Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, August 28, 2006

SEARCH Gothic Malam Edan

Pertama kali aku dengar album terbaru Search ni, aku seakan-akan tergamam. Tergamam kerana tak tau nak kata apa. Bukan terkejut. Bukan kecewa. Rasa macam blanked out. Pertamanya, aku memang tak expect anything macam zaman Kid/Din sebab depa dah out. Album ni Hillary yang main gitar. Mungkin aku tak boleh nak jangka apa-apa pun sebab zaman Hillary bersama dengan Search dah berlalu hamper 20 tahun. Sekarang beliau kembali.

Track pertamanya, Memori Ana agak menggamamkan. Kerana kombinasi sound gitar dan bass yang berat. Lebih Metal dari rock kangkang. Tidak seperti yang ku harapkan apabila Hillary kembali kerana apa yang diwar-warkan oleh Search sendiri ialah mereka akan kembali kepada asas. Asas yang mana?

Namun ianya tidaklah mengecewakan. Mungkin kerana identity Amy masih kekal dan tegar dalam album ini. Ia segera mengingatkan kembali bahawa ini adalah Search. Walaupun aku terdengar bisikan, “ini bukan Search, ini album solo Amy”. Namun apabila ku teliti lagi, masih terdengar trademark Search (yang entah aku pun tau nak single out apa ianya).

Mungkin album ini agak depressive seperti zaman Karisma dan Rampage. Walaupun begitu, identity rockish dan guitar hook yang catchy masih menjadi elemen terpenting dalam album ini. Kehadiran ‘chairman’ M Nasir memang tak perlu dinafikan lagi. Lagunya memang sekali tangkap. Sekali dengar, aku tau, ini lagu M Nasir. Nampak formulationnya. Aku tak kira, apa orang nak kata tapi lagu M Nasir memang kelas dalam album ni.

Seperti album-album terdahulu, Search juga meneruskan tradisi eksperimental mereka. Pada lagu Ampun, permulaan sampler drum pada awal lagu begitu mengingatkan aku pada Dewa 19. Aku tidak mengatakan ini tidak baik tetapi ini menunjukkan yang Search tidak meletakkan diri mereka terhimpit pada dinding yang sama.
Tetapi dalam banyak perkara di dalam album ini satu saja yang aku rindui iaitu kombinasi gitar twin-attack Kid dan Din di mana pada verse yang sama Din menjurus ke satu arah sedangkan Kid memberikan bunga kepada rhythm Din (boleh paham?). Ini normal disebabkam hanya Hillary seorang sahaja yang memenuhi tempat Kid dan Din. Cuma lagu Yin & Yang sahaja yang aku dengar mempunyai elemen tersebut. Mungkin tidak cukup bagiku.

Produksi sound memang first class seperti album-album sebelumnya. Standard yang tinggi dengan adunan yang baik dan jelas. Ia tidak menyakitkan telinga apabila di pasang kuat menggunakan earphone.

Search telah kembali dan mereka tidak mengecewakan. Album ini walaupun tidaklah seperti yang diharapkan ketika Kid dan Din bersama tetapi masih meneruskan tradisi Kid dan Din dengan beberapa perubahan untuk menyelesakan kehadiran Hillary. Jadi, asas yang menjadi persoalan telah terjawab. Ini adalah asas Search sebagai band rock tersohor di Malaysia. Aku rasa Search mengambil langkah bijak dengan tidak menjadi retro kepada album Langit dan Bumi dan Mentari Merah di Ufuk Timur tetapi terus ke hadapan untuk relevan pada generasi Rock kini dan mendatang.

Thursday, August 24, 2006

BLACK METAL ITU MUZIK, AYAH PIN ITU AJARAN SESAT

Berikut adalah komentar yang ku tulis mengenai isu Black Metal yang telah disiarkan oleh Ekstrim.info http://www.ekstrim.info/main/modules/articles/article.php?id=13


Isu Black Metal sekarang sedang hangat diperkatakan sejak ia disensasikan oleh media. Antara isu yang dikaitkan dengan muzik Black Metal ialah ianya seperti satu golongan manusia yang menyembah syaitan dan menghina agama. Black Metal secara dasarnya disensasikan sebagai satu entiti seperti ajaran sesat. Ianya dikatakan mempunyai ajaran tertentu, mempunyai ketua dan mereka semua menyembah syaitan. Benarkah begitu?

1. Pertama sekali, perlu ditanya, apakah itu Black Metal? Adakah ianya muzik ataupun ajaran?

Kalau ianya satu ajaran, apakah ajaran-ajarannya? Kitab mana menjadi sumbernya? Siapakah tokoh ajarannya? Dan bagaimanakah cara ritualnya?

Jika ianya satu muzik, apakah bentuk muziknya? Siapakah pelopornya?

Yang boleh dijawab sudah tentu jika ianya muzik. Kita tahu secara amnya, muzik Black Metal itu dengan bunyian gitar dan paluan drum yang keras. Dan juga boleh disimpulkan yang muzik Black Metal dipelopor oleh VENOM melalui album yang bertajuk Black Metal. Kita dapat mensahihkan perkara ini kerana ianya muzik.

