Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, June 30, 2008

Hujan Batu dan Eksperimentasi Nikon D60, Part 2

1. HUJAN BATU!

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri... NOT!

Pagi tadi, tatkala aku mamai di depan PC tiba-tiba hujan lebat. Kuat. Ku toleh ke belah tingkap sambil berkata kepada isteriku, "hujan batu..."

"Cepat bang cepat...!!! Ambik kamera cepattttt...!!!" Jerit isteriku sungguh-sungguh.

Aku yang mamai, melompat terkejut. Hampir bersilat aku mencari kamera. Lantas mengambil beberapa shot yang tak berapa clear. Maklumlah, hujan lebat. Masuk air kamera ni, naya!

Isteriku yang tak puas hati dengan shot yang kabur, blur dan kaput tu, lantas mengambil alih posisi jurugambar. Aku kembali mamai.

"Tengok ni..." kata isteriku sambil menunjuk gambar yang diambilnya. Lebih baik dari apa yang aku ambik tadi. Oh my lovely wife, terer jugak u ambik gambar ye...


Macam apa eh? Macam... sagu. Sejuk.

Please klik imej untuk kejelasan lebih.

Please klik imej untuk kejelasan lebih.


2. Eksperimentasi Nikon D60, Part 2 (Night shot)

Sifu-sifu DSLR. First sekali ampuni saya. Saya agak jakun dapat DSLR ni. Walaupun pada sifu-sifu semua, tak heran tapi bagi saya, shot ni sangat bagus. Ku tatap, ku tatap... rasa macam pro la pulak.

Saja balik lambat dari ofis sebab nak tunggu malam. So boleh la ambik shot ni. Kalau rajin boleh download peta The University of Adelaide ni (pdf file).

pemandangan atas connector bangunan Engineering North dan Engineering South. Ofis aku kat Engineering North. Sila ziarah aku (bawak ole-ole sekali).

Elder Hall... kadang digunakan untuk majlis konvokesyen. Nama macam Lord of The Rings.

Elder Hall, pandangan sipi.

Bonython Hall... dia punya simbahan cahaya tu memang gerek ah! Nampak bangunan The University of Adelaide tu? Bangunan universiti disewa sampai ke pusat bandar.

Bonython Hall shoot menghala ke city centre.

same shot, kasi panjang sikit.

p/s: psstt... Lutfi student tutorial gua... gua dah beli tiket Carcass. Lu jangan buat perangai tak senonoh eh nanti. Lu buat pe'el, gua jual lu hantar pi Papua, OK?

Sunday, June 29, 2008

A trip to Pasar Tani (versi Adelaide)

So semalam hari Ahad, kami sekeluarga pergi pasar tani. Versi Adelaide. Kat Gepps Cross. Tiap-tiap hari Ahad dari selepas fajar sampai tengahari. Kawasannya luas. Mungkin luas satu dua padang bolasepak kot. Ramai orang datang sini especially yang jaga bajet.

Mulanya tak nak pergi sini sebab queue nak masuk tempat ni selalu panjang (about 1/2 km). Tapi hari rezeki baik, queue pendek je. Bayar masuk ikut kepala. Since budak-budak free, aku bayar $2 je untuk dua orang (me + wife).

Klik imej untuk imej lebih besar, tq...

Parking lot. Cuaca gloomy je...

brass ware anyone? Used...

Baru aku sedar, gambar tomato cantik. Colour striking.

Mushroom... my feveret apabila digoreng.

Brocolli... errr tak berapa feveret ah...

Terung sini rasa semacam ah... tawar sikit.

Wallahua'lam... tak ingat apa nama sayur ni... pernah beli dan masak, tapi tak masuk ah...

takde tajuk... saje nak test heheh...

belek bang... belekkkk...

"banana 1 dollar... banana 1 dollar (sekg)." kata seller tu. Sekarang banana tengah murah. Dulu masa aku sampai, ada krisis air, banana sampai berbelas-belas dollar sekilo.


baru lepas hujan...

Golongan senior banyak ah kat sini... just hanging around...

Ni area macam car boot sale...

Ni... anak aku daaa... not for sale.
Apa daaa posing camni?

