Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (27) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (29) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (35) Artikel Agama (49) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (3) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (48) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) family (17) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (41) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (1) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (22) Iron Maiden (75) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (3) Jalan-jalan cari makan (7) Jalan-jalan Metal (4) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (79) Krenmaut fanzine (2) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (13) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (4) Malaysiana (54) Manowar (10) Megadeth (26) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (148) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (17) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Poligami (4) Politik Ramadan (11) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (4) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (8) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (12) Special Event (5) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (3) Ulasan (402) Uli Jon Roth (3) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (65) Vinyl (8) Vinyl Passion (2) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (57) Youtube clip (5)

Tuesday, January 29, 2008

Aku balik!!!

Kalau takde aral melintang esok aku akan balik ke Malaysia untuk sesi rakaman album kedua LANGSUYR.

Aku pun tak tau apa nak jadi pada blog ini sepanjang aku di Malaysia.

Tapi aku plan untuk update sesi rakaman tu in daily basis. Masalahnya, nak mencari koneksyen internet yang sesuai. Dan of course masa. Ikut planning, rekoding 10 jam tiap-tiap hari. Penat tu.

Kita tunggu dan lihat.

Monday, January 28, 2008

IRON MAIDEN Virtual XI 2-CD Japan with OBI

Rajah 1: Muka depan dan jewel case tebal.

Masuknya Blaze Bayley ke dalam IRON MAIDEN serba sedikit merubah wajah IRON MAIDEN. Peminatnya sedar akan pembawaan IRON MAIDEN yang paling gloomy adalah dalam album The X Factor yang mana merupakan album pertama Blaze bersama IRON MAIDEN. Rupa-rupanya, ia diteruskan di dalam album Virtual XI. Mungkin ini mendapat bantahan tetapi itulah yang aku rasakan. Kehadiran CD ini dalam bentuk Japanese release memberikan peluang kepada aku untuk menganalisa album ini. Ia datang dalam pakej yang sama dengan album The X Factor Japanese release, dengan jewel case yang tebal untuk merumahi 2 CD di dalamnya (Rajah 1).


Rajah 2: Flip pertama jewel case menampilkan CD #2.

Salah satu kritikan yang diberikan kepada album ini ialah kurangnya lagu-lagu yang menyengat. Rata-rata mengatakan hanya dua lagu yang outstanding sedangkan yang lainnya sekadar filler. Lagu tersebut ialah Futureal dan The Clansman. Aku hampir setuju dengan pandangan ini. Tidak seperti The X Factor, walaupun mempunyai banyak lagu, tetapi banyak juga lagu yang outstanding. Namun, trademark IRON MAIDEN, double lead melodies di dalam album ini begitu menyerlah hampir kesemua lagunya. Malang sekali lagu-lagu tersebut agak lemah pada pandanganku dan ini agak merugikan kerana guitar work (maksudnya double lead melodies) tersebut menjadi sia-sia seperti di dalam lagu Don't Look In The Eyes of A Stranger dan The Educated Fool.

Rajah 3: Kalendar bonus tahun 1998.

Musically, album ini seperti yang aku katakan tadi, adalah lanjutan dari album The X Factor; gloomy dan moody. Besar kemungkinan ianya dipengaruhi oleh gaya pembawaan Blaze sendiri. Mungkin juga kesedihan Steve Harris masih tidak terubat untuk album ini adalah penyebabnya. Ini pendapat aku tanpa melihat liriknya. Mungkin aku betul, mungkin juga aku salah tetapi itulah apa yang aku rasakan.


Rajah 4: Flip kedua jewel case menampilkan CD #1.

Edisi Jepun ini menampilkan 2 buah CD; CD standard dan CD bonus. Lagu-lagu standard semuanya diletakkan di dalam CD 1. Untuk bonus CD, dimasukkan lagu-lagu berikut:

1. Blood On The World's Hands
2. The Aftermath

yang mana kedua-duanya adalah rakaman secara live. Apa yang dapat didengari dari rakaman ini ialah betapa 'tipisnya' jeritan crowd. Ini adalah disebabkan pada zaman Blaze ini, IRON MAIDEN bermain di hadapan crowd di kelab-kelab dan bukannya di stadium atau arena seperti kebiasaannya. Dilaporkan Blaze menghadapi alergi di stas stage yang menyebabkan beberapa siri live IRON MAIDEN terpaksa dipendekkan.


Rajah 5: Isi booklet.

Kalendar percuma yang diberikan bersama dengan rilisan ini agak menarik kerana ia menampilkan cover semua album-album IRON MAIDEN (Rajah 3). Walaupun begitu, booklet yang diberikan cuma satu, tidak dua seperti dalam album The X Factor Japanese release. Mungkin kalendar ini menjadi pengganti kepada booklet tersebut. Aku tidak berapa menyukai cover album ini. Aku juga tidak menggemari tajuk album ini. Virtual XI? Tak catchy langsung dan tidak menggambarkan ianya sebagai album yang powerful. Uniknya, album kesepuluh (X) dan kesebelas (XI) yang mengambil angka roman ini cuma ada pada album yang Blaze ada di dalamnya. Seolah-olah seperti ianya terancang!

Rajah 6: Muka belakang dan jewel case tebal.

Sebagai menyahut seruan bro deaf_angel, aku akan membuat komen ringkas mengenai lagu-lagu di dalam album tersebut. Aku sebenarnya malas nak komen song-by-song sebab pada aku yang menyebabkan satu-satu album itu baik adalah album itu sendiri dan bukan lagu-lagu individu. Anyway, here goes... (rating 5/5 terbaik, benchmark untuk album ini sahaja. Maksudnya, kalau 5/5, ini adalah lagu terbaik DALAM album ini, bukannya di benchmark dengan album-album yang lain)

1. "Futureal" (Blaze Bayley, Steve Harris) – 2:55
- perasan durasi lagu ni? 2:55! Antara lagu terpendek IRON MAIDEN pada pandangan kasar aku. Lagu permulaan yang baik bagi album ini kerana ianya laju dan bersemangat. Lagu mengenai paranoia apabila realiti dan alam maya bertembung. Lagu yang mendasari album ini (termasuk cover album). 5/5.

