapi untuk kali ni, setelah gua survey, Hertz lagi murah. Sewa 7 hari, hanya bayar untuk 6 hari dengan guna kad RAA.

Mula aku pergi kaunter untuk book. Tapi kerani kat situ bagi quote berbeza dari yang online. Beza AUD$50 tu! Rupa-rupanya memang online/internet quote lagi murah. So gua balik, gua book dari internet la.

Extra item yang gua sewa, GPS system (AUD$10 per day). Mula ingat nak beli tapi bila pikir-pikir balik, kat Malaysia nanti bukan pakai sangat pun (ingat, gua nanti dok area-area Tronoh je - complicated ke jalan kat situ?), maka gua batalkan hasrat gua tu.

First step dah setel. Next step; sewa accommodation. Ni kritikal. Sebabnya dari initial survey, nak cari yang sesuai tu agak parah. Sesuai = murah tapi comfortable.

Sunday, November 16, 2008

IRON MAIDEN Powerslave

Tiga versi album: 1. LP 2. Remastered/Enhanced (kiri) 3. Remastered/Enhanced/LP miniature. Yang takde tinggal satu, original version punya CD.

Album Powerslave merupakan album IRON MAIDEN yang pertama yang aku beli sekitar tahun 1985 dalam bentuk kaset. Ketika itu aku di dalam Darjah 4 dan bersekolah di SRK St Michael, Ipoh. Sebelum kaset ini dibeli, pada Hari Raya, aku mahukan baju dengan artwork ini sebagai baju hari raya. Sudah dibelek dan ditanya malangnya tiada saiz ketika itu walaupun saiz S, tak muat!

LP, muka belakang. Gambaran dari dalam piramid menghadap ke luar.

Seingat aku, album ni boleh kata hampir semua liriknya aku hafal masa mula aku beli dulu. Impressive? Memang. Lepas sekolah, tunggu bas aku melalak lagu-lagu dari album ni sampai senior2 yang kutu rock (Form4-5) semua jeles je nengok.

LP insert muka depan.

Immediately selepas rekoding album ni, IRON MAIDEN mulakan tour lagenda mereka, World Slavery Tour. Dikatakan tour yang sold out worldwide tu bermula even before album Powerslave tu rilis. Lepas tu banyak pulak lagu dari album ni dimainkan tapi fans macam faham je. Rasanya sekarang takde band berani buat tu. Main majoriti lagu yang unreleased. Mesti terpinga-pinga fans dok dengar.

LP insert, muka belakang. Lirik dan info.

Lirik Powerslave? Pasal Firaun...
CHORUS
Tell me why I had to be a powerslave
I don't wanna die, I'm a god, why can't I live on?
When the Life Giver dies, all around is laid waste.
And in my last hour,
I'm a slave to the power of death.
Manusia is a mere mortal. Walaupun rasa macam berkuasa satu dunia, last-last mati le jugak. Cuma part last lirik tu kata; Shell of a man God preserved-a thousand ages
But open the gates of my hell-I will strike from the grave. Jadi mummia hehehe... Lirik ni dikerjakan oleh Bruce Dickinson, vokalis.

Promo sheet mempromosi album-album terdahulu. Muka depan.

Sejarah album ni banyak revealed dalam Live After Death DVD. Walaupun ramai fans boleh bangkang album ni sebagai album yang terbaik dari IRON MAIDEN tapi majoriti setuju kalau aku katakan ini antara Top 3 atau 5 album terbaik. Kalau tanya aku, dalam kelompok Top 3 tu; Powerslave, Somewhere In Time, 7th Son of a 7th Son.

Promo sheet.Muka belakang.