Ni skrin besar untuk drive-in movie. Nak pergi? Sape nak jaga anak?


End of trip... lentok terus (sebenarnya tak sihat hari ni)

Saturday, June 28, 2008

D.R.I. Dealing With It (1985)

Siapa ingat icon kat atas. Glamer icon ni once upon a time...

Dulu masa sekolah menengah Form 2 di St. Michael (Ipoh), aku ada form satu band crossover. Influence besar kami masa tu ialah Metallica, Anthrax dan D.R.I. Tahun 1989. Yang best band tu, band muhibbah. Dua orang Melayu, sorang Cina dan sorang India. Band ni kami namakan sebagai Saucy Imbeciles Inc. (S.I.I). A direct homage to D.R.I. Almost a good band, kami siap buat lagu sendiri. Aku rasa dalam tiga buah lagu. Tajuk yang aku ingat, Stupid Activity Society. Yang lain-lain lupa dah. Gila, berapa tahun dah tu.

Anyway, album Dealing With It ni boleh kata album paling laju la zaman tu. Dia punya drum memang superfast walaupun tak macam grindcore. Intensity, memang sampai nak meletup kepala. Zaman remaja. Apa-apa je yang rebellious, memang itu yang cepat masuk. Ini album paling rebel la pada aku time tu.

Specialnya tentang D.R.I. ialah diorang ni satu band yang campurkan Metal dengan Hardcore. Itu yang dinamakan sebagai crossover, which later become a title to the next album after this. Tapi masa ni, aku rasa masih lagi more Hardcore than crossover. Mungkin banyak influence punk dari Metal, which I liked.

Intensenya album ni menyebabkan lagu-lagu yang dimasukkan semua tak lepas 3 minit (kecuali 2 lagu). Rakaman raw gila. Macam garage bands.

1. Snap
2. I'd Rather Be Sleeping
3. Marriage
4. Yes Ma'am
5. Soup Kitchen
6. Mad Man
7. Stupid, Stupid War
8. Counter Attack
9. Couch Slouch
10. God Is Broke
11. Karma
12. Nursing Home Blues
13. I Don't Need Society
14. Give My Taxes Back
15. Explorer, The
16. Reaganomics
17. How to Act
18. Shame
19. Argument Then War
20. Evil Minds
21. Slit My Wrist
22. Busted Again
23. Equal People
24. On My Way Home
25. Bail Out





Then, masa tour Crossover depa rilis video, Live At The Ritz. Feveret aku gak. First time tengok orang dok pogo dan slamdive dari stage. Klip kat atas diambil dari video tu dan lagu feveret aku dari Dealing With It; Madman dan Couch Slouch. Lirik Madman kelakar... Dalam intro lagu Madman, kononnya bapak dia marah la bising-bising praktis. Kutuk depa ni patut pi sekolah belajar jadi macam budak-budak biasa. Dia balik kijer, nak rehat, penat bukan nak dengar depa memekak. So budak-budak ni pun kata OK la. Bila tutup pintu je terus masuk lagu... kelakar.

He's old and cranky and he's got white hair
He yells at us in his underwear
He'll attach you like a crazed bear
But come on in, don't be scared
Mad man, he'll kick down the door
Mad man, he'll call you a whore
Mad man, he'll brand you a slut
Mad man, he'll kick your butt!
You pay the bills, I live in your place
I'll do what you say for my dwelling space
I'll do your dishes, I'll wash the floor
Just please don't kick down our jam room door
Mad man, he'll kick down the door
Mad man, he'll call you a whore
Mad man, he'll brand you a slut
Mad man, he'll kick your butt!
You hit my friends and cut down blacks
Proves again what your mind lacks
You back the klan
I've got to
Change my nazi dad
Change my nazi dad
Change my nazi

Friday, June 27, 2008

Matinya satu Ipod...

Dead... dead... dead!!!

Ke kuburan!