2. "The Angel and the Gambler" (Harris) – 9:52
- Malang sekali lagu ini agak panjang. Melodi lagu ini bagus terutamanya iringan keyboard (Hammond?) yang menyuntik elemen progresif. Riff gitar kurang di dalam lagu ini menyebabkan ianya menjadi repetitif. Blaze mengulangi bait lirik Don't you think I'm a savior... puluhan kali! 3/5

3. "Lightning Strikes Twice" (Dave Murray, Harris) – 4:50
- Lagu yang dimulakan secara perlahan; melodi gitar di sebelah kiri dan plucking di sebelah kanan bersama dengan plucking bass sebelum masuknya vokal dan distortion guitar. Korusnya agak kurang pada pendengaran aku. Tetapi melodi double leadnya agak syahdu. Tinggal lagi melodi gitar itu sekejap sangat. Tak puas. 3/5

4. "The Clansman" (Harris) – 8:59
- lagu anthem album ini. Korus yang menarik dan catchy. Freedom.... Freedom... Sah menjadi jeritan bersama crowd semasa persembahan live. Dalam masa yang sama menjadi lagu epik di dalam album ini. Lagu ini didasari dari filem BRAVEHEART (Mel Gibson). Lagu ini bermula secara gradual, suara Blaze dari berbisik hingga menjerit. An absolute classic! 5/5

5. "When Two Worlds Collide" (Bayley, Murray, Harris) – 6:17
- intro guitar seakan-akan U2? Hahahah... Itulah rasanya pada pendengaran aku. Lagu ini menguatkan feel gloomy di dalam album ini, berkisar tentang pertembungan dua budaya. Biasanya apabila bertemunya dua budaya (dunia) akan berlakunya ketidakfahaman dan rasa prejudis yang selalunya berakhir dengan pertumpahan darah. 3/5

6. "The Educated Fool" (Harris) – 6:44
- Elemen progresif agak menyerlah di dalam lagu ini. Korusnya, pada pandangan aku antara yang terbaik di dalam album ini, semata-mata kerana ia berbeza dengan gaya korus-korus yang ada. 4/5

7. "Don't Look to the Eyes of a Stranger" (Harris) – 8:03
- Lagu yang panjang dengan pendekatan yang sama dengan lagu The Angel And The Gambler, terutamanya part Blaze mengulangi bait Don't Look to... puluhan kali. Namun rewardnya ialah aku disajikan dengan melodi double lead guitar yang juicy selepasnya. Worth the wait, rasanya. 4/5

8. "Como Estais Amigos" (Bayley, Janick Gers) – 5:30
- Lagu tribute kepada askar Argentina yang terbunuh ketika provokasi Falklands (Argentina vs Britain, 1982). Lagu ini pada aku palin emotional. Kesedihan dan gloom menyelubungi lagu ini, baik dari lagu mahupun liriknya. Cuma pada pandangan aku, tajuk lagu ini kurang berkesan. Aku prefer kalau ianya ditulis dalam bahasa Inggeris kerana bagi yang tidak berbahasa Spanish (?), bunyinya agak kelakar. 5/5


Rajah 7: Kertas OBI.

Kesimpulannya, well, you can never be wrong with IRON MAIDEN. Walaupun album ini dikatakan album yang paling kurang sekali dalam discography IRON MAIDEN, namun, anda tidak akan mengetahui apa yang anda tinggalkan! Kepada peminat IRON MAIDEN semua, inilah masanya untuk mengeluarkan kembali CD ini dan memutarkannya semula.

Friday, January 25, 2008

IRON MAIDEN The X Factor 2-CD Japan with OBI

Rajah 1: Muka depan dan jewel case tebal.

Mungkin ramai peminat IRON MAIDEN ada beberapa kritikan terhadap album The X-Factor, atas dasar vokalis baru ketika itu Blaze Bayley yang seperti tidak dapat memenuhi ruang yang terbentuk selepas keluarnya Bruce Dickinson dari IRON MAIDEN. Sememangnya itu satu tanggungjawab yang tersangat besar yang perlu dipikul oleh Blaze. Pada aku, Blaze telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik sekali dalam album ini. Malang sekali beliau perlu menyanyikan lagu-lagu Bruce yang tidak sesuai dengan keadaan tonal suara beliau.

Rajah 2: Flip pertama jewel case menampilkan CD #1.

Anyway, bukanlah dalam ruangan ini aku menulis untuk menjadi defendan bagi pihak Blaze. Sebaliknya aku mahu membuat ulasan tentang belian terkini aku ini. Yes! Antara album favourite aku dan sekarang aku memiliki versi Jepun edisi khas. Seperti yang diketahui ramai, versi Jepun biasanya mempunyai keistimewaannya. Aku tak pasti dengan sound kualitinya (seperti yang dikata ramai, lebih baik dari versi-versi yang lain; disebabkan aku tak memiliki sistem stereo yang hebat) tetapi pakej yang selalu disediakan oleh edisi Jepun biasanya mempunyai bonus.

Mula-mula pakej jewel case adalah versi tebal bukan jewel case double CD biasa (Rajah 1). Ketebalannya adalah menyamai dua jewel case biasa.

Rajah 3: Flip kedua jewel case menampilkan booklet bonus.

Untuk versi Jepun ini, ianya menawarkan 2 keping CD. CD pertama mengandungi lagu-lagu dalam edisi biasa sedangka CD kedua menampilkan lagu-lagu bonus:

1. Justice of the Peace
2. Live My Way
3. Judgement Day

Mengikut komen dari saudara deaf_angel, ini adalah satu-satunya versi yang mana lagu Live My Way tercetak di dalam bentuk CD. Lagu 1 & 2, sekali dengar, kedengaran seperti lagu cover tetapi rupa-rupanya lagu IRON MAIDEN sendiri. In fact, ketiga-tiga lagu bonus ini pada pendapat aku adalah lagu yang terkeluar sikit dari sentimen album The X-Factor yang gloomy. Ketiga-tiga lagu di atas bersifat rancak dan rockish. Mungkin sebab itu, ianya tidak termasuk dalam track utama album The X-Factor.


Rajah 4: Isi booklet bonus - discography.

Bonus seterusnya ialah ada dua booklet! Satu booklet adalah yang standard seperti versi biasa dan satu lagi memang istimewa. Booklet bonus mempunyai muka depan dan belakang yang sama dengan booklet biasa (Rajah 3) tetapi isinya berlainan! Booklet ini pada muka terhadapan menampilkan informasi tentang kesemua album IRON MAIDEN termasuk singles yang pernah dirilis (sila rujuk Rajah 4). Seterusnya ia menampilkan setlist tour IRON MAIDEN di Jepun bermula dari siri tour pertama (Killers 1981) hingga yang terakhir ketika itu (Fear of the Dark 1992) - rujuk Rajah 5.

Malang sekali komentari yang ditulis di dalam booklet ini ditulis dalam bahasa Jepun.

Rajah 5: Isi booklet bonus - tour setlist.

Seterusnya, versi ini juga diselitkan dua helai deskripsi mengenai album The X-Factor dan juga bonus tracks. Sekali lagi, dukacita semuanya ditulis dalam bahasa Jepun. Tapi aku pun tak boleh komplen, ini adalah rilisan Jepun.

Rajah 6: CD bonus.

CD bonus yang diberi adalah dengan cetakan biasa saja tidak seperti CD asal yang mempunyai kualiti print bergambar (Rajah 2 dan 6). Kertas OBI adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7. Aku sebenarnya tak pasti kenapa dengan ada atau tiadanya kertas OBI ini dapat menaik/menurunkan harga CD versi Jepun. Sekali pandang, ianya cuma sekepin kertas dengan perkataan tulisan Jepun diatasnya. Tiada yang tersangat istimewa pun.

