Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, September 05, 2006

METALLICA Some Kind Of Monster DVD


Apakah yang membuatkan seseorang itu, atau dalam kes ini, satu band ini menjadi raksasa? Adakah jualan keseluruhan album yang mencecah 85 juta unit seluruh dunia, ataupun ego yang melebihi segala ego yang ada? Kedua-duanya adalah jawaban yang betul dan ianya terjawab dengan DVD ini.

METALLICA, satu nama yang sudah memasuki semua lingkup ruang yang ada. Tiada tempat yang bebas dari nama ini. Baik yang tua maupun yang muda. Baik yang peminat setia, pembenci setia ataupun yang menyalah labelkan mereka sebagai pengasas muzik Black Metal. Semua kenal akan nama ini.

Persoalannya, sejauh manakah perkenalan itu?

DVD ini seolah-olah merangkap segala persoalan tentang band rock terbesar di dunia ini. Hubungan persahabatan bermula sejak album Kill Em All dengan persembahan kecil di pub-pub hinggalah melewati arena yang terbesar di dunia, etika sebagai satu band rock n roll, harapan golongan korporat untuk album batu yang bakal terjual sejumlah jutaan unit, krisis dalaman yang menghantui individu berkenaan dan, pelbagai lagi jenis persoalan (perkenalan); hampir terjawab dengan DVD ini.

Ini adalah dokumentari yang berkisar tentang pembikinan album St Anger yang samada percaya atau tidak mengambil masa hampir dua tahun untuk siap. Begitulah juga proses rakaman dokumentari ini mengambil masa yang sama. Dari permulaan studio yang dipilih di bangunan tentera, kemudian berpindah ke lokasi lain akibat vibe yang tidak selari dengan nafas Metallica, kita dibawa bersama untuk menikmati, hari-hari yang berlalu bersama mereka.


Produser dan orang tengah (seorang pakar motivasi, yang dilantik oleh label) menjadi ‘integral part’ di dalam Metallica. Walaupun ianya sebagai pelakon tambahan tetapi kemunculan mereka begitu penting sekali demi untuk siapnya album St Anger. Produser, Bob Rock juga meletakkan line bassnya dalam album ini sementara ‘pakar motivasi’ bertindak sebagai penyejuk bicara, juru runding dan tukang pujuk jika berlakunya perbalahan antara Lars dan Hetfield.

Hubungan persahabatan kadang-kadang boleh menjadi begitu ‘superficial’ seolah-seolah mereka tidak kenal-mengenal sesame sendiri walaupun berada di dalam sebuah band yang sama melebih 20 tahun akibat dari satu fitrah manusia, iaitu ego. Ego ini hampir memusnahkan band ini dan bagaimana ianya boleh menyebabkan kerosakan yang sebegitu besar, dapat dianalisis melalui DVD ini.

Manakan tidak, apabila menawarkan jawatan bassist sebagai pengganti Jason Newsted kepada Robert Trujillo, mereka meletakkan harga US$1 juta dengan selamba. Jika wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka, bolehlah kita agak-agak ego mereka sebesar mana.

Namun di sebalik itu, masih kelihatan semangat yang mendalam dalam diri mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada label yang mereka telah letakkan janji dan juga kepada peminat yang setia menunggu. Album St Anger, yang penuh dengan suka duka, termasuklah kehilangan hampir setahun Hetfield di dalam pusat pemulihan akhirnya terjual juga. Bolehlah dikatakan bahawa intipati album St Anger ini adalah kronologi kepada dua tahun pembikinannya dengan bayangan lebih dari 20 tahun evolusi band ini.

Konflik, suka duka, ego dan satu pencapaian adalah antara elemen yang boleh disimpulkan dalam DVD ini yang merungkai apa itu sebenarnya METALLICA!

Monday, September 04, 2006

IRON MAIDEN A Matter of Life And Death

Seperti juga dengan album SEARCH yang terbaru, album ini juga ku tunggu dengan penuh debaran. Manakan tidak, antara banyak-banyak band, kedua-dua inilah yang selalu ku ekori. Walaupun ada ketikanya album mereka tidak seperti yang ku harapkan tetapi ia tidak menjejaskan harapanku kepada mereka. Setelah kembalinya Bruce Dickinson dan Adrian Smith di dalam dua album sebelumnya, Brave New World (BNW) dan Dance Of Death (DoD) (juga dengan album live Rock In Rio), kadang-kadang aku merasakan, inikah masanya mereka kembali jatuh? Dua album yang kuat dan kukuh, bagaimana mahu melepasinya dengan album yang seterusnya.