1. Ipodku sudah tak bernyawa. Umurnya lebih kurang setahun 3 bulan. Asalnya beli dari eBay. Beli yang refurbished. Harga separuh dari harga retail. Warranty cuma setahun. Sekali dah rosak about 6 bulan lepas. Masih dalam warranty so dia tukar brand new, tapi masih refurbished item. So nampaknya memang aku bayar untuk setahun le ni. Anyway, kalau beli baru pun warranty tetap setahun, so no worries. Cuma refurbished item ni, model lama. Yang takde video tu. Anyway...

2. CD purchase beberapa hari kebelakangan ni:


  • DEEP PURPLE Fireball Anniversary Edition CD
  • JIMI HENDRIX First Rays Of The New Rising Sun CD
  • MARILLION Misplaced Childhood (remastered)
  • MEGADETH - Skin o' my teeth - 10" box set & 2 cd single set
  • MEGADETH Holy Wars... The Punishment Due single CD
  • MEGADETH No More Mr. Nice Guy single CD
  • MEGADETH Symphony Of Destruction CD
Kalau ada kesempatan nanti aku rebiu la CD tu.

Juga, turntable ROTEL dah sampai. Problemnya, tak boleh nak dengar sebab amp takde lagi hehehe... Cuma boleh test pasang je la. Kalau letak telinga dekat dengan turntable tu boleh la dengar bunyi halus. Jadilah...

Isa @ Jesus (Englishnya...)

3. Supervisor aku start sabbatical leave for 3 months. Tapi dia dah prepare aku kerja untuk disiapkan sepanjang dia takde:

  • Siapkan Chapter 3. Berkenaan dengan bond-slip implementation to FRP-Steel flange under pure axial load. Ni sambungan dari Chapter 2 yang dah siap dulu berkenaan dengan bond-slip characteristics of FRP-steel.
  • Draft paper untuk hantar ke international journal. Since dia dah jadi full professor sekarang, dia maukan really really good international journal. Quantity bukan lagi target dia. Dulu student dia sampai produce 13 papers (journal, conference etc) sepanjang masa buat PhD tu! Aku target dapat 3 really good international papers pun dah dasat dah tu. OK, stop berangan. Kena start the first one dulu.
  • Prepare for next lab testing i.e. fatigue test. Should be interesting to apply our finding in Chapter 2 and 3 into this testing.
  • Siapkan the 3rd numerical modelling using FORTRAN. The 1st was basically what Chapter 2 is about. The 2nd was related to Chapter 3. Sekarang 3rd one probably be on Chapter 4. Chapter selapasnya berkemungkinan related to apa yang boleh dimanipulasi dengan Chapter 2-4. Juga findings yang mungkin menarik untuk dimasukkan ke dalam tesis.
Still, ada 2 co-supervisors yang akan supervise aku sepanjang boss takde. Depa ni brilliant jugak. Aku je yang lembab. Terhegeh-hegeh...
Apalah bertuahnya badan ini.... (mangsa obese)

On other note, you don't have to go to the university to earn yourself a PhD. I'm not talking about doing it part time here. But to do really good on what you do. This is the case of Jimmy Page (Led Zeppelin) yang baru dapat honorary PhD from University of Surrey (UK). Story here.

Wednesday, June 25, 2008

DEWANGGA SAKTI Anjakan Paradigma Muzik Tradisional


Sejauh mana anda meminati muzik tradisional Melayu? Atau dengan lain perkataan yang raceless, muzik tradisional “anda”. Rata-rata kita meminati muzik yang asing dan jarang sekali kita meminati muzik tradisional. Sebabnya? Sendiri boleh cari alasan masing-masing. Tetapi kemungkinan besar disebabkan suasana kita sendiri yang 24 jam disajikan dengan muzik asing. Yang popular di radio dan TV itulah menjadi popular.

Muzik tradisional “pernah” jadi popular. Iaitu ketika kita masih tidak dihumbankan dengan longgokan muzik dari Barat. Dan genre muzik tradisional ini begitu banyak cabangnya, yang sekarang hampir luput dari aliran muzik mainstream. Ianya sekadar menjadi tajuk ilmiah dan diskusi tahap tinggi, yang menyebabkan orang awam merasa takut untuk menghampiri.