Rajah 7: Kertas OBI.

Anyway, untuk merumuskan, aku sangat berpuashati dengan versi ini terutamanya apabila mengetahui hanya dalam versi ini lagu I Live My Way boleh didapati (sekurang-kurangnya setakat ini - mungkin akan datang IRON MAIDEN akan meriliskan B-sides dengan lagu ini).

Rajah 8: Muka belakang dan jewel case tebal.

Album The X-Factor sendiri sudah cukup menjadi sebab album ini perlu dimiliki. Aku bukan bercakap bagi pihak peminat IRON MAIDEN, tetapi juga untuk mereka yang asing dengan IRON MAIDEN. Of course, mereka perlu mendapatkan album Powerslave ataupun The Number of The Beast dahulu sebagai introduksi kepada IRON MAIDEN tetapi bagi aku (dan sesetengah peminat tegar IRON MAIDEN), apa salahnya album ini menjadi introduksi?

Wednesday, January 23, 2008

METALCORE Pada Kaca Mata Metal Purist



Perbalahan (kutukan) berat sebelah telah terjadi di dalam forum METALTERUS mengenai genre muzik ini. Berat sebelah kerana majoriti yang berbahas di dalam forum tersebut, lahir-lahir je dengar muzik Metal (hehehe...).

So sebelum apa-apa, mari tengok definisi dari wikipedia.

"Metalcore is a musical fusion genre that incorporates elements of thrash metal, melodic death metal and hardcore punk. The term is a portmanteau of metal and hardcore punk. Due to the rise in popularity in the United States during the early 2000s the genre is also described as the New Wave of American Heavy Metal (as an allusion to the New Wave of British Heavy Metal of the late 1970s).

It is rooted in the crossover thrash style developed by bands such as Suicidal Tendencies, Dirty Rotten Imbeciles, and Stormtroopers of Death in the mid-1980s. Through the 1990s, metalcore was mostly an underground phenomenon, but by 2004 bands like Killswitch Engage and Shadows Fall were present on the Billboard album charts. Some notable bands in modern metalcore are Hatebreed, Killswitch Engage, As I Lay Dying and Shadows Fall."

Aku, sejak beberapa menjak ni cuba nak mengelak dari melabelkan sesuatu muzik ini kerana sedang mahu berpegang kepada prinsip, a good music is a good music, regardless of the genres. Tapi genre itu penting sebab kalau orang tanya Bob Marley main muzik apa? Kena jawab juga, reggae. Kalau tak tak terjawab le ye tak?


Mungkin skop tu boleh diperkecilkan ke dalam genre METAL. Mungkin dulu lebih mudah kerana Metal secara amnya boleh dikategorikan sebagai Heavy, Thrash, Death dan Black Metal. Namun terima kasih kepada band D.R.I., terma crossover menjadi sebutan ramai, malah terma crossover tersebut telah dijadikan asas pembikinan muzik sesuatu band.

Apa itu crossover? Crossover bermaksud, percampuran bentuk (slanga) muzik ke dalam muzik. Dalam skop D.R.I., mereka telah mencampurkan muzik Hardcore bersama Metal, di dalam album Crossover mereka.

Mungkin bertolak dari itu, terma Metalcore muncul walaupun tak sehebat sekarang ini.

Namun pada zaman ini terma Metalcore menjadi lebih berkecamuk dengan percampuran pelbagai jenis slanga Metal. Bukan berhenti dengan Metal dan Hardcore tetapi telah masuk kedalam sub-genre Metal yang lebih kecil, seperti Thrash Metal + Hardcore ataupun Black Metal + Hardcore.


Ini semakin memeningkan kepala terutama mereka yang berkeras dengan definisi genre slanga Metal. Pada golongan ini, purity genre harus dikekalkan.

Bertolak dari itu, purity genre Metal itu seterusnya telah dilihat dari segi 'pembawakan' band tersebut. Ini boleh dilihat dari segi 'fesyen' yang dipakai dan 'asal' keturunan sesebuah band tersebut. Contoh terbaik ialah band TRIVIUM, yang walaupun album mutakhir mereka hampir menyerupai band Metal yang sebenar tetapi 'asal' keturunan mereka dan 'fesyen' mereka tidak begitu.

Begitu juga dengan band MASTODON yang kalau didengar beberapa album murakhir mereka, hampir genreless. Ini menggambarkan betapa berkecamuknya crossover yang mereka lakukan dalam album-album tersebut. Namun disebabkan 'asal' keturunan dan fesyen yang dibawa, mereka masih dilabelkan sebagai Metalcore.

Metalcore pada golongan elitist Metal bersamaan dengan golongan bawah yang dikeji dan dijauhi.

Pada aku, aku cuba berpegang kepada prinsip yang aku nyatakan sebelum ini. Sesuatu trend tidak mengubah sedap atau tidak sesuatu lagu. Tetapi bagi golongan elitist ianya berlawanan. Ketepuan sesuatu genre muzik terjadi dalam setiap jenis muzik, bukan sahaja di dalam Metalcore. Contohnya, brutal Death Metal suatu masa dahulu. Ataupun simfonik Black Metal yang tak berapa lama lalu.

Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengkritik bands yang outstanding seperti MASTODON (satu nama, sekadar yang aku ketahui) semata-mata disebabkan genre yang pernah dilaluinya.

Monday, January 21, 2008

Tertekan Dek Rakaman Album (pre-recording)

Kepada mereka yang biasa atau pernah buat rakaman lagu di studio pasti akan terasa tekanan sebelum masuk studio. Walaupun orang tu dah biasa masuk studio, masih juga tertekan. Nak pulak band macam Metallica tu, nama sikit punya besar. Tekanan lagi tinggi. Cuba tengok video Some Kind Of Monster tu. Dua tahun nak siap album St Anger. Last-last yang keluar... (sendiri mau faham la).

So apakah tekanannya? (Aku bercakap atas dasar musician part-time, atau dengan istilah sahabatku, past-time - masa lapang).

Pertama sekali nak kumpulkan ahli-ahli dalam band untuk sama komited dalam rakaman. Bukan semua nak ikut seperti yang tercatit dalam agenda. Ada yang kerja, ada yang tak free. Malah ada yang tak prepare apa-apa lagi. Lagu pun tak habis berlatih lagi. So pada aku ini isu paling besar dan paling perlu diberi perhatian. Kalau bandboy tak komited, memang payah. Masuk studio lambat. Lagu tak hafal. Dan yang worst, apa yang dibuat masa rakaman not fully hearted. Tu ada efek tu kepada output.

Keduanya, memastikan studio yang nak dirakamkan lagu-lagu tu. Studio memang banyak. Tapi kualitinya berbeza-beza. Senang cerita, kos murah kualiti pun murah. So dalam bab ini, RM itu sangat penting (nanti aku hujahkan). Walaupun sekarang ni banyak studio homemade, tapi kualiti pun homemade. Sound engineer (walaupun takde degree in engineering - camana dapat title ni pun tak tau) homemade yang buat kerja as past-time, tak berapa paham apa yang dibuatnya. So studio mana nak pakai ni? Nasihat aku, disebabkan ini berkait rapat dengan RM, ikut bajet la. So bila ikut bajet, jangan expect benda yang melampau-lampau.