Seperti biasa, kulit album "dilukis" oleh Derek Riggs. Dan biasanya bila melukis beliau pasti menyelitkan benda-benda yang interesting. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang ada unsur sejarah. Tu pasal puas beli rekod ni sebab puas tengok artwork. Saiz about 12 inci x 12 inci. Kalau CD, kena strain la sikit mata tu.
Some of the hieroglyphs on the album cover have a modern twist to them. The details are easier to see on the vinyl record cover than the CD, due to the larger size:
  1. The album cover was the first to have the "Iron Maiden"-logotype in a smaller size, just covering the upper left corner.
  2. On the bottom left corner of the cover, just behind the first lion are the words "Indiana Jones was here 1941"
  3. Next to that is a drawing of Mickey Mouse
  4. Above that (past the statues' heads) are the words "WOT A LOAD OF CRAP"
  5. On the bottom right of the cover, just below the right foot of the large seated lion, we see a drawing of Chad peering over the wall, with the words "WOT? NO GUINESS"
  6. Also on the right side, above the statues' heads, the word "BOLLOCKS" appears.
  7. At the pyramid's entrance, Derek Riggs' insignia appears right where Eddie's crotch should be.

1. Aces High (Harris) - Lagu klasik! Memang 'blast' habis. Lagu tentang peperangan udara World War II dari perspektif, pilot. Lirik memang feel habis. Kalau sambil dengar sambil follow lirik, memang semangat habis. Macam tengok filem perang wooo... Lagu ni countless bands dok cover. Tapi setakat yang aku dengar, nothing beats the original (who does anyway?) 5/5
Move in to fire at the mainstream of bombers,
Let off a sharp burst and then turn away.
Roll over, spin round to come in behind them,
Move to their blindsides and firing again.


2. 2 Minutes to Midnight (Smith, Dickinson) - Lagi satu lagu klasik. Siapa boleh lupa tengok TV Dari Panggung Anniversari dulu, SEARCH cover lagu ni. Walaupun bukan feveret sangat lagu ni tapi impaknya kuat tu. Dan part solo gitar memang best. Attack Murray/Smith. 4/5

Interesting dalam klip ni. Part menyolo Dave Murray, Hillary ambil sedangkan part Adrian Smith, Din ambil. Din memang guitarist yang boleh menyolo ikut kata mereka yang rapat dengan dia cuma dia ni olskool. Kalau rhythm guitar, kena stay rhythm.

3. Losfer Words (Big 'Orra) (Harris) - Antara beberapa lagu instrumental IRON MAIDEN. Feveret aku ni! Guitar works banyak layered lepas tu banyak lari-lari. At the same time, sangat melodik dan infectious!Losfer Words = Lost For Words, ikut lidah British. Blank kot masa nak bagi tajuk lagu. Diikuti dengan Big 'Orra = Big Horror. Hehehe... IRON MAIDEN juga dikenali dengan sense of humour sejati. Nak lagi bila drummer, Nicko McBrain masuk campur. 5/5

4. Flash Of The Blade (Dickinson) - Lagu underrated. Ikut kata, IRON MAIDEN sendiri tak pernah bawak lagu ni live? Tak pasti. Yang pasti, ramai fans dok request dari dulu sampai sekarang supaya IRON MAIDEN cover lagu ni. Seperti lagu Losfer Words, ianya dipenuhi dengan guitar works yang excellent dan melodi yang infectious. Liriknya berkisar tentang pemain pedang. Lihat pengubahnya, ye, Bruce Dickinson. Antara kelebihan beliau yang multi-talented tu ialah beliau ialah seorang ahli 'fencing' berkaliber tahap Olimpik. Sesuai sangat la pun lagu ni. 5/5

5. The Duellists (Harris) - Seperti tidak mahu kalah, Harris pun buat lagu ala-ala Flash of the Blade juga. Inspired dari filem dengan tajuk yang sama oleh Ridley Scott (1978) - nak kena cari filem ni. Lagu ni kurang sikit tapi still fans mau IRON MAIDEN main time live. Dua-dua lagu Flash dan Duellist ni mempunyai part instrumental yang sangat best. 4/5

6. Back In The Village (Smith, Dickinson) - Lagu paling kompleks untuk album ni, in terms of guitar work. Dan lagu paling laju? Feel lagu ni macam 2 lagu sebelumnya. Intricate and complex guitar works. Juga underrated sebab IRON MAIDEN tak pernah bawak lagu ni live. My theory, bukan pasal tak best tapi susah nak bawak live kot. Sebab dengar je dah tau lagu ni susah nak bawak. 4/5