Mungkin juga ada baiknya muzik tradisional ini di’elit’kan. Pertamanya, untuk mengelak ia menjadi muzik murahan seperti yang ada di kaca TV dan radio sekarang. Keduanya, mungkin dengan ini, akan menjamin ‘ketulenan’ muzik.

Dewangga Sakti, adalah sebuah kumpulan muzik tradisional. Kenapa ia mendapat tempat di ruangan ini; mungkin semata-mata kerana penggeraknya adalah bekas gitaris/vokalis Cryptic Malediction, yang pernah bergerak sekitar scene Metal ekstrim underground tempatan. Mungkin jika bukan kerana beliau, ruangan ini tidak akan sedar akan kewujudan Dewangga Sakti.

Dalam masa yang sama, Dewangga Sakti membuka mata dan minda. Apa itu muzik tradisional? Dan kenapa perlunya ia dipertahankan.

Selalunya apabila Mat Metal pencen dari scene, beliau akan jadi orang biasa, 9-5 punya orang. Tapi anda berbeza sikit, tetap musician tetapi hala yang berbeza. Kenapa jadi begitu? “Pertama sekali,terima kasih untuk Sam dan Krenmaut (sahabat lama) untuk temubual ini. Oh ya! Saya (masih) bukan pemuzik sepenuh masa. Hanya pemain violin yang menjadi pemuzik sepenuh masa. Berbalik kepada soalan tadi, sekitar tahun 99,ketika saya masih aktif bersama Cryptic malediction, jiwa saya tiba-tiba tersentak mendengar lagu-lagu gamelan.Itu melalui sebuah filem dari Indonesia. Tiba-tiba saya rasa begitu berminat mahu mengetahui tentang muzik sebegini dan banyak lagi bentuk muzik lain di dalam konteks muzik tradisional.Tetapi pada masa itu,saya masih naïf lagi dan tidak dapat membezakan jalur muzik ini, contohnya zapin, inang, masri, ghazal, keroncong dsbnya. Pada masa itu,secara tanpa sedar juga saya meminati muzik keroncong dan mula mengumpul CD lain dan bahan bacaan. CD pertama memberikan inspirasi kepada saya adalah ‘SERU’ iaitu CD menampilkan lagu-lagu daripada makyong, wayang kulit dan gendang silat dimainkan oleh master musician dari Kelantan. Maka bermulalah pengembaraan saya tanpa ada mentor atau pembimbing pada asalnya. Ibarat pengembara mencari arah. Sekitar tahun 2000,Mohsen (vokal sekarang) yang bermain gamelan di universiti ketika itu mengajak saya menubuhkan sebuah kumpulan yang menjadikan gamelan sebagai elemen utama. Pada ketika itu, saya masih bermain gitar (belum main gambus). Kami cuba-cuba membuat komposisi sendiri dan bermain lagu sedia ada. Kami juga pernah menyertai pertandingan akustika dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) hanya sekadar mahu lepas gian dan mencuba nasib.

Pada peringkat awal ini,kami bermain gamelan dengan instrumen moden seperti gitar akustik,bass dll. Kiranya masa tu,mahu fusionkan muzik.Tapi eksperimen dengan gamelan tak kekal lama sebab bila semua sudah habis pengajian di UIA,kami tiada akses kepada gamelan dan pihak berwajib tidak melihat ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan galakan. Ironinya ,beberapa tahun selepas itu eksperimen spt ini diberi pendedahan yang lebih meluas dan gitar (ya!gitar!) tidak lagi diharamkan di UIA.

Pada tahun 2003, saya memperoleh ilmu yang cukup berharga bila dapat menuntut dengan Allahyarham Fadzil Ahmad,seorang maestro yang cukup terkenal dengan gambus dan mencipta banyak lagu-lagu tradisional sejak tahun 60an lagi. Saya mula belajar gambus hampir dua tahun dengan beliau dan banyak diberikan penerangan tentang bentuk lagu dan muzik tradisional Melayu.Saya rasa inilah titik tolak pengembaraan saya di dalam muzik ini dan terhasil di dalam CD kami yang pertama itu.”