Ketiga, kos. Dalam banyak perkara, ini adalah pemberat yang paling berat. Lagu best, band best tapi bajet takde pun tak guna. Lainlah kalau dah sign dengan syarikat rakaman yang sanggup tanggung kos semua. Untuk pemuzik past-time, memang agak susah la kot. EVEN yang dah sign dengan label pun, label pun agak cerewet bab bajet ni. Dulu studio of the highest grade, sekarang dah tak boleh macam tu lagi. Untuk yang tong-tong duit nak masuk studio, well good luck untuk dapatkan semua ahli contribute duit untuk rakaman. Kena paham ni, semuanya pemuzik past-time, so mungkin ada dalam fikiran mereka, ala, kalau tak buat pun bukan mati. Kalau buat pun sekadar mainan saja, bukan dapat pulangan pun.

Tapi to sum all the fizik dan math dalam rekoding ni, aku yakin semua nakkan yang terbaik. Tapi yang di'nak'kan tu belum tentu akan diterjemah dalam 'nada' yang dikehendaki. Masalah-masalah yang aku point kat atas tu, kena setel dulu... baru la ada 'kemungkinan' menjadi.

So ini secara basicnya masalah-masalah yang bakal dihinggapi oleh pemuzik past-time bila nak rekoding dalam studio. Tu belum masuk problem DALAM studio hahaha... aku bagi korang risau bab ni dulu. Dah setel bab ni lain kali aku cerita pulak problem dalam studio hahahaha...

Aku dedicate bebelanku ini kepada SEMUA pemuzik past-time yang bakal merakamkan demo/ep/album dalam sebulan dua ni. Sesungguhnya aku pun dalam tekanan juga ni. Kita kena berkumpul dan buat meeting sebagai Recording Anonymous...

Biar aku start...

"Salam... Nama aku Bentara dan aku ada problem masa pre-recording...."

Friday, January 18, 2008

Gitaris MEGADETH terbaru!

Aduh... macamana aku boleh miss berita besar camnih? Aduh duh duh... Maybe concentrate sangat dengan IRON MAIDEN, terabai cerita Abang Mus kita nih...

Anyway, ura-ura yang Glen Drover sudah quit MEGADETH sudah bermain-main di forum rasmi MEGADETH tetapi Abang Mus tidak buat statement apa-apa. Of course, mana nak dapat rumours macam ni kalau tak dari blabbermouth.net.

Aku pun dok suspen gak. Sape nak ganti Glen. At the same time, aku rasa lega sebab Glen ni rasa macam tak berapa masuk sikit. Masa tengok perform dia kat sini, rasa macam missing something. Yang aku dapat sense ialah gitar bentuk Ibanez dia tu tak matching macam Abang Mus yang pakai DEAN Flying V. But in no way aku nak komen Glen punya playability, walaupun tak seterer Marty Friedman maupun Al Pitrelli tapi dia masih pemain yang hebat. Tone dia aku salute!

So sekarang pengganti pun dah jumpa dan dia bernama CHRIS BRODERICK (NEVERMORE, JAG PANZER). Hmm... nama ni tak berapa familiar walaupun band yang dia main tu familiar. Bila selidik dia punya capability memang impressive... selain Metal, boleh main Jazz lepas tu kalau korang search kat youtube tengok dia demo, memang dasat la. I BET YOU CAN'T PLAY LIKE HIM! hahahaha...

So it's official, Encik Broderick is now with MEGADETH dan kita cuma perlu tunggu dan lihat. Chris sendiri menerimanya dengan baik lantas meninggalkan terus NEVERMORE dan JAG PANZER. Dan nak tengok camana Chris in MEGADETH pun tak lama lagi. Pada Feb 4 MEGADETH akan introduce Chris pada crowd di Finland dan dari situ kita jadi hakimnya yeaaahhhh!!!

Before then, meh kita check out Chris tayang dia punya terer tak terer main gitar...




Antara IRON MAIDEN dan METALLICA

Jangan terkejut dengan tajuk entry hari ni. Aku bukan nak compare dua Metal giants ni in terms of stail music ataupun berapa banyak dua-dua band ni jual album. Bukan juga aku nak compare peminat band mana lagi dedicated ataupun banyak mana merchandise mereka yang terjual. Tetapi aku terkedu dengan perkataan seorang sahabat, "Apasal lu minat IRON MAIDEN, sama je bunyi setiap album?" (lebih kurang).

Jadi, pada pendapat sahabat aku ni, album IRON MAIDEN bunyinya sama. Aku tak nak le selidik sejauh mana dia follow IRON MAIDEN ni tetapi aku ambil komen dia sebagai pendengar IRON MAIDEN kontemporari, yang menyangka lagu IRON MAIDEN yang hits sepanjang zaman ialah Fear of the Dark (hehehe...). Errr... tapi lagu tu memang best pun!

Anyway, IRON MAIDEN bukan hanya satu band yang dikatakan band yang bunyinya sama. AC/DC, JUDAS PRIEST, KISS, BOLT THROWER dan beberapa band gergasi lain juga boleh diletakkan di dalam kategori yang sama.

OK, bagaimana pula dengan band yang berbeza-beza stail setiap albumnya? Yang cepat terlintas dalam kepala aku, METALLICA. Dari album Kill Em All hinggalah St Anger, memang stail berbeza-beza. Maksud aku berbeza-beza bukanlah ekstrim melampau dari Metal terus tukar jadi hip hop. Tapi, korang faham kan? Dan METALLICA bukanlah hanya satu band dalam kategori ini. CARCASS, SLAYER dan beberapa band lain pun boleh diletakkan dalam kategori yang sama.

Eh... apa aku punya point eh?

Point aku ialah pada aku band seperti IRON MAIDEN sudah ada formula tertentu. Formula itu yang mana peminatnya akui, itulah IRON MAIDEN dan dengan sebab formula itu, peminatnya setia bersama mereka. Dan IRON MAIDEN tau, they do it best with that formula. Jadi kenapa perlu tukar?

Pada pendapat aku, kalau peminat IRON MAIDEN maukan kelainan dari segi 'bunyi' muzik, mereka bebas untuk mendengar band lain. Bayangkan kalau IRON MAIDEN tukar stail each albums, kalau peminatnya nak dengar IRON MAIDEN, dengar album yang satu tu je la. Album yang ada formula IRON MAIDEN tu.

Namun dalam album-album IRON MAIDEN pun bukanlah semuanya berbunyi sama. Ada variety. Tetapi masih berada dalam linkungan yang sama. Contoh, orang kata album paling punkish ialah album pertama dan kedua. Album paling sedih ialah album The X Factor. Malah ada juga album paling hambar seperti album Virtual XI.