Tetapi jika kita mendefinasikan ianya sebagai ajaran, sila jawab soalan-soalan yang terpapar di atas. Jika ianya dianggap sebagai satu ajaran, sudah pasti tidak ada sumbernya yang sahih. Melainkan berkiblatkan kepercayaan-kepercayaan (dipercayai) dan perkataan-perkataan (dikatakan) media yang mensensasikan isu ini.

Jelasnya Black Metal adalah sekadar muzik yang keras dan bingit. Liriknya bertemakan kegelapan, mistik dan tahyul. Eh, Jangan terkejut ataupun, jangan buat-buat terkejut. Mengapa mesti terkejut? Bukankah mesej ini juga yang selama ini disensasikan oleh sebuah majalah tabloid sebelum ini? Cerita hantu kubur, hantu bungkus, manusia jadi batu, keramat dan dongeng. Dan tidakkah dengan mensesasikan isu kegelapan, mistik dan tahyul Black Metal ini adalah selari dengan konsep majalah tersebut?

Mesej tentang kegelapan, mistik dan tahyul bukannya satu yang asing bagi masyarakat kita. Cerita dongeng dan cerita orang tua-tua pun kadang-kadang penuh dengan mesej tersebut. Contoh mudah; jika memasuki satu kawasan hutan, bukankah kita pernah disuruh untuk meminta izin dari hantu jembalang yang dipercayai menghuni kawasan tersebut? Adakah ini Black Metal?

Begitu juga dengan filem-filem seram yang sekali tengok seolah-olah menyuruh kita mempercayai bahawa hantu syaitan itu berkuasa. Boleh membawa kebaikan atau mudarat. Bukankah ini satu yang berlawanan dengan akidah? Tidak payahlah saya menamakan filem-filem tersebut kerana bukankah kita juga yang menontonnya? Adakah ini juga Black Metal?

Beza antara medium yang disebutkan tadi; cerita-cerita, filem-filem dan muzik adalah kita sendiri! Ianya hanya sekadar cerita, filem dan MUZIK! Persamaannya adalah mesej yang disampaikan. Sedangkan mediumnya berbeza. Tetapi matlamatnya tetap sama. Entertainment!

Jika seseorang itu menyembah syaitan, minum darah kambing dan memijak Al-Quran, maka ini bukan muzik. Ini ajaran sesat!

Muzik dan ajaran sesat. Dua perkara yang berbeza. Ajaran sesat, benar begitu tetapi bukannya ajaran muzik (Black Metal).

2. Kebanyakan dari muzik moden yang dicelup dari Barat memang tidak sesuai dengan masyarakat kita. Tetapi apabila ianya dipersembahkan oleh segolongan dari kita sendiri ianya telah disesuaikan dengan jatidiri. Muzik rap dan hip-hop mengidolakan gangsterisme dan seks bebas di Barat. Tetapi adakah ianya benar disini? Sudah tentu tidak! Pemuzik-pemuzik rap dan hip-hop tempatan telah membawakan mesej-mesej yang bersesuaian dengan keadaan tempatan. Begitu juga dengan muzik Black Metal, ianya telah disesuaikan dengan keadaan tempatan. Jika di Barat Black Metal dipelopori oleh mereka yang tidak beragama, di sini ia tidak begitu! Band Black Metal tempatan yang dikenali ramai membawa mesej-mesej ketimuran, dongeng Melayu, anti-peperangan bahkan pro-Palestin! Jika muzik berat sebegini mempunyai mesej positif, adakah ianya boleh dikategorikan sebagai nasyid? Jika tidak, mengapa cabang muzik rap, hip-hop pula boleh diterima?

Betulkah begitu keadaannya di negara kita? BENAR! Jika anda sendiri yang menyelidikinya dan tidak bergantung kepada sensasi media, pasti anda akan menemuinya begitu.

Lagi satu, bukan semua muzik keras itu Black Metal. Baru-baru ini sebuah gig (konsert mini) di Kuala Lumpur telah diserbu atas sebab disyaki menganjurkan konsert Black Metal. Untuk pengetahuan anda, konsert itu tidak ada satu pun band Black Metal. Konsert tersebut ialah konsert Hardcore dan Metalcore. Beza tu!

Atau, adakah anda memang tidak menyukai muzik keras sebegini? Kalau anda tidak menyukai disebabkan ianya tidak sesuai dengan citarasa anda, tidak bermakna muzik ini perlu dihukum. Muzik juga seperti teknologi, ianya sentiasa berkembang. Dan muzik ini luas! Mungkin 10 tahun akan datang, penulis sendiri tidak akan dapat menghayati muzik yang wujud ketika itu, tetapi nasihat untuk penulis juga, sudah pasti penulis tidak mahu menghukum mereka semata-mata kerana penulis tidak memahami muzik tersebut.