Ada ke yang dinamakan ‘scene’ muzik traditional ni? Kalau ada, ceritakan sedikit aktiviti yang dilakukan dan bagaimana jalinan persahabatan itu berjalan? “Scene muzik tradisional? Kalau mahu dibandingkan dengan metal, saya rasa penggiat metal lebih aktif meluaskan ‘scene’ mereka dengan menghasilkan demo, EP, Cd dan lain-lain lagi. Kita tidak ketandusan bakat di dlm muzik tradisional tetapi mereka tidak menghasilkan produk, maksudnya spt CD lagu gubahan generasi baru. Mungkin yang ada kita banyak mempersembahkan lagu-lagu klasik. Banyak pemuzik yang aktif seperti di Istana Budaya, Petronas, DBKL, Yayasan Warisan Johor dan beberapa organisasi lain. KeKKWa dan Tourism juga banyak mengembangkan genre muzik sebegini.

Biasanya jalinan persahabatan berlaku dengan show. Nak kata ada forum yang aktif(spt MetalTerus),tidak pula saya ketahui.Rasanya tidak ada.Malah untuk kita mencari info tentang kumpulan muzik tradisional pun agak sukar di internet. Macam kami,tidak terikat dengan mana-mana organisasi dan bergerak sendiri untuk persembahan ,rakaman dan edaran CD.

Tetapi untuk persembahan di luar negara,kami perlu berterima kasih kepada pihak Tourism Malaysia yang telah menghantar kami ke beberapa negara setakat ini- Taiwan & Jepun(2006) dan China (2007). Jika tiada aral, bulan Ogos ini tiga orang daripada ahli kumpulan akan ke Fukuoka,Jepun.pula.

Dewangga Sakti ialah 100% muzik traditional Melayu tanpa ada sedikit pun sentuhan Metal. Adakah ini sesuatu kepelikan bagi anda sendiri (seorang Metaller) atau anda melihat ini sesuatu yang normal? “Bagi saya normal.Tapi mungkin jika teman-teman lama mengetahuinya,terasa kepelikan tersebut.”

Apa beza main gambus dengan main gitar elektrik? Dua-duanya masih dalam keluarga gitar. “Gambus (atau dalam bahasa Arabnya Oud) merupakan asas utama kepada instrument bertali dan telah wujud ribuan tahun yang lalu. Gambus (oud) menjadi pendorong kepada penciptaan instrumen spt balalaika,mandolin, lute, gitar dll lagi. Pendek kata, ia Mother of All Instruments. Cendekiawan Islam seperti Al Kindi, Al Farabi (Kitab Al Musiqa) juga banyak menulis tentang ilmu muzik dan gambus dan mengembangkan seni permainannnya. Malah gambus (oud) juga yang menjadi ilham kepada gitar flamenco, hasil daripada penguasaan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol selama 700 tahun. Banyak skala-skala (maqamat) Arab yang telah mewarnai irama flamenco. Flamenco juga dikatakan drpd bahasa Arab – fellah mengu - yang bermasuk pengembara desa. Skala-skala Arab ini dikembangkan oleh Ziryab yang berhijrah daripada istana Baghdad ke Cordoba dan mengasaskan sekolah muzik pertama di Eropah. Ada satu lagu daripada pemuzik Flamenco terkenal, Paco de Lucia yang bertajuk Ziryab. Sumbangan muzik Arab dan gambus(oud) agak besar kepada muzik moden sekarang. Semasa perang salib, tentera Salib juga membawa pulang alat muzik orang Islam dan diadaptasi menjadi instrument mereka – oud menjadi lute. Bezanya oud tiada fret tetapi lute ada fret.

Awalnya, sukar juga belajar gambus ni tapi sebab ada asas main gitar, ia senang diaplikasikan. Bezanya gambus tak ada fret. Kita kena betul-betul tepat dengan note (mcm violin,cello dll) dan tuning dia kena jaga sebab lagi sensitif daripada gitar. Lagi satu ada satu not ada double-string kecuali tali atas satu sahaja. Semua sekali 11 tali. Jadi,pelarasan (tuning) ambil masa sedikit dan amat sensitive dengan cuaca terutama di dalam dewan yang ada penghawa dingin. Tapi yang menariknya adalah bentuknya yang anggun (he he) dan ringan!.