7. Powerslave (Dickinson) - Lagu klasik. Problemnya cuma satu, agak panjang. Cecah 8 minit. Tapi perlu, sebab nak bawak elemen 'epic'. Manakan tidak epik, lagu ni mengenai Firaun yang dari dulu menjadi subjek hangat dalam bidang sejarah dan antropologi. Musicwise, diberi suntikan Phyrgian dalam chord progression. Rasanya dah takde lagu IRON MAIDEN yang ala-ala lagu padang pasir ni. 5/5

Taken from Live After Death DVD. Perhatikan masa tengah-tengah tu, Eddie muncul kat stage. Zaman tu memang eye candy sungguh la. Antara sebab live IRON MAIDEN best, banyak benda surprising boleh keluar. Dari kacamata fans, Eddie la siapa lagi! Even sekarang pun, klimaksnya bila Eddie masuk stage.

8. Rime Of The Ancient Mariner (Harris) - TRULY KLASSIK!!! Aku siap cari buku poem ni kat library masa tu, yang menjadi inspirasi kepada lagu ni, karya Samuel Taylor Coleridge. Of course, poem tu memang tak boleh faham le, high standard literature. Epic lagu ni, lebih 13 minit. Part solo guitar dan instrumental lagu ini, pada aku, antara yang terbaik dari IRON MAIDEN. Aku boleh dengar part tu ulang-ulang sampai tertidur. Ralit sungguh. Dan sebagai homage kepada lagu ni, lagu Asyik (Langsuyr) yang durasinya 17 minit tu, adalah directly inspired by this song. Of course, mana boleh nak celen the klasik kan? 6/5

The mariner's bound to tell of his story
To tell this tale wherever he goes
To teach God's word by his own example
That we must love all things that God made.


Klip part kedua (sebelumnya dah 7 minit). Seperti dinyatakan, part ni mengandungi solo dan instrumental yang sangat-sangat menarik. It's unspeakable!

A truly klasik album I say. Kalau nak belajar minat IRON MAIDEN, boleh cuba album ni cuma kalau tak biasa dengan lagu-lagu yang kompleks dan intricate, mungkin ada problem nak devour la pulak.

Oh, I'm so stoked for IRON MAIDEN New Zealand. Esok pagi tiket keluar for fans only!

Tuesday, November 11, 2008

IRON MAIDEN di New Zealand 2009!

So akhirnya persoalan dah terjawab...

Rumours sebelum ni kata IRON MAIDEN akan return ke Australia tahun depan nampaknya tak betul.

Yang paling dekat, NEW ZEALAND.

First instinct aku, kena pergi. Kena pergi. Kena pergi.

Memang nak kena pergi. Kena plan dari sekarang le nampaknya... Advantage, sahabat Wanwarlock ada di Hamilton, 200km dari venue dia Auckland. Ada la alasan nak ziarah sahabat lama.


Following the huge international success of their spectacular Somewhere Back In Time World Tour 08, IRON MAIDEN will be taking to the skies once again in 2009 for a fourth and final leg starting in Dubai on February 13.

Loaded up with a full complement of band, crew and twelve tons of stage set and equipment, the band's customized Boeing 757, christened Ed Force One by the fans and flown again by Astraeus Airlines captain and MAIDEN vocalist Bruce Dickinson, will once again be circumnavigating 80,000 km around the planet for concerts in 19 cities in eleven countries, making it a staggering 37 countries in total visited on this tour, playing to almost two million fans.

Taking off in early February, MAIDEN will make their first appearances in New Zealand for 16 years via Dubai and Bangalore followed by the long haul journey for a return to Mexico in some even larger venues and then finishing with an extended run through Central and South America to include countries and cities they have not visited before.