Ada beza, acuan dan bunga sikit ada beza. Tapi semua orang tahu ianya IRON MAIDEN.

Bab METALLICA pulak... errr... lain kali punya entry hahaha... Senang cerita majoriti mintak nak album macam Master Of Puppets dan yang sebelumnya.

So boleh nampak perbezaannya?

Wednesday, January 16, 2008

IRON MAIDEN Different World CD single (EU) + DVD

Untuk single ini ada beberapa versi seperti yang telah dijelaskan di sini. Tolak versi vinyl, aku rasa aku dah complete untuk single ini dalam versi CD. Oleh itu ayuh kita lihat dengan lebih dekat.

DIFFERENT WORLD (EU) single CD.

Berbeza dengan versi US, versi EU ini hanya mempunyai dua buah lagu sahaja. Namun begitu tolak lagu Different World sebagai single, extra tracknya berbeza-beza antara kedua versi.

1. "Different World" (Smith, Harris) – 4:15
2. "Iron Maiden" (Recorded live in Copenhagen on the A Matter of Life and Death tour, November 10, 2006) (Harris) – 5:40

So kalau korang beli satu je, kira tak cukup sebab lagu lain. Nampak gaya memang kena sapu dua-dua versi.

Packaging pun berbeza yang mana versi ini menggunakan slimline jewel case sedangkan yang US, menggunakan jewel case biasa. Begitu juga dengan print atas CD.

Rajah 1: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka depan

Rajah 2: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka CD. (perhatikan printing atas CD yang berbeza dengan versi US)


Rajah 3: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka belakang.


DIFFERENT WORLD (EU) single DVD.

Ini versi DVD single. Ada satu track videoclip dan dua lagu recorded live. Cuma bila pasang DVD ni lagu recorded live tu dimainkan bersama dengan photo shoot tour album A Matter Of Live And Death.

1. "Different World" (Smith, Harris) – 4:15
2. "The Reincarnation of Benjamin Breeg" (Recorded live in Copenhagen on the A Matter of Life and Death tour, November 10, 2006) (Dave Murray, Harris) – 7:44
3. "Hocus Pocus" (Focus cover) – 5:33

Oh ye, ini versi datang dengan poster Eddie cum kalendar 2007. Rujuk rajah 7 dan 8.

Rajah 4: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka depan.

Rajah 5: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka CD.

Rajah 6: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka belakang.


Rajah 7: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) poster (depan).


Rajah 8: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) poster (belakang).

Video klip tu video klip animasi... best gak, part Eddie mengamuk tu.




Friday, January 11, 2008

AIRBOURNE Live Adelaide 11 Jan 2008


AS LONG AS WE LIVE, AND AS LONG AS YOU PEOPLE LIVE... ROCK N ROLL WILL NEVER DIE!!!

Begitulah jeritan Joel O'Keeffe kepada penonton pada lagu terakhir mereka. Dari start sampai habis beliau mengetuai kumpulan yang berasal dari Warrnambool, Victoria ini dengan penuh aksi. Aksi bukan main-main ni. Hampir sejam persembahan mereka, takde seorang pun yang duduk diam! Kata orang Ipoh, ini band menggelejat. Naik-naik atas stage terus rockin takde intro apa-apa dah... sampai habis pulak macam tu... gila... gila...

Aku tak berapa familiar dengan lagu-lagu dalam album Runnin' Wild mereka (sebab takde CD lagi) tapi dua lagu paling familiar yang berputar di youtube; Too Much, Too Young, Too Fast dan Runnin' Wild dapat ku tangkap. Lagu pertama mereka pada malam itu, Stand Up For Rock 'N' Roll memang terus bagi semangat kepada crowd.

Headbanging dan windmill gitaris David Roads dan bassist Justin Street bisa menjeleskan Cannibal Corpse maupun band brutal Death Metal walaupun AIRBOURNE sebenarnya adalah band rock n roll yang mendapat inspirasi penuh dari AC/DC. Aku amat terhibur tatkala David berlari ke arah Justin dan melakukan hayunan gitar secara synchronized.

Joel seumpama bayangan Angus Young disebabkan gaya solo gitarnya yang sangat berbau Angus. Ditambah pula dengan fizikalnya yang kecik molek menambahkan iras beliau kepada Angus.

Selain dari persembahan yang sangat energetik aku juga 'terhibur' melihat gitar pujaanku GIBSON Explorer menjadi pilihan David dan Joel walaupun Joel hanya menggunakannya untuk dua buah lagu sebelum bertukar kepada GIBSON SG. Justin pula memilih untuk menggunakan Fender bass (tak tau apa jenis). Melihatkan full stack Marshall yang terbina di belakang begitu memberi semangat. Sound Joel lebih treble (disebabkan selain dari vokal/gitar, beliau juga menyolo kesemua lagu) dan David lebih bassy.

Ini adalah farewell gig AIRBOURNE yang mana dikhabarkan mereka akan berhijrah terus ke USA selepas menandatangani kontrak bersama Roadrunner. Dan aku bertuah kerana dapat melihat mereka sebelum mereka menjadi gergasi seperti rakan senegara mereka; THE JET dan WOLFMOTHER.







Thursday, January 10, 2008

Apa ada dalam bilik?

Rented house aku di Adelaide ni ada 3 bilik semuanya. Dua bilik telah dijadikan bilik tidur dan satu lagi bilik aku jadikan bilik study (kunun). Sekarang ni banyak masa aku kerja dari bilik aku ni. Mungkin sekali-dua je pergi Uni untuk jumpa supervisor. Supervisor aku walaupun gila strict (tiap-tiap minggu nak ada meeting) tapi other than that dia tak kisah samada aku dok kat ofis ke atau kat rumah. Janji buat kerja. Yeahooo...

So bila boring (pening kepala) dok godek program aku tu, gitar ada kat tepi tu apa lagi... hahahah... Ataupun sambil godek-godek, pasang CD from my collections (note: walaupun nampak banyak CD tu, tapi balik-balik aku dengar Iron Maiden, Megadeth hahahah... yang lain-lain tu menyemak je... sape nak beli sila layari sini?)

Moh kite, nengok bilik pertapaan teman! (Mau gambar besar, sila klik pada imej)


Rajah 1: First of all, aku kena introduce kat korang ini punya nikmat. Gila best ginger beer ni. Dia punya strong point kat label ada tulis suruh tengok botol ni dengan cahaya, akan kedapatan kerak-kerak halia yang terawang-awang dalam airnya. Minum kalu memang best. Don't worry walaupun tulis beer, tapi bukan beer. Halal dan harus diminum!


Rajah 2: Once masuk dalam pintu, toleh ke kiri, disitulah aku dump semua instrumen muzik aku. Semua dibeli kat sini from different sources. So let me introduce (left to right):

1. Kipas angin - bukan instrumen - dibeli kerana musim panas ni gila punya PANASSSSS!!! Tips untuk elak panas dalam rumah, tutup semua tingkap dengan langsir supaya cahaya tak dapat masuk.