Jika ada masa dan wang (penaja),saya ingin sekali belajar gambus di Mesir."



Dilihat ada sedikit perbezaan muzik traditional Melayu dengan Metal. Dua-duanya boleh kata underground! Boleh bagi pendapat? “He he he.Aku setuju.Malah muzik tradisional ni kadang-kadang lagi underground sifatnya. Bagi aku muzik tradisional perlu mencontohi muzik metal atau independent yang lain –ada komuniti dan bertukar-tukar demo, rakam album dan anjur konsert sendiri. Sebabnya, banyak yang berpotensi tetapi kekal menjadi kumpulan kebudayaan sahaja. Mereka tidak dokumenkan muzik mereka. Bagi kami, dokumentasi amat penting dan gubahan muzik baru perlu sebagai jawapan kepada generasi hari ini. Kita tidak boleh selama-lamanya memainkan lagu klasik sahaja. Cuba bayangkan jika orang spt P Ramlee, Fadzil Ahmad tidak menghasilkan lagu dan muzik mereka tidak didokumentasikan.

Muzik traditional Melayu ini, Melayu sendiri tak minat. Yang minat ialah orang luar. Kenapa agaknya ini berlaku? “Kurang pendedahan. Lagi satu, mungkin mereka banyak lihat apa yang keluar dlm TV. Sebenarnya banyak lagi yang menarik di luar, contohnya di ASWARA, Petronas dan Istana Budaya tetapi ini tidak banyak ditonjolkan di tv. Organisasi ini juga perlu mengeluarkan CD hasil pementasan (atau gubahan baru) dan disebar luaskan kepada khalayak yang mungkin tertanya-tanya. Saya pasti jika ini berlaku,apresiasi khalayak akan lebih luas.

So saya rasa Dewangga Sakti ini ialah hala muzik anda seterusnya dan konsentrasi akan datang akan berlegar sekitar muzik traditional? “Ya, betul. Muzik tradisional dengan kepelbagaian rentak dan tema penulisan.”

CD pertama Mabok Kepayang telah pun rilis secara independent. Bagaimana dengan sambutan dan apa plan seterusnya untuk CD ini? “Sambutan setakat ini ok. Kami buat perlahan-lahan dan setakat ini promo baru mula diberikan kepada media dan organisasi terpilih. Kami juga bercadang ingin menghantar promo ke festival dan organisasi luar selepas ini.”

Tajuk lagu Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) dan Tertinggal Kapal Angkasa tu agak pelik. Sekali imbas seakan Dewangga Sakti cuba merelevankan ‘kemodenan’ dalam muzik traditional, walhal ia sebenarnya berbentuk sinis apabila kita mengetahui. Boleh elaborate? “Saudara dapat menangkap apa yang kami cuba sampaikan. Biasanya muzik tradisional , tajuknya mesti cliche dan dapat diagak. Bukan kami menafikan tajuk-tajuk dan tema sebegitu. Kelak kami pun pasti akan ada tajuk-tajuk yg dikaitkan dengan muzik tradisional. Kami cuma mahu merelevankan dengan keadaan dan suasana semasa. Kita banyak isu yang boleh diketengahkan.Banyak aspek sosial,politik dan budaya yang menarik yang dapat kita jadikan lagu.Kedua-dua lagu tu ada cerita di sebaliknya dan kami susun mengikut babak – contohnya Belayar Ke Pulau Jauh (Untuk mencipta rekod dunia) tu mengenai anak kapal yang ingin belayar ke pulau yang paling jauh kerana mahu mencipta rekod dunia. Di tengah-tengah laut, kapal diserang jerung. Kemudian, ada elemen magis bila pari-pari dari kayangan datang menyelamatkan mereka.Kemudian baru mereka sedar bahawasanya mereka telah menghabiskan banyak wang istana untuk mengejar cita-cita mereka ini.he he (Untuk lebih terperinci, rujuk entri di blog). Lagu-lagu ini mungkin saja kami masukkan unsur tarian ke dalamnya jika ada nanti koreografer yang berminat atau menjadikannya sebagai produk animasi.