The dates are as follows:

Feb. 13 - Dubai, UAE - Media City Amphitheatre
Feb. 15 - Bangalore, India Royal - Challenge Rock In India
Feb. 20 - Auckland, New Zealand - Mount Smart Stadium
Feb. 21 - Christchurch, New Zealand - AMI Stadium
Feb. 25 - Monterrey, Mexico - Estadio - Technologico
Feb. 26 - Guadalajara, Mexico - Arena VFG Jalisco
Feb. 28 - Mexico City, Mexico - Fero Sol Stadium Complex

March 1 – March 29th March 2009 - South and Central America: details to be advised soon.

The Somewhere Back In Time tour revisits the band's history by focusing almost entirely on the '80s in both choice of songs played and the stage set, which is based around the legendary Egyptian production of the 1984-85 Powerslave Tour which was featured on the recent DVD "Live After Death". This is arguably the most elaborate and spectacular show the band have ever presented, and will include some key elements of their Somewhere In Time tour of 1986/7, such as the Cyborg Eddie.

Comments Bruce Dickinson, "This unique way of touring earlier this year with everyone and all our gear onboard the plane helped to make 2008 easily one of the most successful, exciting and fun years in the band's career. Taking Ed Force One around the planet and playing to our fans in so many different countries was an incredible experience for all of us. For me personally, flying and performing was one of the most challenging and satisfying things I've ever attempted despite the rigours and all the logistical difficulties we encountered. In fact it was so much fun we decided to do it again as a final leg of this tour All in all this will be a fantastic way to round off a tremendous year for the band before we take a bit of time off and then start work on a new studio album."

Says Steve Harris, "We will once again be loading onto the plane as much of the production and stage set as we can ram in, along with arranging plenty of pyro for all the shows!! We will also be changing round the set list and replacing some of the songs, mainly with songs from the first four albums as the Early Days tour a few years back didn't visit any of these places so we thought the fans would like to hear some of that even earlier material. This tour is likely to be the last time we play many of these songs live so we really will be giving it everything we have got!"

The IRON MAIDEN plane Ed Force One has been back in regular airline service since the end of the first leg in March this year and has been used for the "Bruce Air" fan club flying trips during the European leg of the tour, as well as Bruce flying various missions to bring troops back home from tours of duty in Afghanistan and collecting stranded British tourists in the recent major airline closures. However the Boeing 757 will be taken back into the hanger soon to be completely refitted and its MAIDEN livery restored, this having been removed due to fears of evil ju-ju spirits — Eddie! — inhabiting the plane from worried passengers on its summer route from Central Africa!

IRON MAIDEN have made arrangements with the local promoters to facilitate a special first ticket pre-sale to members of their fan club, which will mean they will be guaranteed to get a ticket, and be able buy the best seats where applicable.

Monday, November 10, 2008

Istilah seputar CD Part 1

Itu hari ada sorang bertanyakan kepada aku istilah-istilah seputar CD yang beliau tak faham. Nak declare publicly dia segan sebab dia ingat semua kat luar tu bijak-bijak belaka dan takut diketawakan. Idea menarik jugak tu. Gua bukan la terer tapi setakat istilah-istilah biasa tu boleh la. Kalau nak teknikal sangat, bukan kat sini la eh...

Bila pikir-pikir balik, rupanya banyak juga istilah-istilah seputar CD ni. So kena buat part by part le kot. Ayuh kita mulakan dengan istilah-istilah biasa.

Gua mulakan dengan CD pertama berbentuk sebuah album rilisan DREAM THEATER bertajuk Systematic Chaos Special Edition CD + DVD with slipcase.

Systematic Chaos = tajuk album

Special Edition = edisi spesel/khas. Maksudnya ada versi biasa selain dari versi spesel ini. Biasanya edisi spesel ni rilis dengan kuantiti yang limited dan mengandungi bahan ekstra yang menyebabkan ianya spesel.

CD + DVD = selain dari CD, ia juga mengandungi DVD. Jadi, lu akan dapat dua benda. 1 CD dan 1 DVD.

with slipcase = slipcase ni susah nak explain dengan kata-kata. Kat bawah nanti gua explain.


Inilah bentuk album DREAM THEATER Systematic Chaos Special Edition CD + DVD with slipcase tu. Perhatikan ada "sampul" pada kotak CD tersebut. Itulah yang dinamakan slipcase.