Ternyata debaran aku menipu diriku. Album ini terus meletakkan IRON MAIDEN sebagai band tersohor di lubuk kalbuku. Semenjak aku mengenali mereka dari album Powerslave pada tahun 1984 hinggalah sekarang, mereka tak pernah luput dari hatiku.

Bahkan yang memeranjatkan, aku berpendapat yang album ini melepasi album BNW dan DoD! Sekejap biar ku periksa kembali kenyataan ini samada ianya tiba-tiba keluar atau sesuatu yang aku yakini. Ya! Sangat ku yakin. Album ini lebih baik dari dua album sebelumnya.

Berbeza dengan kedua album tersebut, album ini lebih gloomy dan depressive. Kurang agresif. Lebih spiritual! Ah… nampaknya usia mula mengorak langkah di dalam Iron Maiden. Walaupun ianya mula terbibit semasa album The X-Factor bersama Blaze Bayley, konsep seperti ini seperti natijah kemunduran mereka (aku menulis dengan berhati-hati kerana pada diriku, zaman Blaze juga agak strong dan meyakinkan – mungkin pendapat majority tidak menyebelahiku). Elemen agresif mula timbul kembali setelah kembalinya Bruce dan Adrian.

Satu perkara yang agak mengejutkan, album ini, lantaran disebabkan elemen gloomy dan depressive yang nyata, seolah-olah membayangkan Blaze dengan bertopengkan Bruce! Ah… rasanya aku seperti mengigau tapi itulah yang aku rasa begitu kuat sekali setelah berulang-ulang mendengar album ini. Lagu The Reincarnation of Benjamin Breeg seolah-olah bertajuk The Reincarnation of Blaze Bayley. Mungkin itu perasanku sahaja. Adakah anda pun merasa begitu? Mungkin aku perlu minum kopi dulu sebelum meneruskan tulisan ini…

Ku ulangi, album ini padaku adalah antara album yang paling spiritual dalam sejarah Iron Maiden. Beberapa lagu yang berkisar tentang pengharapan spiritual terdapat dalam lagu The Pilgrims, Lord Of Light dan For The Greater Good Of God begitu kuat elemen spiritualnya. Steve Harris pun di dalam video The Early Days ditanya mengenai pegangannya, beliau mengaku beliau adalah Kristian. Namun tidaklah mahuku kaji lirik-lirik tersebut samada ianya menyoal dalam intonasi negative atau positive, yang pentingnya ia berkisar tentang spiritual. Ku rasa, pada satu tahap, banyak persoalan-persoalan yang sebelum ini dianggap remeh menjadi semakin penting apabila badan dimakan usia.

Trademark twin gitar (atau triple) yang menjadi asset paling berharga dalam setiap album mereka telah digunakan dengan baiknya. Aku senantiasa menunggu-nunggu sampainya di bahagian yang mana twin-gitar melodi ini dimainkan. Yang aku pasti dalam album ini, elemen tersebut paling baik dimainkan dalam lagu For The Greater Of God, disulami dengan korus Bruce. Teranyam dengan sempurna sekali. Maka, tidaklah menjadi satu yang menghairankan jika lagu ini juga menjadi lagu paling kusuka di dalam album ini.


Dengan album sebegini baik, tidak boleh ku jangka sampai bila IRON MAIDEN akan berterusan. Album mereka, paling tidak pun OK. Tiada album yang buruk. Untuk berada di atas ketinggian sebegini bukannya mudah (ah sekejap… gitar melodi twin yang sedap dah datang balik – aku sedang mendengarnya… fuh sedap sungguh!).

IRON MAIDEN, yang tidak pernah menghampakan. Sabar dengan karenah peminat yang pelbagai fe’el dan harapan. Kadang-kadang dicaci dan dikeji tetapi sebagai satu band yang telah diuji dengan masa dan pengalaman, itu bukan factor untuk berundur. Sebaliknya, disaji dengan satu album yang akan melembutkan hati mereka yang skeptik dan tidak ingin percaya terhadap band ini. IRON MAIDEN, kerana inilah korang tetap menjadi pujaan hatiku!


p/s: semua imej diambil tanpa kebenaran dari www.ironmaiden.com