Sembang sikit mengenai Cryptic Malediction. Last news aku dengar anda telah incorporate muzik gamelan ke dalam rakaman album? Aku tak pasti ianya telah dirilis atau tidak? “Oh! Itu cerita lama tahun 2002. itu waktu senggang Dewangga Sakti dan kerana mahu memenuhi idea yang datang ketika itu. Sudah diterbitkan oleh Nebiula Production pada tahun 2003 di dlm bentuk kaset. Hakikatnya, Cryptic Malediction sudah lama tidak aktif –mungkin kali terakhir pada tahun 2000.”

Ramai orang bertanya tentang Cryptic Malediction. Ada berita menarik untuk mereka? “Tiada berita menarik buat masa ini. he he. Ada juga cadangan daripada ahli untuk membuka kunci semula supaya dapat membuat rakaman.Mungkin jadi studio band sahaja. Ahli-ahli masih berhubung- bassist bermain untuk Dewangga Sakti. Vokal sudah menetap dan bekerja di Johor. Drummer pula sibuk dengan kerja-kerja production –video dsbnya dan menghasilkan Rockumentari Silkhannaz tu.”

Kalau ada band Metal tempatan yang nak invite Dewangga Sakti sebagai guest dalam album, amacam? Ada idea bagus? “Boleh dikemukakan kepada kami. Kami bersedia memberikan khidmat jika sesuai. Idea? Boleh dibincangkan.”


Kalau cover lagu Metal camana pulak? Macam Apocalyptica cover Metallica guna cello. Maybe Dewangga Sakti boleh cover lagu Sil Khannaz? Cromok? Atau *cough - cough* Langsuyr? “Silkhannaz? Oh! Boleh sahaja jika ada keperluan. Lagu Purnamarjuna boleh dimasukkan elemen tradisional. Atau kami tukar menjadi piece yang experimental spt Dead Can Dance.he he

Langsuyr? Boleh juga! Ok,Langsuyr campur gambus, violin, percussion spt rebana,darbuka,kompang dan akordian.”

Akhir kata?
Terima kasih kepada Sam dan Krenmaut.Jika pembaca berminat membeli CD kami yang berharga RM15.00, boleh layari http://dewanggasakti.blogspot.com atau emel kpd dewanggasakti@yahoo.com

Zulkifli Ramli 25 Jun 2008





Monday, June 23, 2008

Eksperimentasi Nikon D60, Part 1

Ismail, are you angry?

Sumaiyyah (front), Ismail (back)

Ismail (front), Iman (back)

Isa

Ismail waiting for Bapak to take him to kindy

Spiderman saves the day!

Ismail playing computer games. Khusyuk!

Praktis make perfect kata orang... 1st day of shooting.


-----------------------------------------


On other note, CARCASS reunion tour akan singgah ke Australia. Yes! A must go for a new and jaded metaller. Kalau boleh bawak masuk D60 kan bagus huhuhu...


Unquestionably one of the most important , influential & well favoured metal bands of our time, CARCASS have reformed in 2008 to perform at several prestigious metal festivals throughout Europe. Soundworks Touring is incredibly excited & honoured to announce that CARCASS will be performing in Australia to “Reek” havoc on our Carcass starved souls for the first time in 15 years!

These exclusive shows will be your only chance to witness & digest in your own backyard, the complete symphonies of sickness collection from one of extreme metals true legends. With this announcement, Soundworks Touring anticipates these shows to sell out in a smash ‘n’ grab frenzy, so be sure to secure the meatiest, the heaviest & the most important metal ticket in Australia this year.

CARCASS AUSTRALIAN TOUR OCTOBER 2008

Thursday Oct 9th- PERTH, Capitol
Friday Oct 10th – ADELAIDE, HQ Complex
Saturday Oct 11th – BRISBANE, The Arena
Sunday Oct 12th – SYDNEY, The Metro Theatre
Monday Oct 13th – MELBOURNE, Billboard

TICKETS ON SALE from Thursday 26th June!!!