2. GIBSON Flying V - beli from a used guitar seller from eBay. Gitar ni best. Boleh posing sambil hayun gitar ke atas!

3. GIBSON Explorer - beli from a used guitar seller from eBay. Gitar ni kalau main londeh, boleh berangan macam Pitrelli (ex-Megadeth) atau Hetfield hahahah...

* note antara dua gitar ni, Flying V pada aku bunyi lagi heavy.

4. SX P-bass - beli kat kedai sini. Murah je tapi not bad dia punya playability dan finishing.

5. amp bass - beli sekali dengan bass tu. Entah apa jenis, dan tak peduli hahaha...

6. CRATE 15W amp - kecik je power. Tak leh power-power nanti jiran bising. OK la buat nak praktis.

lepas tu efek-efek, sila refer rajah di bawah.

Rajah 3: Left to right juga...

1. VOX Bulldog Distortion - tube technology. Sound memang garang dan harsh. Tapi dia punya clean very transparent. Bought new from CK Music (KL) daa...

2. iPod 40GB 5th Gen - aku beli yang refurbished punya. Harga 50% from retail dan ada warranty setahun. Dah jahanam sekali, hantar ke service dapat tukar brand new. Ada lagi 3 bulan warranty.

3. ZOOM G9.2tt - haaaa ini efek best. Tapi tak habis godek. First of all, presentation memang cun. Nampak sasa dan gagah sekali. Boleh direct rekoding to PC sebab ada USB connection.


Rajah 4: Selepas pandang ke kiri, sikit toleh ke kanan maka nampaklah meja dan kerusi aku tu. Dua-dua beli 2nd hand kat garage sale . Kelihatan notebook beli new kat sini merangkap notebook buat kerja Uni dan juga untuk rekod lagu. Sebelah kiri tu ada CDman, beli used juga kat garage sale. Speaker beli baru. Then belah kanan notebook tu external hardrive aku buat backup untuk kerja Uni dan juga segala macam backup (no pirated mp3 inside hahaha). Kelihatan sayup-sayup stack of DVD yang aku dah tengok tapi malas nak kemas.

Rajah 5: Close up pada 'sayup-sayup' di Rajah 4. Calculator tu berkurun dah lama. Sayang gila. Kalau hilang/rosak takde ganti dah. Then tu Six Feet Under DVD Season 1. Me and my other half tengok after anak-anak dah tidur. Cerita memang gloomy habis tapi best.


Rajah 6: Stacks of 'non-priority' CD. Consists of discography (incomplete) of Dark Tranquillity, Death, Scorpions etc. Rack tu beli used jugak from garage sale.

Rajah 7: Lastly koleksi Iron Maiden tersayang. Tak banyak pun. Yang tu nampak muka Eddie dalam album first ada koleksi dari 'enhanced' CD. Aku masih mencari lagi. Lu orang kalau ada IRON MAIDEN CD mau tolak/trade, kontek sama aku OK?

notes: masa aku datang Adelaide ni memang aku ada 1-2 CD je. Dan tak beli CD pun. Sekali Uni sudah offer jadi part-time tutor, supervisor... so bayaran pun agak OK... apa lagi, kolek balik la huhuhu... (takpe nanti boleh jual balik - nak sedapkan hati).

Wednesday, January 09, 2008

IRON MAIDEN Classic Albums: The Number of the Beast DVD

Rajah 1 : Muka depan IRON MAIDEN Classic Album DVD.

Kemaruk IRON MAIDEN ku kembali lagi hahaha… Boleh kata every few moons, kemaruk ni datang yang mana tiba-tiba je aku nak dengar balik semua benda yang berkaitan dengan IRON MAIDEN. Petang ni saja tatkala menyiapkan analisa kerja aku, aku iringinya dengan memasang album-album IRON MAIDEN seperti Somewhere In Time, The X Factor dan Dance Of Death. Bila aku dengar The X Factor, terasa nak dengar album solo BLAZE. Saja nak compare. Tapi itu lain kali boleh cerita. Entry ni aku nak ulas sikit tentang DVD IRON MAIDEN yang aku tengok 2-3 hari lepas.

Rajah 2 : Muka depan IRON MAIDEN The Number of the Beast CD (enhanced)

First of all, sikit intro mengenai siri Classic Albums DVD ni. Aku malas nak cerita balik, so aku cut & paste dari wikipedia je la.

Classic Albums is a documentary series about pop and rock albums that are considered the best or most distinctive of a well known band or musician or that exemplify a stage in the history of pop and rock music.

The TV series is made by Isis/Eagle Rock Entertainment and have been broadcast worldwide (BBC, ITV, VH1, VH1 Classic etc). They
are also available on DVD.

The music, and its production, is dissected by the musicians and/or producer playing the multitrack recordings and singling out tracks that one does not usually conscio
usly hear when listening to the music, giving insight into the way the sound is built up. Also, the individual musicians play back pieces, which are then blended with the original recording. Almost all songs are dealt with, focusing almost entirely on the music itself, how it was composed/realised. Personal aspects of the band or members are occasionally dealt with, but mostly only if they serve this purpose. TV episodes are 50 minutes long but the DVD releases contain much additional material. All the releases in this series are done with the co-operation and full authorisation of the artists involved.

OK? Dapat ideanya?

Rajah 3 : Muka dalam IRON MAIDEN Classic Album DVD.

Personally The Number of The Beast ni bukanlah feveret album IRON MAIDEN. Probably aku prefer Powerslave ataupun Somewhere In Time tapi aku faham kenapa album ini dipilih sebagai “definitive” album, bukan sekadar untuk IRON MAIDEN tetapi untuk muzik Heavy Metal keseluruhannya.

Rajah 4 : Muka dalam IRON MAIDEN The Number of the Beast CD (enhanced)

Antara sebabnya, (aku cedok dari DVD dan aku tambah-tambah sikit) ialah IRON MAIDEN pada dua album awalnya (Iron Maiden dan Killers), bukanlah album Heavy Metal sebenar ‘disebabkan’ vokalisnya Paul Di’anno lebih berimej kepada punk. So what you have was, a Heavy Metal band with a punk edge. Sebab yang lain, aku rasa pada masa tu, tiada personaliti atas stage yang theateric sehampir dengan Bruce Dickinson. So bila album ni rilis, ianya 100% Heavy Metal with a very very strong stage presence by the band.

Dalam DVD ni ada la cerita bagaimana Bruce join IRON MAIDEN. Aku cerita balik la senang. So camni ceritanya ehem… Dulu Bruce main dengan band Samson. So masing-masing pernah tengok band masing-masing la. Bruce kata dalam DVD, masa dia tengok IRON MAIDEN, dia kata dalam hati, kalau aku masuk dalam band ni sure meletup punya sebab aku ada banyak idea boleh kasi masuk dalam ini band. Lagipun Bruce akui memang IRON MAIDEN memang power masa tu. Cuma nak kasi enhance itu power.