SLIPCASE. Atau sampul kepada packaging CD. Biasanya untuk menarik perhatian pembeli, gambarnya lain dari gambar album. Seperti album ini, slipcase gambar lain dan gambar album pun lain. Antara sebab rilisan ini special.


BOOKLET. Kepada yang particular, mereka akan prefer booklet yang tebal dan banyak informasi seperti lirik, teknikal aspect of the album (recording, mastering dan siapa yang bertanggungjawab dalam rekoding ini ie credits). Juga kadang-kadang untuk rilisan semula (re-release), diselitkan nota kaki (liner notes) mengenai sejarah album tersebut yang biasanya ditulis oleh pengkritik album ataupun ahli band tersebut.

TRAY CARD. Atau helaian belakang yang biasanya memaparkan senarai lagu dan syarikat rakaman yang merilis album tersebut. Tak banyak variasi sebab ruangan yang limited tapi sangat penting kepada pembeli atau bakal pembeli. Selepas membelek gambar album pada booklet, terus dipusingkan ke belakang untuk melihat senarai lagu, durasi lagu dan syarikat rakaman yang meriliskannya.

JEWEL CASE. Atau kotak permata (?), merupakan bekas dimana CD, booklet dan tray card disimpan. Macam-macam variasi jewel case dok ada. Ada yang 'clear' macam gambar ni. Ada yang traynya berwarna hitam. Boleh saja ia berwarna-warni (biasanya untuk rilisan special edition - tapi bukan untuk kes ini). Selain dari bertugas sebagai tempat storan, ianya juga menjadi kotak yang menyelamatkan kandunganya dari rosak, pecah etc. Biar jewel casenya retak, pecah asalkan kandungan di dalamnya baik.

CD + DVD. Untuk rilisan special seperti ini, album sebenar diletakkan di dalam CD. Kandungan ekstra biasanya dimasukkan ke dalam DVD (atau CD kedua untuk satu lagi variasi yang popular).

Nanti senang-senang gua sambung lagi eh...

Sunday, November 09, 2008

Nasi briyani dan berita dari Germany

So tadi gua terima jemputan dari seorang sahabat makan-makan kat rumah dia. Masa dia call a few days back, aku tak ingat le sape. Sebab jumpa dia ni pun 2 kali je. Problemnya gua kot, sebab duduk jauh dari komuniti (kampung) Melayu kat sini. Gua antara yang paling hulu (dan dekat kaki-kaki bukit Adelaide).

Isteri beliau sambung belajar gua tak pasti buat apa, tapi beliaunya keje operasi minyak kat sini. 2 minggu kijer, 2 minggu off. Gua tanya, 2 minggu off buek apa? Lepak-lepak la... best tu. Makan tidor berak! Tapi gua percaya 2 minggu kijer tu mesti gila-gila kena banting punya ah.

At the same time, seorang lagi rakyat Perak baru balik dari Germany ngikut wifenya yang buat kursus kat sana sebulan. (Kat sini ramai wanita sambung belajar dari lelaki - yang lelaki meneman; yang menimbulkan istilah Persatuan Suami Terbiar tu). Nampak je muka gua, dia tanya, kenal SAM?

SAM? Memang nick gua la tu. Tapi maybe tak popular kat kawan-kawan kat sini. Kat Malaya, memang itu le orang panggil gua.

SAM... wooo satu dunia kenal wooo... kat German pun orang kenal! Kata dia.

Ah... apahal lak ni tapi gua dah agak dah.

SAM LANGSUYR!

Gua takde la terkejut mana. In fact, nothing pun. Gua main dengan LANGSUYR walau tak le bersungguh tapi gua tahu, nama LANGSUYR tu, kepada peminatnya, memang agak kuat. Nothing to boast, tapi kalau tanya mat Metal underground Malaya, sape LANGSUYR tu dan dia tak tau. Maka beliau adalah n00b, atau newbie, atau baru kenal. LANGSUYR bersama beberapa band lain seperti SIL KHANNAZ, BRAIN DEAD, NECROTIC CHAOS etc adalah nama-nama prominent dalam scene muzik Metal underground tempatan.