Perth
www.moshtix.com , 78 Records, Planet Video, Mills Records, Beat Music

Adelaide
www.venuetix.com.au

Brisbane
www.arena.oztix.com.au , www.oztix.com.au

Sydney
www.metrotheatre.com.au , www.ticketek.com.au

Melbourne
www.billboardthevenue.com.au , www.moshtix.com , www.ticketek.com.au


www.myspace.com/carcass
www.earache.com
www.myspace.com/soundworks_touring

Sunday, June 22, 2008

DREAM THEATER Live At Budokan CD

Semalam (Ahad) kami buat open house, ajak a few Malaysian friends makan nasik ayam kat rumah. Nasi ayam, benda paling senang nak prepare and it's a Malaysian feveret too. Sahabat yang balik dari bercuti di Malaysia pun datang sekali dan bawak Nikon D60 yang aku kirim. Huhuhu... tak pandai nak pakai manual. Bantai auto je sekarang ni. Tapi results better than kamera cheapo Canon aku dulu ah. Contoh kat bawah...

Anak no 1, Iman.

Anak no 2, Ismail.

Shoot tanpa flash guna natural light (lampu neon).

Nampak macam best je kan? Tapi nak kena belajar lagi la (tak tau bila masa ntah). Tapi lepas ni semangat la sikit nak amik gambar. Ke hulu ke hilir la bawak kamera lepas ni hehehe... Aku cadang, one fine day, nak spent one bright afternoon kat Rundle Mall sambil ambil random shoot suasana kat situ.

--------------------------------------------------------



US version

Euro version

Ini adalah album live ke-3 Dream Theater, itupun jika tolak Live at the Marquee sebagai EP. Otherwise, ini album live ke-4.

Ye, depa memang banyak bikin live album. Tu tak masuk yang official bootleg lagi, contohnya time depa cover album IRON MAIDEN, The Number of the Beast in its entirety (ulasan penuh). Apa nak kisah. Memang depa berkemampuan pun.

Ini live album sempena rilisnya album Train of Thought, supposedly to be the most Metal album dalam sejarah Dream Theater.
Disc 1
1 As I Am 7.25
2 This Dying Soul 11.44
3 Beyond This Life 19.37
4 Hollow Years 9.18
5 War Inside My Head 2.22
6 The Test That Stumped Them All 5.00

Awal-awal lagi depa dah balun. Track 2 dan 3 tu depa dah mula berperang instrumen. Patut tak panjang macam tu lagu Beyond This Life (actual running time is 11:22) tu tapi depa extend part instrumental tu. Begitu juga dengan lagu Hoolow Years yang originally tak panjang macam tu.
Disc 2
1 Endless Sacrifice 11.18
2 Instrumedley 12.15
3 Trial Of Tears Trial Of Tears 13.49
4 New Millennium 8.01
5 Keyboard Solo 3.58
6 Only A Matter Of Time 7.21

Aahhh... just like the masters eh... ada keyboard solo pulak tu. Aku suspek ni bagi masa for the rest of the boys take a rest. Instrumedley tu lagu apa eh yang depa medleykan? Entah aku pun tak ingat.Tapi takpe, boleh refer kat video klip kat bawah.


Disc 3
1 Goodnight Kiss 6.16
2 Solitary Shell 5.58
3 Stream Of Consciousness 10.54
4 Disappear 5.56
5 Pull Me Under 8.38
6 In The Name Of God 15.49

3 CD total. Fuh jenuh wooo nak kasi habis. Kalau tak minat, memang azab rasa nak habiskan. Tapi kalau minat, memang tak kisah punya.

Oh ya, camana aku boleh ada dua versi CD tu? Eksiden sebenarnya. Akibat terlampau mengeBay sampai lupa yang aku dah ada title ni. Terbid secara tak sengaja. Fortunately, aku terbeli yang versi US so dapat la dua benda yang serupa tapi tak sama. Yang tak samanya, cuma muka depan. Instead of embossed Dream Theater logo warna kuning untuk Euro version, yang US version punya embossed juga tapi warna putih, so it's more hidden. Otherwise, lain-lain semua serupa je. Alang-alang dah ada dua versi, rasa sayang pulak nak let go either one of it.