Rajah 5 : Muka belakang IRON MAIDEN Classic Album DVD.

Album ini juga merupakan album terakhir drummer, Clive Burr bersama IRON MAIDEN kerana beliau ada konflik dengan jadual tour IRON MAIDEN yang semakin sarat masa tu. Eventually dia keluar dan digantikan dengan Nicko Mcbrain. Yang bestnya, Clive join kejap band Nicko yang lama, iaitu Trust, tapi tak lama. Beliau diberitakan menghidapi penyakit multiple sclerosis. Penyakit mahal tu. Bagusnya IRON MAIDEN ni depa support la jugak kos untuk mengubati penyakit Clive ni.

Dalam interview ni, semua dia interview. All the band members along with Rod Smallwood (manager) dan juga produser Martin Birch.

Rajah 6 : Muka belakang IRON MAIDEN The Number of the Beast CD (enhanced)

Hahah… baru aku teringat. Bruce cerita pasal rakaman lagu The Number Of The Beast. Kan ke intro awal tu, Bruce buat suara berbisik tu… Lu orang tau berapa lama dia try? 2 jam wooo!!! Bruce kata tension gila, produser asyik suruh ulang-ulang. Lepas tu kan part dia jerit YEEEAAAAAAAA… yang panjang tu. Ni pun best jugak! Bruce kata, he’s more willing to wail like that after tortured dengan vokal berbisik tu. Dan atas dasar kriteris suara Bruce yang wailing tu Rod menggelarkan Bruce The Human Siren tu hahaha…

Oooppss dah panjang pulak entry ni. DVD ni taklah essential sangat sebab banyak juga bahan yang boleh baca sendiri dari google. Tapi nothing beats the real thing, kata orang. Nak kena tengok juga camana band tu really explains on certain issues. Bagi peminat IRON MAIDEN yang kena demam IRON MAIDEN macam aku ni, memang menganga la nengok DVD ni… meleleh-leleh air liur hahahah… kalau korang pun ada sindrom macam aku ni, memang kena beli!!! Oh ye, BUY ORIGINAL eh… kalau korang declare korang peminat tersohor la.

Sebelum terlupa, ni nak refresh balik tracklist dalam album ni. Tengok berapa banyak classic songs dok ada!

1. "Invaders" (Steve Harris) – 3:23
2. "Children of the Damned" (Harris) – 4:34
3. "The Prisoner" (Adrian Smith, Harris) – 6:02
4. "22 Acacia Avenue" (Smith, Harris) – 6:36
5. "The Number of the Beast" (Harris) – 4:50
6. "Run to the Hills" (Harris) – 3:52
7. "Gangland" (Smith, Clive Burr) – 3:47
8. "Hallowed Be Thy Name" (Harris) – 7:10

Remastered Track Listing (rujuk Rajah 2, 4 dan 6)

1. "Invaders" (Steve Harris) – 3:23
2. "Children of the Damned" (Harris) – 4:34
3. "The Prisoner" (Adrian Smith, Harris) – 6:02
4. "22 Acacia Avenue" (Smith, Harris) – 6:36
5. "The Number of the Beast" (Harris) – 4:50
6. "Run to the Hills" (Harris) – 3:52
7. "Gangland" (Smith, Clive Burr) – 3:47
8. "Total Eclipse" (Harris, Dave Murray, Burr) – 4:28
9. "Hallowed Be Thy Name" (Harris) – 7:10


p/s: Kalau terer, berapa banyak IRON MAIDEN aku dok print dalam entry ni? Sila jawab dalam komen hahahah...



Tuesday, January 08, 2008

INTIMASI bersama LANGSUYR Jam Session 16/2/2008


Langsuyr dalam planning untuk mengadakan jam sesi terhad sempena kepulangan En Bentara bercuti ke Malaysia. Tarikh dijangka diadakan - 16/2 (Sabtu) selepas jam 3pm.

Program tersebut akan diadakan di sebuah studio jamming di Kuala Lumpur yang mana ianya cuba akan dirakam secara DIY (audio/visual) dan kalau ianya menjadi, ia akan diriliskan secara semi-pro.

Langsuyr akan mengadakan sesi jamming selama 1 jam lebih yang menampilkan lagu-lagu terdahulu dan juga lagu-lagu baru yang dipetik dari album Bullet.

Audiens dihadkan kepada 20-30 orang sahaja, maksimum. Dan tiket perlu dibeli in advance (no on door sale).

Sebagai menghargai audiens yang beli tiket dan datang, Langsuyr juga akan mengadakan sesi ramah mesra dengan audiens yang hadir.

Sebuah band harapan negara dijangkakan juga akan menjadi band undangan dalam sesi ini.

Stay tuned!

p/s: Jika anda berminat untuk mendapat maklumat terkini dan mendapatkan tiket tersebut sebelum ianya diannounce secara rasmi (untuk mengelakkan habis tiket), sila tinggalkan email kepada KRENMAUT.

Saturday, January 05, 2008

IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST - Satu Sejarah

Rajah 1: Muka depan kompilasi IMM

IPOH’S METAL MILITANT SUPREMACIST. Siapa tu?

Slogan Ipoh’s Metal Militant Supremacist (IMM) ini sebenarnya datang dari kompilasi Metal yang disusun oleh Ajak Dethkren melalui label beliau, Ultra Hingax Production (UHP) pada tahun 1998 yang menampilkan dua buah lagu dari dari band NECROTIC CHAOS, LANGSUYR, PROFANE CREATION, ATHOTORGH dan HAYAGRIVA. Kompilasi tersebut sudah tentu habis dijual lama dahulu dan sekarang ia menjadi antara salah satu kompilasi yang paling dicari oleh peminat Metal ekstrim tempatan. Selamat mencari! Pada masa tu aku masih menuntut di UTM, Skudai. Ketika dipanggil untuk mengadakan sesi rakaman, kami terus bersetuju. Nak pulak selepas EP The Eastern Cruelty (Nebiula Production), kami telah ada beberapa lagu sedia untuk dirakam.

Rajah 2: Muka belakang kompilasi IMM

Slogan yang tercatat dari kompilasi tersebut sebenarnya merupakan satu istilah untuk mengkategorikan kelompok pemuzik ekstrim Metal di Ipoh yang bermula akhir 80an. Nama yang gah ketika itu sudah tentu GLOTTIS (now NECROTIC CHAOS) yang dianggotai oleh Adik – bass/vox, Daie - gitar, Jadam - drum (yang kemudiannya bermain gitar di dalam NECROTIC CHAOS) dan Is. Yang kemudiannya menerbitkan beberapa band “budak-budak” sekolah seperti SCUM, WARHEAD, ANATOR, VULGA dan sebagainya yang rata-rata bersekolah di ACS, St Michael, Labroy dan sebagainya. Pada masa itu, aku berumur 14 tahun (1990) dan aku adalah pengikut setia SCUM. Habis saja sesi sekolah (St Michael) aku akan pergi ke SYJ Studio (Bazaar Bulat) untuk duduk di belakang drummer sambil menganga menonton mereka memainkan lagu-lagu dari Sepultura, Slayer, Kreator, Destruction dan sebagainya. Dan kami yang berada di dalam studio itu, berbaju sekolah!