Penulis bukanlah penyokong tegar muzik Black Metal tetapi penulis adalah peminat muzik Metal yang telah lama mendengar muzik sebegini. Dan salah satu cabang Metal ialah Black Metal sendiri. Tujuan artikel ini ditulis adalah semata-mata mahukan kebenaran. Pada sesetengah pihak, terutamanya golongan lebih 40an, mereka menyangkakan Metal itulah Black Metal dan Black Metal itulah Metal. Kita boleh tanya, apakah bezanya Black Metal dengan Thrash Metal? Apakah bezanya Heavy Metal dengan Speed Metal?

Akibatnya nanti, mereka yang tidak bersalah juga dicop sebagai pengikut ajaran Black Metal. Sedangkan berpakaian serba hitam, rambut agak panjang dan memakai t-shirt dengan gambaran band yang diminati itu adalah imej kebanyakan peminat Metal. Jika mereka ditahan kerana disyaki pengikut ajaran Black Metal, tidakkah huru-hara jadinya nanti?

Wednesday, August 23, 2006

KRENMAUT revived... as a blog?

Alhamdulillah

Aku telah email kepada Ajak Dethkren (Ultra Hingax Production) mengenai cadangan untuk menghidupkan kembali KRENMAUT zine dalam bentuk blog. Beliau bersetuju!

Untuk pengetahuan kalian, KRENMAUT zine sempat meriliskan dua isu semasa hayatnya pada tahun 1992-1994 (kalau tak salah) dan ia merupakan antara zine Metal underground terawal di Perak. Ketika itu editornya terdiri daripada aku, Ajak Dethkren, Bearkey (ex-Athortorgh, ex-Profane Creation) dan Rizal Hafez (Vulga -RIP). Isu 3 sempat berjalan di tahap draf sahaja kerana pada ketika itu hanya aku dan Ajak saja yang komited. Masalah timbul apabila usaha untuk mencetak secara professional tidak kesampaian menyebabkan ianya langsung tidak diriliskan.

Oleh dari itu, KRENMAUT edisi blog ini tidak mempunyai format tertentu. Tulisannya berbentuk bebas sesuai dengan suasana blog tetapi mengekalkan aliran Metal sebagai tajuk utama. Diharapkan blog ini akan mengandungi:


1. critiques

2. reviews

3. thoughts

4. ramblings

5. news analysis

Etc…

Walaupun begitu, ini tidak bermakna kami tidak akan menggunakan tulisan orang lain. Sebaliknya kami mengalu-alukan sebarang bentuk tulisan dan kami akan masukkan ke dalam blog ini jika sesuai. Kredit akan diberikan kepada penulis.

A new dawn in local Metal literature? Let’s hope so!

Friday, August 18, 2006

Satu introduksi

Assalamuallaikum

Tak tau lah ini dah blog ke berapa yang aku dah start. Semua tak menjadi. Mungkin kali ni menjadi. Sebab kali ini aku letakkan konsep muzik Metal dalam blog ni, dengan pengkhususan Metal scene tempatan. Walaupun sekarang ini aku berada di Adelaide (sambung belajar) tapi maklumat tentang gerakan scene tempatan aku dapat melalui http://forum.metalterus.com.my/ dan http://www.metalterus.com.my/. Aku aktif dalam forum tersebut dengan nickname Metal Muslim.

So dalam blog ini, mungkin aku akan letakkan pelbagai perbincangan, diskusi dan fikiranku tentang hal yang berkaitan dengan objektif blog ini. Aku akan cuba tulis sesuatu perkara dengan skop yang paling tepat supaya yang membaca tak salah faham.

Selalunya orang salah faham dengan tulisanku dalam forum. Selalunya bila masa bab “mengkritik”. Sesetengah orang mengatakan kritikan aku menjatuhkan sedangkan apa yang aku tulis menunjuk kepada bahagian yang dikritik dan kenapa ianya dikritik. Mungkin budaya “mengkritik” masih baru dalam scene tempatan. Lupakan dulu perkara ini. Ianya akan dikupas dengan lebih lanjut pada masa akan datang.

Blog ini adalah sekadar pandanganku sebagai peminat muzik Metal. Ianya tiada kaitan dengan LANGSUYR http://langsuyr.metalterus.com.my/ ataupun karierku sebagai seorang pensyarah. Aku meletakkan minatku aku ini tak lebih dari seseorang yang mempunyai hobi memancing. Dengan lain perkataan, aku adalah manusia biasa. Melakukan kesilapan di dalam mencari kebenaran. Well, bukan kebenaran sebenarnya sebab kita bercakap tentang muzik yang sebenarnya adalah subjektif. Tiada yang benar mahupun salah. Tetapi pandanganku, of course di dalam lingkungan seorang Muslim.

Sebagai penyokong kuat “gerakan” Eastern Metal, maka hal-hal berkaitan dengan eastern Metal juga akan menjadi topik hangat dalam blog ini. Tulisanku mungkin akan mempunyai format yang tidak formal, dan kadang-kadang mungkin agak analitikal.

Rasanya cukup sampai di sini sebagai permulaan. Jika ada di antara tulisanku ataupun perbincangan di dalam blog ini menarik perhatian kalian dan kalian ingin menggunakannya, jangan lupa memberi kredit kepada blog ini.

Wassalam!