Cuma, mungkin la, orang terkejut sebab GUA main dengan LANGSUYR. Sebab muka gua memang tak kena langsung kot? Hehehe...

Sahabat gua yang pi Germany ni, sorang student Malaya kat sana sembang dengan beliau. Yang student ni tau gak gua kat Adelaide (alo Lee!) so dia tanya la. Kenal Sam? Sam mana pulak. Hehehe...

Anyway, kalau lu orang nak check gua punya musical activities, boleh gi kat MYSPACE (kalau ada duit lebih sila beli CD atau t shirt atau stiker atau topi muahahaha...) dan youtube (search Langsuyr - pastikan lu nengok video klip SUNUT tu). Antara lain, dengan LANGSUYR gua pernah main dalam Planet Hollywood (KL) dan ROCK THE WORLD 6 (2005) kat Stadium Negara. Dan juga menang Battle of the Band versi SALEM RECHARGE untuk bahagian utara. Ada album juga kalau lu curious sangat, pi dengar samples kat myspace.

Saturday, November 08, 2008

Projek besar akhir tahun!

Projek juta-juta!

Takde ah... sebenarnya nak travel jauh sikit bawak family. Objektif utamanya nak buat paspot anak bongsu, Isa kat Canberra. Rule nak buat paspot, kena pergi sendiri buat kat Canberra. Dah tak boleh pakai pos (dulu boleh).

So alang-alang kan... extended vacation la.

Trip ni Adelaide-Melbourne-Sydney-Canberra. Tengok map atas tu. Cari bandar-bandar tu. Nampak OK kan? Padahal 2000km punya journey tu huhuhu...

Ambil masa 7 hari 6 malam punya trip ni. Oleh kerana kereta yang ada pun buruk, takut terbakar tengah jalan, kena la sewa.

Dari Adelaide ke Melbourne, sila refer detail route kat bawah. Jarak 900km.


Aku dah biasa ikut 'freeway' (highway yang takde tol) ke Melbourne ni sebab selalu ijtima' tabligh buat kat sana. Kali ni, ikut long way la pulak. Ikut pantai. Femes gak jalan pantai ni, diberi nama The Great Ocean Road. Sori ah detail gua takde. Tak habis research lagi. Nanti dah kaji, gua kasi laporan OK?

Lepas tu dari Melbourne ke Sydney, detail route kat bawah. Jarak hampir 900km.





Sydney memang gua tak pernah pergi. Excited sikit. Orang kata Sydney lagi cun dari Melbourne so most probably gua explore Sydney lebih sikit dari Melbourne.

Kalau perati kat map tu, nampak Canberra in between Melbourne dan Sydney. Yeap, lepas pi Sydney baru patah balik ke Canberra. Buat paspot, lepas tu caloo balik ke Adelaide.

Hari Isnin gua nak mintak cuti dengan supervisor. Lagi pun akhir tahun hujung Disember, diorang semua pun cuti apa. Last year gua kat Uni masa tu, macam hantu. Orang takde. Senyap sunyi je.

Tuesday, November 04, 2008

Main Space Cadet 3D pinball


Ala... kalau lu ada PC/notebook, dah tentu ada game pinball nih...

Sejak dua menjak kepala serabut ni, gua alihkan serabut gua kat game ni. Kadang-kadang rasa nak hentak keyboard pun ada.

Bila naik syeikh, sampai meleleh air liur tak perasan. Wife pun jeles je nengok...

Tolak cheat, gua punya high score - 3.9 juta points. Kalau pakai cheat-code, bola pinball tak habis-habis, tenaga gua yang habis. Habis camana... bila bola tu masuk lobang je, terus muntah balik bola baru... gila! Gua nak makan minum jugak, nak mandi jugak, nak layan anak bini jugak.

Gua tengok kat laman mana ntah, ada orang sanggup main sampai 70 juta points... fuh ni kepala serabut tahap MEGADETH!

Anyway, lu orang punya high score berapa?