Rajah 3: CD kompilasi IMM

Hari minggu adalah hari yang paling dinanti-nantikan dimana ketika inilah ‘gergasi-gergasi’ Metal ekstrim Ipoh berkumpul di SYJ Studio untuk jamming. Biasanya sesi berturutan dari awal petang hingga ke malam. Selalunya sesi jamming tersebut menjadi mini gig. Ketika itu peluh sejuk biasanya akan terbit dari dahi Pak Syed (SYJ) melihatkan keadaan studio yang penuh (dengan penonton).

Rajah 4: Booklet kompilasi IMM, Muka #1

Tempat melepak utama ketika itu ialah di underground floor, Kompleks Yik Foong, berhadapan eskalator. Dahulunya di situ adanya kerusi bulat (sekarang tiada). Di situlah aktiviti Metal terkumpul kesemuanya. Perbincangan mengenai rilisan terbaru, sesi menayang fesyen dan juga ‘tawaf’ ke keseluruhan tingkat kompleks tersebut tatkala punggung dah letih duduk. Untung kedai videogame di depan tempat kami melepak itu disebabkan banyak juga duit syiling kami habiskan untuk bermain videogame disitu. Ketika sesi tawaf tersebut, kami menjadi perhatian ramai (malah menjadi idola mereka yang memerhatikan dari jauh). Maklumlah, a group of 20 people, all dressed in black jalan ramai-ramai among the crowds.

Rajah 5: Booklet kompilasi IMM, Muka #2

Pada masa itu, memperagakan fesyen Metal diberi nick name sebagai pakaian TERRORIST.

Itu zaman ketika kebanyakan dari kami, bersekolah dan tidak bekerja. Apabila masing-masing telah ada komitmen sendiri, underground Yik Foong telah diambil alih oleh generasi seterurnya. Dan mereka itu bukanlah antara kami.

Sebaliknya, kelompok asal IMM mula bertukar tempat berkumpul. Kali ini mereka berkumpul di hadapan rumah Wira (Necrotic Chaos, Profane Creation dan puluh-puluh band lain hahahah…) tatkala malam menjelma. Ini adalah masa yang sesuai setelah menyelesaikan segala komitmen di siang hari. Dan di sinilah sebenarnya IMM bermula. Antara band yang dikategorikan sebagai IMM ialah semua band yang appear dalam kompilasi IMM bersama VOCIFERATION ETERNITY, LUNATIK KADOZZ dan beberapa band yang tak cukup nyawa seperti MASS GRAVE dan sebagainya.

Rajah 6: Topi IMM, keluaran Kaz Production

Sebenarnya, IMM yang dilihat sebagai ‘pencetus’ gerakan Metal ekstrim di Ipoh (dan tidak mustahil di beberapa bandar-bandar di Malaysia) bukanlah ada apa-apa yang pelik. Sebaliknya ianya adalah gathering of friends yang telah mengenali diri masing-masing seawal umur mumayyiz lagi. Bezanya, rata-rata mereka adalah peminat Metal ekstrim yang kental. Dan kekentalan ini dibawa hingga ke hari ini. Lihat sahaja beberapa band yang tercetus dari group of friends ini seperti NECROTIC CHAOS, LANGSUYR dan HAYAGRIVA yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Rajah 6: Baju IMM, keluaran Kaz Production

IMM
seterusnya menyemarakkan kelompok kedua yang terdiri dari band seperti PYRON, PURNAMWULAN, NEFTARAKA dan sebagainya. Walaupun band-band seperti ini bukanlah IMM yang asal tetapi mereka juga telah sebati di dalam membawa ‘semangat’ IMM ke persada Metal ekstrim tempatan. IMM itu sendiri bukanlah satu persatuan atau fahaman tetapi cuma untuk mengkategorikan pendokong, band dan individual di sekitar bandar Ipoh yang meminati muzik Metal ekstrim secara keseluruhannya.

Sebagai mengakhiri artikel ringkas mengenai IMM ini, suka aku akhiri dengan ruangan di mana mereka sekarang, iaitu anggota band IMM yang merakamkan lagu-lagu mereka di dalam kompilasi UHP.

NECROTIC CHAOS (aktif):
ADIK (bass/vox) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS.
DAEI (gitar) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga bermain gitar untuk SIL KHANNAZ (aktif) dan VOCIFERATION ETERNITY (aktif). Mempunyai home studio sendiri, FINGERWORK STUDIO yang terlibat dalam pembikinan demo dan album Metal ekstrim.
JADAM (gitar) - bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Mempunya side-project MESMERIZED.
WIRA (drum) – bekerja di Langkawi. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga menjadi vokalis sebuah kumpulan reggae terkenal di sebelah utara. Beliau bermain drum untuk NECROTIC CHAOS, LANGSUYR, ATHOTORGH dan PROFANE CREATION di dalam kompilasi IMM!!!

LANGSUYR (aktif):
AZLANTHOR (vokal) – bekerja di KL. Masih aktif bersama LANGSUYR.
BATARA GURU (gitar) – menukar nama kepada Bentara. Masih aktif bersama LANGSUYR. Melanjutkan pelajaran di Australia.
AZMANIAC (gitar) – bekerja di Seremban. Masih aktif bersama LANGSUYR.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

ATHOTORGH (tidak aktif):
PROMASTER (bass/vox) – menetap di UK. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
GEA DREAMSTONE (gitar) – menetap di Jepun. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

PROFANE CREATION (tidak aktif):
KHAIRUL (vox) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik. Mempunyai syarikat printing, KAZ PRODUCTION yang mengeluarkan banyak t shirt Metal tempatan terutamanya LANGSUYR dan HAYAGRIVA.
JADAM (gitar/programming) – lihat NECROTIC CHAOS
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

HAYAGRIVA (aktif)
AAVIMARGA (vox) – tidak diketahui
MANTHERAVATHEE (gitar) – bekerja di Sarawak. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
DYORAKTHA (bass) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik.
VENKHATESWEHRA (keyboard) – bekerja di Ipoh. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
NHAJASAKTHEE (drum) – bekerja di KL. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.

---------------------------------

Pautan band IMM:
NECROTIC CHAOS http://www.myspace.com/necroticchaos
LANGSUYR http://www.myspace.com/langsuyrband
HAYAGRIVA http://www.myspace.com/hayagriva
PROFANE CREATION tiada
ATHOTORGH tiada

Pautan berkaitan:
IMM Museum + Fan Site http://www.myspace.com/ipohmetal
KAZ PRODUCTION http://www.myspace.com/kazproduction
VOCIFERATION ETERNITY http://www.myspace.com/vocieternity
MESMERIZED http://amp.channelv.com/mesmerized